PERINGKAT PERKEMBANGAN MANUSIA

Selagi belum musnah dan berakhirnya bumi dari dunia ini, kehidupan manusia akan mengalami beberapa peringkat evolusi masa seperti gambarajah dan jadual yang tertera di atas.

“Perkembangan kanak-kanak” ialah kajian proses dan mekanisme yang bertindak sewaktu perkembangan fizikal dan mental seorang bayi menjadi orang dewasa.

Istilah-istilah untuk peringkat perkembangan fizikal berkait umur adalah disenaraikan di atas. Julat-julat umur hampiran ditunjukkan, tetapi tanggapan mengenai sempadan antara peringkat-peringkat hidup adalah berbeza-beza antara budaya dan zaman. Julat umur dan istilah yang disenaraikan membayangkan tanggapan abad ke-21 di negara-negara yang maju.

Perkembangan kanak-kanak ialah kajian proses dan mekanisme yang bertindak sewaktu perkembangan fizikal dan mental seorang bayi menjadi orang dewasa. Perkembangan merujuk kepada perubahan fizikal, mental dan sosial yang dapat dijangkakan dalam kehidupan bayi. Perkembangan adalah faktor penting dalam kehidupan bayi. Proses ini tidak selalunya terus-menerus berkembang tetapi adakalanya maju ke hadapan dan ada kalanya pula menyusut perkembangan kognitif dan bahasanya.

Peringkat pembesaran

Sebagai pengaruh terbesar di dalam hidup anak, ibu bapa memainkan peranan penting dalam membangkitkan kebijaksanaan di dalam diri anak-anak dengan mendidiknya secara holistik dalam cara-cara seperti:

  • Memberikan makanan berkhasiat yang berkualiti;
  • Mewujudkan peluang dan ruang untuk perkembangan fizikal;
  • Memberikan panduan dan rangsangan yang sesuai untuk perkembangan kognitif;
  • Memberi galakan dan empati bagi melengkapkannya secara emosi dan sosial.
  • Selain itu, persediaan amat penting untuk menerima perubahan mengagumkan anak anda, dari seorang bayi kepada kanak-kanak kecil. Ini membolehkan anda membantunya mencapai kebolehan maksimumnya dalam empat bidang kepintaran pada setiap peringkat perkembangan

Perkembangan dari Alam Bayi ke Alam Kanak-kanak Bertatih

Jenis Perkembangan  :  9 – 12 bulan
Fizikal * Beransur dari memegang barang dengan kedua-dua belah tangan ke memegang barang di antara jari  telunjuk dan ibu jari

Kognitif * Mula bercakap dengan bunyi yang menyerupai satu suku kata, dan akan menyambungnya seperti gaya ucapan

Emosi * Memberikan senyuman yang paling lebar kepada orang yang disukainya

Sosial * Menyukai permainan mudah seperti ba-baa-chak

Jenis Perkembangan  :  12 – 18 bulan

Fizikal * Berdiri dengan berpegang ke sesuatu, dan mara secara perlahan-lahan

Kognitif * Mula menunjukkan minat terhadap buku
* Memahami arahan mudah seperti “Mari pada Mama”

Emosi * Mula berhati-hati terhadap orang yang tidak dikenali dan wajah yang   jarang dilihat
* Menjadi lebih gelisah apabila dipisahkan dari ibu bapa
* Bertindak balas apabila namanya dipanggil

Sosial * Mula bertepuk tangan bersama orang lain

Jenis Perkembangan  :   18 – 24 bulan

Fizikal *Beransur dari langkah yang tidak stabil ke langkah terkedek kedek   dengan sendirinya
* Otot kecil di tangan, jari dan pergelangan tangan beransur kuat

Kognitif * Mula berminat untuk tahu bagaimana benda boleh muat ke dalam   satu sama lain
* Suka memasukkan bentuk ke dalam rangka bentuk yang berpadanan
* Daya ingatan bertambah- mengetahui bahawa sesuatu yang tidak   boleh dilihat masih wujud

Emosi * Suka melihat ke dalam cermin dan mengenali bahagian tubuh   badannya
* Mula mempunyai deria kawalan diri (e.g memberi tindak balas  terhadap perkataan “tunggu”

Sosial * Mula menggunakan perkataan yang boleh difahami seperti “ba”   untuk bola dalam berkomunikasi

dengan  orang lain *Mula   menunjukkan empati terhadap orang lain, contohnya, memeluk anda   ketika

orang lain bersedih

Jenis Perkembangan  :  24 – 36 bulan

Fizikal * Dapat mengawal mainan tunggangan yang stabil
* Dapat membina menara mainan 4 – 6 tingkat dengan pantas
* Mula menggolek, membaling dan menyepak bola
* Boleh melukis garisan dan menconteng

* Boleh mengabung beberapa kemahiran motor yang sukar bagi   memanipulasi struktur permainan

taman mainan dengan lebih yakin

Kognitif * Dapat menyelesaikan susun suai gambar yang mudah
* Memahami konsep ‘sama dan lain’
* Boleh melakukan kraf yang mudah

Emosi * Ingin berjaya dalam pelbagai tugas dengan sendiri
*Suka “berlakon”, terutamanya bermain permainan pakaian aneka   ragam atau melakukan perkara “orang

dewasa” seperti menjadi doktor   haiwan

Sosial * Mula bermain secara interaktif dengan kanak-kanak lain

Sumber: Dipetik dari majalah Mother & Baby , seperti yang disahkan oleh panel pakar di UK dan Malaysia

Menurut blog yang ditulis oleh Prof Dr Sidek Baba yang menyatakan bahawa pada peringkat dewasa , secara tidak langsung kita akan melalui beberapa alam iaitu :

1. Alam memenuhi cita-cita dan pengajian.
2. Alam berumahtangga
3. Alam pekerjaan.
4. Alam beranak-pinak.
5. Alam menyumbang kepada masyarakat.
6. Alam memiliki harta.

Alam memenuhi cita-cita dan pengajian ialah lanjutan daripada cita-cita yang dibina pada zaman remaja, sama ada ia menjadi angan-angan atau realiti. Selepas umur 19 tahun remaja sudah masuk ke alam dewasa, bidang pengajian akan mula ditentukan. Sama ada bidang pengajian selari atau tidak dengan cita-cita. Sekiranya cita-cita di peringkat remaja selari dengan bidang pengajian di peringkat dewasa, ia memberi kekukuhan jalan hidup dewasanya.

Sekiranya tidak berlaku seperti apa yang dicita-cita kerana sebab-sebab tertentu, tentunya seseorang itu akan berada di suatu persimpangan untuk memilih jalan terbaik yang lain. Di tahap ini seseorang harus tahu bahawa antara minat dan bakat serta hasil pencapaian akademik, kadang-kadang menjadi tidak seimbang.
Dalam keadaan seperti ini seseorang harus mampu memilih alternatif terbaik supaya menjalani alam remaja dalam membina cita-cita baru, tidak dijadikan faktor penghalang, malah ia menjadikan seseorang lebih matang, bersedia menghadapi kemungkinan dan cabaran serta sanggup meningkatkan lagi perjalanan ilmu yang memberi manfaat di alam dewasa nanti.

Selepas mencapai cita-cita keilmuan, alam dewasa pastinya mendorong seseorang untuk mencari pekerjaan. Bekerja adalah suatu cara untuk mencari sumber penghidupan dan melakukan khidmat yang terbaik. Cabaran mencari pekerjaan juga adalah sesuatu yang tidak mudah. Sekiranya sejak zaman remaja seseorang sentiasa cemerlang dengan pencapaian akademik dan ketrampilannya, peluang untuk mendapat kerja tidak begitu rumit. Pekerjaan ini amat penting sebagai penyambung jalan hidup seterusnya. Harus ada tekad di kalangan remaja bahawa ilmu dan ketrampilan yang dicari dan bidang kursus yang diikuti, hanya asas untuk memulakan penghidupan yang lebih bermakna.

Sekiranya dengan kelulusan yang ada menjadikan remaja lebih kreatif, berusaha sendiri, terlibat dalam perniagaan dan industri kecil dan sederhana kemudiannya, masalah pengangguran tidak akan berbangkit. Kalau hanya bergantung kerja dengan pihak kerajaan atau swasta saja tanpa ada hasrat untuk bekerja dan berniaga sendiri, peluang mencari rezeki akan jadi terbatas.

Para remaja yang bakal masuk ke alam dewasa harus bersikap positif bahawa rezeki dari Allah swr ada di mana-mana. Kuasai ilmu asas yang baik dalam apa jua bidang yang ingin kita ceburi, pupuk disiplin diri, bina tekad dan azam dan sertailah dunia perniagaan dan industri secara kecil-kecil dahulu, dan apabila sudah mempunyai modal dan pengalaman yang bertambah, meningkatlah lebih tinggi lagi dengan harapan akan menjadi pengusaha dan peniaga yang berjaya suatu ketika nanti.

Inilah jalan berfikir yang ada di kalangan ramai remaja yang bukan Islam kerana menginsafi bahawa bergantung kepada peluang kerja yang ditawarkan oleh pihak kerajaan amatlah terbatas, dan bumi kita ini menunggu penglibatan kita untuk meneroka dan mencari rezeki yang halal.

Mempunyai pekerjaan yang diminati memberikan laluan seterusnya untuk memikirkan teman hidup pula. Memasuki gerbang perkahwinan adalah fitrah bagi mereka setelah ada pendapatan dan mampu melakukan penyaraan. Menjadi bakal suami dan isteri adalah suatu tahap yang sangat penting dalam hidup seseorang. Tanpa ilmu dan akhlak yang baik, suami isteri akan menghadapi kesulitan mengaturkan kehidupan.

Apabila sudah beranak pinak, ibu dan ayah mempunyai amanah pendidikan yang besar. Bolehkah pendidikan berjalan dengan baik sekiranya diri ibu dan ayah tidak menjadi teladan yang terbaik bagi anak-anak? Di peringkat ini amat penting ilmu ketrampilan keibubapaan dipelajari dan dikuasai. Lebih-lebih lagi mendidik anak pada zaman kini yang banyak dirangsang oleh faktor media cetak dan elektronik yang amat mempengaruhi minda dan tingkah-lakunya.

Kadang-kadang kerana kesibukan mencari rezeki anak-anak jadi terbiar. Belaian, kasih sayang dan didikan tidak dapat diberikan sepenuhnya. Kebimbangan yang ada ialah berlakunya keciciran dalam proses membesarkan anak-anak. Dan tempoh yang amat kritikal dalam proses mendidik seseorang manusia ialah bermula lahirnya dalam keadaan fitrah sehingga tempoh akil balighnya.Tempoh ini memerlukan belaian dan kasih sayang yang tinggi, contoh teladan yang baik, persekitaran yang menyuburkan akhlaknya kerana anak-anak mempunyai naluri meniru dan meneladani.

Katakan seseorang di alam remajanya tidak bercita-cita tinggi, tidak peduli untuk mendapatkan ilmu pengetahuan yang berguna, terlibat dalam pergaulan bebas tanpa batasan, bergaul di kalangan remaja yang suka berseronok-seronok, cuai kepada pesan dan nasihat ibu bapa, tidak patuh kepada ajaran agama, sifat ego yang tinggi dan melulu, berfikir secukup hidup dan lain-lain, alam dewasa yang bakal dimasuki tidak memberikan janji yang baik.

Alam dewasanya tidak akan memberikan kematangan dan kedewasaan pada dirinya. Alam dewasa membebankan hidupnya kerana banyak tanggungjawab perlu dilakukan. Akhirnya seseorang akan kehilangan arah dan hala tuju hidup. Pada waktu inilah ia mudah terjebak dengan amalan-amalan negatif sama ada terlibat dengan amalan salahguna dadah, hidup berseronok-seronok, malah mungkin terlibat dengan jenayah dan kegiatan-kegiatan yang menyalahi undang-undang sehingga tempoh dewasanya berakhir dengan tragedi ngeri.

Persiapan, pengalaman dan bakat yang terbina dengan baik pada zaman remaja akan melanjutkan amalan, tingkah-laku, tabiat dan pekerti pada zaman dewasa seseorang. Seseorang kena ingat pentingnya membina potensi, minat dan bakat secara sihat pada peringkat awal umur kerana peringkat awal umur ialah tahap di mana proses peniruan berlaku.

Pada peringkat sebelum remaja atau pada zaman remaja, bakat akal, bakat rohani dan jasmani adalah di peringkat pembentukan dan penyuburan. Sekiranya proses pembentukan dan penyuburan tidak berlaku secara fitrah, ia akan mewujudkan ketempangan. Sebaliknya pembentukan berlaku secara positif, ia ibarat menyediakan tapak yang kukuh, bakat yang terserlah dan kecenderungan yang positif ke arah peningkatan seterusnya.

Rujukan :www.allaboutplan.com

About these ads

About zainura66

Pencinta Alam Semesta
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s