Hernia : Jenis, penyebab dan cara rawatan

Apa itu hernia ?

HERNIA atau disebut juga sebagai turun berok, burut atau angin pasang lebih dikenali sebagai penyakit lelaki, kerana hanya orang lelaki mempunyai bahagian khusus dalam rongga perut (abdomen) untuk mendukung fungsi alat kelaminnya. Hernia ialah suatu benjolan tidak normal bagi organ dalaman melalui pembukaan normal atau tidak normal. Hernia biasanya berlaku pada pangkal paha yang dinamakan inguinal hernia dan femoral hernia. Hernia juga boleh berlaku di kawasan pertengahan bahagian depan abdomen dan ini dikenali sebagai epigastric (bahagian atas pada abdomen), paraumbilical (atas dan bawah umbilicus) dan umbilical hernia (pada umbilicus).

Bahagian hernia terdiri dari cincin, pundi (kantong) dan isi hernia itu sendiri. Isi hernia iaitu usus, ovarium dan jaringan penyangga usus (omentum). Bila ada bahagian yang lemah dari lapisan otot dinding perut, maka usus dapat keluar ke tempat yang tidak seharusnya, yakni boleh ke diafragma (sempadan antara perut dan dada), boleh juga di lipatan paha atau di pusat.

Biasanya hernia tidak menyebabkan sakit. Namun, akan terasa sakit bila isi hernia tersepit oleh cincin hernia. Infeksi akibat hernia menyebabkan penderita merasakan sakit yang hebat dan infeksi tersebut akhirnya menjalar dan meracuni seluruh tubuh. Jika sudah terjadi keadaan seperti itu, maka harus segera ditangani oleh doktor kerana dapat mengancam nyawa penderita.Hernia dapat terjadi pada semua umur, baik tua maupun muda. Pada kanak-kanak atau bayi, lebih sering disebabkan oleh kurang sempurnanya proses vaginalis untuk menutup seiring dengan turunnya testis atau buah zakar. Biasanya yang sering terkena hernia adalah bayi atau anak laki-laki. Pada orang dewasa, hernia terjadi kerana adanya tekanan yang tinggi dalam rongga perut dan kelemahan otot dinding perut kerana faktor usia.

Tekanan dalam perut yang meningkat adalah disebabkan oleh batuk yang kronik, susah buang air besar, adanya pembesaran prostat pada lelaki, serta orang yang sering mengangkat barang-barang berat. Penyakit hernia akan meningkat sesuai dengan penambahan umur. Hal tersebut dapat disebabkan oleh lemahnya jaringan penyangga usus atau kerana adanya penyakit yang menyebabkan tekanan di dalam perut meningkat.

Mungkin ramai di kalangan masyarakat yang tahu tentang gejala awal penyakit hernia, namun seringkali tidak menyedarinya. Pada awalnya, gejala yang dirasakan oleh penderita adalah berupa keluhan benjolan di lipatan paha. Biasanya akan timbul bila berdiri, batuk, bersin, meneran atau mengangkat barang-barang berat. Benjolan dan keluhan sakit itu akan hilang bila penderita berbaring.

Hernia akan berbahaya jika sudah terjadi sepitan isi hernia oleh cincin hernia. Pembuluh darah di daerah tersebut lama-kelamaan akan mati dan akan terjadi penimbunan racun. Jika terus dibiarkan, maka racun tersebut akan menyebar ke seluruh daerah perut sehingga boleh menyebabkan terjadinya infeksi (jangkitan) di dalam tubuh.

Sebenarnya tidak semua hernia harus dilakukan pembedahan. Bila jaringan hernia masih dapat dimasukkan kembali, maka tindakannya adalah hanya menggunakan penyangga (penyokong) atau korset untuk mempertahankan isi hernia yang telah teralih kedudukannya kepapa asal. Pada anak-anak atau bayi, reposisi spontan dapat terjadi kerana cincin hernia pada anak lebih kenyal (elastik). Bila sudah tidak dapat diperbetulkan balik kedudukannya, maka satu-satunya tindakan yang harus dilakukan adalah melalui pembedahan.

Punca Hernia

Berdasarkan penyebab terjadinya, hernia dapat di kategorikan seperti berikut :

1. Faktor baka atau hernia bawaan (congenital) dan hernia dapatan (akuisita).

2. Faktor menurut posisinya, hernia boleh dibezakan menjadi hernia inguinal, umbilical, femoral, diafragma dan masih banyak lagi nama lainnya.

Jenis-jenis atau peringkat hernia

1. Boleh dikurangkan – Kandungan hernia boleh ditolak masuk ke dalam.
2. Tidak boleh dikurangkan – Pembengkakan tidak boleh dikurangkan walaupun diberi tekanan menggunakan tangan.
3. Halangan – Sekunder kepada irreducibility dan edema, pesakit mungkin mengalami halangan pada bahagian usus. Dalam kes sebegini, pesakit akan mengalami rasa kembung pada abdomen, muntah dan sembelit. Ini merupakan pembedahan kecemasan.
4. Penjerutan – Sekiranya bekalan darah pada kandungan dalam pundi hernia dipotong, kandungan itu akan mati kerana tiada bekalan darah. Ini merupakan suatu kecemasan dan boleh meragut nyawa sekiranya tidak dibedah awal.
5. Keradangan hernia – Apabila kandungan pada pundi hernia mendapat jangkitan, ini dinamakan keradangan hernia. Ini berkemungkinan berlaku sekiranya hernia mengandungi apendiks yang radang. Ini juga memerlukan rawatan pembedahan kecemasan.

Apabila hernia berlaku pada bahagian lama parut selepas pembedahan, ini dikenali sebagai incisional hernia.

Simptom-simptom Hernia

Simptom yang biasa bagi hernia adalah pembengkakan yang tidak sakit pada peringkat awal, tetapi lama-kelamaan dan apabila hernia bertambah besar, kesakitan mula dirasai.

Lama-kelamaan, fator jangkamasa lama yang diambil untuk berdiri atau berjalan akan berasa tidak selesa. Pembengkakan akan meningkat dari segi saiz dan menonjol apabila batuk atau peregangan.

Biasanya pembengkakan boleh ditolak menggunakan tangan ke dalam rongga abdomen, tetapi apabila hernia bertambah besar, ini tidak mungkin boleh dilakukan lagi.

Faktor-faktor yang menyebabkan hernia adalah:

1. Kelemahan pada dinding dalam perut seperti yang berlaku pada pesakit obes, lemak yang terdapat antara otot-otot mengasingkannya dan membuatkan ia lemah.
2. Peningkatan dalam tekanan intraabdominal seperti yang dilihat pada kanak-kanak dengan batuk kokol, orang tua dengan kelenjar prostat yang membesar menyebabkan kesukaran untuk buang air kecil, seseorang dengan batuk kronik atau sukar membuang air kecil disebabkan sembelit. Ia juga boleh berlaku pada pengangkat berat kerana jangka masa yang lama diambil untuk mengangkat berat.
3. Kadar kejadian hernia adalah lebih tinggi pada perokok disebabkan oleh kekurangan aktiviti kolagen.
4. Pada bayi ketidakmatangan adalah salah satu penyebab hernia. Hernia ini dikenali sebagai hernia sejak lahir (kongenital).

Cara Rawatan:

Selain daripada umbilical hernia yang kecil, bagi semua jenis hernia yang lain hanya terdapat satu rawatan iaitu pembedahan. Sama ada hernia akan menjadi berkurangan / halangan atau penjerutan, ini bergantung kepada saiz leher pada pundi hernia dan tidak bergantung kepada saiz hernia. Semakin sempit leher, kebarangkalian mendapat komplikasi adalah lebih tinggi.
Adalah dinasihatkan supaya tidak meletakkan syiling, tali pinggang dan lain-lain ikatan pada hernia kerana ini akan mengakibatkan hakisan pada kulit dan kebarangkalian mendapat halangan akan meningkat.

Masa untuk pembedahan:

Bagi kes umbilical hernia yang kecil (berlaku pada kelahiran), boleh menunggu sehingga umur antara tiga hingga empat tahun bagi ia menutup secara semula jadi. Kesemua hernia yang lain pula seelok-eloknya dibedah secepat mungkin bagi mengelakkan kejadian semula komplikasi.



WASPADA JIKA TERDAPAT BENJOLAN DI LIPAT PAHA DAN PUSAT

Munculnya benjolan tersebut boleh menjadi tanda bahwa bayi menderita hernia. Ramai di antara masyarakat yang masih menyangka kalau hernia hanya menyerang orang dewasa terutama manula (lelaki dewasa). Padahal si kecil yang masih bayi boleh juga mengalaminya. Kes-kes bayi hernia bahkan tercatat cukup banyak. Tambahan pula Dr. Cosmas Gora Triaswhoro, Sp.B., mengatakan bahawa walaupun namanya disebut cukup indah, hernia ternyata dapat menimbulkan bahaya. Bila terus didiamkan tanpa penanganan tepat, bahkan dapat menimbulkan komplikasi yang berat sehingga membawa kematian. Selanjutnya, pakar bedah dari RS Mitra International Jakarta menambahkan, hernia merupakan bentuk penonjolan isi suatu rongga melalui defek atau suatu bahagian yang lemah dari dinding rongga yang bersangkutan. Bila terjadi di perut, isi perut dapat menonjol melalui bahagian yang lemah. Kebanyakan organ yang menonjol adalah usus. Hernia bukanlah penyakit keturunan.

Proses terjadinya hernia pada bayi berbeza dengan hernia pada orang dewasa yang biasanya terjadi kerana kelemahan otot dinding perut. Sedangkan pada bayi, hernia yang terjadi di daerah perut akibat penyakit bawaan atau kongenital. Secara umum ada dua jenis hernia, iaitu dalaman (internal) dan luaran (eksternal).

* Hernia internal berada dalam tubuh dan tidak boleh dilihat secara mata kasar. Contohnya hernia diafragmatika di mana hernia terjadi akibat adanya di celah diafragma (otot pemisah antara bahagian perut dengan dada) kerana pembentukan diafragma yang tidak sempurna. Contoh lainnya adalah hernia hiatal esofagus, iaitu hernia terjadi melalui celah masuknya esofagus yang masuk dari rongga dada, serta banyak lagi jenis lainnya.

* Hernia eksternal. Dari jenis hernia ini yang paling sering dijumpai adalah hernia inguinalis yang muncul di lipat paha dan hernia umbilikalis yang muncul di daerah pusat. Bayi umumnya mengalami hernia eksternal yang boleh dikesan secara mata kasar kerana kelihatan secara langsung. Proses terjadinya hernia eksternal pada bayi umumnya disebabkan penyakit kongenital, yakni penyakit yang muncul ketika bayi dalam kandungan dan umumnya tidak diketahui penyebabnya. Secara umum bayi laki-laki lebih sering mengalami hernia dibandingkan perempuan kerana proses penurunan testis/ buah pelir (buah zakar) yang merupakan organ reproduksinya dijadikan lebih kompleks. Hernia pun lebih sering terjadi pada bayi prematur (tidak cukup bulan), sebab pada saat kelahirannya proses penurunan testis dan pembentukan ligamen belum sempurna.

Hernia inguinalis :

* Pada bayi laki-laki terjadi kerana kegagalan proses penutupan pundi (kantung) yang menutupi testis. Ketika di dalam kandungan, testis turun dari bahagian perut ke bawah dan berhenti setibanya di skrotum (kantung pelir). Proses penurunan ini di mulai waktu bayi masih berada dalam kandungan. Ketika turun, testis akan membawa selaput dari perut ke bawah sehingga membentuk kantung. Ketika lahir cukup bulan, umumnya proses perpindahan testis ini sudah selesai. Namun pada beberapa bayi, proses penutupan hingga menjadi ligamentum (jaringan ikat) tidak berjalan sempurna yang akhirnya menyisakan lubang . Lubang inilah yang nantinya boleh menimbulkan herniasi. Bila hanya berisi cairan saja disebut hidrocele. “Pada hernia inguinalis, paling biasa ditemukan di sebelah kanan, sekitar 67 % , selebihnya sebelah kiri,” jelas Cosmas. * Pada bayi perempuan hernia terjadi melalui proses seperti ini : seperti halnya bayi laki-laki, bayi perempuan pun mengalami proses pembentukan organ tubuh bahagian bawah yang hampir sama. Namun, bila laki-laki mengalami proses penurunan testis, maka perempuan tidak. Hernia umbilikus : Pada bayi laki-laki dan perempuan hernia umbilikus terjadi bila penutupan umbilikus (bekas tali pusat) tidak sempurna. Seharusnya, bila penutupan membuat umbilikalis tetap terbuka. Bila hal ini terjadi, tentu akan menyisakan lubang sehingga usus boleh keluar masuk ke daerah tersebut.

CARA MENGESAN HERNIA

* Merasakan tonjolan

Yang perlu diketahui, secara umum hanya dapat mengesan hernia eksternal, kerana hernia internal terjadi dalam tubuh dan sukar dikesan. Mengesani keberadaan hernia pada orang dewasa juga jelas lebih mudah berbanding pada bayi. Ketika buang air misalnya, orang dewasa boleh merasakan adanya tonjolan di bahagian perut yang umumnya lebih terasa. Namun pada bayi, meskipun terasa ada yang tidak selesa pada tubuhnya, ia tidak boleh mengungkapkannya dengan jelas. Itulah mengapa hernia pada bayi lebih sulit dikesan sehingga memerlukan ketelitian orang tua. Walaupun sulit, lihat dan rabalah bahagian lipat paha atau pusat si bayi. Hernia eksternal umumnya akan diketahui dari munculnya benjolan di bahagian tersebut.

* Mengamati gejala

Gejala yang biasa muncul tidak jauh beza dari penyakit-penyakit pada umumnya, seperti mual muntah, susah makan dan tubuh demam. Lantaran itulah, Cosmas mengimbau orang tua agar segera membawa bayinya ke doktor saat melihat gejala-gejala tadi, agar diperiksa penyakit si kecil dapat segera dipantau.

Gejala khususnya muncul berdasarkan berat-ringan hernia:

1. Reponible : Benjolan di daerah lipat paha atau umbilikus tampak keluar masuk (kadang-kadang terlihat menonjol, kadang-kadang tidak). Benjolan ini membezakan hernia dari tumor yang umumnya menetap. Ini adalah tanda yang paling sederhana dan ringan yang boleh dilihat dari hernia eksternal. Boleh dilihat secara mata kasar dan diraba, bahagian lipat paha dan umbilikus akan terasa besar sebelah. Sedangkan pada bayi perempuan, seringkali ditemukan bahwa labianya (bibir faraj) besar sebelah. Labia adalah bahagian paling luar dari alat kelamin perempuan.

2. Irreponible : benjolan yang ada sudah menetap, baik di lipat paha mahu pun di daerah pusat. Pada hernia inguinalis misalnya, air atau usus atau omentum (penggantungan usus) masuk ke dalam rongga yang terbuka kemudian tersepit dan tidak boleh keluar lagi. Di fasa ini, meskipun benjolan sudah lebih menetap tapi belum ada tanda-tanda perubahan penyakit pada anak.

3. Incarcerata : benjolan sudah semakin menetap kerana sudah terjadi sumbatan pada saluran makanan sudah terjadi di bahagian tersebut. Tidak hanya benjolan, keadaan masalah kesihatan pada bayi pun mulai berubah dengan munculnya mual, muntah, perut kembung, tidak boleh buang air besar dan tidak mahu makan. 4. Strangulata : ini adalah peringkat hernia yang paling parah kerana pembuluh darah sudah tersepit. Selain benjolan dan gejala masalah kesihatan pada peringkat incarcerata, gejala lain juga muncul, seperti demam dan dehidrasi. Bila terus didiamkan lama-kelamaan pembuluh darah di daerah tersebut akan mati dan akan terjadi penimbunan racun yang kemudian akan menyebar ke pembuluh darah. Sebagai akibatnya, akan terjadi sepsis iaitu beredarnya kuman dan toxin di dalam darah yang dapat mengancam nyawa si bayi. Besar kemungkinan bayi tidak akan boleh tenang kerana merasakan sakit yang luar biasa.

MENANGANI HERNIA

Berhubung proses peningkatan dari satu fasa ke fasa berikutnya terjadi begitu cepat, Cosmas menyarankan, bawalah segera bayi anda ke doktor jika terlihat gejala awal hernia. Bila memang positif, meskipun masih sangat ringan, bayi harus segera dirawati untuk mencegah tahap gangguan yang lebih berat. “Pembedahan yang biasa dilakukan adalah herniotomi untuk memotong pundi zakar (kantung) hernia kemudian diikat,” kata Cosmas.

Namun sebelum itu, semasa pemeriksaan, doktor akan melakukan palpasi atau meraba isi hernia dengan hujung jarinya, adakah masih boleh dimasukkan kembali ke dalam perut atau tidak. Meskipun kejadiannya jarang berlaku, setelah pembedahan sebaiknya waspadalah kemungkinan hernia akan kembali. Bila ini terjadi dalam beberapa bulan atau setahun, hal ini mungkin merupakan akibat dari pembedahan yang dilakukan. Namun kemungkinan ulangan akibat kesalahan teknik sangat kecil.

Oleh itu bagi saudara yang menderita penyakit tersebut di atas, ramuan ini Insya Allah dapat menyembuhkan, paling tidak meringankan sakit saudara. Bahan yang diperlukan :

1.Satu butir telur ayam kampung.
2.Tiga sudu makan madu asli.
3.Tiga sudu makan minyak samin (sapi).
4.Air putih secukupnya.

Cara Meramu : Tuangkan ke dalam gelas telur, madu dan minyak samin lalu tambahkan sedikit air, setelah itu kacau hingga rata. Kemudian minum di waktu pagi hari, hasilnya akan anda rasakan pada perut yang terasa sakit. Dan bila dilakukan berulang-ulang akan cepat sembuh penyakit hernia ( poros ) yang anda deritai. Cubalah resepi ini Insya Allah anda akan sembuh seperti sedia kala.

Semoga Bermanfaat..

About these ads

About zainura66

Pencinta Alam Semesta
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

29 Responses to Hernia : Jenis, penyebab dan cara rawatan

  1. Terima kasih tentang maklumat yang diberikan yang sangat bernilai. Bagi saya yang sedang mengalami penyakit tersebut akan cuba menggunakan kaedah rawatan yang tuan syorkan makan telur ayam kampung, madu, minyak sapi ….Sebelum ikhtiar terakhir berjumpa dengan doktor pembedahan.

    • zainura66 says:

      mohamad isa adnan,

      saya rasa gembira bila ada di antara kita yang tidak berputus asa seperti tuan mencuba cara semulajadi dalam merawat penyakit sebelum menjalani pembedahan. Apa yang boleh tuan lakukan ialah dengan mengurut di bahagian paha agar tidak ketegangan serta urutan di bahagian abdomen. Selamat mencuba.

  2. khai says:

    rujuk kepada dr. sebelum melakukan ape2 usaha secara tradisional…

  3. almy collar says:

    bahagian telur yang di gunakan sebaiknya apa ya,kuningnya sahaja atau sekali dengan putih telurnya ?

  4. almy collar says:

    untuk pengurutan di bahagian paha dan bahagian abdomen itu bagaimana caranya ya,di urut ke arah atas atau kearah bawah,terima kasih sebelumnya

    • zainura66 says:

      Almy Collar,

      jika urutan dilakukan ke arah atas bermakna anda meransang darah ke jantung dan urutan tersebut terasa sakit sedikit dan jika urutan dilakukan ke bawah pula bermakna anda menransang darah dari jantung ke bahagian lain dan tidak sakit. Maka anda boleh imbangkan rasa di antara sakit dan tidak sakit tersebut untuk menghilangkan rasa bosan ketika diurut.

  5. gloria says:

    mcm sy,sy mempunya pyakit hernia ni seiepas sy menjalani penbedahan mgeluakan kapas dlm perut, masa sy bsalin pa thn 2010.sy prasan ada bonjolan kat dlm perut seiepas stahun blalu pas penbedahan 2.sy akan terasa sakit bila 5 k 6 bln,pas 2 akan dtg blk lg sakit 2 sampai sy x tahan,sy akan pg hospital (kecemasan) utk mdpt rawatan ,doktor kata nk buat penbedahan,klu sy tak nk operation blh tak.

    • zainura66 says:

      gloria,

      jawapannya ada pada diri anda sendiri, kerana jika anda tidak buat keputusan dengan cepat, hanya diri anda sendiri yang menanggungnya. Tanyalah kepada hati anda samada ya atau tidak ….

  6. Abdul Rahman Taib says:

    salam,madu + telor ayam kampong + minyak sapi. kalau diguna minyak zaitun boleh tak, ganti minyak sapi. saya punya buah zakar panjang sebelah, kencing kerap, belakang kadang sakit, usus besar belah kiri pedih dan ada keras. adakah ini hernia.

    • zainura66 says:

      Tuan boleh mencuba gunakan minyak zaitun jika ianya bersesuaian. Ada kemungkinan ini merupakan peringkat awal hernia.

  7. onarin adul says:

    perawatan awal pd bayi yg mengalami gejala hernia,,itu seperti apa dan haruskah dilakukan pembedahan??mohon dibalas.

    • zainura66 says:

      Onarin Adul, ada baik anda membawa anak anda berjumpa dengan pakar kanak-kanak bagi mengesahkan penyakit ini. Setiap bayi mempunyai gejala penyakit hernia yang berlainan.

  8. mat naj says:

    Saya dah sthun lbih ada hernia tp tak pernah jmpa dokter mna2 pn..hruskah sya prlu jmpa dkter trdahulu.?

  9. Idris Muhammad says:

    Saya disahkan “early right inguinal hernia” setelah menjalani ujian CT Scan. Tiada benjolan di bawah perut tetapi rasa nyeri datang dan pergi. Doktor belum menyarankan saya dibedah. Selain dari mengamalkan petua di atas, adakah cara lain untuk saya mengubati penyakit tersebut. Terima kasih jika saudara dapat membantu…

  10. Zarina Razak says:

    ada tak cara lain selain di bedah… anak saya ada hernia… akan di bedah bulan 8 ni… anak saya 10 bulan n perempuan..

    • zainura66 says:

      Zarina boleh cuba tuamkan bahagian ari-ari dan perut anak dengan daun sirih atau kecubung dan uruti perutnya hingga lembut.

  11. bol says:

    myk sapi tu mcm mana ye? mne nk dpt?

  12. anissa says:

    Kalo suami saya tuh buah zakar sebelah kanannya persis besarnya sama seperti sapi, besar dan keras, kalo itu kenapa ya ? Saya ingin bertanya padanya tapi saya takut dy malu karna dulu sewaktu awal pernikahan buah zakarnya itu selalu di tutupin handuk dan skrg saya sudah liat sendiri bahwa besarnya sama persis seperti buah zakar sapi

    • zainura66 says:

      anissa, jika boleh jangan dibiarin loh…. ini bermakna buah zakar suami puan telah membengkak dan anda perlu bantu urutin agar ia menjadi lembut kembali dan mengecil.

  13. Pendekar says:

    Cuba ubat homorpati

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s