Selaput Dara (Hymen) dan jenis-jenisnya

Apa itu selaput dara (Hymen) ?

Merupakan lapisan membran terletak di belakang bukaan saluran kencing (urethra) , menutup sebahagian daripada faraj dalam kebanyakan organisma termasuklah sesetengah wanita; semenjak kelahiran sehingga ia ‘dipecahkan’ semasaa berlaku penetrasi (persetubuhan) atau oleh sebilangan aktiviti lain, termasuk pemeriksaan perubatan, kecederaan, sesetengah jenis latihan, kemasukan objek asing dan lain-lain lagi. Akan tetapi haruslah kita ketahui bahawa persetubuhan tidak selalu menyebabkan selaput dara rosak dan ia juga tidak benar bahawa seorang wanita dengan selaput dara yang tidak rosak bermakna dia seorang dara.

Setiap gadis bukan dilahirkan dengan selaput dara yang serupa. Ada pelbagai jenis selaput dara di kalangan gadis. Ada juga gadis yang dilahirkan tanpa selaput dara dan ada juga yang mempunyai selaput dara yang sukar ditembus dan mungkin mengambil masa beberapa hari atau berkali-kali hubungan seksual untuk benar-benar menembusinya.



Di sini dipaparkan beberapa jenis selaput dara sebagai rujukan.

Jenis yang paling mudah dipecahkan dan mungkin paling sedikit mengeluarkan darah bila terkoyak.

Paling sukar dipecahkan, mungkin paling banyak mengeluarkan darah

Jenis ini sukar sedikit dipecahkan, mungkin darah lebih banyak keluar.

Jenis ini juga sukar dipecahkan.

Selaput dara ini berbentuk seakan-akan anak tekak

Selaput dara ini berbentuk seakan-akan barisan gigi.

Selaput dara ini berbentuk bibir.

Ada kes bayi yang dilahirkan dengan selaput dara yang tebal dan hanya mempunyai lubang sebesar lubang jarum. Kebanyakan doktor memilih untuk melakukan surgeri untuk menebuk sedikit selaput dara untuk kebaikan masa depan bayi

Dalam kes yang jarang berlaku, ada bayi yang dilahirkan dengan keadaan selaput dara yang menutup sepenuhnya rongga vagina. Ini akan menyulitkan pengaliran darah haid dan aktiviti hubungan seksual malam pertama di kemudian hari. Oleh itu kebanyakan doktor akan melakukan surgeri bagi menebuk sedikit selaput dara.

Dalam kes yang jarang berlaku, ada bayi yang dilahirkan tanpa selaput dara. Ini bukan bermakna bila besar nanti gadis itu bukan perawan, sebaliknya sudah dilahirkan tanpa selaput dara secara semulajadi. Oleh itu, tiada darah yang akan keluar ketika kali pertama hubungan seksual.

About these ads

About zainura66

Pencinta Alam Semesta
This entry was posted in Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s