Fungsi mata kepada manusia

Syukur Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah swt atas kuniaanNya kepada kita sepasang mata yang sempurna untuk kita renungi dan menikmati segala ciptaan dan kejadianNya di atas muka bumi ini. Dapatlah kita berpeluang melayari jaringan internet serta menambahkan ilmu pengetahuan kita pada hari ini .

Selain dari indera deria selain hidung untuk menghidu atau mencium, telinga untuk mendengar, lidah untuk merasa atau kulit untuk sentuhan, mata juga merupakan indera yang sangat penting kepada manusia sejagat untuk penglihatan. Cuba kita berjalan di dalam keadaan kegelapan tanpa sebarang cahaya, tentu susahkan !

Sedarkah anda sepasang mata yang kita miliki merupakan sebuah ‘kamera’ kepada tubuh badan kita. Jika kita renungi anatomi mata, ia memiliki fungsi yang sama seperti sebuah kamera. Fungsi-fungsi bagi sepasang mata kita adalah kompleks atau rumit sekali, dan ia bertanggungjawab untuk memberi maklumat kepada kita bukan hanya untuk penglihatan sahaja.

Di sini admin senaraikan pebagai fungsi dan tugas bagi sepasang mata kita iaitu :-

1. Penglihatan

Ini adalah sangat umum sekali kerana sememangnya mata kita untuk melihat dan segala apa yang kita lihat akan memberi maklumat kepada otak kita untuk dicerna. Pada waktu siang di mana cahaya terang dan banyak pantulan (refleks) tertumpu pada mata dan memudahkan mata untuk melihat. Namun, dengan kurangnya cahaya yang masuk ke mata, maka akan kurang pula pantulan pada mata yang akan membuatkan kita sukar melihat dalam keadaan gelap seperti waktu malam.

Mata manusia mempunyai sel-sel istimewa yang dipanggil rod mata yang membantu penglihatan di waktu malam. Kajian yang dibuat oleh Universiti Washington, menyatakan bahawa mata manusia mempunyai nisbah 20 : 1 antara rod mata daripada cone mata (sel untuk waktu siang). Rod mata diadakan bertujuan untuk memberi fokus tambahan ke atas setiap objek yang tedapat di tempat yang kurang cahaya. Tanpa adanya rod-rod mata yang banyak ini, mata tidak boleh melihat pada waktu malam.

2. Memfokus

Seperti kamera, mata kita juga mempunyai kanta . Kanta ini membenarkan cahaya difokuskan di retina (menerima cahaya. Di dalam sebuah kamera, penerima cahaya adalah filemnya. Kanta pula memfokus cahaya yang diterima dengan tepat (sharp) dan jelas (clear). Kerosakan atau kecederaan kanta atau jarak dari retina (bentuk mata) akan menyebabkan pandangan menjadi kabur pada jarak-jarak yang tertentu. Dengan itu bantuan seperti cermin mata atau lensa mata digunakan bagi mengatasi masalah ini.

3. Tanggapan Kedalaman (Depth Perception)

Sepasang mata terletak di bahagian hadapan tubuh badan manusia. Kedudukan jarak yang dekat di antara kedua-dua mata ini membenarkan penglihatan bagi objek yang sama tapi sudut pandangan yang berbeza. Penglihatan ini dipanggil ‘penglihatan stereo’ menurut Rangkaian Optometris (Optometrists Network). Setiap bagi sudut penglihatan yang berlainan memberi penglihatan keseluruhan pada sesuatu objek tersebut. Sepasang mata kita membolehkan kita bukan hanya memberitahu akan saiz objek itu, bahkan juga hubungan dengan objek-objek yang lain.

Mempunyai penglihatan yang sebegini adalah perlu untuk memandu kenderaan, membaling, menangkap dan membina objek 3-D . Kehilangan salah satu daripada deria penglihatan ini akan menyebakan masalah ‘Tanggapan Kedalaman’ (depth perception).

4. Keseimbangan (Balance)

Mata merupakan sebahagian alat kecil bagi Sistem Vestibular (Sistem dalam tubuh yang bertanggungjawab untuk menjaga keseimbangan, postur dan orientasi tubuh dalam ruangan. Sistem ini juga mengatur gerakan dan menjaga benda-benda berada pada fokus visual semasa tubuh bergerak). Persatuan bagi Masalah keseimbangan (The Vestibular Disorder Association) menyatakan bahawa kebanyakan maklumat bagi Sistem Keseimbangan ini adalah dibuat oleh Telinga Dalam tapi menggunakan Sistem penglihatan dan sambungan-sambungannya, jaringan otot dan alat-alat penerima (reseptors) di dalamnya untuk memberi maklumat kepada tubuh badan tentang di mana kedudukannya yang berkaitan dengan objek lain. Jika keseimbangan ini betul, menuruni jalan yang lurus akan membuatkan bangunan atau objek-objek yang lain akan kelihatan betul. Sistem penglihatan adalah bertanggungjawab memberi maklumat kepada otak mengenai kedudukan tubuh badannya. Hilang penglihatan akan merubah keseimbangan . Cara ujian yang cepat ialah berdiri dengan satu kaki serta dengan mata dibuka dan tertutup. Sebaik sahaja mata ditutup, keseimbangan yang dirasai adalah bertambah sukar.

5. Isyarat

Ada juga yang menggunakan mata sebagai bahasa isyarat. Contohnya seseorang yang lumpuh (stroke) tidak boleh memberi isyarat tangan serta tidak boleh bercakap, maka dia akan menggunakan isyarat mata untuk berinteraksi dengan orang lain.

Remaja lelaki menggunakan isyarat mata seperti mengenyitkan mata kepada seseorang wanita tanda ingin menggoda. Ada juga sesetengah orang menggunakan isyarat mata untuk menyatakan emosinya seperti seorang ibu yang memarahi anaknya yang nakal dengan membeliakkan biji mata kepada anaknya tanda marah.

6. Mengesan Penyakit

Kita juga mampu mengesan sebarang penyakit melalui keadaan mata seperti mata berair, berwarna merah, pedih, sakit dan lain-lain lagi.

7. Mengenali jiwa

Selain daripada penyakit, kita juga dapat mengenali jiwa seseorang itu melalui bentuk, saiz, warna dan sifat mata itu sendiri supaya kita mudah mengenali seseorang itu dengan lebih dekat lagi.

Ini lah di antara fungsi-fungsi mata yang admin ketahui. Jika anda ingin menambahkan lagi bolehlah dinyatakan di bahagian komen supaya kita dapat berkongsi bersama.

About these ads

About zainura66

Pencinta Alam Semesta
This entry was posted in Uncategorized and tagged , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s