Apa itu Cyst ovari ?

Ramai orang bingung tentang jenis-jenis cyst dalam kilang ovary, mana satu yang merbahaya, malignant (jenis kanser) , benign( bukan kanser) , yang merosak benih dan peranakkan (endometriosis) dan yang boleh hilang tanpa rawatan (follicular cyst) Cyst adalah sejenis tumbuhan dalam kilang ovary. Mengapa ia digelar cyst?  Sebabnya tumbuhan ini mesti mengandungi cecair/fluids, samada air, cecair becampur perotin, darah beku, darah haid , minyak dan lemak, lendir. Ia boleh disertai dengan tumbuhan daging yang munkin jenis kanser, rambut , cartilage, tulang dan lain-lain .

JENIS-JENIS CYST

Ramai orang bingung tentang jenis-jenis cyst dalam kilang ovary, mana satu yang merbahaya, malignant (jenis kanser) , benign( bukan kanser) , yang merosak benih dan peranakkan (endometriosis) dan yang boleh hilang tanpa rawatan (follicular cyst) Cyst adalah sejenis tumbuhan dalam kilang ovary. Mengapa ia digelar cyst?  Sebabnya tumbuhan ini mesti mengandungi cecair/fluids, samada air, cecair becampur perotin, darah beku, darah haid , minyak dan lemak, lendir. Ia boleh disertai dengan tumbuhan daging yang munkin jenis kanser, rambut , cartilage, tulang dan lain-lain . 1. Follicular cyst. – mengandungi air, bermula sebagai karung telur tetapi tidak pecah pada  waktu subur/ovulation, ia terus membesar kadang melebihi 5 cm. Biasanya akan pecah sendiri tanpa perlu bedah dan airnya diserap badan. Tidak perlu dibedah.

2. Corpus luteal cyst. – Bermula dari bekas kantung telur yang telah pecah/ ovulation dan kehamilan telah berlaku. Peranan corpus luteum ialah untuk menguatkan kehamilan di peringkat awal sabelum uri mengambil alih peranan tersebut kemudian. Kadang-kadang ia membesar sehingga 8 cm. Jangan takut, kerana biasanya cyst ini akan pecah sendiri dan cecairnya diserap badan.

3. Hemorrhagic cyst. – cyst yang mengandungi darah, ia boleh bermula dari follicular atau corpus luteal cyst, perdarahan berlaku ke dalam cyst atau pecah dan darah melempah merata dalam perut menyebabkan kesakitan yang kuat. Perlu pembedahan cemas.

4. Ruptured ovarian cyst. – menyebabkan kesakitan dan perlu dibedah secara cemas.

5. Endometriotic cyst. ovary – mengandungi darah kotor, merosak ovary, saluran fallopio dan rahim.. Perlu dibedah.

6.  Dermoid cyst ovary atau terratoma mengandungi cecair berminyak dan lemak, rambut, cartilage , gigi atau tulang. Perlu dibedah

Rujukan : Dr Hamid Arshat (Pakar sakit puan)

About zainura66

Pencinta Alam Semesta
This entry was posted in Penyakit. Bookmark the permalink.

52 Responses to Apa itu Cyst ovari ?

  1. diana says:

    aslmkm,bgmna kita mgthui tanda2 cyst tersbut? adakah ia sakit pda bhgian bwh perut? trima ksh.

    • zainura66 says:

      Waalaikumsalam Diana,

      tidak semua individu yang mempunyai cyst mengalami gejala yang sama. Sakit di bahagian bawah perut bukanlah semestinya tanda-tanda anda mempunyai cyst, kadangkala ianya disebut ‘angin’ yang terperangkap di bahagian abdomen yang tidak berjaya dilepaskan dari dalam badan samada melalui kentut atau pun sendawa. Di antara gejala-gejala awal yang boleh dialami adalah seperti berikut :

      1. Gejala Sistem Pernafasan

      a) Saluran pernafasan berasa tebal dan mempuyai lendir yang pekat. Lendiran ini yang berkumpul ini mudah bagi bakteria membiak dan menyebabkan jangkitan kuman. Infeksi tersebut akan menghalang (blockage) saluran udara pernafasan dan menyebabkan batuk yang sering membawa kahak tebal (ludah) atau lendir yang kadang-kadang berdarah. Pesakit cenderung memiliki infeksi paru-paru yang disebabkan oleh kuman biasa yang tidak ada tindakbalas terhadap antibiotik biasa. Sebagai contoh, jangkitan paru-paru kerana bakteria yang disebut Pseudomonas berlendir jauh lebih umum pada orang yang memiliki cyst. Infeksi yang disebabkan oleh bakteria ini mungkin merupakan tanda dari mengalami cyst.

      b) Pesakit sering diserang penyakit resdung (sinusitis), infeksi dari ruang berisi udara di belakang mata, hidung dan dahi. Sering menhidap serangan bronkitis dan pneumonia juga terjadi. Infeksi ini dapat menyebabkan kerosakan paru-paru dalam jangkamasa panjang.

      c) ada juga mengembangkan polip hidung (pertumbuhan di hidung) yang mungkin memerlukan pembedahan.

      2. Gejala Sistem Pencernaan

      Lendir yang menyumbat (block) tabung atau saluran di pankreas dan mencegah enzim dari usus mencapai sistem pencernaan juga merupakan tanda-tanda dan gejalanya .

      Tanpa enzim, usus anda tidak boleh sepenuhnya menyerap lemak dan protein. Hal ini boleh menyebabkan cirit-birit (diare) atau sembelit, tinja berbau busuk, kotoran berminyak. Penyumbatan usus juga boleh terjadi. Terlalu banyak gas atau sembelit yang parah di usus dapat menyebabkan sakit perut dan ketidakselesaan.

      3. Gejala Sistem Reproduksi

      a) mengalami kitaran haid yang tidak normal

      b) mengalami sakit senggugut

      c) pendarahan haid yang banyak dan berpanjangan.

      d) Seorang wanita yang mempunayi cyst mungkin sukar untuk hamil kerana lendir menghalangi (blockage) leher rahim atau komplikasi lainnya.

      4. Gejala lain

      a) Peluh rasa tersangat masin akibat ketidakseimbangan mineral dalam darah anda. Akibatnya, tubuh anda kehilangan sejumlah besar garam semasa anda berpeluh. Hal ini dapat menyebabkan dehidrasi (suatu keadaan di mana tubuh anda tidak memiliki cukup cairan), peningkatan denyut jantung, keletihan, kelemahan, penurunan tekanan darah, stroke panas dan kematian (jarang berlaku).

      b) kepadatan tulang clubbing menurun. Clubbing adalah pelebaran dan pembulatan dari hujung jari tangan dan jari kaki. Ini berterusan dan berakhir di bahagian cyst kerana paru-paru anda tidak membekalkan cukup oksigen ke dalam aliran darah anda.

      Kepadatan tulang yang rendah juga cenderung terjadi pada peringkat akhir di cyst yang kronik. Hal ini dapat menyebabkan masalah penipisan tulang disebut osteoporosis.

  2. Pingback: Kecutkan Cyst dengan GLA Shaklee |

  3. siti sakirah bt m.narsuddin says:

    Nk tnye sy sllu skit kt bwh perut pastu belkg..kdg kncing kerap n mcm xlawas.mcm mn nk thu kte kne cyst

    • zainura66 says:

      Siti Sakirah, anda mengalami masalah sistem perkumuhan iaitu pundi kencing yang turun/ jatuh ke bawah. Perut bawah anda harus disengkak

  4. ctkt says:

    Thun 2001 sy lhirkan ank prtama,masa tu tak ada cyst lagi..thun 2005 sy lhirkan ank kedua,dan dktr bgtahu sy ada cyst kat faraj sy masa sy dh baring nk brsalin tu.dktor sedut nanah dlm cyst sy guna picagari,dlm 5ml nanah di sedut.lpas tu thun 2007 sy lhirkn ank ketiga secara operation sbb bby besar sgt 4.46kg,masa brsalin tu dktor yg nk operate sy tu perasan ada cyst kat faraj sy,sy lgsung tak tahu cyst yg dh di sedut thun 2005 dulu tu tumbuh balik,dktor bedah tu pun pecahkan cyst sy.skarang ni kdang2 sy rasa mcm denyut2 bisa2 dan senak2 kat cyst itu..apakah sebabnya?Soalan sy,
    -kenapa sy bleh dapat cyst itu?
    -apa puncanya?
    -kenapa dah di sedut nanah dibuang kluar tp masih bleh tmbuh balik?
    -merbahaya tak cyst yg sy hidapi ini?
    -apakah kesan2 sampingan yg pesakit cyst mcm sy ini jika tidak di rawat?
    Saya mohon jasa baik zainura untuk memberi saya info.
    Sekian Terima Kasih.

    • zainura66 says:

      ctkt, punca kepada segala penyakit adalah kekotoran. Kaum wanita dianggap paling beruntung kerana salah satu cara mendetoksifikasikan kotoran tubuh badan melalui kitaran haid yang normal. Itu sebabnya darah haid dipanggil darah kotor oleh sesetengah orang kerana kotoran keluar melalui darah haid tersebut yang ‘dibuang’ setiap bulan oleh sistem tubuh badan secara normal.

      Sebenarnya cyst boleh menyerang setiap wanita tanpa mengira usia akibat penyakit rohani, jasmani, jiwa dan raga yang dialami. Tidak mustahil jika cyst yang mengandungi nanah berulang kembali. Contoh mudah ialah seperti jerawat atau bisul. Ia berlaku di mana-mana bahagian tubuh badan apabila terdapat timbunan racun/ kotoran di bawah kulit dan sangat mudah dijangkiti oleh kuman jika tidak prihatin kepada kebersihan tubuh badan. Dengan itu , jika tempat tersebut telah dijangkiti kuman, ia akan bernanah. Mungkin pada peringkat awal masalah ini tidak membahayakan, tetapi jika ianya dibiarkan berlarutan ia boleh mengakibatkan barah atau kanser. Apa yang anda alami ialah ketumbuhan di pintu serviks (rahim). Jika doktor mengatakan ianya bernanah, anda perlu lebih berwaspada dan harus lebih peka di masa hadapan akan adanya gejala kepada kanser serviks. Bukanlah niat admin untuk menakutkan tetapi sebagai ingatan kepada anda agar lebih berhati-hati dalam kesihatan diri untuk kesejahteraan kehidupan dunia dan akhirat. Wallahualam.

  5. ctkt says:

    Dan saya juga tidak tahu apa kategori cyst yg saya hidapi sekarang ni.Mohon zainura terangkan.TQ..

  6. Jessie Low says:

    Doktor dari sakit puan sudah sah I ada cyst ovari.saiznya ialah 6cm×6cm.adakah ia banyak merbahya n ada kah perlu buat operation dgn segera.kalau x mau bt boleh x.

    • zainura66 says:

      Jessie Low, jika doktor sendiri sudah mengesahkan bahawa anda mempunyai cyst ovari, apakah saranan beliau ? Dan apakah pula keputusan yang anda telah buat ? Pada pandangan saya, jika anda membiarkan ianya berlarutan, ia akan membesar serta mungkin akan memudaratkan kesihatan anda pada masa depan. Keputusan ada di dalam diri anda sendiri samada anda ingin merawatinya dengan kaedah konvensional atau sebaliknya tanpa dipengaruhi oleh orang lain.

  7. Jessie Low says:

    PERIOD DATANG X TETAP BLN N MASA.

    • zainura66 says:

      Jessie Low, kitaran haid yang tidak normal adalah gejala awal bagi sakit puan dan inilah yang apa anda alami ketika ini iaitu cyst ovari.

  8. Jessie Low says:

    Berapa hari kena masuk wad selepas buat pembedahan cyst ovari.i sangat takut untuk buat pembedahan cyst ovari.

    • zainura66 says:

      Jessie Low, jika anda memilih rawatan secara konvensional iaitu melalui pembedahan, anda perlu mendapat nasihat dari doktor pakar sakit puan (gyne).

  9. Jessie says:

    Doktor pakar sakit baru mengesah I ada cyst ovari.Saiznya 6cm×6cm pada 31 bulan 10。Saiz 6cm×6cm bahaya tak?I sering sangat sakit perut pada bahagian kiri perut n bawah perut.Sakit sampai tak blh tahan.Kadang kena makan 2 atau 3 bj ubt celebrex utk lega kesakitan.Doktor pakar sudah bagi I temujanji untuk buat pembedahan.Berapa lama pembedahan dijalankan n berapa lama kena masuk wad.I sangat bimbang dan takut buat pembedahan tu.Kalau tak mau buat pembedahan boleh tak?Apa hakikat jika tak mau buat pembedahan tu?

    • zainura66 says:

      Jessie, anda mempunyai 2 pilihan samada ingin merawat penyakit yang dialami dengan kaedah konvensional atau alternatif. Ini bermakna anda boleh mencuba cara tradisional urutan terapi kaedah kami di mana ia adalah rawatan alternatif dan komplementari. Keputusan adalah hak anda. Anda tidak boleh dipengaruhi oleh sesiapa dalam membuat keputusan ini. Terus terang admin katakan bahawa jika anda memilih secara alternatif melalui urutan terapi, ia mungkin mengambil masa yang lama sedikit untuk merawat masalah anda berbanding dengan pembedahan yang dilakukan dengan cepat.

  10. Jessie Low says:

    kebanyakkan cyst ovari ia tumbuh kat bhgn kiri atau kanan?kenapa I punya tumbuh kat bhgn kanan tapi skt kat bhgn tgh n kiri.brp lama operation dijalankan.

    • zainura66 says:

      Jessie, setiap wanita yang normal mempunyai sepasang ovari iaitu terletak di kiri dan kanan serta bersambung terus ke rahim. Mungkin semasa anda didiagnos oleh doktor, ianya kelihatan jelas semasa ultra-sound atau kaedah pemeriksaan yang dijalankan ke atas anda lebih menampakkan di sebelah kanan. Sebenarnya cyst,kelenjar, fibroid, kanser etc boleh berada di mana-mana pun di bahagian sistem reproduksi tanpa mengira samada di kiri atau kanan abdomen.

  11. Jessie says:

    BRP LAMA PEMBEDAHAN CYST OVARI AKAN DIJALAN?

    • zainura66 says:

      Jessie, anda boleh cuba menghubungi Doktor pakar sakit puan (Gyne) iaitu Prof. Dr. Hamid Arshat di 75M plaza Damansara, Bukit Damansara., 50490 Kuala Lumpur, Malaysia. No. telefon 03-2094 5800 untuk buat pertanyaan.

  12. ziyana says:

    Assalamualaikum…sy mengalami senggugut yg agak teruk pada setiap kali datang bulan dan kadangkala sesak nafas (juga berlaku diluar waktu haid) tetapi tidaklah sampai batuk atau kahak..saya sgt risau dan apa yg perlu saya lakukan?..adakah senggugut itu sebenarnya sesuatu yg normal?ada kemungkinan ke saya menghidap cyst?

    • zainura66 says:

      Waalaikumsalam Ziyana, anda mengalami masalah abdomen atau bahagian perut yang menyebabkan senggugut dan sesak nafas. Jika anda hanya membiarkannya berlarutan yang berpanjangan, ia juga boleh menjadi cyst pada suatu hari nanti.

      • syela says:

        Sy baru je lepas operate ovari cyst mggu lepas.. alhamdullillah dh ok skrang.. masa nk operate mmg tkt sgt.. dktor tebuk pusat, kiri n kanan pusat.. xbesar pon.. skrang cuti selama sebulan utk sembuh.. duduk wad pon 3 hari je..

      • zainura66 says:

        Syela, saya harap anda dapat mengubah gaya hidup anda kepada lebih sihat agar cyst tersebut tidak berulang lagi.

  13. Nita says:

    Saya disahkan mempunyai right ovary cyst saiz 3.2cmx4cm. Appointment pertama dengan gyne pada minggu hadapan. Masalahnya sekarang ini didapati ada lendir bercampur darah (darah merah – segar) apabila saya lap bahagian sulit saya selepas membuang air. Saya pakai tuala wanita untuk pemantauan semalam dan hari ini tetapi bersih tiada sebarang kekotoran. Untuk makluman, saya baru selesai menstrual saya pada ahad, 26 Jan dan telah solat selama 2 hari. Saya memang tidak pernah mengalami masalah ini. Saya juga tiada merasai sakit yang kuat hanya kadang2 sakit pinggang dan lenguh di bahagian kanan.Perlukah saya berjumpa gyne dengan lebih awal atau apa tindakan yang perlu saya ambil buat masa ini?Terima kasih.

    • zainura66 says:

      Nita, jika doktor sendiri yang mengesahkan anda mempunyai cyst ovari, ini adalah merupakan kesan sampingan yg anda harus lalui. Ketika aktiviti jimak berlangsung, zakar sebenarnya menguruti bahagian faraj. Ingat, Persetubuhan adalah untuk bersatu Dan bukannya utk beradu tenaga.Jika anda Dan suami agak aktif semasa persetubuhan, ada kemungkinan polips2 di dinding rahim atau di sekitar pintu rahim telah pecah akibat ransangan zakar yang kuat, namun ini di anggap normal. Tetapi jika berlaku pendarahan yang banyak, anda di nasihatkan mendapat pemeriksaan terperinci dengan gyne.
      Ada di antara wanita yang mengalami cyst ovari akan pulih bila kehamilan berlaku.

  14. zal says:

    salam. saya ingin bertanya. sejak dari akhir tahun lepas, saya kerap sakit perut yg datang secara tiba2. ianya hilang sekejap. dan sehingga kini saya kerap sakit di perut bawah bahagian kiri. haid saya mula tidak teratur sejak akhir tahun lpas. sblum ini ianya dtg pling lwat dlm 2 3hari. tp mulai blan 12, sy mula lewat 2mggu, 2mggu. dan yg terbaru sy lwat hampir 3minggu. apabila dtg, haid akan turun darah dgan bnyak. saya juga kerap membuang air kecil walaupun tidak minum air. adakah saya menghidap cyst?

    • zainura66 says:

      Waalaikumsalam Zal, ada kemungkinan juga anda mengalami cyst. Tapi lebih baik anda membuat pemeriksaan yang terperinci dengan doktor pakar sakit puan terlebih dahulu daripada membuat sebarang andaian mengenai penyakit anda. Tetapi pada pendapat saya, peranakan anda telah turun (jatuh) yang menyebabkan masalah yang anda hadapi.

  15. Jessie Low says:

    8.1.2014 I BR BUAT OPERATE CYST OVARI.DOC CKP CYST TU IALAH CHOCOLATE CYST.SELEPAS OPERATE DOC SUNTIKKAN LUCRIN BG I.I SDH 3 BLN X DTG PERIOD.SERING SKT PERUT SELEPAS OPERATE.KNP BLH MCM NI?LUCRIN IALAH UBT APA?KNP KENA CUCUK UBT LUCRIN.

    • zainura66 says:

      Jessie, bagi menjawab soalan ini ialah doktor yang telah membuat pembedahan ini ke atas anda. Saya rasa jawapannya ada pada doktor tersebut iaitu apa ubat Lucrin tersebut dan mengapa dia menyuntik anda dengan ubat ini.

  16. Mazlina says:

    Hi…saya nk tanya…saya ada masaalah…kerap membuang air kecil,perut rasa x selesa..keras mcm ada angin,pinggang bhgn blkg…selalu sakit..sengal2….kenapa ya…

    • zainura66 says:

      Mazlina, ini menunjukkan anda mengalami ketegangan urat saraf serta bahagian ari-ari yang jatuh.

  17. Sha says:

    AsSalam Dr …saya nak tanya mcm mn nak kesan cyst tu? melalui scan ke .. blood test ke… x-ray ke… sebab saya selalu mengalami sakit di bahagian bawah perut… berat badan saya semakin berkurang… tapi perut saya semakin kembang.

    • zainura66 says:

      Waalaikumsalam Sha, sebenarnya agak sukar bagi mengesan kehadiran cyst di dalam sistem peranakan tambah-tambah lagi jika saiznya kecil. Ianya hanya dapat dikesan dengan perubahan fisiologi sesorang itu seperti kitaran haid yang tidak normal atau di bahagian bawah perut yang semakin membuncit.

  18. Nurul says:

    As salam.. Zainura66 saya ingin bertanya, saya mengalami masalah kencing xlawas… klu saya minum air after 15 10 mnt sy mesti nak buang air kecil. setiap mlm saya mesti buang air kecil… perut saya semakin buncit berbanding sebelum ini.. period saya ok… saya selalu mengalami sakit tumit jika berdiri sejam lebih… sebelum ni tak pernah mengalami masalah seperti ini… adakah ini antara tanda tanda cyst

    • zainura66 says:

      Waalikumsalam Nurul, ada kemungkinan juga anda mengalami cyst yang menekan pundi kencing hingga terjadinya sedemikian.

  19. fitrah says:

    adakah hormon brlebihan boleh mnyebabkan cyst?

  20. fitrah says:

    adakah dgn memkn pil T.movvalon(regulon)bleh mnstabilkn hormon n mngecutkn cyst?

  21. fitrah says:

    assalamualaikum,sya fitrah,bru brumur 19thun.awl tahun, sy bjumpa doktor dan doktor mngesahkn sy mnhidap cyst,dan doktor cme bg ubt T.movvalon(regulon)dan ubt thn sket…dan sleps 4bln sy btmu dgn doktor dan dy cme sroh sy mkn ubt uh tros tnpa scan pd bhagian bwh prut kri…dan tmu jji sy sterosnya pd bln 9 akn dtg…adkah cyst sy akn mngecut dgn memakan ubt tu?sbb sy risau..tmu jji sy lme lg…adkh ubt tu bkesan,tp haid sy skrg dtg tpat pada trikh,dan cme keluar haid slama3 hari.sye risau sgt..tkot cyst smkin mmbesar,sebab tmu jji pun lme lg…

  22. eyna farina says:

    assalamualaikum.saya selalu sakit di. sebelah kanan perut…..dah la saya ada keputihan….

    • zainura66 says:

      Waalaikumsalam Eyna Farina, jika anda mengalami sakit perut di sebelah kanan bahagian atas, ini adalah bahagian hepar (hati) dan menununjukkan tubuh badan anda mengalami banyak toksin. Ikut diet yang seimbang, kawal emosi, rajin bersenam agar tubuh badan anda sihat selalu…..

  23. hanisah sulman says:

    salam sis.doc baru saja sahkan saya mempunyai cyst sebesar 1.8cm di kedua2 belah ovari.Doc telah meminta agar saya membuat scan semula 4 bulan lagi..Adakah tempoh itu terlalu lama?

  24. Noor Aliya says:

    Askom!sy prnah mngalami haid selama sebulan tanpa henti dan mndapat rawatan di hospital sakit puan..bila doc scan sy didapati mngalami cyst di seblh kanan (5cm)..septotnya sy seharusnye mnerus kn appointment sehingga pulih, tpi sy x pergi kerana trlalu takot..sehngga sekrng sy pnye kitaran haid tidak teratur, senggugut, darah ketul2..apa yg patot sy buat..

    • zainura66 says:

      Waalaikumsalam Noor Aliya. Jika anda merasa takut untuk mendapatkan rawatan moden, anda boleh mencuba dengan kaedah rawatan urutan terapi yang kami sediakan bagi melancarkan kembali kitaran haid anda.

  25. Puan Nurul says:

    As’salam.. Sy bru bkhwin 3bulan. 2 hari yg lepas sy didiagnos ada cyst pada sebelah kanan (1.90×2.12). Haid sptutnya 1hb tp seminggu sebelum haid , sy hnya keluar tompok2 coklat da pink shj ianya berterusan. Semlm & hri ini , drh ada keluar skit. Doktor bg sy supplement untuk mengnaturalkan hormone dlm bdn sbb pt -ve. doktor mtk dtg semula kalo dh period . ada cara lain x utk membantu menghilangkan cyst sbb sy nk hamil .

    • zainura66 says:

      Waalaikumsalam Puan Nurul, biasanya ketumbuhan samada cyst atau fibroid bermula dari gejala awal kitaran haid yang tidak normal. Ini ada 2 kemungkinan bermula dari hormon yg tidak seimbang dan terdapat sumbatan di saraf ruas tulang belakang. Jika ingin mencuba cara tradisional, pastikn bertemu dengan pakar terapis urut yang boleh membantu anda.

  26. myra rahim says:

    aslkum.. saya selalu senggugut terok klau period.. tapi period saye teratur.. klau senggugut tu saya selalu tak lalu makan,muntah2 n selalu tak boleh tido malam.. adakah saye berkemungkinan menghidap cyst??

    • zainura66 says:

      Waalaikumsalam myra rahim, senggut merupakan gejala awal kepada sakit puan dan boleh membesar sebagai cyst jika dibiarkan berlarutan. Anda mengalami ketegangan di saraf sistem pencernaan dan sistem reproduksi.

  27. nor ain nadwa ramli says:

    as salam admin.. cyst ni boleh mengagalkan seorang perempuan untuk hamil ke?

    • zainura66 says:

      Waalaikumsalam nor ain nadwa ramli, dalam kebanyakan kes yang ada cyst memang sukar untuk hamil secara adatnya tetapi siapalah kita untuk menentukan takdir kita sendiri ?….

  28. Aida says:

    Hai, baru2 ini doktor sahkan sy mhidap penykit cyst y telah mbengkk d sblh kiri ttp sy mrsa sakit d sblh kanan…doktor menandaikan bahawa ovari sy tlh bpusing mybbkan sy berasa sakit y amat sgt d bwah perut, Kdg2 ksakitan itu akan mjalar hingga ke bahu..dan skrg sy still ambil ubat y dbekalkan oleh doktor
    Soalan sy;
    -mengapa dada sebelah kanan saya trsa sakit smcm sesak nfs shingga sy perlu tambah bantal utk baring bg mgelakkan ksakitan?
    -tumit kaki sy sblh knan trut skit,sy xblh bdri lama?
    -adakah hubungan sex pyebb cyst?or pskit y mmpunyai pyakit cyst tdk blh mlakukan hubungan sex?

    • zainura66 says:

      Hai Aida, sebenarnya anda mengalami ketegangan urat saraf yang agak serius hingga melibatkan hampir kesemua sistem tubuh badan anda. Jawapan kepada soalan anda :

      1) Nafas anda menjadi sesak akibat ketegangan urat saraf hingga menjadi masalah ini
      2) Ada kemungkinan anda mengalami ketumbuhan di kedua-dua belah sistem reproduksi anda. Tumit merupakan refleks yang memberi petanda bahawa anda mengalami sakit puan (cyst)
      3) seks bukanlah penyebab kepada cyst ovari tetapi tuan badan sendiri perlu tahu punca cyst ovari dan hubungan sex sangat-sangat digalakkan bagi membantu ‘polips” dipecahkan. Ada juga setengah kes akan merasa sakit bila bersetubuh akibat cyst di asak oleh senjata suami.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s