Kenapa kulit manusia berbagai warna ?

Kenapa kulit manusia berbagai warna

Setiap manusia memiliki warna kulit yang berbeza , ada orang yang memiliki kulit putih, kulit hitam, mahu pun kulit yang kuning. Pigmen Melamin adalah yang membuat warna kulit manusia berbeza-beza. Melamin terkandung dalam sel tubuh manusia.

Warna kulit bergantung kepada kadar kandungan pigmen melamin. Semakin banyak mengandungi pigmen melamin, maka akan semakin hitam kulit seseorang. Sebaliknya, semakin sedikit pigmen melamin, kulit akan semakin putih.

Selain itu, jika terlalu lama berada di bawah sinar matahari, warna kulit akan menghitam kerana pigmen melamin bertambah banyak jika terkena sinar matahari.

Menurut seorang pakar warna, Donna Fujii, jenis warna kulit manusia ini mengikut etnik atau bangsa dan terbahagi kepada 4 bahagian iaitu :

1) Etnik Asia : memiliki lebih banyak pigmen kuning dan coklat berbanding merah

2) Etnik Kaukasia (Kulit putih) : mempunyai lebih banyak pigmen kuning dan merah berbanding pigmen coklat

3) Etnik Afrika (Kulit hitam) : memiliki paling banyak pigmen coklat

4) Etnik Amerika Latin : mempunyai banyak pigmen coklat dan merah

Jadi bagi warganegara Malaysia adalah dalam golongan etnik Asia yang memilki warna kulit yang banyak pigmen kuning dan coklat. Dalam kategori Etnik Asia, terdapat pula beberapa turutan warna kulit masing-masing iaitu : -

a) Putih Gading (Ivory) – Dalam etnik Asia kulit Putih Gading adalah warna kulit paling terang. Warna kulit ini kelihatan putih, terang dan ringan.

b) Kuning langsat atau Coklat Terang ( Semulajadi/ Natural) – Warna kuning langsat berada di barisan tengah kulit etnik Asia. Warnanya gelap sedikit dari putih gading dan kelihatan hangat cerah dan penuh kekuatan.

c) Sawo Matang / Coklat Gelap (Beige) – Merupakan warna kulit yang paling banyak dimilki oleh etnik orang Asia dan ianya mempunyai banyak pigmen warna coklat. Kesan warnanya kelihatan hangat dan sangat kuat.

d) Gelap / Hitam Manis (Tans) – Barisan warna kulit paling akhir untuk masyarakat etnik Asia dan paling sedikit bilangannya. Tapi bagi mereka yang berkulit Hitam Manis sepatutnya tidak perlu risau tentang penampilannya kerana mereka yang berkulit hitam manis ini biasanya mempunyai wajah yang ‘exotic’ !!!

About these ads

Perihal zainura66

Pencinta Alam Semesta
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s