Apa itu Air Tulang Belakang ? (Cerebrospinal Fluid)

Apa itu Air tulang belakang ?

Oleh Hafizah Iszahanid

Prosedur lumbar puncture permudah doktor kenal pasti penyebab penyakit secara lebih tepat berbanding penggunaan antibiotik

Apa dia air tulang belakang? Mengapa ibu bapa terlalu takut, apabila kemungkinan prosedur mengambil air tulang belakang (lumbar puncture) perlu dibuat kepada anak? Adakah lumbar puncture terlalu teruk kesannya hingga anak boleh cacat atau lumpuh?

Presiden Persatuan Pediatrik Malaysia dan Pakar Perunding Penyakit Kanak-Kanak dan Kardiologi, Dr Zulkifli Ismail, berkata hampir semua ibu bapa pesakit berketurunan Melayu enggan menjalankan lumbar puncture.

Mereka sebaliknya lebih rela anak diberi antibiotik demi antibiotik tanpa memberi peluang doktor memberi anak sembuh sepenuhnya. Pelbagai tanggapan negatif, kononnya pengambilan air tulang belakang boleh membuat anak terencat akal dan lumpuh.

Katanya, bukan semua penyakit mesti dibuat lumbar puncture. Prosedur itu hanya dibuat bagi mengesan kuman penyebab penyakit meningitis, ensephalitis dan beberapa penyakit urat saraf. Meningitis (jangkitan kuman pada selaput sekililing otak dan urat saraf tunjang) memang perlu dirawat dengan antibiotik.

“Tetapi merawat dengan antibiotik tanpa pengambilan air tulang belakang seperti tidak merawat kerana kita tidak tahu apa yang kita rawat. Kita beri antibiotik tapi kita tidak tahu apa yang kita sasarkan dan bila hendak berhenti,�

�Justeru, antibiotik diberi secara berterusan atau terlalu cepat dihentikan. Melalui lumbar puncture, doktor tahu apa sebenarnya kuman penyebab meningitis. Apabila kuman sudah dikenal pasti kita tembak tepatlah. Kalau tidak, main tembak sajalah tanpa sasaran,” katanya.

Sehingga kini ada beberapa jenis kuman bakteria seperti hemophilus influenzae, Streptococcus pneumoniae, Staphylococcus termasuk Listeria dan enterococcus bagi kanak-kanak yang berusia kurang daripada tiga bulan dan lain-lain yang sensitif kepada beberapa antibiotik yang biasa digunakan doktor. Tetapi perlu diketahui meningitis boleh juga disebabkan virus atau parasit lain.

“Ketakutan ibu bapa yang paling besar, kemungkinan anak akan lumpuh dan terencat akal kalau air tulang belakang diambil. Sebenarnya, kalau meningitis tidak dirawat secepat mungkin dan dengan betul, itulah faktor yang meningkatkan risiko anak menjadi lumpuh dan terencat akal. Kadang kala terjadi, anak lewat dibawa ke hospital. Secara kebetulan, lumbar puncture dilakukan dan rawatan dimulakan tetapi kerosakan yang disebabkan penyakit asal sukar dipulihkan. Kebanyakan ibu bapa akan mengatakan prosedur tadi yang menyebabkan komplikasi lumpuh atau terencat akal walhal itu semua adalah komplikasi penyakit asal,” katanya.

Katanya, walaupun kebanyakan orang Malaysia tahu mengenai kepentingan prosedur lumbar puncture, keluarga pesakit terutama orang Melayu masih menganggap ia satu prosedur yang menghancurkan masa depan anak mereka.

“Orang Melayu banyak sangat pantang larang. Datuk nenek tak berilah atau mereka dengar cerita anak saudara kawan kepada kawan cacat selepas ambil air tulang belakang.

�Saya hormati keputusan ibu bapa. Saya tidak akan pujuk mereka untuk beri persetujuan untuk lumbar puncture. Cakap sekali mereka tidak mahu, tidak mengapa, kebanyakan doktor tidak mahu buang masa,� katanya.

Sikap ibu bapa ini memberi kesan dari sudut statistik. Malaysia ketinggalan berbanding Thailand, Filipina dan Singapura dalam kes meningitis. Di negara berkenaan kebanyakan punca meningitis diketahui berpunca daripada kuman pneumococcus. Tapi di Malaysia punca sebenar meningitis tidak diketahui secara tepat disebabkan ibu bapa pesakit tidak mahu bekerjasama.

Ketakutan sesetengah ibu bapa terhadap prosedur ini tidak berasas kerana jika benar ia memiliki kesan sebegitu teruk terhadap pesakit, mengapa ia masih dilakukan di seluruh dunia? Malah jika diikutkan, sejarah lumbar puncture bermula pada 1891 apabila diperkenalkan Heinrich Quincke, dari Kiel, Jerman. Quincke sebenarnya melakukan lumbar puncture untuk membantu kanak-kanak yang menderita diserang hydrocephalus.

Mengenali Air Tulang Belakang.

SECARA saintifik ia dikenali sebagai Cerebrospinal fluid (CSF). Cecair berwarna jernih ini beredar ke seluruh sistem saraf tengah. Air tulang belakang adalah sejenis protein yang terletak di antara otak dan tengkorak.

Ia memiliki dua kelebihan pada sistem saraf tengah. Dari sudut peredarannya, ia menghantar nutrisi kepada struktur sistem saraf. Ia juga menyingkirkan bahan buangan daripada otak dan tulang belakang selain menyahtoksik persekitaran sistem saraf.

Air tulang belakang juga bertindak menyerap goncangan. Ia melindungi otak dan tulang belakang daripada trauma disebabkan pergerakan, misalnya jatuh. Secara purata, manusia menghasilkan air tulang belakang sekitar 0.3 ke 0.4 mililiter setiap minit. Tetapi setiap kali dihasilkan, ia akan terserap ke dalam sistem badan. Jika penghasilannya tidak diserap, seseorang itu akan berhadapan masalah kepala besar berair dikenali sebagai hydrocephalus.

“Air tulang belakang yang normal berwarna jernih tetapi akan bertukar warna dan tidak mustahil menjadi pekat kekuningan jika berlaku jangkitan pada otak dan urat saraf. Analisis ke atas tahap protein, gula, sel darah putih dan merah, kultur untuk kuman, mikroskopi dan beberapa ujian lain boleh memberitahu maklumat tepat penyakit urat saraf,� katanya.

Zulkifli berkata, penyakit yang biasa terjadi di otak dan selaput otak adalah meningitis dan encephalitis (radang otak) selain masalah urat saraf lain yang tiada kena-mengena dengan jangkitan. Tetapi prosedur lumbar puncture tidak boleh dibuat jika berlaku tumor pada otak atau pendarahan di otak.

Hanya beberapa titis air tulang belakang saja diambil. Biasanya prosedur itu membabitkan bahagian bawah ruas tulang belakang di antara L3 dan L4. Urat saraf tunjang berakhir pada ruas tulang pinggang L1 atau L2.

Justeru lumbar puncture tidak menyebabkan penusukan jarum ke tulang atau saraf penting yang boleh menyebabkan kanak-kanak itu cacat. Disebabkan bahagian antara ruas itu hanya urat saraf kecil, apabila jarum dimasukkan, saraf secara automatik akan ketepi.

�Sebenarnya ibu bapa harus faham, tujuan lumbar puncture untuk memastikan kuman yang menyerang pesakit meningitis dan dapat dirawat dengan sempurna,� katanya.

Meningitis boleh disebabkan banyak kuman. Kerana itu ada dua vaksin diberikan kepada kanak-kanak bagi menentang meningitis. Vaksin Hib yang diberikan percuma oleh kementerian kesihatan dan vaksin pneumococos yang boleh didapati di pusat perubatan swasta.

Prosedur lumbar puncture ini mengambil masa kurang lima minit. Ia sepatutnya tidak memberi sebarang kesan pada pesakit, jika dilakukan dengan langkah berjaga-jaga. Justeru, ada beberapa langkah perlu diambil kira sebelum lumbar puncture dibuat;

a) Tiada tekanan tinggi dalam otak

b) Tiada pendarahan dalam otak

c) Kulit di bahagian yang bakal dibuat lumbar puncture bebas dari sebarang jangkitan.

d) Tiada tumor dalam otak yang boleh meningkatkan tekanan dalam otak. Jarum yang diguna halus dan kecil.

Zulkifli berkata, tiada had usia untuk memulakan prosedur lumbar puncture. Bayi yang baru beberapa hari dilahirkan pun boleh melalui lumbar puncture.

Tetapi jika pesakit itu tidak stabil, prosedur ini tidak akan dilakukan. Bagi kanak-kanak, jika ubun-ubunnya masih lembik prosedur itu selamat. Bagi kanak-kanak yang ubun-ubunnya sudah keras, imbasan CT mungkin perlu dibuat. Tetapi jika kemungkinan meningitis yang tinggi, pesakit akan dimulakan dengan antibiotik dulu diikuti dengan lumbar puncture.

Sumber: Berita Harian 8.4.2007

About these ads

Perihal zainura66

Pencinta Alam Semesta
This entry was posted in Penyakit and tagged , , , . Bookmark the permalink.

9 Responses to Apa itu Air Tulang Belakang ? (Cerebrospinal Fluid)

  1. abey says:

    saya tertarik membaca penerangan dr.zulkiffli tentang penyakit Meningitis ni…saya nak tanya doct, anak adik sy dah 2 minggu di masukkan ke ICU akibat bengkak tonsil…umur dia baru 10 bulan…tapi dah dua minggu anak buah sy tu asyik baring dan tdr je…doc ada bgtahu drg dah buat LP kat anak buah sy…tp mereka kata tak ada apa2…hasil ujian tak da kuman..tp doct minta kbenaran utk melakukan CT scan ke kepala ank buah sy….hasil scan tu doct ckp otak dah dijangkiti virus…knpa msa ambik LP mereka ckp tak ada kuman?…sy btl2 terkejut dan sedih dgr berita tu…..sy tkt nak byangkan apa nasib anak buah sy tu…adakah dia pulih…adakah dia cacat…adakah dia akan lumpuh…sedih sangat…apa patut kami laku kan?

    • zainura66 says:

      Abey,

      saya nasihatkan janganlah terlalu emosi menghadapi keadaan begini kerana dikhuatiri akan memburukkan lagi keadaan. Jangan terlalu cepat buat sebarang spekulasi dan andaian yang bukan-bukan sebelum doktor tersebut membuat sebarang pemeriksaan terperinci bagi bayi tersebut. Saya yakin sebagai seorang Islam, doa merupakan senjata bagi orang-orang mukmin. Jika bayi tersebut di kelilingi oleh ahli keluarga dalam keadaan tenang, insyaallah bayi tersebut akan pulih kembali seperti sediakala kerana tenaga yang diperolehinya dari orang-orang di sekelilingnya memberi suatu tenaga atau kekuatan kepadanya, insyaallah.

    • faizal says:

      assalam tuan..saya sedih mendengar berita anak buah tuan sebegitu..sebenarnya ada perubatan yang tanpa menggunakan dadah,kimia dan sentetik. bagi anak anak saudara tuan,saya cadangkan tuan berjumpa dengan pengamal “hydrotherapy” yang mana sudah banyak membantu pesakit-pesakit seperti anak anak saudara tuan. Malah ianya bukan daripada bahan kimia sentitik atau dadah,ialahnya adalah 100% daripada botanikal dan 100% Halah JAKIM dan diktirah KKM. InsyAllah segala penyembuhan adalah milik Allah dan tuan tidak akan rugi seandainya pihak tuan berikhtiar sedikit demi kesihatan anak saudara tuan. Disini saya tidak dapat jelaskan lebih lanjut tentang “hydrotherapy”. Untuk keterangan lanjut tuan boleh hubungi 013-2347457 lufti (cheras)

  2. abey says:

    tolong bagi cadangan apa patut kami lakukan…tq

    • zainura66 says:

      Jika bayi tersebut telah dimasukkan ke ICU, tidaak banyak yang boleh kita lakukan melainkan memohon kepada Allah swt agar disembuhkan dari penyakitnya. Cuba usapkan atau urut di belakang tengkuk (bertentangan dengan tekak) serta sepanjang tulang belakaangnya untuk melancarkan aliran darah tubuh badannya agar dapat merelakskan tubuh badannya.

  3. Nur El zahra says:

    Sya adalah slh seorang pengidap meningitis dan wat makluman semua setakat ni dah 7x amek air tulang belakang. Pada mulanya sya juga seperti saudara lain bimbang untuk melakukannya takut efek yg pernah sya dgr.

    Prosesnya mudah cuma perlu kekuatan dan perlu d lakukan oleh doktor pakar kerana seandainya bukan doktor pakar melakukan kebiasaannya doktor gagal untuk mendapatkan air tulang belakang seperti yang pernah sya alami dan ianya sungguh menyakitkan.

    Alhamdulilah kini keadaan sya bertambah baik wlau kekadang msh merasa sakit kepala dan silau pandangan. Namun itu cma betrsifat sementara dan akan ilang bla sya mendapatkn rehat yg cukup. Dan sekarang saya tak perlu lagi bergantung pada ubat…alhamdulilah sya dpt menjalani kehidupan seperti biasa dan seperti orang lain berkat sya melakukan lumbar punture.

    Nasihat saya pda saudara sebelum wat sesuatu keputusan berbincang terlebih dahulu dengan doktor pakar apakah langkah yang patut saudara lakukan. Sya percaya doktor cba lakukan yang terbaik utk pesakit mereka.

    Sekarang saya sihat walafiat dan hanya perlu menemui doktor 6 bulan sekali untuk memastikan shunt saya beroperasi lancar. Terima kasih doktor dan syukur pada Allah. Jangan takut untuk wat lumbar punture demi kesihatan kita.

    • zainura66 says:

      Nur El Zahra,

      Terima kasih sudi berkongsi pengalaman dengan kami di sini. Kami berdoa agar Nur sentiasa sihat Dan ceria selalu.

  4. ayu says:

    salam. sy nk tahu, apakah antibiotic yang digunakan bg merawat meningitis dan kesan antibiotic tersebut kepada bayi sekiranya bayi tersebut bukan mengidap meningitis.

    • zainura66 says:

      Waalaikumsalam Ayu, sebaiknya anda mendapatkan nasihat dari doktor pakar yang berkenaan dengan penyakit ini sebab terdapat pelbagai antibiotik bagi pelbagai penyakit dan mereka boleh menjawab dengan tepat. Bagi saya antibiotik yang semulajadi boleh didapati dari madu lebah asli. Dalam al Quran dan hadis ada menyatakan kebaikan madu lebah ini. Setiap penyakit itu pasti ada ubatnya kecuali mati….

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s