Punca terjadinya gangguan haid

1. Kegemukkan (obesiti)

merupakan punca penting yang menyebabkan pusingan haid menjadi terlambat atau jaraknya yang berpanjangan , mungkin jarak 6 – 9 bulan atau lebih di antara satu sama lain. Keadaan ini sering dikaitkan dengan ketidaksuburan. Ada di kalangan mereka yang tumbuh rambut pada kaki atau misai. Apabila dilakukan vaginal ultrasound kedua ovari mereka didapati bengkak dan telur tidak menetas ke dalam rahim (Polycystic ovary).

2. Kehamilan

Bagi seseorang yang perjalanan haidnya tetap dan teratur, jika beliau mengalami gangguan pada pusingan haidnya bermakna sesuatu perkara sedang berlaku. Salah satu puncanya ialah kehamilan. Apabila kehamilan terjadi haid dengan tersendirinya akan berhenti.

3. Wanita yang menyusukan anak

Ini juga mendapati perjalanan haidnya terganggu. Ketika penyusuan bayi, hormon susu (Prolactin) meningkat dalam aliran darah ibu. Hormon ini menghalang penetasan telur berlaku dan menghentikan kitaran haid. Peningkatan paras hormon susu (prolactin) juga boleh disebabkan oleh ketumbuhan dalam kelenjar pituitari menyebabkan haid tidak datang atau datang sekali-sekala sahaja. Wanita demikian juga sering kurang subur.

4. Gangguan hormon

Ia mungkin juga boleh berpunca dari ketumbuhan dalam kelenjar ovari. Ketegangan rohani atau tekanan jasmani seperti kesedihan oleh sebab kematian ibu bapa atau yang lainnya, boleh juga melambatkan kedatangan haid.

About zainura66

Pencinta Alam Semesta
This entry was posted in Penyakit and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

6 Responses to Punca terjadinya gangguan haid

  1. Lia says:

    Salam doktr,, sy dah dua bulan lepas besalin anak ke2,
    Sy guna prancang suntikan,beby sye hanya guna susu badan,masalahnya,,
    Smenjak sy guna suntik nie sy datang haid,tapi darah skit je,,bnyak orng kata,klau
    Kite guna suntik,tak akan datang haid,, tpi
    Sy dtng haid pun,,sy tkut, btul ke kita tkan datang haid bila guna suntik nie?

  2. rael says:

    askum…
    akku mengalami haid yg
    berpanjangan
    apakah puncanya itu.

  3. asmah says:

    Assalam….sy berumur 29 tahun..sy berkawen awal 2012…2 bln kawen sy hamil..kndungan masuk 4 bulan sy alami skit yg sama sperti dtg haid,sy buat pemeriksaan di klinik swasta ade ketulan fibroid berukuran 5.95×5.49cm…doc mmg x bagi ape2 ubat tuk kurang kn sakit melainkn PCM 500…saya mkn bila perlu sj.spnjng kndungn sy sntiasa follow up di hospital kerajaan..selepas melahirkn sy tdk penah follow up ttg fibroid sy lg…sy menyusukn anak selepas 6 bln bersalin sy dtg period seperti biasa mmg byk tp haid sy paling lame 8 ari..hari ke9 atau 10 sy da Mandi hadas..ms period lps bersalin senggugut sy mmg sakit 2 @ 3 ari nk period mmg akan skit snggugut…period sy berjalan lncr sehingga sy mkn madu ngn habatussauda…sy xingt bila tp period sy last dtg awal bln 4…bln 5 da xdtg…masa puasa ke 2 tahun ini period dtg selama 15 ari,…sy pegi klinik swasta dan scan masih ade fibroid sbesar 3.5cm..doc tuliskn Surat tuk sy cek di hospital tp sy xgi,.doc ade BG ubat utk stop kn period sy xmkn sy minum semula madu dan minyak habtussauda Dan kadng2 sy minum air daun pucuk betik..selepas itu sy xdtg period tuk bape ari..akhir puasa dtg lender cklat tp xlama…(untuk pngetahuan sejk sy xdtg period sy da xminum madu ngn habatussauda..)..10/8 hingga skg period sy xbenti…darah mmg xbyk…sy ingt hari ke 8 die akan berhenti…sy ade minum power root kacip fatimah bkn jenis coffee ye….slpas minum keesokan hari darah keluar seketul nk kate sebesar dduit 50$ yg lame…pastu sy pakai tuàla wanita semula(sy ingt period abis sbb tu x pkai da)bila pakai balik xbyk pon period…pastu sy xpakai,.pastu beberape ari dtg balik.,pakai balik semula tuala wanita…mcm tu la sy smpai skg no dkt 3 minggu period….sy msih lg minum madu Dan habatussauda yg biji bkn minyak…ade xcra alternatif yg lain utk fibroid slain GI hospital dan sedia utk di bedah…harap dapat penjelasan Dr pihak zainurra

    • zainura66 says:

      Waalaikumsalam Asmah. Dari apa yang anda tulis ni menunjukkan anda tidak begitu sabar dalam sesuatu perkara kerana anda cuba pelbagai ubat dalam satu masa. yakinlah bahawa habbatussauda dan madu lebah asli telah dinyatakan dalam hadis dan al quran akan kebaikannya untuk kesihatan.manusia. Kenapa mesti dicampuradukkan dengan ubat moden sebab jika anda masih mengamalkan cara ini, sudah pasti akan memburukkan lagi masalah yang dihadapi. Saya hanya mengamalkan madu lebah asli dari dulu, kini dan insyaallah selamanya….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s