Berdarah selepas bersetubuh : Tanda kanser rahim ?

Barah Pangkal Rahim

Pendarahan selepas persetubuhan.

Berlakunya pendarahan selepas hubungan kelamin boleh menimbulkan ketakutan di kalangan wanita khususnya di kalangan umur empat puluhan ke atas. Ini satu simtom yang tidak boleh dipandang ringan oleh wanita kerana ia boleh menandakan ujudnya satu penyakit di pangkal rahim yang mungkin berkaitan dengan pertumbuhan kanser.

Jika ia berlaku sebaiknya wanita berkenaan berjumpa dengan pakar sakit puan dengan secepat mungkin untuk mendapat pemeriksaan peranakan dan membuat ujian-ujian yang sewajarnya seperti cervical pap smear test bagi mengesan punca pennyakit. Jangan tangguhkan perkara ini kerana jika ia disebabkan oleh kanser rahim ia akan membawa pada padah yang lebih buruk. Walau demikian terdapat beberapa punca pendarahan selepas bersetubuh yang bukan disebabkan oleh kanser. Misalnya, berlakunya jangkitan kuman pada pangkal rahim, hakisan atau erosion pada pangkal rahim dan tumbuhan polyp atau fibroid pada pangkal rahim.

Apa tindakan yang perlu?

Sebaiknya wanita yang mengalami pendarahan selepas bersetubuh atau post-coital bleeding patut mengunjungi doktor pakar sakit puan dengan secepat mungkin untuk mendapat pemeriksaan yang sewajarnya.

Doktor pakar akan membuat pemeriksaan peranakan serta membuat ujian pap smear, ini adalah satu ujian pelapis bagi kanser pangkal rahim. Di samping itu ketika memeriksa jika ada tumbuhan seperti polyps atau kesan jangkitan kuman rawatan sewajar dapat dilakukan. Misalnya kalau ada polyp atau cervical fibroid ianya dikeluarkan tanpa pembedahan. Bius boleh dilakukan di klinik sahaja. Jika terdapat kesan-kesan jangkitan kuman pembersihan ubat dan anti-septik perlu dilakukan, amalan ini perlu diteruskan oleh wanita-wanita yang khususnya mengalami keputihan yang sering disertai dengan bau, kegatalan atau lelehan yang berwarna serba kuning atau hijau. Rawatan juga merangkumi bahan kimia cautery iaitu penggunaan bahan kimia cecair seperti albothyl yang boleh disapukan pada pangkal rahim yang mengalami hakisan atau erosion akibat jangkitan kuman.

Contoh pap Smear akan dihantar ke makmal hystopathology dan biasanya keputusan akan didapati dalam beberapa hari kemudian. Pemeriksaan makmal terhadap pap smear ini akan dianggap sebagai satu yang perlu dilakukan dengan segera dan ingatan ini biasa disampaikan pada pihak makmal. Apabila keputusan sudah didapati daripada makmal, pesakit atau wanita berkenaan akan dihubungi oleh klinik doktor dengan secepat mungkin. jika terdapat kelainan atau keganjilan pada ujian pap smear. Biasanya keputusan merangkumi lima peringkat iaitu:

I normal,
II jangkitan kuman,
III perubahan sel-sel seperti metaplisa, dysplasia dan juga perubahan sel-sel ke peringkat pra-kanser ataupun carcynoma-incytoe.
IV, V menandakan adanya sel-sel kanser.

Langkah-langkah ujian atau rawatan yang selanjutnya bergantung pada laporan pap smear tersebut. Jika ia dalam lingkungan dalam kelas pertama atau kedua iaitu normal atau jangkitan kuman biasanya rawatan berikutnya adalah untuk menjaga kebersihan faraj dan diberi ubat anti-biotik untuk kuman yang menjangkitinya dan wanita itu diberi juga vitamin yang boleh meningkatkan ketahanan badan seperti multi-vitamin dan vitamin C. Jika keputusan pap smear menunjukkan kelas ke-III, ke IV, ke-V ujian lanjut perlu dilakukan.

Setengah pakar sakit puan akan melakukan apa yang digelar colposcopy dan biopsi. Colposcopy ialah sejenis pemeriksaan peneropongan ke atas pangkal rahim untuk mengesan bahagian mana yang mungkin ada tanda-tanda sel luar-biasa dan dari situ ia akan mengambil secebis tisu. Proses ini digelar sebagai biopsi dan tisu ini akan dihantar ke makmal untuk hystopathology untuk mengesahkan kanser ataupun lainnya.

Kadang-kadang doktor pakar sakit puan tidak melakukan colposcopy tetapi ia terus akan membawa pesakit ke hospital untuk melakukan apa yang dipanggil cervical biopsy.

Di sini pesakit perlu dibius dan sebahagian pangkal rahim akan dipotong untuk dianalisa di makmal. Keputusan makmal akan mengesan jika ada kanser atau tidak dan setakat mana kanser itu telah tumbuh, sama ada ia masih kekal pada pangkal rahim ataupun ia telah mula merebak kepada bahagian-bahagian lain, di bahagian persekitaran. Langkah-langkah ini adalah sangat penting sebelum rawatan tertentu diberikan kepada pesakit.

Oleh itu,saya ingin mengingatkan lagi betapa pentingnya wanita yang mengalami masalah pendarahan selepas bersetubuh walaupun sedikit pun untuk jangan melengah-lengahkan masa. Sebaiknya ia terus berjumpa dengan pakar sakit puan yang terdekat sekali.

Sumber : http://www.hamidarshat.com/sakit-puan-informasi-214/155-sakit-puan.html

About Wannura

Pencinta Kehidupan Alamiah
This entry was posted in Uncategorized and tagged , . Bookmark the permalink.

185 Responses to Berdarah selepas bersetubuh : Tanda kanser rahim ?

  1. Arra berkata:

    Adakah kenser pangkal rahim .. Buleh sembuh jika dgn mengamalkan ubat2 tampa membuat pembedahan Atau redioterapi …. Dimana skrg ni terdapat byk ubat2tan utk pesakit kenser di pasaran

    • zainura66 berkata:

      Assalamualaikum,

      Arra,

      ubatan dan rawatan hanyalah sekadar membantu menguatkan tubuh badan sahaja. Aspek-aspek kesihatan kehidupan manusia adalah rohani, jasmani, jiwa dan raga. Keseimbangan jiwa dan raga adalah untuk membina kehidupan jasmani bagi menghayati kesejahteraan kehidupan rohani. Tidak ada penyakit yang tiada penawarnya.

      Kesihatan raga yang terdiri dari urat saraf yang perlu diransang, darah daging yang perlu dibersihkan, seimbangkan pernafasan dan menjana tenaga tubuh badan dengan mengimbanginya untuk membina kesihatan dan menyembuhkan penyakit.

      Nasihat admin agar mendapatkan nasihat orang yang berpengalaman sebelum mengambil sebarang ubatan dari pasaran. Anda boleh mengamalkan minum jus lemon setiap hari untuk menyingkirkan toksin dari tubuh badan dan boleh juga mencuba ubatan herba seperti daun belalai gajah yang dikisar bersama buah apel hijau untuk diminum beberapa hari.

  2. zaitun saiee berkata:

    adakah pendarahan ketika bersama disertai dengan rasa sakit? kalau x sakit adakah itu juga termasuk tanda2 kenser pangkal rahim?

    • zainura66 berkata:

      Assalamualaikum Zaitun,

      jawapannya mungkin ya atau pun mungkin juga tidak sebab kanser mempunyai 2 jenis iaitu benign dan malignan. Yang paling ditakuti ialah kanser jenis malignan. Anda bolejh cuba menguji samada ia kanser atau tidak ketika urutan dilakukan di bahaagian peranakan anda.

    • aien berkata:

      Salam, saya telah mengalami gejala yg sama..selepas melakukan hubungan dgn suami,darah akan keluar dlm kuantiti yg agak banyak.tetapi tidak mengalami rasa yg sakit di rahim..adakah ini dinamakan kenser? Saya amat tertekan dgn keadaan ini.apa yg patut saya lakukan..

  3. suhaimi berkata:

    selepas melakukan hubungan kelamin dengan isteri,cecair seperti darah bercampur dengan air mani akan keluar dari pangkal rahim,adakah itu salah satu tanda tanda isteri saya mengalami barah pangkal rahim……kitaran haid isteri saya juga tidak teratur dan hanya keluar darah berwarna coklat cuma sedikit…ape yang perlu saya lakukan….

    • zainura66 berkata:

      Suhaimi,

      semasa hubungan kelamin dilakukan, sebenarnya zakar suami menguruti bahagian faraj isteri. Sekiranya terdapat butiran-butiran polyps di mana-mana bahagian dalam sistem reproduksi isteri anda seperti di pangkal rahin atau pun di dinding rahim, ia akan keluar darah samada berwarna coklat atau pun adakalnya merah.

  4. syauqi berkata:

    salam..isteri saya sudah sedang hamil 7 bulan..semalam kami ada bersetubuh..dan ketika bangun pagi darah telah keluar dari kemaluan isteri saya..isteri saya tidak merasa sakit langsung..darah itu pekat seperti darah haid…boleh doktor terangkan darah apa itu?

    • zainura66 berkata:

      Waalaikumsalaam syauqi, bersetubuh adalah untuk bersatu dan bukannya beradu, mungkin hentakan jimak anda terlalu kuat hingga mencederakan pintu rahim isteri atau mungkin juga darah haid yang tertinggal sebelum ini di dinding pintu rahim. Jika isteri tidak mengalami pendarahan tidak apa, jangan khuatir.

  5. Roslia berkata:

    Saya ada mengalami pendarahan semasa hubungan kelamin, tapi tdk merasa sakit semasa hubungan kelamin itu berlangsung, darah yang keluar itu kelihatan agak cair selepas brcampur mani tapi tdk byk. Selalunya bila saya membuang air kecil keesokkan harinya, ketika saya mengelap kemaluan saya dgn tisu, masih ada sisa darah spt seurat benang. Kebiasaan bila ada darah yg keluar, perut saya akan terasa ngilu diperanakan, kerana saya memang takut melihat darah. Pendarahan ini tidak kerap, hanya kdg2, saya takut untuk membuat ujian pap smear, pengalaman sekali melakukannya ujian pap smear selepas melahirkan ank pertama pada 14thn yg lalu membuatkan saya fobia sampai sekarang. Adakah ini tanda2 ada ketumbuhan/kanser rahim kerana adanya pendarahan, atau bagaimana cara utk saya mengesan sendiri sekiranya ada ketumbuhan. Pendarahan ketiba hubungan kelamin adakah perkara normal, perlu ke saya membuat pemeriksaan? Bantuan anda amat dihargai.

    • zainura66 berkata:

      Puan Roslia,

      keluarnya darah selepas melakukan persetubuhan adakalanya adalah akibat dari ransangan zakar ke bahagian sistem reproduksi isterinya di mana mungkin secara kebetulan polips telah pecah dan terdapat darah yang keluar. Agak sukar untuk menyatakan samada ianya kanser atau tidak kerana sel-sel kanser hanya diketahui setelah ujian colposcopy dan biopsi dilakukan ke atas sample sel yang diambil.

      Mengapa puan harus takut membuat ujian pap smear ? Ia merupakan langkah awal bagi mengesan kanser pangkal rahim. Lebih baik puan berjumpa dengan doktor pakar sakit puan daripada membuat sebarang andaian mengenai penyakit kanser.

  6. kayramunira berkata:

    Salam..sya mengalami pendarahan selepas bersetubuh..perasan bila cadar ada kesan darah keesokan pg…tp bila sapu/lap ngan xde kesan2 darah..cecair yg keluar juga selpas satu hri mcm keputihan biasa (ada mslah keputihan )…adakah itu tanda2 kanser? 3thun lepas pernah buat pap smear,result ok..utk mkluman sya da kawen 6thhun..msih blum ada anak selepas keguguran 5 tahun lepas..tq..

    • zainura66 berkata:

      Waalaikumsalam kayramunira,

      adakalanya akibat ransangan dari aktiviti ketika persetubuhan dan mengenai polyps di dinding serviks atau rahim boleh menyebabkan darah akan keluar sedikit. Zakar suami sebenarnya membantu faraj anda diurut tetapi jika dilakukan dengan cara yang betul. Pemeriksaan yang terperinci sahaja yang boleh menentukan sel samada adanya kanser atau tidak. Ada kemungkinan anda mengalami masalah ketidakseimbangan hormon atau pun sumbatan di ruas tulang belakang di bahagian zon reproduksi.

  7. maisarah berkata:

    salam..mai nak tnye..
    lepas bersetubuh,keluar drh mcm drh haid..tp bru skli.tp xsakit…lpas dr tu,xde da.keluar pon mse tu je..esok pg xde da..tu slh 1 tnda kanser jgk ke?

  8. siti berkata:

    assalam, dokter, sy ingin bertanya, beberapa hari yg lalu, iaitu 30/08/13 sy ada bersama dgn suami, selepas selesai, sy dapati ada darah yg bercampur air mani atas kain yg kami jadikan alas..sebelum menyedari lendir darah tersebut, kami mengadakan hubungan tersebut sekali lg dan selepas itu, bru sy perasan ada darah yg keluar,kerana sy berasa sakit dan pedih pada bahagian itu. dan kami berasa takut utk bersama dan terus menghentikan hubungan tersebut..dan darah itu keluar sehingga 03/09 .. sy ingat mungkin ia adalah darah haid,tetapi sehingga hari ini 5/9 dah 2 hari tiada darah keluar…kebetulan tarikh period sy memang pada tarikh2 yg sama darah tersebut keluar.. sy sgt keliru sama ada ia adalah darah haid atau sebaliknya..mohon penerangan dr dokter…

    • zainura66 berkata:

      Waalaaikumsalam Siti,

      maaf, saya bukannya seorang doktor perubatan tetapi pengamal perubatan alternatif melalui kaedah urut terapi. Kenapa anda harus keliru tentang haid anda ? Jika ianya keluar pada tarikh yang sepatutnya, ini bermakna darah haid.

  9. shahira berkata:

    Maaf. Sy nk tnya..
    Slpas bersama suami sy perasan da tompokan darah pd cadar. Sllu nya jd begitu d sbb kn aksi kuat suami..
    Lps sy besalin thun 2o11 sy wat pap smer. Da prob skt dkter ckp da kuman tp x bnyk. X serius. Dkter bg dua jnis ubt bji. Blk sy mkn cm yg dkter suruh tp sy stop sbb pas mkn ubt 2 sy mnth. Keluar abih sgla dlm prot smpai sy lembik.x bermaya…puan sy da ambil cucuk perancang.d sbb kn cucuk 2 apabila bsama suami faraj sy cpt kering. Sy risau sbb da tbca atikel pnca kenser rahim slh 1nya pndarahan slps bsma..
    Bley puan terangkan lebih lnjut..
    Tima ksh puan.

    • zainura66 berkata:

      Shahira,

      pendarahan yang berlaku selepas persetubuhan adalah atas beberapa sebab. Di antaranya semasa aktiviti persetubuhan berlangsung, ada kemungkinan polyps-polyps yang berada di sekitar dinding rahim atau serviks telah berjaya ‘dipecahkan’ melalui urutan zakar. Tujuan berjimak adalah untuk bersatu atau bersetubuh dan bukannya untuk beradu. Jika anda dan suami beradu maka bukannya nikmat yang anda berdua dapat, bahkan hanya letih dan sakit serta memudaratkan kesihatan yang dapat. Sebenarnya persetubuhan adalah untuk kesihatan zahir dan batin bagi kedua-dua suami dan isteri.

  10. leeza berkata:

    salam nak tanya..sblm ni ni sye telah datang haid terlalu lama dari 12 bln 8 sampai 6 bln 9.2013.dan baru dua hari lepas sye ada melakukan hubungan dengan suami tp selepas melakukan hubungan sye dapati ada darah keluar ini menyebabkan sye menjadi takut ..tp masa melakukan hubungan sye x merasa sakit tp sampai sekarang masi keluar tp x banyak….adakah ini tanda2 kanser rahim??

    • zainura66 berkata:

      Waalaikumsalam Leeza,

      jika keadaan ini berlaku tidak semestinya tanda-tanda kanser rahim. Kanser hanya boleh dijejaki melalui ujian contoh sel yang diambil dari mana-mana bahagian yang bermasalah atau disyaki adanya sel kanser. Adakalanya darah akan keluar sekiranya ketika persetubuhan, zakar akan tertusuk kepada polyps-polyps yang berada samada di sekitar pintu serviks atau rahim. Sebenarnya dalam persenggamaan, zakar dan faraj saling menguruti di antara saatu sama lain dan menyihatkan kedua-dua alat sulit tersebut jika anda bersatu suami isteri tetapi akan memudaratkan sekiranya anda berdua beradu pula !. Jika anda mengalami tanda-tanda barah yang lain, anda dinasihatkan berjumpa dengan pakar sakit puan segera.

  11. zan berkata:

    hello doktor,
    saya mengalami pendarahan selepas berhubungan kelamin dengan suami,darah yang keluar seperti lendir ,saya juga merasa sakit pada pangkal rahim ketika bermain.adaka itu tanda-tanda kanser rahim yang kritikal.keadaan ini berlaku sudah dua minggu.
    harap doktor boleh bagi penerangan dan nasihat.terima kasih.

    • zainura66 berkata:

      Hello Zan,

      maaf, saya bukanlah doktor tapi pengamal perubatan alternatif urut terapi yang mempunyai lebih 10 tahun pengalaman dalam bidang ini.

      Penyakit kanser hanya boleh dikesan apabila ujian ke atas sample sel dijalankan. Pendarahan yang berlaku ketika bersetubuh adalah biasa kerana tusukan zakar yang berjaya memecahkan polyps yang masih tertinggal di dinding rahim atau pintu rahim. Rasa sakit mungkin disebabkan tapak polyps tersebut luka akibat ransangan atau geseran yang kuat. Namun jika ia berlanjutan dan lebih memudaratkan, ada baiknya anda buat pemeriksaan terperinci dengan doktor pakar sakit puan dengan kadar segera.

  12. siti berkata:

    Assalamualaikum,sjk 3bln ni bl sy bsama,slalu kuar darah.kdg2 3x dlm 1bln..bln ni plak darah 2 kuar + dgn kentulan darah.bciciran kuar.bl sy refer doc,dia kata normal n ada jgk kta darah haid

    • zainura66 berkata:

      Waalaikumsalam Siti,

      darah haid biasanya akan keluar dalam lingkungan 7-15 hari. Jika melebihi 15 hari, ia tidak dikatakan darah haid tetapi istihadah. Rujuk posting ini https://wannuraterapi.wordpress.com/2013/04/30/istihadah/. Ketika bersetubuh dengan suami,zakar akan mengurut faraj dan adakalanya tusukan zakar akan terkena dan memecahkan polyps-polyps (ketulan atau gumpalan kotoran tubuh badan yang tertinggal di dinding rahim atau pintu serviks). Ini akan berlaku jika anda dan suami beradu raga dan bukannya bersatu jiwa. Sebenarnya bersetubuh adalah untuk kesihatan bagi suami dan isteri selain dari nafkah batin dari si suami.

  13. hanie berkata:

    doc,sy dh 2thn mglami pdrahn smsa bsma suami,,ujian pap smear pn dh buat tp kptsn yg kluar xda mslh,doc cma ckp myb tkna jgktan kuman,,,tp smpai skrg pdrhan msh ada tlg bntu sy

    • zainura66 berkata:

      Hanie,

      saya bukan seorang doktor tapi pengamal perubatan alternatif urut terapi yang berpengalaman lebih 10 tahun.

      Pendarahan bersama suami ketika bersetubuh dianggap normal jika ia tidak memberi kesan mudarat yang lebih kronik. Jika doktor telah membuat pemeriksaan dan mengatakan hanya jangkitan kuman anda perlulah menjaga kebersihan faraj setiap masa. Dari sudut pandangan saya, pendarahaan tersebut berlaku atas beberapa sebab di antaranya :

      1. Tusukan zakar suami yang telah berjaya memecahkan polyps yang tertinggal di dinding rahim dan pintu serviks. Ada kemungkinan anda mempunyai banyak polyps di bahagian tersebut sebelum berkahwin.

      2. Bersetubuh adalah untuk kesihatan, anda dan suami perlulah bersatu jiwa dan bukannya beradu tenaga pula. Jika ini berlaku, maka akibat dari godaman zakar yang agak kuat atau geseran mungkin menyebabkan polpys pecah dan gugur. Zakar dan faraj saling menguruti di antara satu sama lain ketika aktiviti persetubuhan dijalankan.

      Ada juga baiknya jika polyps-polyps tersebut keluar di saat anda dan suami bersenggama berbanding jika ia tertinggal di dalam rahim menjadi ketumbuhan (fibroid), cyst atau kanser di kemudian hari. Anda harus menjaga kesihatan kerana jika anda bermasalah, penyakit anda boleh berpindah kepada suami ketika bersetubuh. Cuba ubah gaya hidup anda kepada lebih sihat zahir dan batin.

      • hanie berkata:

        Terima kasih … tp polyps tu apa ye maaf banyk tnya

      • zainura66 berkata:

        Hanie,

        POLIP RAHIM atau mulut/pintu rahim sebenarnya merupakan penonjolan yangg berlebihan dari lapisan rahim (mukosa) atau mulut rahim.
        Dengan itu jika ianya dibiarkan, maka ia akan berkembang hingga menjadi besar, malah mempunyai berupa tangkai (yang melekap di dinding rahim). Tidak mustahil juga ia akan menonjol keluar miss V walaupun sebenarnya ia berada di dalam rahim atau di depan mulut rahim.

        Sebaiknya “polip” ini disingkirkan sahaja agar sel-selnya tidak berkembang dan mencari tempat yang lain. Oleh kerana polip-polip ini merupakan kotoran yang berisi cairan darah dan jika dibiarkan terus membesar serta pecah, maka darah akan keluar sangat banyak dan boleh menyebabkaan jangkitan kuman di bahagian rahim dan faraj. Polip bukanlah kanser atau barah tetapi ia merupakan sejenis tumor oleh kerana penonjolan yang berlebihan dari lapisan mukosa.

        Dengan itu, dinasihatkan agar polips disingkirkan dengan cara kaedah urutan terapi agar penyakit tidak menular kepada pasangan pula.

  14. dira berkata:

    salam..saya ingin bertanya..jika keluar darah selepas persetubuhan pertama adakah itu juga dikira kanser serviks?pendarahan berlanjutan walaupon selepas seminggu bersetubuh..

  15. nurul intan berkata:

    hai…saya hendak bertanya, pendarahan itu bagaimana? banyak atau sikit? adakah pendarahan berlaku sejurus selapas melakukan persetubuhan ataupun keesokkan hari?
    saya baru melahirkan nak kedua 5bulan lalu…tidak pernah melakukan ujian papsmear. period sy setiap bulan dlm 4-5hari, setiap kali selepas bersama suami, keesokkan harinya saya berdarah seolah period (keadaan,bau,warna) dalam dua-tiga hari, apakah itu?

    • zainura66 berkata:

      Hai Nurul Intan,

      pendarahan biasanya merujuk kepada darah yang keluar dari faraj dengan kuantiti yang banyak hingga boleh menyebabkan kepada gejala yang lain seperti pitam atau pening akibat kehilangan banyak darah. Pendarahan yang sedikit selepas persetubuhan dengan suami adalah akibat urutan atau ransangan zakar suami ketika aktiviti bersetubuh berlangsung di mana jika tusukan zakar mengenai polips yang terdapat di pintu atau dinding rahim. Tujuan bersetubuh adalah untuk bersatu tubuh dan bukannya untuk beradu tenaga.

  16. anis berkata:

    salam doc..

    Saya perasan dah 2x,slps berSama dgn suami,ada fresh blood sikit smsa mengelap air mani suami pd vagina..untuk makluman doc,sy tumpah darah akibat keguguran pd 1-7 sept..ini keguguran kali kedua smsa kndgn dah masuk 4m..xbuat dnc sbB doc hos kate coMplete aBorti0n..sampai hari ni mash belum period.tapi,sejak hmpir smggu ni breast kiri rasa sakit sgt n seperti bengkak..dlm masa sma,sy rasa sakit pd bwh ari2..skt seperti nk period..sy bkahwin n0v 12..keguguran pd jan 13,k then sy x period tp upt neg..may n june period mcm bese,july n august xperiod tp upt neg..ble scan bru taw pregnant tp slepas smggu scan,miscarriage.. doc blh x terangkajm atau bg mklumat kes sy? tq.

    • zainura66 berkata:

      Waalaikumsalam Anis,

      Saya bukanlah doktor perubatan tapi pengamal perubatan alternatif urut terapi dan berpengalaman lebih dari 10 tahun.

      Anda mengalami masalah sistem reproduksi yang agak lemah hingga tidak berjaya melanjutkan kehamilan hingga janin matang. Masalah yang anda hadapi ialah saraf tulang belakang yang tersumbat oleh racun atau kotoran tubuh badan di bahagian tersebut dan menyebabkan janin anda tidak mendapat cukup oksigen dan nutrien hingga tidak berjaya bertahan hingga cukup bulan Dan akhirnya keguguran.

  17. siti asmah binti razaki berkata:

    As salam doc..
    Saya telah delay period 3 hari…apabila saya bersama suami keluar darah yang seakan-akan period…tetapi darah tersebut keluar pada hari bersama sahaja selepas tu tiada keluar darah lagi…apa yang saya perhatikan hanya ada sikit-sikit keputihan sahaja…apakah masalah saya sebenarnya ye? thankz doc…..

  18. Fathin Zainal berkata:

    Salam.. Doc saya baru berkahwin 10 bulan 1 minggu .. Umur saya sekarang 22 tahun, Daripada sebelum berkahwin period saya tidak teratur sekarang sudah teratur 7-8 hari. Setiap kali datang bulan saya pastikan akan sengugut teruk + demam + muntah.. Saya jarang bersama suami atas faktor belajar jarak jauh,. sejak kebelakangan ini saya mengalami sakit selepas bersama suami dan keesokannya saya check ada darah pada kemaluan saya tapi dalam kuantiti yang sedikit. Sebelum ini saya ada berjumpa DR sakit puan , Dr mnyatakan kedudukan rahim saya besar dan kebelakang.Adakah perkara ini normal? Mohon penjelasan saya risau 😦

    • zainura66 berkata:

      Waalaikumsalam Fathin Zainal, ada kemungkinan ia ada kaitan dengan haid yang tidak normal sebelum berkahwin.

  19. nurul berkata:

    salam puan, sy berumur 21 tahun.. sy mempunyai masalah haid yg xteratur.. kdng2 sebulan atau 2 bulan sekali xdtg haid.. smasa umor 20 thun, sy pernah melakukan persetubuhan dn mengalami pendarahan yg sngt bnyk semasa bersetubuh.. setiap kli bersetubuh, kluar darah dlm kuantiti yg bnyk, namun drah yg keluar hnya semasa bersetubuh, keesokannya dh xde drah. kini, dh lama sy xbersetubuh, namun haid sy makin teruk.. dlm thun ini, pernah sekali 5bulan sy xdtg haid. kemudian apabila dtg haid, ia berlanjutan selama 2bulan berturut2. selepas berhenti sekejap dlm beberapa minggu, drah kuar lg.. kli ni pn dlm jngka masa yg lama hingga 2bulan berturut2 xberhenti. drah yg keluar berwarna merah kehitaman, kdng2 coklat pekat.. sy masih blom berkahwin, sy pernah jmpa dr, apabila ujian drah dibuat, ada jangkitan cket dlm drah, dn paras Hb sy 7.7.. sy jd risau dgn diri sy.. boleh puan terangkn apa sebenarnya masalah sy?

  20. Diaadi berkata:

    Assalamualaikum…
    Di sini sy ingin bertanya..
    Sy period setiap bulan tepat..on time.. Klu lmbt pun 1 ke 2 hari sahaja.sy sudah berkahwin selame 7 bln.sy ingin bertanye, selepas kami bersetubuh, terdapat darah pd cadar kami..hanye pada cadar sahaja..keeseokannye tiade darah pun.sy belum pregnant lgi..ini merungsingkan kami suami isteri.adakah perkara tersebut menyebabkan sy x pragnant lagi?

  21. Diahadu berkata:

    Assalamualaikum..
    Sy sudah 7 bln berkahwen.tp belum pragnant.
    Period sy setiap bulan on time.klu lmbt phn 1-2 hari jek.
    Selepas bersame suami sy, sy dapati terdapat darah pd cadar kami.
    Tp keesokannye tiada pun darah yg keluar.n sy tidak merasa sakit.
    Perkare ini berlaku dlm sebulan dua ini. Tp tidak la selalu.
    Hanye 2-3 kali jek..adakah ini menyebabkan sy x pregnant lagi?

    • zainura66 berkata:

      waalaikumsalam Diahadu, darah yang keluar sedikit itu adalah polips yang pecah akibat ransangan dan urutan zakar suami. Ini dianggap normal selagi tidak mendatangkan gejala-gejala penyakit yang lain.

      • Diahadi berkata:

        Mintak maaf bertanye lagi..ade ape2 penyakit lain ke yg bg effect? Sebb sy dan suami sgt risau..adakah perkara ini akan berlarutan? Terime kasih admin.

      • zainura66 berkata:

        Admin yakin anda tidak mengalami apa-apa masalah ketika ini dan anda berdua tidak perlu risau kecuali jika ada simpton-simpton lain yang dihadapi. Persetubuhan yang berlaku di antara suami isteri haruslah bermula dengan foreplay (pemanasan) terlebih dahulu sepertimana yang digalakkan oleh Rasulullah saw dan seterusnya bersatu dan bukannya untuk beradu pula. Masalah yang seumpama ini berlarutan atau tidak bergantung kepada gaya dan amalan kehidupan anda seharian. Wallahualam.

  22. mas berkata:

    hai sy mas… sy nak tanya doc sy ada masalah keputihan dan mengeluarkan bau busuk…. 17hb tu sy bsama suami n hari ni 19 ada darah sikit bcampur keputihan… rahim sy ngilu2 sebelah kiri ni.. risau sgt….tlg bg nasihat doc adakah ini ciri2 kanser atau just jangkitan kuman

  23. lina berkata:

    Sy sama situasi dgn mas… doc tlg bg nasihat

  24. lina berkata:

    sy mengalami keputihan gatal n berbau…. lepas bsetubuh lrpas 2hari ada darah sikit… peranakan sebelah kiri rasa ngilu2… masa bsetubuh xda sakit… tlg doc

    • zainura66 berkata:

      Lina, kebiasaannya penyakit keputihan sehingga kegatalan dan berbau adalah gejala awal penyakit puan seperti fibroid, cyst atau kanser rahim. Ada baiknya jika nada membuat pemeriksaan dengan doktor sakit puan sebelum ia merebak ke tahap yang lebih serius.

  25. norain berkata:

    salam, saya ingin tahu masalah saya sama ada kategori kanser atau sakit yg lain. Setiap kali bersetubuh terasa sakit tp tiada pendarahan berlaku dan hanya keputihan makin banyak serta berbau. Selain itu, bahagian perut atau abdominal sy sakit untuk beberapa hari selepas bersetubuh. Untuk pengetahuan, kitaran haid sy tidak menentu sejak kali pertama dtg haid sehingga sekarang. Setiap bulan akan period tp tarikh waktu berbeza.
    Mohon nasihat dari puan.

    • zainura66 berkata:

      Waalaikumsalam Norain, kitaran haid yang tidak normal serta penyakit keputihan yang banyak pada peringkat awal diikuti pula dengan berbau, gatal dan warna menjadi hijau kekuningan merupakan gejala awal bagi sakit puan seperti fibroid, cyst atau kanser rahim/ pangkal rahim atau masalah sistem reproduksi itu sendiri. Untuk memastikan samada ianya benar kanser, anda perlu membuat pemeriksaan terperinci dengan doktor pakar sakit puan dan melalui proses biopsi di mana contoh sel diambil dan diuji. Setiap individu mengalami simpton yang berbeza bagi penyakit kanser, oleh itu admin berharap anda tidak terlalu risau sehingga doktor gyne mengesahkannya samada ianya kanser atau pun tidak.

      Jika ia didapati bukan kanser, anda masih lagi mempunyai harapan dengan mencuba rawatan secara alternatif dan komplementari bagi masalah yang dihadapi oleh anda. Urut terapi adalah salah satu daripada rawatan secara tradisional dalam bidang ini. Apa yang anda alami ialah masalah penyakit raga iaitu urat saraf yang ketegangan, darah daging yang tercemar oleh kekotoran tubuh badan hingga menyumbati ruas tulang belakang terutamanya di bahagian sistem reproduksi, pernafasan yang tidak seimbang sehingga menjejaskan tenaga kehidupan anda seharian. Walaubagaimanapun anda sentiasa mempunyai berbagai pilihan dalam membuat keputusan samada ingin membuat rawatan secara konvensional atau pun alternatif.

  26. Yana berkata:

    Assalam,
    Saya dh bkahwin selama 7 thn lbh dan ini pertama kali sy mengalami pendarahan semasa bjimak..Sy mmg kerap mngalami masalah keputihan dan semasa bjimak kawasan pangkal rahim terasa panas seperti terbakar tetapi sy tahan demi menjaga hati suami..namun apabila ingin btukar posisi sy terasa ade cecair keluar dr faraj dan sgt rerkejut apbl mndapati cecair tersebut adalah darah tetapi tidak bbau hanyir spt darah haid..bila sy ke tandas, tiada lg lelehan darah ..sy sgt takut skrg..

    • zainura66 berkata:

      Waalaikumsalam Yana, jika ia tidak mendatangkan kemudaratan atau gejala-gejala lain, ini merupakan suatu yang normal kerana sewaktu berjimak, zakar yang menguruti bahagian faraj mungkin telah berjaya memecahkan polips yang terdapat di pintu faraj atau di dindingnya. Tetapi jika pendarahan yang melampau sehingga mengakibatkan kehilangan darah yang banyak, ini adalah berbahaya bagi anda dan harus berjumpa doktor sakit puan (gyne).

  27. cikyan berkata:

    Salam puan…saya juga mmpnyai msalah sama kdg2 slpas bsama bgun pagi ada kuar datah skit..sy dh prnah buat ujian papsmear tp kptusan ok xda msalah apa2..sy sngt risau dan sngt takot bila nk brsama lg dgn suami..mohon pnjelasan..trima kasih

    • zainura66 berkata:

      Waalaikumsalam Cikyan, membuat ujian papsmear hanyalah untuk memastikan sampel sel puan yang diambil dan diuji tidak mengalami kanser rahim atau pangkal rahim. Pendarahan ketika persetubuhan dianggap normal jika ia tidak menunjukkan gejala-gejala awal kanser rahim sebab ketika aktiviti bersetubuh, zakar suami puan sebenarnya menguruti laluan faraj atau dindingnya hingga menyebabkan polips yang berada di situ telah pecah dan keluar. Tidak perlu risau jika pendarahan tidak keterlaluan hingga menyebabkan kekurangan darah.

  28. fieza berkata:

    Salam…sy ingin bertanya..situasinya begini..sy br lepas bersalin 4 bln…minggu lepas sy period 7 hari sedangkan tempoh normal 11 hari…pada hari ke13 slps period sy tlh bersama dgn suami menyebabkan berlaku pendarahan yg pada mulanya hanya sedikit..ttp setelah msk hari ke2 pendarahan jadi seperti period..agak byk tetapi tak sakit..sblm bersama tu saya perasan seperti benjolan sprt mcm nk period pd pangkal rahim sy yg saya rasa itu polyps..
    persoalannya..adakah itu darah haid atau istihadah kerana msh dlm tempoh kitaran haid (15 hari) atau kerana period jadi tdk teratur slps melahirkan..period sy sblm ni normal dan teratur..mohon pencerahan..terima kasih..

    • zainura66 berkata:

      Waalaikumsalam Fieza, haid yang normal adalah sekitar 6 – 15 hari. Selebihnya dianggap darah penyakit atau disebut istihadah. Sila rujuk maklumat lanjut mengenai istihadah

  29. diana berkata:

    salam..sy nk tnya..pd 30/8 yg lalu sy ada bsetubuh bersama suami..dan pd beberapa minggu yg lepas juga sy ada bsama dgn suami..sy dan suami jarang bersetubuh kerana faktor belajar jarak jauh..ketika sy bersama suami pd bulan 8 yg lalu sy dapati selepas bersama kemaluan sy berdarah,,dan pada bberapa mnggu yg lalu juga berlaku perkara yg sama tetapi ketika bersama sy berasa sakit dan berdarah..darah yg kluar juga cair..selepas bersama keesokkan nya perut sy di sebelah kiri brasa sakit..sy juga mengalami keputihan,berbau,dan gatal..apakah permasalahan yang sy alami ?? kerana sy dan suami sgt takut dan bimbang tentang perkara ini..mohon penjelasan dari pihak puan..terima kasih..

    • zainura66 berkata:

      Waalaikumsalam Diana, penyakit keputihan yang berlebihan diikuti berbau, gatal dan berwarna hijau kekuningan biasanya gejala awal bagi kanser pangkal rahim. Namun saya nasihatkan anda buat pemeriksaan dengan doktor pakar sakit puan bagi mengesahkan penyakit yang sebenar dialami. Anda tidak boleh membuat sebarang andaian ketika ini selagi tidak membuat biopsi (ujian sampel sel) terlebih dahulu. Ada juga kemungkinan keadaan ini adalah desebabkan oleh jangkitan kuman.

  30. aspalila mustaffa berkata:

    assalam..sy sudah hbs bersalin 60 hari..sudah mengambil suntikan perancang..sy juga sudah datang period selepas mengambil suntikan tersebut..baru-baru ni saya mengadakan hubungan dengan suami untuk pertama kali selepas 60 hari berpantang..semasa melakukan persetubuhan saya merasa sakit ketika suami masukan zakarnya..selepas beberape jam saya perasan ada kuar darah bersama lendir keluar..apakah itu tanda2 awal kanser?

    • zainura66 berkata:

      Waalaikumsalam Aspalila, bukan semua jenis ketumbuhan adalah kanser. Ketumbuhan terdapat 2 jenis iaitu benigna (bukan kanser) dan malignan (kanser). Hanya dengan biopsy (ujian ke atas sampel sel yang terlibat) sahaja dapat mengesahkan samada ianya sel kanser atau pun tidak. Namun jika ia tidak memberi tanda-tanda negatif yang lain, admin rasa anda tidak perlu risau sebab apabila zakar menguruti bahagian faraj, ada kemungkinan folips-folips yang terdapat di sekitar bahagian tersebut telah ‘pecah’ dan keluar sedikit darah atau pun lendir. Tapi anda perlulah sentiasa memantau tentang keadaan diri setiap masa.

  31. siti berkata:

    Salam doktor..saya penah mengalami keguguran pd 18hb 8. Slps itu period saya berjalan lancar dan normal,namun pd bln november period saya agak lewat dlm 3 hari,period berjalan selama 6hari dn stop 3 hari lps tu saya perasan ad lendiran seakan telur putih ttp berwarna coklat kemudian keesoknnya ad darah sedikit disusuli rasa sakit pada ari2 sebelah kanan hingga ke pinggang.Saya ke hospital berjumpa dan hasil pemeriksaan normal tiada masalah dn saya diberi antibiotik. Masalah saya darah masih keluar ttp dlm kuantiti y sedikit disusuli dgn lendiran,apabila darah sudah tiada saya berhubungan dgn suami dn lps berhubungan saya perasan darah keluar cecair dn bila dibasuh terdpt ketulan darah merah y agak pekat.ini membimbangkn saya kerana sblm ini blm penah terjadi.Adakah saya mengalami masalah pd sistem peranakan @sebaliknya..tq

    • zainura66 berkata:

      Waalaikumsalam Siti, saya hanya seorang pengamal perubatan alternatif yang berpengalaman dalam bidang urut terapi lebih dari 10 tahun. Pada pandangan saya, masalah yang anda alami adalah dianggap normal jika tidak terdapat gejala-gejala lain yang memudaratkan. Bila persetubuhan berlaku, zakar menguruti dan meransang bahagian faraj dan ini mungkin mengakibatkan polips yang berjaya dipecahkan dan keluar dalam bentuk lendi atau darah cair. Namun anda harus memantau keadaan ini agar ia tidak lebih memudaratkan lagi di masa hadapan dengan memantau kitaran haid serta gejala-gejala lain yang melibatkan sistem reproduksi anda.

  32. situ berkata:

    Maaf ingin bertanya skali lg..ada tak sesetengah org dtg period 2 kali dlm sebln dn period y normal..doktor
    ap perlu saya lakukan kerana period saya y lps adalah 16hb-21hb..kemudian disusuli dgn lendiran coklat dan bercampur darah.masalah skrg saya ad bersama suami sekali shj lps itu saya perasaan darah saya mula turun sikit2 bersama ketulan darah dn keesokkn nya darah turun lg spt darah period berserta ketulan2 darah..Ap patut saya lakukan.Saya sudah mula bimbang adakah saya keguguran ttp period saya dtg.mohon pandangan.

    • zainura66 berkata:

      Siti, kitaran haid yang normal adalah di antara 25-35 hari. Jika selain dari ini dikira tidak normal. Bukan semua ketumbuhan adalah kanser. Jika anda menghadapi masalah sedemikian menunjukkan mungkin terdapat banyak polips di bahagian sistem reproduksi anda. Ada setengah kes sebegini dianggap normal tetapi pada jangkamasa yang lama akan memudaratkan kesihatan di mana gejala awal sebegini biasanya samada anda mempunyai cyst, fibroid atau mungkin kanser. Berjumpalah pakar sakit puan untuk pemeriksaan terperinci.

  33. farahidah binti mohamad aris berkata:

    Sy sudah 3 kali mengalami pendarahan selepas bersama iaitu semasa sy mengesat menggunakan tisu.sy sudah membuat ujian scan tpi doktor mengatakan sy tidak mempunyai masalah.tpi pd hari ke 16 haid sy mengalami pendarahan dan terdapat ketulan darah berwarna coklat keluar dr faraj tpi sy tidak mengalami sakit perut.mengapa?

    • zainura66 berkata:

      Farahidah, kes sebegini dianggap normal jika ia tidak memudaratkan kesihatan sehingga kehilangan banyak darah (tumpah darah). Semasa anda mengadakan hubungan intim dengan suami, zakar menguruti bahagian kemaluan anda. Sebenarnya berjimak juga merupakan untuk kesihatan zahir batin jika anda berdua bersatu dan bukannya beradu tenaga pula .

  34. niza berkata:

    salam doc… nak tanya la… sy period normal 7 hari… beberapa hari selepas period habis, sy bersama dengan suami… keesokan harinya dalam tengahari terdapat pendarahan keluar macam period.. tidak ada rasa sakit… untuk makluman doc, sy mgalami period yang banyak antara hari pertama hingga ketiga dan selebihnya sedikit.. sy juga ada masalah keputihan… sy pernah buat ujian pap smear tp dah lama… jadi sy nak tahu sama ada itu adalah tanda2 kanser?… terima kasih…

    • zainura66 berkata:

      Waalaikumsalam Niza, untuk pengetahuan anda saya merupakan pemgamal perubatan tradisional dan komplementari yang berpengalaman lebih dari 10 tahun.

      Penyakit keputihan adalah biasa jika ianya keluar ketika anda terlalu letih, stress dan sebagainya dengan kadar yang sedikit tetapi jika ia keluar dengan banyak sehingga berbau, warna bertukar hingga hijau kekuningan dan berasa gatal; ini merupakan simpton awal kepada ketumbuhan seperti cyst, fibroid atau kanser pangkal rahim. Tetapi adalah lebih baik anda membuat pemeriksaan atau prosidur biopsy (ujian ke atas sampel sel) dengan pakar sakit puan terlebih dahulu sebab bukan semua ketumbuhan adalah kanser.

  35. shasha berkata:

    assalamualaikum…
    Sy nk bertanya..sy br lps mlahirkan anak sulung melalui pembedahan 5 bln lalu..dan sy telah period seperti biasa.. Dalam bulan ini, sy telah haid selama 7 hari..pada hari ke 8 telah bersih dan telah bersama suami..esok pagi sy perasan ada darah yg agak banyak di atas cadar..tapi bila ke tandas,tiada langsung darah yang keluar..ape kah darah yang keluar itu ye puan?
    Mohon penjelasan dan pencerahan..

    • zainura66 berkata:

      Waalaikumsalam Shasha, keadaan ini akan berlaku apabila polips-polips pecah ketika aktiviti persetubuhan dijalankan dan dianggap normal jika tidak berlarutan sehingga menjejaskan kesihatan anda.

  36. miera berkata:

    salam doc kenape ad darah mase nak lap air mani pd vagina

    • zainura66 berkata:

      Waalaikumsalam Miera, ada kemungkinan polips di tepi dinding pintu serviks telah pecah semasa aktiviti persetubuhan dijalankan.

  37. ruzie berkata:

    Masalah saya sma spt di atas…period tak kuar dh 2 bln tpi bru2 ni bila brsma suami kluar darah,sya tak tahu ape msalahnyr…sya ingt nk ngurut dlu sblum bertmu sakit puan…adkh dngan berurut berkesan bgi mgluarkan dra haid…

    • zainura66 berkata:

      Ruzie, anda boleh juga mencuba rawatan kaedah tradisional komplementari seperti urutan terapi bagi melancarkan darah haid anda. Hanya terapis yang berpengalaman boleh membantu anda dalam menangani masalah ini.

  38. Farrah berkata:

    Salam Dr,saya dan suami sudah bernikah hampir 9 bulan, tapi dalam 3-4 bulan sebelum ni,pada tarikh2 yg hampir dgn tempoh haid n bila saja selepas bersama,esoknya terus saja datang haid.kenapa ya?

    • zainura66 berkata:

      Waalaikumsalam Farrah, ketika anda berdua berjimak, zakar akan meransang di bahagian faraj, pintu rahim dan dinding rahim anda. Tusukan zakar akan memecahkan bintil-bintil folips di tempat tersebut dan akhirnya haid anda akan muncul juga. Hanya awasi kitaran haid anda daripada menjadi tidak normal.

  39. HanaHumaira berkata:

    selepas bsama suami ada darah blendir putih bcampur dgn air mani. saya agak panik, bberapa minit kemudian bahagian bawah perut kanan rasa kejang.. lagi pun satu lagi dah hampir 3 bulan saya belom dtg haid. agak risau..

    • zainura66 berkata:

      HanaHumaira, rasa kejang yang dialami oleh puan ada kaitannya dengan urat saraf yang ketegangan dan pengaliran darah yang tidak lancar akibat sumbatan racun tubuh badan yang menyekat terutamanya di bahagian sistem reproduksi.

  40. masha berkata:

    aassalam dr..sy berkahwin selama 9bulan..selepas bersetubuh dengan suami, pada keesokan pagi sy bangun untuk bersih diri, keluar lendir jernih berwarna coklat dan bila sy basuh bahagian dalam vagina ada lendir jernih dan sedikit darah. apakah cecair itu? adakah itu juga tanda kesuburan? fyi, im still trying to conceive.. thank you dr..semoga Allah membalas semua jasa baik dr..

    • zainura66 berkata:

      Waalaikumsalam Masha, untuk pengetahuan puan saya adalah pengamal rawatan alternatif dan komplementari di bidang urutan terapi yang berpengalaman lebih dari 15 tahun. Banyak pengalaman yang telah saya tempuhi di sepanjang penglibatan saya dalam bidang ini kerana sebagai seorang terapis saya perlu tahu aspek-aspek kesihatan rohani, jasmani, jiwa dan raga.
      Kes sebegini adalah perkara biasa bagi saya jika ia tidak menunjukkan apa-apa tanda yang boleh memudaratkan kesihatan seperti tumpah darah (pendarahan), pitam dan sebagainya. Anda tidak perlu risau sebab semasa aktiviti persetubuhan dilakukan, zakar akan menguruti bahagian kemaluan dan mungkin akan memecahkan polips-polips yang terdapat di bahagian tersebut.

  41. nazilaarsat berkata:

    asslmmulaikum..sy ingin bertanya.pagi nie sy dan suami bersetubuh dlm waktu tu kemaluan sy keluar drah..tidaklah byk sangat.hbis mdi pon ada juga sedikit keluar darah.apa yg sy paatut lakukan..perasaan sy tdak tenang adakah ia bahaya

    • zainura66 berkata:

      Waalaikumsalam nazilaarsat, ini adalah normal selagi ia tidak menunjukkan lebih mudarat kepada kesihatan anda.

  42. eyda berkata:

    Salam, sy mempunyai masalah yg agak rumit di mana sy ade bersama dgn suami 2 hari sebelum dtg bulan, dan sy mengalami pendarahan dan kdg2 terasa senak di bhg bwh perut. dan selepas habis period dlm 5 ari memang tiade darah kotor lgi..(memang kebiasaan setiap bln sy period 5 ari sje), kami bersama dan sy mengalami pendarahan jugak. Macam mane ni.. Sy buntu.

    • zainura66 berkata:

      Waalaikumsalam Eyda, kehadiran haid bukanlah hanya sekitar 5 hari sahaja. Jika ia masih dalam lingkungan di antara 7-15 ini di anggap normal. Namun jika ia masih keluar juga selepas tempuh ini, bermakna anda harus membuat pemeriksaan dengan doktor gyne ( pakar sakit puan).

  43. lilo berkata:

    hai masih boleh bertanya tak?? semalam i da bersetubuh dengan suami i..suami i kerja jauh so jarang balik n kami pun jarang bersetubuh. period i da lalu seminggu. selepas melakukan hubungan i tak rasa pa2 sakit dan tak da dara yang keluar. pada paginya 2 i da wat keja ckit. i sedar perkara ni bila i ke tandas. bila i nak bersihkan kemaluan, i perasaan da lendir coklat gelap..i nak tahu apa sebab belakunya hal tersebut. adakah ini juga tanda kanser?

    • zainura66 berkata:

      Lilo, adakalanya apabila zakar menguruti kemaluan Dan is sebenarnya ‘ mencuci’ bahagian tersebut. jangan panik…

  44. nur berkata:

    Salam Admin..usia perkahwinan sy baru 2 bulan dan sudah 2 kali selepas bersma dgn suami, akn mengalami sedikit pendarahan selaunya dpt dikesan pda pkul 10-11 pg,slps tu mmg xda kesan darah..selepas itu saya akan merasa senak di bahagian perut..boleh tlong jelaskan..Terima kasih

  45. fazrina berkata:

    salam , saya berumur 23 tahun..saya ada mengalami masalah berdarah sehari selepas bersetubuh dan ianya agak cair dan kadangkala dalam kuantiti yg sederhana banyk tetapi jarang meleleh keluar..sudah hampir 3 minggu darah keluar..dan ini kali pertama darah keluar selepas seks.. sebelum ni xde..darah yg cair dan berlendir.. kadang ada ketulan mcm kebiasaan dtg haid,,kadang bila setiap bulan datang haid, saya perasan yg darah kadangkala cair dan kadangkala pekat..boleh Dr terangkan kenapa?

  46. mimi berkata:

    salam. saya ingin bertanya , adakah normal jika bersetubuh dan beberapa jam atau sehari selepas itu cecair bercampur darah setompok atau darah keluar sedikit hanya sekali ,maksud saya terjadinya bila berjam atau sehari selepas bersetubuh sahaja ? sudah beberapa kali terjadi pada saya dan saya menyedarinya ketika mencuci atau membuang air kecil . saya baru setengah tahun bernikah dan tiada siapa dapat beri penjelasan. saya juga pernah ke klinik dan dr. itu berkata hanya hormon tidak stabil tanpa menerangkan lebih lanjut.. adakah itu benar dan jika ya mengapa perkara ini jadi berulang kali? saya mohon dr.dapat menerangkannya kerana hingga sekarang fikiran saya bercelaru memikirkan hal ini dan takut ia merbahaya atau tanda-tanda penyakit yang bahaya ..mohon kerjasama dr. terima kasih.

    • zainura66 berkata:

      Waalaikumsalam Mimi, saya bukan doktor perubatan tetapi merupakan pengamal rawatan tradisional melalui kaedah urut terapi yang berpengalaman melebihi 15 tahun. Dalam kes anda saya harus memeriksa bahagian pelvik/ rahim terlebih dahulu samada terdapat bengkak di situ. Ia adalah normal jika tidak ada bengkak, darah yang keluar sedikit selepas bersetubuh adakalanya disebabkan oleh tusukan zakar pada polips yang melekat di sekitar dinding kemaluan dan rahim.

      • mimi berkata:

        sangat berterima kasih . . tenang sedikit hati saya apabila membaca penjelasan dari anda . . saya sangat risau jika ia tanda yang bahaya kerana saya telah kemalangan teruk 4 tahun lepas dan seluruh badan kene hentakan kuat, saya risau jika apa yang terjadi ini juga disebabkan kemalangan itu . . jika tak keberatan bolehkah anda terangkan lebih lanjut tentang tanda2 dan penyebab kanser rahim ? terima kasih .

  47. lina berkata:

    Salam doc,semlm bla sya bersama suami,darah kluar tpi x byk,hanya sebulat biji epal sja,darah merah cair,dan esok paginya,sya buang air besar dan darah kluar dri vagina juga berbentuk cair juga dan darah hanya kluar masa meneran najis sja,lps tu x ada darah lgi kuar,dan kebetulan skrg spatutnya sya da dtg haid tpi x dtg lgi,bln lps pun sya mengalaminya juga dan terus haid,adakah ini tanda awal kanser?bersetubuh dgn suami x menyakitkan dan sya dah punya anak 3, dan 2 drinya menyusu bdn sepenuhnya,umur 34

  48. hartini berkata:

    salam puan,
    saya ada kemusykilan puan..buat pengetahuan puan saya sudah buat pap smear sebanyak 2X pada tahun 2009 dan tbaru pada bulan lepas..january 2014…pap smear result semua ok.malah pnh wat scan utk chek kalau ada ketumbuhan malah semua OK…
    tp harini sy ada bsama suami dan masih juga keluar darah slpas bsama…tp kuantiti x byk…dan bukan selalu…kadang2 saja.selepas bsama sy selalu rasa spt melecet dan pedih di bhgn luar vagina.tp sy tgk darah bukan dr luar malah dari dalam vagina sy.

    saya buntu skrg.apa yg patut sy buat?? apa jenis supplement atau jamu tradisional yg boleh sy makan ye puan??

    • zainura66 berkata:

      Waalaikumsalam Hartini, tujuan pap smear adalah untuk memastikan tidak ada jangkitan kuman di mulut faraj atau pun pintu rahim serta tidak terdapat sel kanser di dalam sampel yang diuji tadi. Berlainan pula dengan ketumbuhan. Bukan semua jenis ketumbuhan adalah kanser. Terdapat 2 jenis ketumbuhan iaitu benign (ketumbuhan bukan kanser) dan malignan (ketumbuhan kanser). Adalah sukar untuk menjangka samada anda mengalami ketumbuhan jenis kanser atau sebaliknya melainkan dengan membuat ujian ke atas sampel (pap smear) yang diambil. Dalam kes puan, ia merupakan peringkat awal dalam masalah sakit puan. Jika melalui ujian pap smear yang diambil didapati -ve bukan bermakna puan bebas dari kanser. Ia merupakan gejala awal bagi penyakit ini. Maksud saya semua jenis penyakit berpunca dari kekotoran yang berada di dalam tubuh badan yang sekian lama sehingga ia membentuk satu longgokan yang menyebabkan terganggunya aliran darah di dalam tubuh badan. Terutamanya bagi kaum wanita bilamana kitaran haid yang tidak teratur adalah petanda kepada permasalahan ini. Jika kitaran haid normal, ada juga yang mengalami senggugut yang teruk. Saya tidak pasti puan dalam kategori yang mana mungkin puan sendiri tidak menyedari perubahan fisiologi badan. Untuk meringkaskan ulasan saya di sini, puan harus sentiasa memantau agar pendarahan selepas persetubuhan tidak mendatang kan kemudaratan yang lebih teruk lagi seperti pendarahan yang teruk spt haid yang berpanjangan atau anda boleh rasa sendiri perubahan badan seperti kurang darah Dan sebagainya.

  49. mimi berkata:

    Salam knp soalan yg sy comment di ruang ni minggu lps xde? Tercari2 jwpn utk soalan sy kt blog ni tp xdpt jmpe lgsg . ? Kne pdm ke . ?

  50. noor hidayah binti mat noor berkata:

    Saye nk tny sy mglmi pdarahan berterusan hmpir sebulan dlm kuantiti yg sedikit tmsuk haid..kdg coklet2 cmpur drh kdg drh fresh..da refer doc n ble scn doc kte kt blh knan npk cm floating n npk cm bengkak kcik..adekah 2 tnde2 knser pgkl rhim..sblm pdrhn pnh jgak kua drh coklet2 after bsme..

  51. noor hidayah binti mat noor berkata:

    Uterus npk mbengkak stlh wat ultrasound…tp doc blum bg kptsn yg tpt die soh g hptl tp xg lg..wat urin test ngatif…pdrhn coklet2 bcmpur drh dlm kuantiti yg skit2 je tp kdg drh fresh klua..still ckit..risauuu

  52. nurazureen berkata:

    salam dr…saya ade mengalami pendarahan selepas bersetubuh…untuk makluman dr sy baru habis haid…adakah darah yg keluar selepas bersetubuh tu sisa-sisa darah haid saya?..sy dh menjalani ujian pap smear pada awal februari lalu tp result xdpt lg..darah yg keluar semasa bersetubuh tu adalah selepas sy melakukan ujian pap smear tersebut..adakah ujian pap smear perlu dilakukan selepas sy alami pendarahan atau sebelum pun boleh? sy takut result yg kuar nti xbetul sbb pendarahan berlaku selepas sy buat ujian pap smear..mohon penjelasan dari dr mengenai perkara ini…terima kasih

  53. maureen swithen nyelang berkata:

    salam sejahtera doc

    Saya mengalami masalah kalau bersama suami saya akan keluar darah sedikit bercampur dengan lendir tetapi tidak kerap pendarahan.saya tidak mengalami kesakitan cuma suami bagitau macam ada daging lembut di dalam vagina kalau vagina suami tertusuk dalam.kalau terkena kat bahagian daging ini saya terasa sakit.minta pandangan doc apa yang harus saya lakukan.

    • zainura66 berkata:

      Salam sejahtera Maureen, jika penis suami anda menusuk ke dalam faraj dan terkena pada polips lalu pecah, maka darah akan keluar tapi dalam kadar yang sedikit. Tetapi jika anda mengalami pendarahan yang banyak, jangan tunggu, berjumpa lah dengan doktor sakit puan untuk pemeriksaan terperinci.

  54. nur berkata:

    Salam puan,
    Sy ingin btanya, sehari selepas bersama suami sy dapati ada darah yg keluar seakan haid & sedikit berketul pada faraj. Saya juga merasa sakit pd bahagian perut. ini kali pertama terjadi, sy agak risau.. mohon pandangan puan, terima kasih

  55. fiqa88 berkata:

    salam.. sy ada satu kmusykilan.. lbh kurang 2bln lpas.sy telah bsama suami..dan semasa bsama, darah kluar dgn byknya..mgkn ia silap saya,krna sy tidak mngira kitaran haid sy..pd mlm itu sy haid dan hnya mngetahui setelah bsama dgn suami.. stelah lbh smggu period dan darah haid telah tiada..sy dan suami bsama dan skali lg bdarah.. akibat takut, sy mngelak utk bsama suami hampir sbulan..namun, setelah sbulan,setiap kali bsama suami..darah msh kluar.. namun hnya keluar setiap kali bsama..apabila terbaca artikel dr..sy rsa sgt risau..adakah itu tnda2 kanser rahim..? saya berumur 25thun dan telah bkahwin hampir 4bulan..

  56. norizan berkata:

    salam sis,sya nak tnya,smsa sy brsma akan rasa sakit dibhgian pngkal rahm,dan apabla selesai,sy tgok da darah wrna mrah kehtaman keluar dr faraj sy..brsrta dng rsa sakt dbhgian ari2,apakah tanda 2 yg sakt da msalah knser rahm

    • zainura66 berkata:

      Waalaikumsalam Norizan, bukan semua jenis ketumbuhan adalah kanser. Jika darah keluar berlarutan, lebih baik buat pemeriksaan yang terperinci dengan doktor pakar sakit puan.

      • schieda berkata:

        Salam puan..
        Sy sudah beberapa bulan tidak dtg haid. kali terakhir adalah pd bulan january. Skg sudah 3hari bwh perut sy sakit seakan2 sengugut n dada mbengkak. Tp drh haid tetap tidak keluar. Adakah sy mengalami mslh ksuburan n sukar utk mdapatkn anak kelak? Adakah ini tanda kanser? Haid kdg2 bbulan tdk dtg. Bila bsama, akn keluar sedikit drh.

      • zainura66 berkata:

        Waalaikumsalam Schieda, kitaran haid anda adalah tidak normal dan dari segi logiknya memang lah kes sebegini agak sukar untuk rancang mendapatkan zuriat. Ibarat pokok yang tidak berbunga, manakan nak dapat buahnya.
        Namun, sebagai umat Islam kita wajib percaya kepada qada’ dan qadar Allah swt di dalam rukun Iman. Besar masalahnya jika kita setakat orang Islam tapi tidak beriman kan !!! Terdapat berbagai kaedah terkini bagi mereka yang mengalami masalah sebegini.

  57. aishah berkata:

    Salam Puan,
    Saya juga mengalami masalah seperti kebanyakan mereka yg bertanya. Saya sudah 8 tahun berkahwin. mempunyai 2 org anak. Sejak sebulan yg lepas, ketika bersama suami, saya mengalami pendarahan. (darah merah dan cair). Sebagai pengetahuan puan, sejak 2 bulan yg lepas saya dan suami agak kerap bersama (2-3kali seminggu) dan kami bersama agak kasar. (pendarahn berlaku bila tusukan suami saya terkena pada ‘g-spot’. jika pada posisi yang lain dan tidak terkena bahagian tersebut, tiada darah yang keluar). saya telah merujuk kepada gyne dan sekarang sedang menunggu keputusan. apa yg merunsingkan saya, dari pemeriksaan doctor, dia mendapati pada pangkal rahim saya ada sedikit luka dan bengkak. adakah ini disebabkan aktiviti bersama saya dan suami? saya berasa takut menunggu keputusan pap-smear tersebut. pada pengamatan puan, apa masalah saya sebenarnya?

  58. nor berkata:

    Salam puan….saya nak tanye..setiap kali saya lepas bersama keluar drh bercampur dengan air mani…tap sejak kebelakangan ini lepas bersama keluar darah seperti darah haid…bnyak tap dlam sehari selepas bersama…mis v saya ade rase pedih sedikit…adakah itu perkara biasa bg yang ade fibroid atau ianya tanda2 kanser….

    • zainura66 berkata:

      Waalaikumsalam Nor, pedih mungkin disebabkan tusukan zakar yang memecahkan polips dan keluarnya darah tersebut. Polips yang biasanya menyebabkan dinding rahim menebal.

  59. airis5574 berkata:

    salam sis.. saya nak tanye, saya ada mengambil suntikan pencegah kehamilan untuk tempoh 3bulan pada 5hb 2, tapi dr kata period mungkin tidak teratur..pada 11hb 3 saya datang period tapi sehari saja, seminggu kemudian saya datang period lagi tapi darah keluar sikit2. selepas bersama dgn suami. saya keluar darah kemerahan merahan tapi cair.. hinggah sekarang darah ada keluar walupun saya tidak bersama dgn suami,darah still keluar sikit2.. tq sis

    • zainura66 berkata:

      Waalaikumsalam Airis, telah sah sepertimana yang doktor anda katakan. Kesan sampingan akibat suntikan pencegahan kehamilan.

  60. aini berkata:

    Assalamualaikum. Saya nk tnya.dua tiga ari lepas saya bersama suami.samasa mengelap kemaluan dgn tisu saya dapati ada terdapat kesan darah.saya trs stop buat hubungan.tp lps tu darah dah xde.pagi pun xde jugak sampai kemalamnya.malamnya pula saya buat hubungan lagi dgn suami.bnda sama berlaku.xde darah.cuma esoknya ada kluar sedikit darah berwarna keperangan.tp xbnyk.masa2 aje kluar bnda tu.saya dh ke klinik tp doc ckp xlh nk wat pap smear lagi kena tngu lps dtg period 10hari.skrg saya jadi tkt.sbb darah tu bau dia semacam aje.mcm darah last period.bantu saya.trima kasih.

    • zainura66 berkata:

      Waalaikumsalam Aini, jk darah yang keluar ada bau yang kurang menyenangkan, ada baiknya jika anda buat pemeriksaan terperinci dengan doktor sakit puan agar ia tidak lebih memudaratkan kemudian hari.

  61. aini berkata:

    Salam..sy mengalami keguguran tahun lepas..period bulan pertama selepas kegugiran adalah seperti biasa..pada bulan seterusnya saya dapati darah hanya keluar sewaktu bersama sahaja pada waktu sepatutnya period..adakah itu normal?

    • zainura66 berkata:

      Waalaikumsalam Aini, jika darah yang keluar tersebut tidak memudaratkan sehingga kehilangan banyak darah, ianya dianggap normal sahaja.

  62. sue berkata:

    salam,

    saya ingin bertanya, saya dan suami tinggal jarak jauh, kami berjumpa 2 minggu sekali, baru-baru ini saya dapati sehari selepas bersama, saya mengalami pendarahan, jumlahnya tidaklah banyak tetapi seperti darah haid sedangkan saya baru sahaja habis haid seminggu sebelum berjumpa. saya tidak mengalami kesakitan ketika bersama, adakah ini tanda kanser rahim?.. perkara ini agak merungsingkan saya, diharap Puan dapat membantu..terima kasih

    • zainura66 berkata:

      Waalaikumsalam Sue, jika darah yang keluar selepas bersama suami adalah terkawal, ianya normal. Tetapi harus berhati-hati Dan prihatin akan kitaran haid anda sebab ketika bersama suami, darah anda akan keluar. Ini bermakna ketika bersama, urutan zakar telah memecahkan polips yang terdapat di pintu atau dinding luar rahim anda. Polips2 inilah yang biasanya menebalkan dinding rahim dan dikenali sebagai endometriosis ( ketumbuhan) yang akhirnya akan menyebabkan kanser.

  63. hamizah berkata:

    salam saya nak bertanya umur saya 42thn baru 1 tahun melahirkan anak secara ceasear. selepas 1 tahun bersalin kitaran haid saya mencecah 3minggu tapi x banyak, dan terasa nyilu kat dalam jahitan. semasa bersama dengan suami saya pendarahan kecil berlaku dan x sakit. adakah ini dinamakan tanda2 canser?

    • zainura66 berkata:

      Waalaikumsalam Hamizah, bukanlah semudah ini untuk menyatakan anda mengalami kanser atau tidak. Pada kes-kes tertentu, andainya ia tidak lebih memudaratkan seperti tumpah darah yang terlalu banyak hingga anda kehilangan banyak darah dan menyebabkan pitam, ini dianggap biasa. Namun suka saya ingatkan bahawa jika berlaku pendarahan ketika atau selepas bersetubuh dengan suami, ini merupakan suatu peringatan kepada anda bahawa di bahagian sistem reproduksi anda seperti rahim atau ovari telah terdapat gangguan seperti adanya polips yang masih tertinggal di bahagian tersebut. Ketika persetubuhan berlaku, zakar suami sebenarnya menguruti bahagian faraj dan kadangkala tertusuk kepada polips tersebut serta pecah, maka darah akan keluar.

  64. ct berkata:

    Assalam..sbelum ni sya mengalani kguguran..slps keguguran kitaran period sya jadi x teratur..pd bulan tiga saya dtg haid pd 20hb tetapi mcm biasa 6 hari..pd bulan empat sya dtg haid 22hb tetapi 3 hari sahaja..spls hari kelima sya bersama suami, sye dapati darah keluar semasa bersama..adakah itu normal ataupun sbaliknya?

    • zainura66 berkata:

      Waalaikumsalam Ct, kitaran haid anda telah mula menjadi tidak normal dan ini tanda2 awal penyakit puan.

      • ct berkata:

        Apa tindankan yg harus sye lakukan??..mohon pandangan

      • zainura66 berkata:

        Jika pendarahan adalah sedikit, ianya dianggap normal tetapi jika pendarahan yang teruk sehingga melibatkan kehilangan banyak darah, anda dinasihati membuat pemeriksaan secara terperinci dengan doktor pakar sakit puan agar ianya dapat dipantau lebih awal.

  65. hassan berkata:

    Assalamualaikum puan,

    Saya ingin bertanya satu soalan, kenapa isteri saya kencing keluar darah selepas bersetubuh? Sebenarnya saya dan isteri baru sahaja melangsungkan perkahwinan ( 8 hari ) isteri saya merasa sakit seperi memulas di bahagian ari2nya… apakah ianya penyakit wanita atau kesan selepas bersetubuh?

    • zainura66 berkata:

      Waalaikumsalam Hassan. Biasanya setiap perkara yang berlaku itu adalah sebagai memberi tanda ingatan kepada kita ….

  66. yuyu berkata:

    Sy sudah tiga bulan tidak melakukan hubungan kelamin dan setelah itu, baru sahaja melakukan hubungan kelamin sy megalami pendarahan pada vagina sy .. adakah ini normal atau penyakit

    • zainura66 berkata:

      Yuyu, boleh admin tahu kenapa mengambil masa begitu lama untuk melakukan persetubuhan ? Adakah faktor tinggal berjauhan ? Bergantung kepada keadaan jika pendarahan terlalu banyak, berjumpalah dengan doktor tetapi jika ianya sikit, ia dianggap normal.

  67. 1313 berkata:

    salam puan. baru2 ini saya telah bersetubuh dengan isteri saya, darah telah keluar dari rahim isteri saya dan mengadu rasa sakit dibahagian antara perut dan rahim. saya agak risau akan keadaan isteri saya . mohon penjelasan puan .

    • zainura66 berkata:

      1313, jika darah yang keluar tidak banyak, ia dianggap normal tapi harus pantau dikhuatiri jika pendarahan yang kronik.Bersetubuh bermaksud bersatu tubuh dan bukannya beradu tubuh.

  68. zara berkata:

    Puan sy tlh mjalani rawatan colposcopy selasa yg lps.sekarang sy sering sakit di bahagian ari ari dan keluar cecair coklat cerah. Adakah ia normal?

  69. naa berkata:

    assalam saya nk tnya,saya dah 2 tahun lebih berkhawin,tidak mempunyai zuriat lag,semasa bersama suami akan keluar darah cair seakan period dlm kuantiti yg bnyak,darah ni akan keluar jika perut saya rasa sakit or kejang,dan berlarutan bila bersetubuh hari yg berikutnya,pengeluaran darah ni membuat badan saya jd letih,sy dh buat ujian pap smear,x ada pape,doc pun dh jmpe,doc pun ckap x ada pape,saya takut sangat nk bersama bila perut kekejangan or sakit,adakah sbb perkara ni sy x boleh hamil..mintak penjelasan

    • zainura66 berkata:

      Waalaikumsalam Naa, biasanya setiap perkara yang berlaku itu mesti ada penyebabnya… Dalam hal ini ia ada berkaitan dengan sistem reproduksi anda. Cuba ingatkan balik samada anda menghadapi sebarang masalah kitaran haid sebelum berkahwin seperti lambat, senggugut dan sebagainya. Bila anda bersetubuh dengan suami, zakar sebenarnya menguruti bahagian faraj serta dinding rahim. Darah yang keluar mungkin akibat tusukan zakar yang terkena kepada polips yang berada di sekitar bahagian tersebut. Jika darah yang keluar tidak banyak, ia dianggap normal tetapi jika kuantitinya banyak dikhuatiri akan mengakibatkan pendarahan sehingga kekurangan darah, lebih baik anda berjumpa dan buat pemeriksaan terperinci dengan doktor pakar sakit puan.

  70. naa berkata:

    masa kawin memang kitaran haid sy x teratur ada pernah dlu sy pernah keluar haid smpai sebulan,tak henti2 darah keluar,dalam kuantiti yg banyak,dan sebelum kawin sy mengalami keputihan yg berbau,tp lpas tu dah x ada keputihan,ada pun cecair je keluar,x berbau,tp selalu kena pakai pnteliner kalau x kning jd seluar dlm..

  71. Nurul shakila sri aneesa berkata:

    salam sis . saya nak tanya . kenapa setiap kali saya melakukan hubungan bersama suami . bila habis bersama bila saya bangun saya merasa ada cecair yg keluar dr faraj saya . saya x pasti adakah itu air mani suami atau saya . dan sampai sekarang saya belum mendapat baby .. ,

  72. jesica berkata:

    salm saya juga mengalami hal seperti ini ianya kedua kali bagi saya.. selepas saya bersetubuh dengan suami darah keluar dari pangkal rahim saya adakah ini tanda2 kanser ?saya sangat risau akan hal ini.

    • zainura66 berkata:

      jesica, jika sikit dianggap normal, jika banyak hingga pendarahan yang teruk harus buat pemeriksaan secara terperinci dengan doktor gyne (pakar sakit puan).

  73. shuhadah berkata:

    Salam..saya nk tnye sikit..klau kite bersetubuh semasa haid tanpa sedar..so lpas tu akan dpt effect ape2 tak?
    .

  74. yana berkata:

    as salam…sy telah mlahirkan ank ketiga pada 17/7/2013. haid sy hanya dtg setelah setahun sy bsalin. pada mulanyer haid dtg normal iaitu 5-7hari tetapi semenjk 2 bln lps.slesai jer 7 hari haid sy akan bsama suami.keesokn harinyer darah haid yg bketul2 dn hitam pekat akan keluar slama 5-7 hari lg.perkara ni makin kerap blaku.adakh ianya normal?

    • zainura66 berkata:

      Waalaikumsalam Yana. Sememangnya ini adalah tidak normal jika darah penyakit berlarutan sehingga menyebabkan kekurangan darah. Semasa berjimak, sudah pasti zakar akan menusuki dinding faraj hingga mulut rahim. Jika tusukan zakar berjaya memecahkan polips-polips yang terlekat di bahagian-bahagian yang dinyatakan tadi, adalah lebih baik berbanding ketulan-ketulan darah tersebut tersimpan di situ hingga boleh menyebabkan kanser.

  75. rosita berkata:

    Maaf…kalau boleh tanya..apakah ubat utk menghilangkan daging menumpang yg sudahbertumbuh besar

    • zainura66 berkata:

      Rosita, cara alaminya anda dapat menyingkirkan timbunan kotoran yang membentuk daging tumpang tersebut dari terus membesar.

  76. izzaty berkata:

    salam .. adakah keluar darah pada pertama persetubuhan juga di kira kanser atau period ?

  77. elly farah berkata:

    Salam sya nk tnya..
    dlam rahim sya ada mcam bji..itu bji apa..sbab sblum adanya biji tu bla sya stubuh dgan suami ia akn keluar drah dan rasa sakit…
    sya dh buat pepsmear tgu kputusan tpi xada berita pun..
    Sya berubat kampung hlang darah tu yg ada skarang biji tu aja..
    Apakah tanda2 nya..

    • zainura66 berkata:

      Waalaikumsalam Elly Farah, biji-biji yang dirasakan itu adalah hasil dari polips (darah kotor atau racun badan yang terkumpul di dinding rahim) yang seharusnya keluar setiap bulan melalui darah kotor/ haid. Dalam jangkamasa yang tertentu, ini boleh menjadikan ianya dipanggil samada cyst, fibroid atau pun kanser. Anda perlu faham tentang perbezaan ketiga-tiganya ini. Tapi tidak perlu bimbang jika anda mengetahui bagaimana untuk memantau biji2 tersebut dengan urutan terapi bagi membina kesihatan mencegah penyakit anda.

  78. Nana berkata:

    Sekiranya pendarahan berlaku sps bersama, bilakah masa yg sesuai utk berjumpa dgn doktor? Adakah keesokan hari slps pendarahan sesuai utk melakukan pap smear krn masih terdpt air mani suami & darah atau kena tunggu beberapa hari?

    • zainura66 berkata:

      Nana, biasanya pap smear dilakukan apabila darah kering atau lebih baik jika tidak bercampur dengan air mani bagi memudahkan doktor buat pemeriksaan ke atas sampel sel yang diambil untuk didiagnosis.

      • zai berkata:

        Salam Puan… sy keguguran 6bln LPs…slps gugur sy ambik suntikan perancang..period sy kadang 2bln br dtg tp sikit sgt LPs sy stop ambik perancang 2bln LPs Tu period dtg byk sgt…7-8hari LPs Tu dh stop sy bsama suami LPs 5hari period dtg blik …sy rsa dgn jari dlm Rahim mcm bengkak adakah ia satu tanda awl kanser rahim sy Rasa takut sgt..

      • zainura66 berkata:

        Waalaikumsalam Zai, bengkak bukanlah semestinya tanda awal kanser.

  79. ahmad berkata:

    En..sy nak tnye,knpe selepas dua hari bersama isteri,ade kluar darah sikit..warna seakan2 coklet

  80. Nia berkata:

    Slm.. Smlm adlh kali ketiga sy berintim dgn psangan sy yg ada kuarnya drah.. Sblm ini xprnh pun kuar drah.. Sy jd tkut.. Kbnyakan yg sy google cari kebenaran smuanya tertuju ke ‘kanser pangkal rahim’.. Tu lg la buat sy tkut sbb nak katakn vagina terluka dsebabkn kekasaran, tak jugak.. Nak buat ujian pap smear, sy tkut n malu sbb xprnh buat ujian tu.. Ada pilihan lain tak??

    • zainura66 berkata:

      Waalaikumsalam Nia, ada kemungkinan adanya ketumbuhan samada di liang faraj atau di permukaan pintu rahim. Bukan semua ketumbuhan adalah kanser. Benign adalah ketumbuhan bukan kanser tetapi malignan adalah ketumbuhan kanser. Admin rasa itu hanya polips yang masih tertinggal di kawasan terlibat dan menyebabkan keuarnya darah ketika bersenggama.

  81. suzie97 berkata:

    Sy bersetubuh dgn suami,xpi keesokan hari atau dimalam tu..sy dapati ad darah,semasa bersetubuh tiba saat2 kemuncak sy rasa sakit dibahagian perut..apa punca ?dan adakah tnda2 ad pnyakit?

  82. fyda berkata:

    assalam..klo sy bersetubuh dgn suami,darah akn keluar dan pangkal rahim sy akn berasa sakit serta ngilu..apa maknany tuh?sy agak tertekan sangt2…harap bole bgi jwapan..

  83. ezza berkata:

    Assalam,
    Dua bulan ni bila saya bersama suami, keesokkan harinya pasti ada cecair berwarna coklat selama 2-3 hari, Adakah darah ini dikira darah haid? Bila bersama saya tak rasa sakit atau tak selesa. Atau mungkin kami terlebih beradu agaknya.. Saya melakukan pap smear tiap2 tahun di sebabkan saya memakai alat perancang kehamilan iaitu IUD, tapi tahun ni saya belum lagi melakukan ujian pap smear. Adakah cecair tersebut normal?

    • zainura66 berkata:

      Waalaikumsalam Ezza, setiap benda asing yang dimasukkan ke dalam tubuh badan kita akan membri kesan/ tindakbalas. Tidak kira apa jua bentuk alat atau ubat perancang sekali pun akan memberi kesan kepada kita. Ada kemungkinan ‘terlebih beradu’ memberi sedikit impak kepada alat IUD tersebut hingga terkena kepada polips yang berada di sekitar sistem reproduksi anda. Berjimaklah untuk bersatu dan bukan untuk beradu …..

      • Riveara berkata:

        Asalamualaikum , encik, sy mohon bertanya, sy sdh kawen 3 bulan. Setiap kali bersama suami keluar cecair darah pd keesokkan pgnya. Dan mngalami cecair 2,3 minggu cecair kenyal2 kekuningan dan kehijauan. Buat sy x selesa. Sdh berjumpa dgn pakar skit puan. X ada cek apa2 pun dia cuma bg antibiotik. Ubat tu ok. Tp bila buat hubungan dgn suami perkara tu terjadi lg….. Mohon pencerahan. Tq

      • zainura66 berkata:

        Waalaikumsalam Riveara, ini merupakan petanda awal kepada sakit puan.

  84. ira berkata:

    Assalam..sy nk btnya,sy ada mslh kuar darah ketika melakukn hubugn dgn suami,.sy dh 2mgu xbsma suami,.bla kmi bsma sy dapati darah kuar,.pastu sy try lg dgn suami brapa hri lepas tu,dn sy dapati juga kuar drah..ktika bsma suami je sy ada kuar drah.pastu st0p dh..ada kah itu tnda kanser?sblm ne sy pnh buat pmeriksaan pap smear 2kali,tp xda apa2..skg ne sy ada keputhan,bbau,tp xgatal..apa patut sy buat?

    • zainura66 berkata:

      Waalaikumsalam Ira, masalah yang anda hadapi adalah akibat polips-polips yang pecah ketika berjimak dengan suami. Polips bukanlah kanser pada tahap ini tetapi jika ia dibiarkan berlarutan akan menjadi kanser juga pada jangkamasa panjang. Ikuti entri saya yang terbaru berkenaan polips.

  85. Nurain berkata:

    Salam doktor,saya perasan selepas aktiviti bersetubuh saya kali,terdapat drah (tak bnyak) sedikit saja seperti setitik pda mucus air mazi saya ketika saya membersihkan diri selepas bersetubuh,adakah itu tanda infeksi atau tanda awal kanser?adakah seks yg lasak punca pendarahan itu?

    • zainura66 berkata:

      Waalaikumsalam Nurain, ada kemungkinan juga akibat seks yang lasak punca pendarahan tersebut. Berjimak adalah untuk bersatu dan bukannya untuk beradu….
      Maaf, saya bukanlah doktor seperti yang anda sangkakan.

  86. nad berkata:

    hye sis.. 3bln (july,ogos,sept) lpas period sy da kembali tratur slps stop injection prancang. utk bln oct haid sy still x trun untill 11.10.15.. then slpas bsama suami pd 12.10.15, ad drah yg keluar seolah2 darah haid..adakah ia normal?adkah itu mmg drah haid sy yg blom lg keluar?mohon pencerahan..terima kasih..

  87. Atiqah berkata:

    Salam sis..adakah normal..selepas bersalin hampir dua bulan…pangkal rahim ada keluar lendir bercampur darah?walaupun darah nifas dh hbis keluar…

  88. farahfarhana berkata:

    Assalamualaikum dokter..
    sy nk tya wktu sy bersetubuh ada kluar darah pastu sy chekup kat klinik ckp rahim sy bengkak krana tukar2 pil prancng..sy bersetubuh lg kluar drh sy buat chekup skali lg dn buat pap smear dokter kata ada kuman..sy d bg antibiotik..kputusan pap smear sy da kluar da mngatakn normal..n then sy bersetubuh x de drah kluar ssudah sy mkn antibiotik dn buat pap smear..tiba2 pda hari ni sy bersetubuh kluar drah merah tp x sakit apakah ini tanda penydki merbahaya..atau prluka sy buat chekup lg..

    • zainura66 berkata:

      Waalaikumsalam farahfarhana,

      salah satu dari kesan pengambilan pil perancang adalh sepertimana yang anda lalui sekarang ni di mana kitaran haid yang tidak normal…. Untuk informasi anda, saya bukan seorang doktor perubatan tetapi hanya pengamal rawatan komplementari di bidang urut terapi yang berpengalaman lebih dari 17 tahun.

  89. Norain berkata:

    Salam sejahtera
    Saya ada kemusykilan dalam hal ini,diharap Tuan/Puan dapat membantu,saya mengalami masaalah yang sama iaitu berdarah bila bersama,ia berlaku baru2 ini,untuk pengetahuan Tuan/Puan saya mengadung dan usia kandungan 17 minggu,sebelum ini tiada masaalah,ia berlaku baru2 ini sahaja.darah keluar cair dan berketul,saya ada buat rawatan di hospital dan doctor beritahu ia normal cuma buat sementara waktu elakn bersama,bayi dalam kandungan masih kecil sehingga sekarang perut saya tidak kelihatan seperti mengandung.
    Diharap Tuan/Puan dapat memberi nasihat atau pandangan.

Tinggalkan Jawapan kepada zainura66 Batal balasan