Panduan urutan payudara isteri untuk si suami

Sudah sedia maklum bahawa payudara wanita adalah salah satu bahagian atau zon di tubuh badan yang sensitif dan boleh memberikan kesedapan kepada wanita jika kena gaya ransangannya. Urutan payudara yang betul akan menyihatkan dan mencantikkannya. Selain meransang, urutan pada payudara dapat menghasilkan kebaikan lain kepada wanita. Teknik urutan payudara yang betul akan menyihat dan mencantikkan payudara wanita.

Sebelum memulakan proses urutan pada payudara pasangan anda, pastikan tangan anda telah dibasuh dan berada dalam keadaan bersih dari kotoran. Anda boleh menggunakan minyak atau minyak urut herba Wannura Terapi. Minyak Zaitun atau Minyak Bayi (Baby Oil) juga boleh digunakan. Minyak aromaterapi yang sesuai juga boleh menambahkan keasyikkan seks semasa proses urutan payudara dilakukan. Teknik urutan payudara ini sebagai panduan kepada suami untuk membantu isteri : Continue reading

Posted in Uncategorized | Tagged , , , | Tinggalkan komen

Cara- cara penjagaan payudara wanita

Penjagaan payudara untuk kesihatan zahir dan batin

Semestinya setiap wanita menginginkan bentuk payudara yang indah atau seimbang dengan tubuh badannya. Maksud ‘indah’ di sini tidak hanya semata-mata dipandang dari saiznya samada besar atau pun kecilnya payudara, tetapi kesihatan payudara itu sendiri yang harus diprihatinkan. Dengan itu memiliki payudara yang sihat bermaksud memiliki payudara yang indah.

A. Memperindah Payudara

Ramai di kalangan wanita mudah terpengaruh dengan pelbagai fesyen-fesyen coli atau baju dalam (bra) yang terkini tanpa mengambilkira kesesuaian dan keselesaan dengan payudara mereka. Ada yang berpendapat bahawa memakai coli yang mempunyai dawai sebagai ‘tulang’ coli (push-up) bertujuan untuk menampakkan payudara mereka tampak lebih seksi dan mengiurkan sebenarnya menyiksakan payudara mereka sendiri ! Continue reading

Posted in Uncategorized | Tagged , , , , , | 2 Komen

Jiwa wanita menurut buah dadanya

Payudara merupakan khazanah yang amat berharga bagi setiap wanita dan setiap wanita mempunyai bentuk payudara yang berlainan. Saiz dan bentuk payudara juga boleh mempengaruhi jiwa dan perwatakan seseorang.
Payudara / buah dada / tetek wanita boleh dikategorikan kepada beberapa jenis mengikut bentuk payudara itu sendiri. Setiap jenis payudara juga boleh melambangkan perwatakan seseorang itu. Baca dibawah untuk maklumat lanjut:

1. Payudara besar dan bulat seperti tembikai

~ Wanita tersebut memiliki sifat keibuan
~ Ingin selalu dipuji
~ Inginkan dimanja
~ Perempuan jenis ini tidak suka melakukan hubungan seksual secara kerap

2. Payudara yang tertonjol seperti buah lemon

~ Seorang yang sangat-sangat ceria dan selalu memeriahkan suasana
~ Suka ketawa bersendirian
~ Inginkan kehidupan yang seimbang

3. Payudara pejal dan bujur seperti nenas

~ Seorang yang pintar
~ Lebih memikirkan kerjaya
~ Romantik dalam percintaan
~ Seorang yang setia pada yang Satu

4. Payudara pejal dan lembut seperti limau gedang

~ Prestasi seks yang kurang memuaskan
~ Sering terperuk dirumah
~ Lebih suka memanjakan kekasih dan kemesraan
~ Jarang naik angin
~ Berkeyakinan tinggi

5. Payudara kecil seperti buah ceri

~ Seorang yang lucu dan cerdik
~ Menghiburkan kekasihnya
~ Agak ghairah

6. Payudara seperti buah pear

~ Kerap menduakan suami
~ Agak curang

Posted in Uncategorized | Tagged , | Tinggalkan komen

Kenali jenis-jenis puting payudara wanita


Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Ketahui 21 jenis dan rupabentuk payudara wanita


Gambarajah-gambarajah di atas adalah jenis-jenis serta pelbagai rupabentuk payudara atau buah dada bagi wanita.

Posted in Uncategorized | Tagged , | Tinggalkan komen

Payudara

Apakah itu Payudara ?

Payudara ialah bahagian ventral atas pada badan manusia dan juga mamalia. Payudara bagi wanita lebih ketara berbanding lelaki dan mengandungi kelenjar mama yang merembeskan susu untuk memberi makan kepada bayi. Payu dara bagi seorang wanita mula berkembang selepas baligh. Kebiasaannya payudara mempunyai sepasang iaitu di kiri dan kanan dada. Ada pelbagai nama atau sebutan bagi payudara seperti buah dada, tetek, toket, nenen dan breast atau bust dalam Bahasa Inggeris. Payudara merupakan bahagian tubuh yang sangat penting terutamanya bagi kaum wanita selain dari tujuan untuk penyusuan bayi.

Anatomi Payudara

Di sini saya hanya terangkan secara ringkas mengenai anatomi payudara . Ada tiga bahagian utama payudara secara struktur makroskopik :

1.      Korpus (badan) – iaitu bahagian yang membesar

2.      Areola - iaitu bahagian yang kehitaman/ kemerahan di tengah

3.      Papilla atau putting –  iaitu bahagian yang menonjol di puncak payudara yang di kelilingi oleh areola.

Pemakaian sabun dalam jumlah besar dapat meningkatkan risiko kerosakan puting payudara, terutama kekeringan dan retak. Kepekaan puting payudara dan daerah di sekitarnya sangat meningkat segera setelah bersalin. Continue reading

Posted in Uncategorized | Tagged , , , , | Tinggalkan komen

MALARIA penyakit bawaan nyamuk

MALARIA mungkin semakin pudar dari ingatan kebanyakan penduduk negara ini berbanding denggi, mahupun chikungunya. Namun, jangan diambil remeh kerana seperti mana-mana penyakit berjangkit, malaria cuma memerlukan satu sumber, satu pesakit (patient zero) untuk menjadi satu wabak besar.

Malaria boleh dikatakan penyakit yang seangkatan dengan denggi, chikungunya, demam kuning, filariasis (untut), encephalitis dan juga virus west nile dari segi penyebarannya. Kesemua penyakit tersebut disebarkan atau boleh disebarkan melalui vektor tertentu, terutamanya nyamuk. Continue reading

Posted in Penyakit | 4 Komen

Onani adalah merbahaya !!!

Onani atau melancap, sebagai suatu cara melepaskan syahwat pasti dilalui oleh setiap lelaki menjelang dewasa. Selain dari kesan negatif psikologi, perbuatan melancap mengakibatkan kehilangan tenaga, nutrien dan zat dari tubuh.

Terdapat satu lagi sebab mengapa melancap tetap tidak sihat. Jika anda biasa dengan Foot Reflexology, anda akan tahu bahawa tapak kaki mengandungi urat saraf dan meridian yang menghubungkannya dengan berbagai-bagai bahagian badan. Anda juga akan tahu yang dengan mengurut tapak kaki, anda dapat membawa tenaga kepada organ yang berkaitan. Continue reading

Posted in Penyakit, Uncategorized | 1 Komen

Kenapa anggota badan rasa kebas ?

Kita pernah mengalami rasa kebas, tetapi kita jarang memikirkan rasa kebas sebagai suatu tanda penyakit. Malah kita menganggap ianya pernah dialami oleh setiap orang.

Menurut Pakar Perunding Perubatan, Klinik Pakar Hospital Kuala Lumpur, Datuk Dr. Ismail Merican kebas pada istilahnya adalah perasaan kurang selesa atau ‘lemas’ terhadap pergerakan anggota badan yang kadangkala menyebabkan rasa sakit menyucuk-nyucuk di bahagian tertentu. Continue reading

Posted in Penyakit | Tagged , , , | 181 Komen

Barah organ jantina wanita

BARAH diketahui ramai sebagai pembunuh utama di antara penyakit-penyakit. Bilangan kematian di kalangan pengidap sakit barah semakin meningkat setiap tahun.

Bila seseorang itu mengidap barah, dia sudah dikatakan tidak mempunyai harapan untuk hidup lama. Harapannya untuk sembuh juga tipis.

Tetapi para doktor berpendapat, barah masih dapat dirawat jika ia dapat dikesan di peringkat awal. Lagi awal barah dapat dikesan, lagi besar peluang untuk pesakit itu sembuh.

Sebab-sebab utama kejadian barah sebenarnya belum lagi dapat diketahui. Para doktor dan pakar-pakar sains masih terus giat berusaha membuat penyelidikan atas kejadian barah dan rawatan-rawatan sebaik mungkin dan berkesan.

Bagaimanapun, anda dapat mengesan kejadian barah melalui tanda-tandanya. Kadangkala kejadian barah tidak mempunyai tanda. Kerana itu sebaik-baiknya anda dikehendaki berjumpa doktor untuk pemeriksaan barah setahun sekali.

Barah sebenarnya ialah pertumbuhan sel-sel dalam anggota tubuh manusia yang tidak teratur. Terdapat banyak jenis barah, kesemuanya tumbuhan malignant- tumbuhan merbahaya !. Tumbuhan ialah bengkak atau pun kerana tumbuhan tisu yang banyak dan tidak teratur. Continue reading

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen