Kenapa zakar tidak turun ?

Buah zakar kanak-kanak atau testis bermula di dalam bahagian abdomen di waktu bayi masih di dalam peringkat janin. Kedua-dua buah zakar ini mula turun dari peringkat 28 minggu kandungan dan lazimnya pada masa cukup 40 minggu bayi dilahirkan , kedua – duanya ini sudah mengambil tempatnya di dalam pundi skrotum . Adalah di anggarkan bahawa sebanyak satu peratus dari bayi – bayi yang lahir cukup bulan itu buah zakar mereka tidak turun ke dalam pundi skrotum atau tersekat di dalam bahagian abdomen di dalam perjalanan turun ke skrotum .

Pendapat berkenaan dengan rawatan bagi keadaan ini atau dalam bahasa Inggerisnya undescended testis berbeza di antara doktor – doktor . Ada doktor – doktor yang menyarankan supaya kanak – kanak yang mengalami keadaan ini dibedah untuk menurunkan testis ke dalam pundi skrotum dan ada pula doktor – doktor yang menyarankan supaya kanak – kanak ini diberi rawatan hormon yang dipanggil Human Chorionic Gonadotrophin ( HCG ) dengan cara suntikan .

Di antara pakar – pakar yang menyarankan pembedahan ada pula perbezaan pendapat berkaitan dengan peringkat usia kanak – kanak bila pembedahan sepatutnya dilakukan . Tetapi semua pakar pada masa kini percaya bahawa jika kedua – dua buah zakar kanak – kanak tidak turun ke dalam pundi skrotum pada peringkat remaja mereka akan menjadi mandul . Kalau dahulunya para doktor – doktor menyarankan pembedahan untuk menurunkan buah zakar ke dalam pundi skrotum sebelum usia kanak – kanak itu sampai 10 tahun , pada masa kini ramai pakar menyarankan supaya rawatan sama ada dengan cara mengunakan hormon atau pembedahan dimulakan pada peringkat umur tiga tahun . Berikut adalah ekoran dari penyelidikan yang dibuat di atas kesuburan dan biopsi buah zakar yang dijalankan ke atas kanak – kanak yang mendapat rawatan pembedahan selepas usia dua tahun . Penyelidikan menunjukkan bahawa buah zakar yang masih tidak turun ke pundi skrotum pada usia dua tahun menunjukkan kesan – kesan kerosakkan pada tisu .

Para doktor bimbang yang buah zakar yang tidak turun ke dalam pundi skrotum yang masih tersekat di dalam abdomen kanak – kanak akan membawa mudarat pada kanak – kanak itu . Memang diakui bahawa buah zakar yang masih tidak turun mempunyai risiko yang tinggi untuk menjadi barah . Kebanyakkan keadaan ini melibatkan sebelah sahaja yang tidak turun ke dalam pundi skrotum . Jika kedua – duanya masih tersangkut didalam abdomen kanak – kanak itu akan menjadi mandul walaupun mereka dirawat kemudiannya . Para doktor juga berpendapat bahawa semakin cepat rawatan dimulakan semakin baik kemungkinan untuk kesuburan kanak – kanak dipeliha apabila mereka dewasa .

Sebahagian dari kanak – kanak yang menunjukkan keadaan ini didapati juga mengalami abnormaliti berkaitan dengan sistem urogenital seperti hypospadias ( saluran kencing tidak sampai ke hujung ) , hernia atau bentuk kemaluan yang ganjil .

Keadaan yang dipanggil retractile testis perlu dikenalpasti oleh doktor – doktor kerana keadaan ini tidak memerlukan apa – apa rawatan . Jika buah zakar diusik ia boleh terkeluar dari pundi skrotum akibat tarikan otot – ototnya . Walaupun kadang – kadang keadaan ini seakan – akan menyerupai keadaan kanak – kanak yang mengalami undescended testis perbezaannya ialah buah zakar kanak – kanak ini boleh dirasai di dalam pundi skrotum pada kebanyakan masa .

Pemeriksaan yang dilakukan ke atas kanak – kanak yang mengalami masalah ini adalah untuk menentukan sama ada buah zakar kanak – kanak itu boleh dikesan . Kadangkala buah zakar ini tersekat dibahagian inguinal dan mungkin juga berkaitan dengan hernia . Jika buah zakar tidak dikesan ini mungkin bermakna ia masih didalam bahagian abdomen . Satu cara untuk mengetahui sama ada wujudnya buah zakar di dalam abdomen ialah dengan memberi kanak – kanak itu suntukan hormon ( Human Chorionic Gonadotrophin ) yang akan menyebabkan tahap hormone plasma testosterone yang melambung tinggi akibat pengeluaran testosterone dari buah zakar . Ada juga pakar – pakar bedah yang menjalankan satu prosedur laparoscopy untuk mengesan kedua – dua buah zakar di dalam bahagian abdomen kanak -kanak itu .

Rawatan

Cara -cara rawatan yang boleh disarankan boleh dibahagi tiga :

1 – Rawatan perubatan menggunakan hormon diberi dengan cara suntikan atau semburan ke hidung .

2 – Rawatan pembedahan

3 – Rawatan perubatan dengan hormon diikuti , jika tidak berjaya , dengan pembedahan .

Rawatan dengan hormon telah lama digunakan tetapi penggunaan Human Chorionic Gonadotrophin (HCG) didapati selalunya kurang memuaskan pada masa dahulu . Semenjak tahun 1970 ada laporan -laporan yang menunjukan sejenis hormon di panggil Luteinising Hormone Releasing Hormone ( GNRH ) yang diberi secara semburan ke dalam hidung atau suntikan telah berjaya menurunkan buah zakar ke dalam pundi skrotum . Ini biasanya lebih sesuai digunakan bagi buah zakar yang tersekat dalam perjalanannya dari abdomen ke pundi skrotum kalau dibandingkan dengan buah zakar yang diluar laluan ini ( ectopic testis ) atau dirawat dengan hormon ini memerlukan pembedahan .

Hormon – hormon ini masih tidak digunakan secara umumnya dan hanya dapat diberi oleh sekumpulan doktor -doktor pakar yang fasih dengan penggunaannya .

Kesimpulan

Semua bayi lelaki yang baru dilahirkan mesti dipastikan yang buah zakar mereka sudah ada di dalam pundi skrotum . Jika satu atau kedua -duanya di dapati tidak dapat kesan doktor akan terus mengawasi bayi itu dari masa ke masa . Jika buah zakar ini masih tidak turun , doktor -doktor mungkin menyarankan penggunaan hormon sebelum kanak -kanak berusia dua tahun . Rawatan dengan menggunakan hormon , atau pembedahan akan disarankan supaya buah zakar kanak – kanak itu akan diturunkan dengan seberapa awal . Semakin lambat buah zakar diturunkan semakin tinggi kemungkinan untuk kanak -kanak itu mandul apabila dewasa dan semakin tinggi risiko untuknya mengalami barah di dalam tisu buah zakar .

Sumber : http://www.hamidarshat.com/

About these ads

About zainura66

Pencinta Alam Semesta
This entry was posted in Penyakit and tagged , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s