Persediaan menyambut bayi : RAGA

PERSEDIAAN FIZIKAL (RAGA)

Kesihatan adalah penting semasa wanita itu mengandung untuk melahirkan bayi yang sihat dari segi fizikal (raga) dan mental.

1. Memastikan Isteri Dalam Keadaan Sihat.
Suami hendaklah memastikan kesihatan isterinya sentiasa berada di dalam keadaan yang memuaskan.

2.  Mendapatkan Pemeriksaan Kesihatan Dan Rawatan.
Isteri yang hamil haruslah sering mendapat pemeriksaan dan rawatan daripada pakar perubatan dan
sentiasa mematuhi arahan dan nasihat yang diberikan oleh mereka. Kegagalan berbuat demikian boleh
menjejaskan kandungannya.
“Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati”.

4.  Mengamalkan Cara Hidup Sihat.
Isteri hendaklah memastikan makanan yang diambil adalah berzat. Digalakkan juga mengamalkan
senaman ringan yang disyorkan oleh pakar-pakar jasmani disamping tidur yang mencukupi.

5.  Memakan Makanan Yang Halal, Seimbang Dan Berkhasiat
Suami hendaklah bertanggungjawab menentukan makanan yang diambil itu adalah yang halal dan
berkhasiat kerana makanan ini akan mempengaruhi pertumbuhan bayi dan akhlak anak yang bakal
dilahirkan.

Allah s.w.t berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 168:

يَاأَيُّهَاالنَّاسُكُلُواْمِمَّا فِي الأَرْضِحَلاَلاًطَيِّباًوَلاَتَتَّبِعُواْخُطُوَاتِالشَّيْطَانِإِنَّهُ لَكُمْعَدُوٌّمُّبِينٌ
           Maksudnya :
“Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang
halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu ialah
musuh yang terang nyata bagi kamu”.

About Wannura

Pencinta Kehidupan Alamiah
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s