Katarak – Selaput Putih Mata ?

Apa itu katarak?

Katarak adalah sejenis penyakit mata di mana kanta mata yang biasanya jernih menjadi legap / selaput putih. Ia merupakan punca kebutaan yang utama di Malaysia dan juga di seluruh dunia.

Katarak_Selaput Putih Mata

Apakah puncanya?

> Kongenital (semasa di dalam kandungan)
> Penuaan (ageing)
> Kecederaan mata
> Diabetes
> Jangkitan mata
> Radang mata
> Pengambilan ubat steroid

Gejala

> Kurang penglihatan secara beransur-ansur
> Silau
> Anak mata kelihatan putih

Tanda-tanda

> Kurang tahap penglihatan (kabur mata)
> Hilang refleks merah
> Kanta kelihatan putih

Apakah Rawatannya?

Kebutaan akibat Katarak boleh dipulihkan sepenuhnya dengan melakukan PEMBEDAHAN – iaitu kanta yang legap dikeluarkan dan diganti dengan kanta intraokular (kanta palsu).

Ia boleh dilakukan secara rawatan harian atau pesakit dalaman.

Apakah akan terjadi jika tidak dibedah?

~ Bagi orang dewasa – ia akan menyebabkan kebutaan dan penyakit Glaukoma.
~ Bagi kanak-kanak – jika lambat dibedah, ia akan menyebabkan mata malas.

Siapakah golongan berisiko?

> Pesakit Diabetes yang tidak mengawal penyakitnya.
> Orang dewasa berumur melebihi 60 tahun
> Kanak-kanak / bayi yang dilahirkan oleh ibu yang dijangkiti penyakit seperti Rubella.

Sumber :

Jabatan Oftalmologi
Hospital Sultanah Nur Zahirah,
Jalan Sultan Mahmud
20400 Kuala Terengganu
Terengganu Darul Iman

About these ads

About zainura66

Pencinta Alam Semesta
This entry was posted in Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s