BAYI BERUMUR : 12 – 18 bulan

Perkembangan bayi berumur 12 – 18 bulan

Fizikal *Berdiri dengan berpegang ke sesuatu, dan mara secara perlahan-lahan

Kognitif * Mula menunjukkan minat terhadap buku
* Memahami arahan mudah seperti “Mari pada Mama”

Emosi * Mula berhati-hati terhadap orang yang tidak dikenali dan wajah yang jarang dilihat
* Menjadi lebih gelisah apabila dipisahkan dari ibubapa
* Bertindak balas apabila namanya dipanggil

Sosial * Mula bertepuk tangan bersama orang lain

Banyak perkembangan yang pertama akan dilalui oleh bayi yang berumur di antara 12 hingga 18 bulan. Bagi sesetengahnya, ini adalah permulaan bagi mengeluarkan perkataan yang pertama atau pun langkah yang pertama (belajar menapak atau berjalan) serta mula belajar untuk hidup berdikari.

Belajar berjalan

Bagi sesetengah bayi boleh berjalan sendiri pada umur 12 bulan dan ada juga yang lewat berjalan dan mengambil beberapa bulan lagi untuk mereka mula berjalan sendiri. Walaubagaimana pun, pada usia 18 bulan, kebanyakan darpada bayi normal dan sihat akan berjalan sendiri tanpa bantuan sesiapa dan mungkin juga mereka mula berlari ! Sementara ada juga kebanyakan bayi sudah mula memanjat tangga, tapi pastikan anda mengawasi mereka pada tahap ini.

Belajar bercakap

Purata bagi bayi berumur di antara 12 hingga 15 bulan akan membentuk dua atau lebih patah perkataan seperti “mama” dan “dada”. Ada sesetengahnya pada usia 18 bulan baru mula membentuk dua patah perkataan sekaligus walaupun ini dikira kemahiran bagi bayi yang berumur 2 tahun. Pada tahap ini, selain dari membentuk perkataan, mereka mudah meniru bunyi binatang, mengenal objek dengan nama dan mudah mengikut arahan. Contohnya “mari sini, dekat mama”..atau “cium mama”.

Perkembangan minda

Kebanyakan bayi pada peringkat ini akan mula belajar menconteng dengan menggunakan alat tulis seperti krayon atau pensil warna di atas kertas, belajar menyusun blok dan menggunakan sudu atau garpu semasa makan. Kesemua skil-skil ini memerlukan latihan dan oleh itu, berilah kepada mereka peluang untuk berbuat demikian dan jangan mengharapkan perbuatan mereka ini mesti sempurna sepenuhnya dalam masa sehari dua.

Belajar berdikari

Berdikari bermaksud “berdiri di atas kaki sendiri” atau melakukan sesuatu tanpa bantuan orang lain. Pada kebiasaannya pada umur 12 – 15 bulan, bayi mula ingin melakukan sesuatu dengan usaha sendiri. Mereka lebih merasa selesa membuat sesuatu sendiri di persekitaran yang biasa dengan dirinya tanpa kehadiran ibu bapanya. Ini bukanlah bermakna bayi tesebut tidak suka dengan kehadiran ibu bapa mereka tetapi keadaan ini juga sebenarnya dapat melatih keyakinan diri mereka sendiri.

About zainura66

Pencinta Alam Semesta
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s