Apa Itu Pecah Dara Untuk Lelaki ?

BERBICARA tentang malam pertama, wanita kerap dianggap menjadi mangsa apabila dirundung ketakutan dan kebimbangan. Apa tidaknya, malam istimewa ini sering dikaitkan dengan adegan yang tidak boleh dilupakan di sepanjang kehidupan sebagai wanita. Bukan atas alasan keseronokan tetapi kesakitan.

Sedikit pendarahan biasanya terjadi sewaktu suami melakukan hubungan penetratif. Kepada yang memiliki sedikit petua, mereka mungkin mengetahui cara melegakan kemutan semasa hubungan dijalin. Jadi pendarahan tidak berlaku, hanya sedikit rasa pedih atau melecet.

Artikel kali ini akan membincangkan isu sebaliknya. Bayangkan lelaki pula yang mengalami pendarahan ketika melakukan persetubuhan dengan isteri. Bukan mustahil tetapi itulah kenyataannya. Ia boleh berlaku apabila zakar yang padat disorong masuk ke dalam faraj yang bukaannya juga agak padat.

Ketika menolak masuk zakar, kulit halus yang mencantumkan bahagian bawah kepala zakar ke bahagian tengah zakar iaitu bahagian kulit kulup yang dikenali sebagai ‘frenulum’ terkoyak dan darah memancut hingga disebut sebagai pancutan berdarah. Situasi ini dikenali sebagai pecah dara untuk lelaki.

Kulit Kulup Zakar Terkoyak

Kadangkala pengeluaran kepala zakar melalui pembukaan kulit kulup zakar yang padat juga boleh menyebabkan kulit kulup zakar terkoyak. Ini berlaku apabila zakar yang padat ditolak masuk ke dalam faraj yang juga mempunyai pembukaan yang sama padat. Sewaktu kepala zakar keluar daripada kulup yang sempit, secara tidak sengaja bukaan kulup terkoyak. Namun keadaan sebegini hanya berlaku kepada lelaki yang tidak berkhatan atau lelaki tidak bersunat.

About these ads

About zainura66

Pencinta Alam Semesta
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

6 Responses to Apa Itu Pecah Dara Untuk Lelaki ?

  1. Ezaman says:

    kawan saya pecah teruna dimalam pertama dan dia tunjukkan zakarnya yang luka tersebut. keadaan ini berlaku kerana zakar yang terlalu besar disorongkan kedalam vagina yg ketat tanpa ada pelincir, mungkin dara masih takut2 untuk membuka vagina luas2..

  2. Ammar says:

    adakah melancap memecahkan teruna ?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s