Rekahan kulit (Stretch mark)

PEREMPUAN hamil selalunya khuatir dengan perubahan kulit, terutamanya kulit perut. Selama hamil terjadi berbagai perubahan pada kulit seperti stretch mark atau tanda rekahan kulit, selulit, linea nigra hingga gatal-gatal. Perubahan tersebut kerap mengganggu sebahagian besar perempuan. Namun, ada juga kes ini berlaku kepada perempuan yang belum berkahwin atau hamil dan juga orang lelaki.

1. Stretch mark (Tanda Rekahan Kulit)
Anda mungkin sering mendengar istilah ini, namun ada yang tidak ambil kisah tentang masalah ini . Stretch mark merupakan tanda parut berupa garis-garis putih yang muncul pada permukaan kulit, berbentuk garis berliku seperti anak sungai. Stretch mark ini biasanya muncul pada kulit perut, lengan atas, pinggul, paha, belakang badan dan payudara.

Garisan pada kulit ini biasanya muncul pada usia kehamilan empat atau lima bulan, dimana warnanya berwarna kemerah-merahan dan masih dapat disembuhkan. Namun begitu kehamilan memasuki usia hujung kehamilan, garis yang timbul berwarna keputihan dan tidak dapat disembuhkan, hanya dapat dikurangkan dengan produk perawatan kulit khusus untuk stretch mark.

Mengapa stretch mark terjadi ?

1. Kerana pengaruh hormon kehamilan dan akibat regangan kulit apabila janin makin membesar.
– biasanya berwarna merah jambu dan cenderung lebar, kemudian beransur berubah menjadi garis nipis berwarna keputihan atau kecoklatan. Bagi yang pernah hamil mungkin anda mengenali stretch mark umumnya melintang di sepanjang kulit perut atau di atas punggung.
-Jika payudara membesar sewaktu kehamilan, peregangan kulit payudara akan terjadi dan sewaktu penyusuan, biasanya akan meninggalkan tanda parut putih sesudahnya buat sementara payudara kembali ke ukuran normal.

Apakah stretch mark hanya terjadi kepada wanita hamil sahaja? Tidak selalu, sebab beberapa wanita beruntung memiliki faktor genetik yang ‘menyelamatkannya’ dari stretch mark.

2. Faktor genetik
– jika ibu anda punya kecenderungan mempunyai stretch mark, maka kemungkinan besar anda juga akan mewarisinya.

3. Masalah kulit kering .

4. Perubahan berat badan secara mendadak (waspada untuk anda yang kerap mengalami fenomena diet yoyo, dimana berat badan turun-naik dengan cepat),

5. Pengaruh ubat (steroid, misalnya pada ubat gemuk atau asma).

Gejala Stretch Marks :
- Garis atau lapisan di kulit dengan tepi tidak rata
- Banyak goresan kemerahan
- Pudar dengan garis-garis masa itu kehilangan warna dan terutama menjadi warna keabu-abuan atau putih
Stretch mark tersebar luas di bidang payudara, perut, lengan atas, paha dan belakang. Dalam kes yang paling sukar ialah kadangkala ia boleh tersebar di zon tubuh yang lebih besar.

2. Selulit

Selulit pula kelihatan seperti kulit yang bergelombang, bertekstur seperti keju yang berongga atau kulit limau purut. Peringkat keparahan’ selulit ada pelbagai jenis, mulai yang ringan (hanya akan nampak seperti kulit dicubit, kulit yang bergelombang hanya muncul pada bahagian yang dicubit), hingga pada kes yang berat, kulit nampak ‘kusut/ tidak rata’ dan bergelombang, seperti keadaan kawasan ‘gunung dan lembah’.

Selulit merupakan pengumpulan sel lemak pada jaringan kulit yang berlebihan sehingga permukaan kulit nampak tidak rata, seperti kulit limau purut ! Sewaktu kehamilan, sebahagian besar wanita punya masalah selulit, kerana selama kehamilan terjadi peningkatan kadar hormon estrogen dan progesteron secara mendadak sehingga menghasilkan lebih banyak lemak yang disimpan untuk melindungi janin.

Selulit ini biasanya muncul pada bahagian tubuh yang kurang aktiviti seperti paha, belakang badan, perut, pinggul, betis dan lengan. Selulit akan muncul seiring dengan pertambahan usia, di mana kulit kehilangan kekenyalannya. Kenaikan berat badan membuat selulit lebih mudah dikenali, namun orang kurus tetap juga boleh mempunyai selulit, khususnya jika dikaitkan dengan faktor genetik. Jika ibu kita punya selulit, kemungkinan kita juga akan memilikinya.

Faktor lain yang meningkatkan peluang seseorang mempunyai selulit adalah tekanan perasaan (stress) dan juga gaya hidup yang kurang berolah raga.

3. Linea nigra

Masalah kulit lainnya yang terjadi sewaktu kehamilan adalah munculnya garis berwarna gelap di sekitar perut, mulai dari pusat hingga tulang tundun, yang lazim disebut linea nigra (dalam bahasa Latin bererti garis hitam). Garis hitam ini biasanya muncul pada kehamilan trimester kedua akibat perubahan hormon selama kehamilan yang meningkatkan produksi melanin.

Menurut Dr. Jane MacDougall dalam bukunya ‘Kehamilan Minggu Demi Minggu’ linea nigra mengindikasikan otot-otot perut telah tertarik untuk memberikan ruang bagi rahim yang sedang berkembang. Walaupun pigmen di daerah ini masih terjadi hingga bayi lahir, namun warnanya akan makin pudar hingga kembali ke asal seperti sebelum anda hamil.

4. Gatal

Selain masalah seperti di atas, sewaktu hamil anda juga kerap merasa gatal, terutama di sekitar daerah perut, pusat dan payudara. Rasa gatal boleh muncul bila-bila saja, mulai trimester pertama hingga trimester terakhir kehamilan.

Ada mitos: saat gatal terjadi di perut, menandakan bayi mulai tumbuh rambut. Namun ternyata itu hanya mitos. Rasa gatal muncul kerana berbagai sebab, antara lain kulit meregang yang menyesuaikan dengan bentuk selama kehamilan yang membuat kulit menjadi lebih kering.

Selain itu, iritasi pada lipatan tubuh kerana pergeseran kulit akibat kenaikan berat badan ibu, perubahan kadar hormon estrogen dan progestin sehingga terjadi pengumpulan bilirubin dan asid hempedu ringan pada tubuh ibu. Gatal-gatal juga boleh terjadi kepada ibu yang ada ‘alergi’.

Namun begitu, selulit dan masalah kulit lainnya dapat dikurangkan atau bahkan dicegah, antara lain dengan cara:

l. Sapukan minyak zaitun secara teratur pada tubuh untuk menjaga kekenyalan dan kekencangan kulit, khususnya pada bahagian yang mengalami peregangan di saat hamil seperti perut, punggung, belakang dan payudara.

2. Mengusap minyak urut herba (tidak panas) ke seluruh tubuh, sebaiknya setelah mandi, untuk mencegah kehilangan kolagen akibat perkembangan lapisan dermis ketika kulit meregang di masa hamil.

3. Olahraga yang teratur untuk melancarkan pengaliran darah dan oksigen. Pada ibu hamil, lakukan olahraga ringan seperti jalan kaki atau berenang

5. Jalani hidup sihat dengan pola makan yang seimbang, minum air putih yang cukup, kurangkan makanan yang berlemak namun perbanyakkan makan buah dan sayur yang kaya antioksidan.

About these ads

Perihal zainura66

Pencinta Alam Semesta
This entry was posted in Penyakit. Bookmark the permalink.

10 Responses to Rekahan kulit (Stretch mark)

  1. ifa says:

    salam,
    maaf ye,, saya bukan nak bagi jawapan tapi sya nak bertanya,,
    saya mengalami rekahan2 seperti yg diatas,tetapi apa yg saya baca diatas ni,,tanda2 sebegitu sepatutnya ada pada yg pernah mengandung dan bersalin…
    tetapi saya belum berkahwin,sya telah mengalami rekahan2 pada kulit sedemikian…
    mengapa ye??? saya harap ada yg mmbalas soalan sya ini..saya perlukan jawapan,sya da buntu mencari jawapn..nak pergi check kat hospital sya plak yg takut..

    • zainura66 says:

      Waalaikumsalam,

      Ifa,

      sebenarnya rekahan kulit (stretch mark) bukan hanya berlaku kepada wanita yang pernah hamil dan melahirkan anak, malah ada sesetengah wanita yang belum berumahtangga juga ada yang mengalaminya. Ini adalah faktor lemaak yang berkumpul di bawah kulit tersebut sehingga menyebabkan rekahan kulit telah berlaku. Cara yang boleh membantu ialah dengan urutan tangan ke bahagian rekahan kulit tersebut agar aliran darah sempurna untuk memperbaiki sel kulit anda.

  2. cahaya kaseh says:

    salam sis ade petua lain x untuk hilangkan rekahan ni secepatnya ? mohon sis bls

  3. ain says:

    salam.
    selain dengan urutan ada tak ubat untk hilangkan rekahan tersebut.?? mohon bls.

    • zainura66 says:

      Waalaikumsalam Ain,

      saya tidak begitu pasti samada ada cara lain bagi masalah ini. Melalui kaedah urutan secara logiknya akan menyingkirkan lemak atau kotoran yang berada di bawah kulit tersebut dan secara tidak langsung akan menyihatkan kembali kulit anda bagi menggantikan kulit yang baru apabila ia menerima cukup oksigen dan nuriten akibat dari uratan dan ransangan anda.

  4. nur syafiqah says:

    salam… sy umur 18 … ermmm… tp byk selulit y ade kt bdn… cth dekat sekeliling payudara, penuh dgn selulit betis, perut, pinggul, peha,,, boleh nk ckp 1 bdn la… cmne ae? nk hilangkan? :’(

    • zainura66 says:

      Waalaikumsalam Nur Syafiqah, mungkin ini adalah disebabkan oleh faktor kegemukan. Apa yang boleh anda lakukam ialah mengurut badan di bahagian yang banyak selulit tersebut.

  5. lily liyana says:

    salam..selain urutan..ada tak apa2 krim @ losyen y blh mnghilangkan selulit,,?? sy ad msalhh selulit pd bahagaian payudara..

    • zainura66 says:

      Waalaikumsalam Lily Liyana, produk yang berasaskan krim atau losyen boleh menghalang serta menutupi liang roma anda dari mengeluarkan sisa toksin dari permukaan kulit. Kulit merupakan salah satu daripada sistem perkumuhan yang normal seperti peluh. Minyak Wannura Terapi khusus membantu bagi kulit mengeluarkan toksin dengan cara urutan dan lulur bagi menyingkirkan toksin tersebut dari menyumbati urat saraf dan membersihkan darah dari liang roma kulit. Masalah selulit di payudara anda adalah akibat longgokan toksin ( seperti lemak, kolesterol dsbgnya)yang berkumpul di bawah kulit.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s