Cara- cara penjagaan payudara wanita

Penjagaan payudara untuk kesihatan zahir dan batin

Semestinya setiap wanita menginginkan bentuk payudara yang indah atau seimbang dengan tubuh badannya. Maksud ‘indah’ di sini tidak hanya semata-mata dipandang dari saiznya samada besar atau pun kecilnya payudara, tetapi kesihatan payudara itu sendiri yang harus diprihatinkan. Dengan itu memiliki payudara yang sihat bermaksud memiliki payudara yang indah.

A. Memperindah Payudara

Ramai di kalangan wanita mudah terpengaruh dengan pelbagai fesyen-fesyen coli atau baju dalam (bra) yang terkini tanpa mengambilkira kesesuaian dan keselesaan dengan payudara mereka. Ada yang berpendapat bahawa memakai coli yang mempunyai dawai sebagai ‘tulang’ coli (push-up) bertujuan untuk menampakkan payudara mereka tampak lebih seksi dan mengiurkan sebenarnya menyiksakan payudara mereka sendiri !

Payudara dibentuk oleh jaringan-jaringan yang rumit ; di antaranya kelenjar air susu dan jaringan-jaringan penghubung yang dikelilingi lemak. Lemak-lemak itulah yang menentukan saiz besar atau kecilnya payudara tersebut. Jaringan-jaringan penghubung adalah sebagai ‘penentu’ kepada keindahan payudara kerana ia berfungsi sebagai penyokong kulit payudara dan memperkuat otot-otot leher serta bahu yang menuju ke arah payudara.

Untuk menjaga payudara agar tetap indah meskipun setelah melahirkan anak, pakailah coli atau bra yang sesuai dan selesa serta boleh menyokong payudara dengan baik tanpa dawai sebagai penyokongnya. Terutama kepada wanita yang memiliki payudara besar, hal ini perlu sekali diberi perhatian. Untuk menghindari otot-otot payudara tertarik pada berat payudara secara terus-menerus, yang akan mengendurkan otot-otot payudara. Sekiranya hal ini terjadi maka akan merosakkan bentuk payudara anda.

Terdapat berbagai cara untuk merawat payudara agar kelihatan sihat dan indah. Di antaranya ialah seperti berikut : -

1. Beriadah – dengan melakukan riadah atau senaman secara konsisten, ketekunan , kesabaran dan teratur. Senaman sebaiknya dilakukan pada waktu pagi iaitu setelah bangun dari tidur kerana otot-otot masih dalam keadaan relaks.

Oleh raga renang adalah senaman yang terbaik bagi payudara kerana semua otot-otot yang berhubungan dengan otot-otot payudara bekerja dengan baik. Malahan gerakan air dingin sangat baik untuk memperlancar peredaran darah di sekitar payudara anda. Gerakan air bukan hanya baik peredaran darah, tapi juga sangat baik pengaruhnya bagi kulit.

Berjogging adalah lebih disukai oleh wanita, namun ia sesungguhnya kurang sesuai bagi kesihatan dan keindahan payudara kerana jaringan-jaringan yang menguatkan ikatan penyokong payudara akan mengendur. Akibatnya payudara akan cepat menjadi kendur, lebih-lebih lagi jika memakai coli atau bra yang tidak sesuai !

2. Urutan payudara – amalan mengurut payudara bertujuan untuk menyihatkan serta memantau daripada barah atau kanser payudara selain mengindahkannya. Jika wanita rajin mengamalkan mengurut payudaranya sendiri, maka segala nutrisi dan zat dari tabiat pemakanan yang baik akan disalurkan ke payudara melalui pengaliran darah yang lancar ke seluruh tubuh badan.

Namun, cara-cara urutan haruslah betul agar tidak memudaratkan payudara anda nanti. Insyaallah Wannura akan menunjukkan cara-cara pengurutan yang betul di posting yang lain.

3. Siram air dingin
– penyiraman air dingin waktu pagi pada payudara sangat baik kerana akan meransang tisu-tisu dan otot-otot payudara. Ini juga disebut sebagai ‘terapi air’. Mudahkan !

4. Pemakanan yang seimbang
– pengambilan pemakanan yang seimbang adalah sangat penting dalam penjagaan kesihatan dan keindahan payudara.

B. Penting untuk kesihatan batin

Selain untuk menyihatkan payudara dari penyakit seperti kanser atau barah dan mengindahkannya, ia adalah sangat penting diberi perhatian terutamanya bagi yang telah dan akan berumahtangga kelak untuk santapan suami anda !

1. Persetubuhan

Payudara merupakan salah satu bahagian tubuh badan wanita yang akan diransang bila berjimak atau mengadakan hubungan seks dengan suami terutama di bahagian putingnya.

Ia merupakan salah satu ‘alat ransang’ yang peka kepada ransangan bila ingin memulakan jimak (pemanasan atau ‘foreplay’). Tidak kurang juga ada wanita yang merasa ‘geli’ bila payudaranya disentuh atau diramas. Tidak dinafikan juga ada sesetengahnya pula berasa sakit bila payudaranya dipegang , apatah lagi jika diramas. Ini harus diberi perhatian yang serius. Jika wanita tidak cukup diransang semasa dijimak dan ‘tidak puas’ maka ini akan menimbulkan masalah yang besar di dalam rumahtangga anda nanti !

Semasa mengadakan persetubuhan di antara suami dan isteri, payudara si isteri biasanya akan diraba, disentuh, dipegang, diramas, dipicit,, diurut dan putingnya digentel serta dihisap pula ! Cuba bayangkan jika payudara berasa geli , sakit dan tidak selesa apabila disentuh, apatah lagi dihisap oleh suami ! Ini tentu sikit sebanyak akan mengecewakan pasangan dan disudahi dengan pergaduhan pula. Tentulah jiwa dan raga akan merana.

2. Penyusuan bayi

Setiap organ atau anggota tubuh badan manusia itu semestinya Allah SWT tidak menjadikannya sia-sia. Setiap kejadianNya itu pasti ada menafaatnya. Oleh kerana terdapat kelenjar susu pada payudara wanita, maka bermula dari proses kehamilan hinggalah bayi dilahirkan, payudara akan menghasilkan susu yang bakal diberikan kepada bayi tersebut. Di antara tujuan penyusuan ibu kepada bayi ialah :

a. memberi makan dan minum kepada bayi sehingga umurnya mencapai 2 tahun secara semulajadi. Memberi susu ibu tidak cepat merosakkan sistem penghadaman bayi kerana ia mudah dicernakan oleh perut mereka selain mendapat pelbagai khasiat dan zat yang baik dari ibunya.

b. bagi mengeratkan hubungan kasih sayang di antara anak dan ibu. Semasa ibu menyusukan bayinya, sudah pasti bayi tersebut sentiasa dalam dakapan dan belaian ibunya. Ini juga akan menyebakan pertumbuhan bayi tersebut lebih baik jika diberikan susu botol.

c. sebaik sahaja ibu melahirkan bayinya, jika bayi diberi susu ibu, penyusuan tersebut dapat membantu mengecutkan rahim ibu dengan lebih cepat.

d. Penyusuan ibu juga dapat mengelak payudara daripada penyakit kanser atau barah. Ada sesetengah wanita merasakan menjadi satu masalah jika mereka menyusukan bayi mereka terutamanya bagi ibu-ibu yang bekerja dengan alasan terpaksa bangun tengah malam dan terpaksa korbankan waktu tidur mereka. Sehingga ada yang sanggup membeli ubat dari farmasi atau pun meminta pil dari doktor untuk memberhentikan susu badan mereka ! Ini amat merugikan sekali. Ini dikhuatiri akan menghadapi masalah di kemudian hari nanti.

Perkara-perkara yang harus dihindari :-

1. Sering mandi dengan menggunakan air panas.

2. Tidur dalam keadaan telungkup (meniarap).

3. Melakukan diet yang terlalu ketat kerana bila berat badan turun secara mendadak akan merosakkan bentuk dan keindahan payudara.

4. Memakai coli atau bra yang sangat sempit dan berdawai. Pilihlah coli atau bra yang mempunyai kedudukan yang enak dan selesa sehingga tidak mengganggu pernafasan.

Ramai wanita menjadi rendah diri apabila memiliki payudara yang kecil. Hal ini sepatutnya tidak terjadi. Jangan khuatir, amalan mengurut payudara yang betul dapat membantu anda dalam hal ini. Yang pasti berusaha dan tidak cepat berputus asa !

About these ads

Perihal zainura66

Pencinta Alam Semesta
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Cara- cara penjagaan payudara wanita

  1. janah says:

    mcm mane care urutan nye????

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s