Panduan urutan payudara sendiri

Sering memakai coli atau bra ternyata boleh meningkatkan risiko menghidap kanser payudara. Salah satu cara untuk mencegahnya ialah kurangi penggunaan coli atau bra dan urut payudara secara teratur. Satu penelitian yang melibatkan 4700 wanita telah diselidiki bahawa penggunaan coli atau alat penyokong payudara terbukti meningkatkan risiko kanser/ barah payudara. Berbanding wanita yang tidak pernah memakai coli sama sekali, wanita yang sering memakai coli mempunyai risiko yang lebih tinggi terkena kanser payudara. Ini adalah disebabkan oleh tekanan lilitan coli di dada boleh membatasi aliran racun yang akan keluar dari payudara. Selain dari itu, tekanan yang ketat dari coli boleh menyebabkan terhimpitnya pembuluh darah limfa sehingga aliran pembuangan toksin dari payudara boleh tersekat.

Oleh itu, untuk menghindari risiko kanser payudara yang disebabkan oleh coli atau penyokong payudara, disarankan seseorang wanita itu memakai coli tidak lebih dari 12 jam sehari selain dari memilih coli yang tidak terlalu ketat yang boleh ‘melemaskan’ payudara.

Selain itu, terapi urut payudara juga disarankan untuk melancarkan aliran darah dari dan ke payudara. Urutan lembut pada payudara dipercayai boleh memberi manafaat positif dan mengurangi risiko terkena kanser payudara. Urutan dengan tekanan lembut dan sederhana sangat berpengaruh bagi meningkatkan limfa dan aliran darah ke payudara. Bagaimana caranya ? Mula-mula sekali haruslah tahu bahawa tekstur payudara setiap wanita adalah berbeza. Tekanan urutan juga harus disesuaikan dengan tekstur payudara tersebut. Payudara yang bertekstur lunak sebaiknya diurut secara lembut sedangkan payudara yang bertekstur lebih keras boleh diurut dengan tekanan sederhana. Urutan payudara harus dilakukan sekerap yang mungkin terutamanya 3 hari setelah habis haid. Dengan menggunakan minyak herba Wannura Terapi dapat membantu mengeluarkan kotoran atau toksin di payudara dengan berkesan. Jangan cuba gunakan minyak urut yang panas ! Ini akan mencederakan tekstur kulit payudara anda nanti !

Di sini disertakan panduan bagi mengurut payudara sendiri jika anda mempunyai masalah dengan pasangan yang tidak mahu membantu anda . Usahakanlah sendiri demi menjaga kesihatan payudara serta dapat mengelak dari penyakit kanser payudara yang menjadi pembunuh nombor satu bagi kaum wanita sekarang ini.

Langkah-langkahnya : –

Lakukan gerakan urut bermula dari arah putting ke luar. Tekanan yang sederhana sahaja. Tekanan yang terlalu kuat boleh membuat pembuluh darah limfa tertekan dan menghentikan aliran racun dan cairan lainnya. Urutan sebaiknya dilakukan secara perlahan agar boleh mencapai hasil yang maksima (Gambar 1).

Urut payudara dengan kedua tangan, seperti gerakan meramas secara hati-hati dan perlahan dengan gerakan pusingan jam dan sebaliknya. Perhatikan, jangan tekan payudara terlalu kuat. (Gambar 2 dan 3).

Lakukan gerakan seperti gambar 4 dengan tekanan sedang. Gerakan ini dipercayai bermanfaat untuk melancarkan peredaran cairan dari payudara.

Catatan penting: – Jika semasa mengurut payudara, anda boleh merasakan adanya benjolan jangan panik. Anda boleh teruskan urut dengan sekerap yang mungkin tetapi jika ia dirasakan bertambah memudaratkan, sebaiknya segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan lebih lanjut. Urut sebaiknya tidak dilakukan lagi pada zon yang terdapat benjolan itu.

About zainura66

Pencinta Alam Semesta
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

4 Responses to Panduan urutan payudara sendiri

  1. achik says:

    sy dan pasangan bru kawen 6 bulan lps.. penerangan diatas sgt bermakna buat sy.. terima kasih wannura terapi

    • zainura66 says:

      Achik,

      tahniah kerana telah pun mmendirikan rumahtangga. Hanya pesanan buat Achik agar urutan ini janganlah hanya sekerat jalan sahaja dan admin berharap ianya biarlah berterusan hingga ke akhir hayat bagi kesehajteraan dunia dan akhirat.

  2. diana says:

    Salam…sy ibu kpd 3 ank.ank pertama x menyusu bdn,kedua&ketiga menyusu.sms berpantang ank ke3 pdra sy pernah bengkak dan sakit sgt,besar jgk sbsr 1/2 buku lima tp sebelah je.lps bby menyusu byk2,bengkak surut dlm sehari.tup2 hari ni lepas 4 bln bgkak balikkt tmpt sama.keras,sakit bila dtekan.ada rasa sakit belakang setentang dgn pdra yg bengkak tu.bengkaknye mcm bengkak susu di awal kelahiran.payudra saya dh agak gelap dr dulu dan kulit sekitar puting berkedut mcm kulit limau.àdakah ini gejala kanser?

    • zainura66 says:

      Assalaamualaikum Diana,

      Saya rasa ada baiknya anda cepat buat pemeriksaan dengan doktor pakar sakit puan. Jangan berlengah lagi. Langkah awal adalah penting berbanding tersilap langkah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s