Wannura Terapi

TERAPI KESIHATAN ALAMIAH

  • Demi masa

  • Log Masuk / Keluar

  • Blog Stats

    • 37,570 hits
  • RSS Wannura

    • Mohon kemaafan dan terima kasih ……. 4 April 2011
      Kepada kesemua pengunjung-pengunjung weblog wannura yang dihormati ; Saya memohon ampun dan maaf kerana tidak membalas komentar serta menghantar entri (post) yang baru buat masa yang terdekat ini oleh sebab kesibukan tugas-tugas harian serta penglibatan saya dengan aktiviti dan penyelidikan persilatan . Walaubagaimana pun , saya akan cuba membalas segala kom […]
  • RSS Wannura Orkid

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Wannura Kristal

  • RSS Rempah Ratus Wannura

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Amal Ibadat Orang Islam

  • RSS Pakcikli00

  • RSS Pakcikliasmara

  • RSS Darah Daging dan Nafas Manusia

    • Golongan Darah 2 Julai 2010
      Golongan darah adalah ciri khusus darah dari suatu individu karena adanya perbedaan jenis karbohidrat dan protein pada permukaan membran sel darah merah. Dua jenis penggolongan darah yang paling penting adalah penggolongan ABO dan Rhesus (faktor Rh). Di dunia ini sebenarnya dikenal sekitar 46 jenis antigen selain antigen ABO dan Rh, hanya saja lebih jarang d […]
  • RSS Asal Usul Orang Melayu

    • Bangsa Mim 22 Jun 2010
      Wasiat ilmu ADAM yang di turunkan kepada anak cucu baginda lantas menjadikan mereka itu sebagai ‘dewa’. Tugas mereka adalah untuk mengurus, bukannya untuk di sembah. Tapi, akibat kebodohan manusia yang tidak mahu mengikut, mereka ini menyembah-yembah manusia ‘dewa’ ini dan jadikan mereka ini tuhan. Akibatnya, mereka di musnahkan atau di hapuskan terus dari p […]
  • RSS Doa Ayat dan Zikir

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Gunung Ganang di Malaysia

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Gunung Ledang Melaka

    • Batu Bersurat terbelah dua di Gunung Ledang 5 Ogos 2010
      Tok Syeikh berkata 27 Julai 2010 pada 11.55p07 Batu Bersurat ini bertulis dalam BAHASA KAWI/PALAPPA/JAWA KUNO.Saya memang tidak memahami,tetapi ada tarikh di tulis di situ…iaitu 1313 tahun saka.kalau tahun masihi kita kena campor 70,maka menjadi 1383 m.Ini mungkin memberitahu kita Tahun Gunong Ledang di diami manusia.Saya di beritahu,yang Memotong batu ini d […]
  • RSS Jalan Akhirat

    • Rahsia jiwa wanita yang tercela 9 Januari 2011
      TABIAT ULAR Menaruh dendam apabila mendengar sesuatu yg jahat tentang suami atau dirinya. Maka akan berkelahilah dia dengan orang lain. TABIAT TIKUS Dia adalah seorang wanita yg suka mencuri harta suaminya sendiri. TABIAT KERA Suka memakai baju berwarna merah, hijau dan kuning. Dia tidak suka memakai emas dan perak. Dia suka membesarkan diri di hadapan [...]
  • RSS Kehidupan Nabi Muhammad saw

    • Solat cara Nabi Muhammad saw 31 Ogos 2010
      Berdiri untuk solat Berdiri dengan lurus, kedua belah kaki sama tegak, mengarah kiblat dengan menundukkan pandangan memandang ke tempat sujud dan mengarahkan hujung-hujung jari kaki ke kiblat dengan merenggangkan antara dua kaki(jangan sangat dirapatkan dan jangan sangat dijauhkan. Takbiratul ihram Takbiratul ihram ialah mengangkat tangan dan meletakkan tang […]
  • RSS Rahsia Kayu Batu dan Logam

    • Sihir Pelalau 31 Disember 2010
      Tujuan sihir pelalau ini ialah untuk menghalang pesakit dari mencari rezeki samada di tempat kerja/pejabat atau premis perniagaan, rezeki dari segi perkahwinan atau rezeki dari segi maju dalam pembelanjaraan. Semua usaha untuk mencari rezeki-rezeki ini terhalang tanpa sebab yang munasabah. Sihir pelalau sering dilakukan pada premis tempat kerja atau premis p […]
  • RSS Sejarah Hang Tuah

    • Hang Jebat Menduduki Istana – Kajian Hikayat Hang Tuah Bab 16 19 Januari 2011
      KAJIAN: ROZIELINA ZINI (U6-3) SINOPSIS Pada awal bab ini menceritakan tentang kelakuan Hang Jebat yang semakin liar sehingga sering bersuka ria di istana dan bermukah dengan dayang-dayang di istana malahan dia meganggap istana adalah tempat tinggalnya. Perbuatan keji Hang Jebat membuatkan Raja Melaka menjadi murka tetapi apakan daya keris pandak Laksamana Ha […]
  • RSS Sejarah Pulau Besar Melaka

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Rahsia Rumahtangga

    • Isteri perlu digoda sebelum digodam 18 Oktober 2010
      Setiap pria selalu berusaha menyenangkan sang istri untuk mencapai kepuasan seksual. Namun, tidak semua pria ternyata pintar membuat pasangannya terangsang. Mau tahu caranya? Menurut Askmen, seorang pria bisa dengan mudah membuat pasangannya terangsang dengan cara memberikan rangsangan berulang-ulang di seputar bagian sensitif tubuh pasangannya. Titik-titik […]
  • RSS Syariat Hakikat Tarikat Makrifat

    • Syeikh Abdul Wahab Rokan dan Tarikat Naksyabandiah 6 September 2010
      Kendati telah wafat sejak sekitar 77 tahun silam, keberadaannya terasa di Kampung Babussalam, Tanjung Pura, Langkat, Sumatra Utara. Peziarah mengalir ke makamnya di kampung yang didirikannya. Syekh Abdul Wahab Rokan memang dikenal sebagai ulama ternama di Sumaera. Lahir pada 19 Rabiul Akhir 1230 H (28 September 1811) di Kampung Danau Runda, Rantau Binuang Sa […]

BAYI BERUMUR : 12 – 18 bulan

Posted by zainura66 di 23 Januari 2011

Perkembangan bayi berumur 12 – 18 bulan

Fizikal *Berdiri dengan berpegang ke sesuatu, dan mara secara perlahan-lahan

Kognitif * Mula menunjukkan minat terhadap buku
* Memahami arahan mudah seperti “Mari pada Mama”

Emosi * Mula berhati-hati terhadap orang yang tidak dikenali dan wajah yang jarang dilihat
* Menjadi lebih gelisah apabila dipisahkan dari ibubapa
* Bertindak balas apabila namanya dipanggil

Sosial * Mula bertepuk tangan bersama orang lain

Banyak perkembangan yang pertama akan dilalui oleh bayi yang berumur di antara 12 hingga 18 bulan. Bagi sesetengahnya, ini adalah permulaan bagi mengeluarkan perkataan yang pertama atau pun langkah yang pertama (belajar menapak atau berjalan) serta mula belajar untuk hidup berdikari.

Belajar berjalan

Bagi sesetengah bayi boleh berjalan sendiri pada umur 12 bulan dan ada juga yang lewat berjalan dan mengambil beberapa bulan lagi untuk mereka mula berjalan sendiri. Walaubagaimana pun, pada usia 18 bulan, kebanyakan darpada bayi normal dan sihat akan berjalan sendiri tanpa bantuan sesiapa dan mungkin juga mereka mula berlari ! Sementara ada juga kebanyakan bayi sudah mula memanjat tangga, tapi pastikan anda mengawasi mereka pada tahap ini.

Belajar bercakap

Purata bagi bayi berumur di antara 12 hingga 15 bulan akan membentuk dua atau lebih patah perkataan seperti “mama” dan “dada”. Ada sesetengahnya pada usia 18 bulan baru mula membentuk dua patah perkataan sekaligus walaupun ini dikira kemahiran bagi bayi yang berumur 2 tahun. Pada tahap ini, selain dari membentuk perkataan, mereka mudah meniru bunyi binatang, mengenal objek dengan nama dan mudah mengikut arahan. Contohnya “mari sini, dekat mama”..atau “cium mama”.

Perkembangan minda

Kebanyakan bayi pada peringkat ini akan mula belajar menconteng dengan menggunakan alat tulis seperti krayon atau pensil warna di atas kertas, belajar menyusun blok dan menggunakan sudu atau garpu semasa makan. Kesemua skil-skil ini memerlukan latihan dan oleh itu, berilah kepada mereka peluang untuk berbuat demikian dan jangan mengharapkan perbuatan mereka ini mesti sempurna sepenuhnya dalam masa sehari dua.

Belajar berdikari

Berdikari bermaksud “berdiri di atas kaki sendiri” atau melakukan sesuatu tanpa bantuan orang lain. Pada kebiasaannya pada umur 12 – 15 bulan, bayi mula ingin melakukan sesuatu dengan usaha sendiri. Mereka lebih merasa selesa membuat sesuatu sendiri di persekitaran yang biasa dengan dirinya tanpa kehadiran ibu bapanya. Ini bukanlah bermakna bayi tesebut tidak suka dengan kehadiran ibu bapa mereka tetapi keadaan ini juga sebenarnya dapat melatih keyakinan diri mereka sendiri.

Dikirim dalam Uncategorized | Leave a Comment »

BAYI BERUMUR : 9 – 12 bulan

Posted by zainura66 di 18 Januari 2011

Jenis Perkembangan

Fizikal * Beransur dari memegang barang dengan kedua-dua belah tangan ke memegang barang di
antara jari telunjuk dan ibu jari

Kognitif * Mula bercakap dengan bunyi yang menyerupai satu suku kata, dan akan menyambungnya
seperti gaya ucapan

Emosi * Memberikan senyuman yang paling lebar kepada orang yang disukainya

Sosial * Menyukai permainan mudah seperti ba-baa-chak

Tabiat tidur

Tidur yang tipikal pada usia ini

Sekarang, bayi anda mungkin akan tidur lebih kurang 10 sehingga 12 jam pada waktu malam dan di siang hari dia akan lena sekejap, selama sejam setengah atau dua jam dua kali sehari. Pastikan dia mendapat tidur secukupnya – tidur adalah penting bagi perkembangannya. Kekalkan rutin waktu tidur yang konsisten seberapa yang boleh. Jika rutin bayi anda terganggu, anda akan mendapati sukar untuk menidurkannya pada waktu malam dan dia mungkin akan terjaga lebih kerap.

Bagaimana untuk menenteramkan bayi anda supaya tidur

Pada peringkat ini anda digalak untuk terus membina teknik-teknik yang telah diamalkan oleh anda berdua pada masa umurnya enam hingga sembilan bulan, di mana ianya meliputi: Mengadakan rutin waktu tidur yang konsisten Anda dan bayi anda akan mendapat manfaat jika diwujudkan waktu malam, satu rutin waktu tidur yang tetap. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Uncategorized | Leave a Comment »

PERINGKAT PERKEMBANGAN MANUSIA

Posted by zainura66 di 14 Januari 2011

Selagi belum musnah dan berakhirnya bumi dari dunia ini, kehidupan manusia akan mengalami beberapa peringkat evolusi masa seperti gambarajah dan jadual yang tertera di atas.

“Perkembangan kanak-kanak” ialah kajian proses dan mekanisme yang bertindak sewaktu perkembangan fizikal dan mental seorang bayi menjadi orang dewasa.

Istilah-istilah untuk peringkat perkembangan fizikal berkait umur adalah disenaraikan di atas. Julat-julat umur hampiran ditunjukkan, tetapi tanggapan mengenai sempadan antara peringkat-peringkat hidup adalah berbeza-beza antara budaya dan zaman. Julat umur dan istilah yang disenaraikan membayangkan tanggapan abad ke-21 di negara-negara yang maju.

Perkembangan kanak-kanak ialah kajian proses dan mekanisme yang bertindak sewaktu perkembangan fizikal dan mental seorang bayi menjadi orang dewasa. Perkembangan merujuk kepada perubahan fizikal, mental dan sosial yang dapat dijangkakan dalam kehidupan bayi. Perkembangan adalah faktor penting dalam kehidupan bayi. Proses ini tidak selalunya terus-menerus berkembang tetapi adakalanya maju ke hadapan dan ada kalanya pula menyusut perkembangan kognitif dan bahasanya.

Peringkat pembesaran

Sebagai pengaruh terbesar di dalam hidup anak, ibu bapa memainkan peranan penting dalam membangkitkan kebijaksanaan di dalam diri anak-anak dengan mendidiknya secara holistik dalam cara-cara seperti:

  • Memberikan makanan berkhasiat yang berkualiti;
  • Mewujudkan peluang dan ruang untuk perkembangan fizikal;
  • Memberikan panduan dan rangsangan yang sesuai untuk perkembangan kognitif;
  • Memberi galakan dan empati bagi melengkapkannya secara emosi dan sosial.
  • Selain itu, persediaan amat penting untuk menerima perubahan mengagumkan anak anda, dari seorang bayi kepada kanak-kanak kecil. Ini membolehkan anda membantunya mencapai kebolehan maksimumnya dalam empat bidang kepintaran pada setiap peringkat perkembangan

Perkembangan dari Alam Bayi ke Alam Kanak-kanak Bertatih

Jenis Perkembangan  :  9 – 12 bulan
Fizikal * Beransur dari memegang barang dengan kedua-dua belah tangan ke memegang barang di antara jari  telunjuk dan ibu jari

Kognitif * Mula bercakap dengan bunyi yang menyerupai satu suku kata, dan akan menyambungnya seperti gaya ucapan

Emosi * Memberikan senyuman yang paling lebar kepada orang yang disukainya

Sosial * Menyukai permainan mudah seperti ba-baa-chak

Jenis Perkembangan  :  12 – 18 bulan

Fizikal * Berdiri dengan berpegang ke sesuatu, dan mara secara perlahan-lahan

Kognitif * Mula menunjukkan minat terhadap buku
* Memahami arahan mudah seperti “Mari pada Mama”

Emosi * Mula berhati-hati terhadap orang yang tidak dikenali dan wajah yang   jarang dilihat
* Menjadi lebih gelisah apabila dipisahkan dari ibu bapa
* Bertindak balas apabila namanya dipanggil

Sosial * Mula bertepuk tangan bersama orang lain

Jenis Perkembangan  :   18 – 24 bulan

Fizikal *Beransur dari langkah yang tidak stabil ke langkah terkedek kedek   dengan sendirinya
* Otot kecil di tangan, jari dan pergelangan tangan beransur kuat

Kognitif * Mula berminat untuk tahu bagaimana benda boleh muat ke dalam   satu sama lain
* Suka memasukkan bentuk ke dalam rangka bentuk yang berpadanan
* Daya ingatan bertambah- mengetahui bahawa sesuatu yang tidak   boleh dilihat masih wujud

Emosi * Suka melihat ke dalam cermin dan mengenali bahagian tubuh   badannya
* Mula mempunyai deria kawalan diri (e.g memberi tindak balas  terhadap perkataan “tunggu”

Sosial * Mula menggunakan perkataan yang boleh difahami seperti “ba”   untuk bola dalam berkomunikasi

dengan  orang lain *Mula   menunjukkan empati terhadap orang lain, contohnya, memeluk anda   ketika

orang lain bersedih

Jenis Perkembangan  :  24 – 36 bulan

Fizikal * Dapat mengawal mainan tunggangan yang stabil
* Dapat membina menara mainan 4 – 6 tingkat dengan pantas
* Mula menggolek, membaling dan menyepak bola
* Boleh melukis garisan dan menconteng

* Boleh mengabung beberapa kemahiran motor yang sukar bagi   memanipulasi struktur permainan

taman mainan dengan lebih yakin

Kognitif * Dapat menyelesaikan susun suai gambar yang mudah
* Memahami konsep ‘sama dan lain’
* Boleh melakukan kraf yang mudah

Emosi * Ingin berjaya dalam pelbagai tugas dengan sendiri
*Suka “berlakon”, terutamanya bermain permainan pakaian aneka   ragam atau melakukan perkara “orang

dewasa” seperti menjadi doktor   haiwan

Sosial * Mula bermain secara interaktif dengan kanak-kanak lain

Sumber: Dipetik dari majalah Mother & Baby , seperti yang disahkan oleh panel pakar di UK dan Malaysia

Menurut blog yang ditulis oleh Prof Dr Sidek Baba yang menyatakan bahawa pada peringkat dewasa , secara tidak langsung kita akan melalui beberapa alam iaitu :

1. Alam memenuhi cita-cita dan pengajian.
2. Alam berumahtangga
3. Alam pekerjaan.
4. Alam beranak-pinak.
5. Alam menyumbang kepada masyarakat.
6. Alam memiliki harta.

Alam memenuhi cita-cita dan pengajian ialah lanjutan daripada cita-cita yang dibina pada zaman remaja, sama ada ia menjadi angan-angan atau realiti. Selepas umur 19 tahun remaja sudah masuk ke alam dewasa, bidang pengajian akan mula ditentukan. Sama ada bidang pengajian selari atau tidak dengan cita-cita. Sekiranya cita-cita di peringkat remaja selari dengan bidang pengajian di peringkat dewasa, ia memberi kekukuhan jalan hidup dewasanya. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Uncategorized | Leave a Comment »

BAYI PERLU DIRANSANG/ DIURUT/DIBELAI

Posted by zainura66 di 3 Januari 2011

Bayi perlukan bantuan untuk dirangsang. Rangsangan dapat membantu proses perkembangan bayi sama ada dari sudut biologi, kognitif dan sosiologi. Ibu bapa adalah orang yang paling utama dalam membantu bayi menerima rangsangan.

Keadaan sesuai bagi merangsang bayi ialah ketika masih sedar atau celik. Ibu bapa perlu faham masa sesuai untuk merangsang bayi kerana jika diteruskan tanpa mengambil kira kemampuannya ia boleh memberikan kesan negatif.

Antara bentuk rangsangan yang boleh diberikan ialah:

1.  Urutan atau Belaian

Ini merupakan ransangan yang terbaik iaitu ransangan menerusi sentuhan atau belaian. Bayi perlu di urut atau dibelai dengan penuh kasih sayang . Selain dapat membantu pertumbuhan bayi dengan cepat, ia juga dapat menyihatkan bayi serta menjadikannya cerdas dan riang serta dapat memantau kesihatan bayi . Luangkan masa mengurut samada selepas mandi atau ada masa terluang jika bayi tidak tidur.

2.  Bercakap dan berkomunikasi

- Ketika bayi asyik memerhatikan wajah ibu / bapanya, ibu/bapa perlu bercakap mesra
dengannya sambil memberi senyuman dan mencium akan bayi tersebut.
- Sewaktu menyusu, ibu boleh memberi rangsangan seperti bercakap kepadanya dengan kata- kata belaian. “anak mak sayang”- “anak mak lapar ye. Begitu juga dengan bapa semasa memberi susu dengan botol.
- Semasa mandi dan tukar lampin. Waktu ini adalah waktu yang sangat sesuai untuk berinteraksi dengan bayi. Bayi nampak sangat selesa dengan dibelai dengan kata-kata mesra seperti “anak mak dah wangi”- “anak mak cantik” dan sebagainya.
- Ketika hendak tidurkan bayi bolehlah dialunkan dengan lagu, zikir atau bercerita dengan bayi.
Bahasa yang digunakan dalam berinteraksi dengan bayi dapat membantu minda bayi membentuk bahasanya. Melalui perbualan yang mesra dapat mempertingkatkan perkembangan bahasa bayi.

3.  Bermain
- Cium tapak tangan, Tepuk tangan bayi sambil menyanyi
- Menggerakkan kakinya.

Dengan bermain bersama bayi dapat merangsang mindanya serta membina emosi gembira bayi. Bayi yang selalu berada dalam emosi gembira akan membentuk perkembangan dan personaliti yang positif.

4.  Membina suasana
- Bilik yang cerah dan pengudaraan yang baik, Lagu yang harmoni, sekelilingnya dihiasi dengan gambar yang berwarna-warni, Alat-alat permainan

Suasana dan persekitaran yang nyaman dan bersih memberi ketenangan dan kesihatan terhadap bayi. Ini dapat membantu membina perkembangan yang baik terhadap bayi. Melalui gambar- gambar dan alat-alat permainan disekelilingnya membantu bayi menambahkan lagi maklumat dalam mindanya. Semasa peringkat ini, bayi hanya mampu observe apa sahaja yang ada di sekeklilingnya tetapi tidak dapat menggunakannya. Lebih banyak yang di observe (dilihat) oleh deria bayi lebih cepat berlakunya perkembangan intelektual bayi.

5.  Teman ketika sunyi
- Membaca cerita, Bermain, Berzikir, Menyanyi

Adakalanya bayi juga merasa kesunyian dan bosan. Oleh itu, bayi memerlukan teman untuk mengisi kesunyiannya. Ini biasanya berlaku apabila semua keperluannya seperti tidur, menyusu, dan mandi sudah dipenuhi. Oleh itu, untuk merangsang bayi ibu bapa digalakkan berkomunikasi, menyanyi atau membaca bagi membantu proses perkembangan bahasa dan minda.
Justeru itu, ibu bapa digalakkan menggunakan perkataan yang sesuai ketika berinterkasi. Apabila perkembangan bahasa kanak-kanak dipercepatkan, prestasi inteleknya turut meningkat dari semasa ke semasa.

Dikirim dalam Uncategorized | Di tag: | Leave a Comment »

KETAHUI PERKEMBANGAN ANAK MENGIKUT TAHAP UMUR : Bayi 12 bulan

Posted by zainura66 di 2 Januari 2011

BAYI BERUMUR 12 BULAN

Banyak berjalan meski pun langkahnya belum stabil, banyak merangkak, banyak bermain dengan mainan yang ia senangi, senang membuka pakaiannya, merasa takut pada orang yang tidak ia kenal dan keadaan yang tidak biasa. Memegang pensil dan kapur untuk membuat coret-coretan serta lakaran. Suka untuk mengambil mainan dan memasukkan makanan dalam mulutnya lebih sering menggunakan tangan tertentu (kanan atau kiri). Menolak jika ditidurkan, dapat membentuk 2 hingga 3 patah perkataan.

Dikirim dalam Uncategorized | Di tag: | Leave a Comment »

KETAHUI PERKEMBANGAN ANAK MENGIKUT TAHAP UMUR : Bayi 11 bulan

Posted by zainura66 di 2 Januari 2011

BAYI BERUMUR 11 BULAN

Berdiri lama tanpa bantuan. Berjalan jika dipegangi satu atau dua tangannya. Mengubah posisi berdiri menjadi duduk tanpa bantuan. Dapat memegang benda-benda kecil dengan ibu jari dan telunjuknya. Ia dapat menelan beberapa kali secara berturut-turut jika diberikan minum melalui cawan. Menggunakan kedua tangannya secara bersama-sama untuk melakukan fungsi yang berbeza, seperti mengambil benda dari tangan kanannya dan mengangkat badan dengan tangan kirinya. Takut bila didekati orang yang tidak dikenali, akan tetapi mesra dengan kanak-kanak lain. Mengerti lebih banyak kata yang diucapkan.

Dikirim dalam Uncategorized | Di tag: | Leave a Comment »

KETAHUI PERKEMBANGAN ANAK MENGIKUT TAHAP UMUR : Bayi 10 bulan

Posted by zainura66 di 2 Januari 2011

BAYI BERUMUR 10 BULAN

Merangkak dengan baik, naik di kerusi atau tangga rumah, berjalan dengan bantuan, mengangkat kakinya jika anda sedang memakaikannya seluar. Meniru suara terbatuk-batuk. Mengatakan ”papa”, ”mama”, senang bermain dengan mainan tertentu, memegang roti dan memakannya. Mengerti yang diperintahkan dan melakukannya, mulai takut terhadap orang yang tidak dikenal.

Dikirim dalam Uncategorized | Di tag: | Leave a Comment »

KETAHUI PERKEMBANGAN ANAK MENGIKUT TAHAP UMUR : Bayi 9 bulan

Posted by zainura66 di 2 Januari 2011

BAYI BERUMUR 9 BULAN

Ia akan duduk lebih stabil dan dapat berdiri untuk sementara saat tangannya dipegangi. Dapat duduk sendiri dan berputar-putar. Memasukkan jari-jarinya ke dalam lubang atau celah-celah . Mengerti satu dua kata dan bereaksi jika diperintah. Mudah mengikut kata-kata jika diajar serta cepat mengajuk perkataan-perkataan yang didengarinya. Cepat belajar dan boleh meniru apa jua perkara yang dilihat dan didengarinya.

Dikirim dalam Uncategorized | Di tag: | Leave a Comment »

KETAHUI PERKEMBANGAN ANAK MENGIKUT TAHAP UMUR : Bayi 8 bulan

Posted by zainura66 di 2 Januari 2011

BAYI BERUMUR 8 BULAN

Ia sudah dapat merangkak, duduk tanpa bantuan, mengangkat badan dengan bantuan meja atau kerusi hingga dalam posisi berdiri. Memegang botol susu dan minum sendiri. Membuang benda yang tidak ia sukai. Mengambil benda-benda kecil, berteriak memanggil orang lain.

Dikirim dalam Uncategorized | Di tag: | Leave a Comment »

KETAHUI PERKEMBANGAN ANAK MENGIKUT TAHAP UMUR : Bayi 7 bulan

Posted by zainura66 di 2 Januari 2011


BAYI BERUMUR 7 BULAN

Dapat mengangkat badannya dengan tangan dan lutut. Menggeser badannya ke belakang atau ke depan. Membawa mainan yang ia sukai terus menerus dan marah jika mainannya diambil. Mencuba untuk berdiri, suka membuat suara dengan mengetuk atau menggoncang benda yang ada dalam genggamannya. Menarik-narik rambut dan telinganya, bermain dengan kakinya.

Dikirim dalam Uncategorized | Leave a Comment »

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.