Juling : Mata cacat, keturunan atau semulajadi

Strabismus (Mata Juling)

Strabismus atau Mata juling adalah suatu keadaan yang ditandai dengan penyimpangan abnormal dari letak satu mata terhadap mata yang lainnya, sehingga garis penglihatan tidak selari dan pada waktu yang sama, kedua-dua mata tidak tertumpu pada benda yang sama.

Juling

Jenis-jenis Juling:

Terdapat beberapa jenis strabismus (Mata Juling) iaitu
:

1. Esotropia : mata menjuling ke arah dalam atau Juling Menumpu   
2. Eksotropia : mata menjuling ke arah luar atau Juling Mencapah   
3. Hipertropia : mata menjuling ke arah atas   
4. Hipotropia : mata menjuling ke arah bawah.

PENYEBAB

Strabismus biasanya disebabkan oleh:

# Masalah penglihatan yang tidak dirawat dengan segera.

# Tarikan yang tidak sama pada 1 atau beberapa otot yang menggerakkan mata (strabismus non-paralitik). Strabismus non-paralitik biasanya disebabkan oleh suatu kelainan di otak.

# Kecederaan pada otot mata- Kelumpuhan pada 1 atau beberapa otot penggerak mata (strabismus paralitik). Kelumpuhan pada otot mata boleh disebabkan oleh kerosakan saraf. Jenis strabismus yang lain ditemukan pada anak yang menderita rabun dekat.

# Keturunan

Beberapa keadaan yang boleh ditemui bersamaan dengan strabismus:

# Ambliopia
# Retinopati pada prematuritas
# Retinoblastoma # Cedera otak traumatik
# Hemangioma di sekitar mata (pada masa bayi)
# Sindroma Apert
# Sindroma Noonan
# Sindroma Prader-Willi
# Trisomy 18
# Rubella kongenitalis
# Sindroma inkontinensia pigmen
# Cerebral palsy.

GEJALA

Gejalanya berupa: -

- mata juling (bersilangan)
- mata tidak mengarah ke arah yang sama
- gerakan mata yang tidak terkoordinasi
- penglihatan ganda.

Kesan akibat strabismus (Mata Juling)

1. Mata malas /amblyopia
2. Masalah psikososial seperti rasa rendah diri, kurang keyakinan dan lain-lain lagi.

DIAGNOSA

Pemeriksaan yang biasa dilakukan:

# Pemeriksaan mata standard

# Ketajaman penglihatan

# Pemeriksaan retina

# Pemeriksaan neurologis (saraf).

Rawatan

Samada satu atau kombinasi rawatan seperti di bawah:

1.· Memakai cermin mata

2.· Pembedahan

3. Rawatan lain :
a) Senaman mata

b) Terapi menutup mata ( di mana mata yang lebih baik penglihatannya ditutup supaya mata yang malas (juling) dapat dirangsang fungsinya. Menutup mata yang normal dengan penutup boleh memperbaiki penglihatan pada mata yang menjuling dengan cara memaksa otak untuk menerima suatu gambaran dari mata tanpa menghasilkan penglihatan ganda.

Jika anak mencapai umur sehingga 9 tahun strabismus tidak diubati, maka boleh terjadi gangguan penglihatan yang kekal pada mata yang terkena (ambliopia). Pada anak-anak yang lebih kecil, ambliopia lebih cepat terjadi; sedangkan pada anak-anak yang lebih besar, penyembuhannya memerlukan waktu lebih lama. Kerana itu semakin cepat rawatan dilakukan, maka gangguan penglihatan yang terjadi tidak terlalu parah dan tindakbalas yang diberikan akan lebih baik.

Memperbaiki fungsi penglihatan akan memberikan peluang yang lebih baik terhadap perkembangan penglihatan 3 dimensi yang normal. Setelah penglihatan pada kedua mata sama, boleh dilakukan pembedahan untuk menyesuaikan kekuatan otot mata sehingga mereka menarik mata dengan kekuatan yang sama.

Esotropia akomodatif pada anak rabun dekat boleh di atasi dengan memakai cermin mata sehingga pada saat melihat benda pada jarak jauh, mata tidak perlu berakomodasi.

Pengubatan lainnya adalah ubat titis mata ekotiofat, yang membantu mata memfokuskan pada benda-benda jarak dekat.

Strabismus paralitik boleh di atasi dengan cermin mata yang terdiri dari lensa prisma (yang membiaskan cahaya sehingga kedua mata menerima gambaran yang hampir sama) atau boleh di atasi dengan pembedahan.

Mencapai umur 10 tahun, anak sebaiknya menjalani pemeriksaan mata secara teratur.

About these ads

About zainura66

Pencinta Alam Semesta
This entry was posted in Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink.

5 Responses to Juling : Mata cacat, keturunan atau semulajadi

  1. ndin says:

    Saya sudah berumur 21 apakah bisa di obati??
    Saya mengalami mata exotropia

    • zainura66 says:

      Mungkin rawatan cara moden di hospital dapat membantu dan jika ianya adalah faktor genetik mungkin agak sukar untuk diubati.

  2. Farah says:

    Slm, terima kasih utk info yg berguna ini. Saya ada satu soalan, adakah saya kena pakai cermin mata yg ada power atau tiada power untuk merawat juling? Saya tidak rabun, tetapi ada juling esotropia.
    Tq.

    • zainura66 says:

      Waalaikumsalam Farah, juling bukanlah disebabkan faktor samada rabun jauh atau pun dekat. Ia mungkin disebabkan oleh faktor genetik, kecederaan saraf mata atau lain-lain. Ia tidaklah boleh dipulihkan sepenuhnya walaupun memakai cermin mata yang mempunyai power atau pun tidak. Admin tidak begitu pasti samada ada teknologi yang terkini mempunyai cermin mata yang mempunyai power atau tidak bagi merawat masalah ini. Ada baiknya anda berjumpa dengan pakar mata yang berpengalaman.

  3. Teyha Fatihah says:

    sy berumur 16 tahun . apakah boleh di ubati ?
    Saya mengalami mata exotropia .
    adakah perlu melakukan pembedahan ? dan berapa kosnya ?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s