Terapi Mandian

Islam menyenangi seseorang yang dalam keadaan bersih baik sewaktu menghadap Ilahi mahupun dalam masa apa sahaja. Sebenarnya bila sentiasa dalam keadaan bersih dan suci seseorang itu akan kelihatan kemas dan bersopan.

Bersih dan bersuci di dalam Islam begitu banyak yang digariskan antara-nya bersih dari kekotoran secara zahir. Apa yang penting di sisi Islam ialah bersih dan suci baik dari segi zahir mahupun batin.
Pada umumnya baik ianya lelaki mahupun seorang wanita memang tidak tedepas daripada didatangi kekotoran pada dirinya. Kekotoran yang menjadi adat pada pusingan umur seseorang itu perlu dibersihkan iaitu dengan cara mandi mengikut syarat dan niat masing-masing.

Kerana itulah Islam juga membahagi-kan jenis-jenis mandi itu kepada tiga bahagian iaitu mandi wajib, sunat dan makruh. Mandi wajib itu terbahagi kepada enam jenis iaitu tiga yang berse-kutu bagi lelaki dan wanita iaitu junub, keluar mani dan mati kecuali mati syahid duniawi dan ukhrawi. Sementara tiga lagi ialah bagi wanita iaitu mandi selepas kedatangan haid, nifas dan wiladah.

Bagi mandi sunat pula ialah mandi sunat hendak sembahyang Jumaat, mandi hari raya puasa, hari raya haji, gerhana matahari dan bulan, memakai ihram, kafir masuK Islam, mmta hujan, masuk Mekah, ke Arafah, ke Mudzalifah, melontar Jumrah ketiga, hendak mandikan mayat, siuman dari gila dan selepas pitam.
“Rasulullah (SAW) pernah melaku-kan mandi sunat hari Jumaat di mana Baginda telah berpatah balik kerana ter-lupa mandi sunat tatkala hendak menunaikan sembahyang sunat Jumaat, inijelasbahawa mandi sunat Jumaat mempunyai pahala yang tersendiri yang telah Allah swt janjikan ” .

Menurut beliau lagi, dosa akan dikenakan kepada umat Islam yang tidak menyempurnakan mandinya setelah melakukan persetubuhan dengan secepat-cepatnya.

Sebenarnya kalau selama 24 jam tidak menunaikan mandi wajib ini bererti 5 kali dosa diterimanya kerana mereka tidak dapat menyempurnakan limawaktu sembahyang. Bagaimanapun bagi yang tidak mandi di siang hari setelah malamnya melakukan persetubuhan maka puasa hari esoknya adalah sah di sisi agama hanya hukumnya makruh sahaja. “Sebab itulah selepas melakukan persetubuhan dan tidak mandi wajib adalah makruh hukumnya membuat kerja-kerja ibadat seperti makan, memasak serta menyembelih. Sebaik-baiknya di sebelah pagi sebelum menunaikan fardu Subuh ianya hendaklah mandi wajib terlebih dahulu.” Menurut setengah-setengah ulama,” sebesar-besar dosa ialah meninggalkan sembahyang.” Sementara itu sebuah hadis menyebut, “sesiapa yang meninggalkan sembahyang maka ianya adalah kufur.” Kerana itulah, sesiapa yang mendirikan sembahyang tanpa melakukan mandi wajib sebelumnya adalah dosa dan hukumnya tidak sah.

Setengah ulama menyebut bagi mereka yang sihat tetapi tidak membuat ibadat adalah kufur nikmat sementara bagi yang tahu tetapi mereka engkar kepada perintah Allah maka itu adalah kufur rahmat.
Mati syahid duniawi adalah mati kerana berperang dengan kafir kerana menegakkan Islam dan mereka itu tidak wajib mandi memadai dengan hanya dikafankan. Ada firman yang menyebut bahawa mereka yang mati syahid ini tidak dianggap mati tetapi hanya ber-pindah alam baqa dan Allah memberi rezeki ke atasnya.
Sementara itu mati syahid ukhrawi pula wajib dimandikan. Mati syahid ini adalah kerana mati bersalin,jatuh pokok, dibunuh, sakit taun, karam, terbakar, mempertahankan diri dan sakit perut. Mereka yang mati syahid ini Allah akan mempertimbangkan dosa-dosa di dunia.

Cara-cara untuk mandi sunat hari Jumaat ianya hanya bagi orang yang hendak menunaikan fardu Jumaat sahaja. Mandi sunat Jumaat hendaklah dilakukan daripada terbit fajar sidik sehingga putus masa Jumaat. Bagai-manapun ianya lebih afdal kalau dilakukan ketika hendak pergi ke masjid.

Cara mandi ini adalah sama seperti mandi hadas besar. Mandi hari raya puasa boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja baik ianya hendak ke masjid atau-pun tidak dan lebih afdal kalau mandi dekat masa sembahyang. Niatnya pula adalah niat mandi sembahyang sunat hari raya.

Sementara itu mandi minta hujan hendaklah dilakukan oleh orang hendak sembahyang sahaja. Waktu mandinya ialah apabila hujan mulai turun dan niatnya pula ialah niat mandi sunat minta hujan.

Bagi mandi gerhana pula ialah hendaklah dilakukan apabila kita terlihat sahaja bulan atau matahari terjadi gerhana. Mandi sunat ini boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja sama ada mereka hendak sembahyang ataupun tidak. Bagaimanapun waktu sembahyang sunat gerhana pula hendaklah dilakukan sebelum habis tempoh gerhana.

Bagi mandi sunat masuk Islam hendaklah dilakukan oleh mereka yang baru sahaja memeluk agama Islam. Hal ini adalah terbahagi kepada dua bahagian iaitu bagi yang sudah berhadas besar dan satu lagi bagi mereka yang belum.

Islam menyebut mandi sunat ketika masuk Islam boleh dilakukan bagi mereka yang belum dan tidak pernah melakukan persetubuhan, belum keluar mani kerana usianya muda, belum ber-salin dan sebagainya. Bagaimanapun kalau seseorang itu sudah melakukan hadas besar pula kemudian memeluk agama Islam mereka hendaklah mandi wajib.

Mandi sunat sewaktu wukuf di Arafah waktunya ialah semasa naik fajar dan ianya lebih afdal dilakukan selepas gelincir matahari. Sementara itu mandi kerana melontar Jumrah hendaklah dilakukan pula pada hari tasrik.

Cara-cara bermandi sunat juga mem-punyai cara yang tersendiri yang kalau dilakukan akan mendapat pahala. Mandi-mandi sunat sebagaimana yang disebutkan di atas sebaik-baiknya hendaklah disempurnakan sebagaimana mandi wajib. Mandi wajib membawa pengertian bahawa mandi yang mem-basuhkan tubuh badan.

“Memang ramai di antara umat Islam yang tidak tahu cara-cara menyempur-nakan mandi wajib mahupun mandi sunat. Allah swt dan firman-Nya ada menyebut bahawa, “Allah sangat menyukai orang yang bersih” dan dalam hadis yang lain pula disebutkan bahawa bersih adalah setengah daripada iman. Dari itu seseorang itu hendaklah melakukan mandi dengan sempurna untuk mencari pahala yang telah Allah swt janjikan.

Sementara itu bermandi junub tujuannya ialah bersihnya adalah untuk menunaikan perintah Allah swt. Kalau bermandi wajib tentu sekali tidak boleh mendirikan sembahyang lima waktu. Sebagaimana yang telah diafdal cara-cara bermandi ialah khususnya bermandi junub ialah melalukan air di sebelah kanan terlebih dahulu kemudian barulah ke sebelah kiri. Cara-cara yang
lain seperti:

1. Mengadap kiblat.

2. Membaca Bismillah serta niat.

3. Membasuh kedua tapak tangan.

4. Menghilangkan benda keji tetapi bukannya najis.

5. Mengambil air sembahyang serta berniat mandi junub.

6. Gosok bahagian tubuh dengan tangan.

7. Berturut-turut, iaitu basuh mana-mana yang perlu dahulu dan lakukan sehingga selesai mandi.

8. Dahulukan tubuh sebelah kanan.

Bagi yang masuk ke dalam telaga atau kolam ini memang sah dan boleh bagaimanapun sukatan air yang ada untuk dibuat mandi ialah dua kolah.

Sementara itu terdapat tiga fardu mandi yang perlu diingatkan iaitu niat yang mesti dilafazkan pada awal basuh-an, hilangkan segala najis terlebih dahulu dan sampaikan air di segenap bulu-bulu yang tumbuh di merata tubuh serta kulit.

Di dalam Al-Quran ada menyebutkan mengenai pahala yang akan Tuhan berikan kepada sesiapa yang menyem-purnakan mandi sunat Jumaat iaitu Allah swt akan mengkifaratkan segala dosa-dosanya dan ditambah dengan tiga pahala.

Begitu juga firman Tuhan mengenai mati syahid ialah, “janganlah kamu sangka orang yang mati perang sabilullah itu mati, bahkan ia hidup di sisi Allah.”

Mereka juga akan diberi cahaya di akhirat dan hidupnya sentiasa dikelilingi oleh burung-burung.

Sebenarnya mandi junub telah difirmankan oleh Allah swt yang menyebut, “sekiranya kamu bequnub maka hendaklah kamu mandi.” Dengan ini mandi wajib amatlah dituntut oleh agama bagi mereka yang melakukannya.

Sementara itu mandi sunat juga dituntut bila sebuah hadis menyebut, “sesiapa yang memandikan mayat hendaklah ia mandi sunat dan sesiapa yang menanggung hendaklah berwuduk.”

Firman Tuhan juga menyebut mengenai mandi sunat iaitu. “Sesiapa yang hendak sembahyang Jumaat hendaklah mandi. Begitu juga, “mandi Jumaat adalah sunat Muakat.

Memang ramai yang tidak tahu untuk menyempumakan mandi meskipun mandi wajib dan sunat. Ramai muda mudi kita yang semacam tidak mengambil berat tentang hukum-hukum demikian.

About Wannura

Pencinta Kehidupan Alamiah
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s