Senaman untuk payudara sihat dan cantik

Senaman 1

Berikut adalah 3 langkah yang mudah dan berkesan untuk mendapatkan sepasang payudara yang sihat dan menarik dengan menggunakan sepasang ‘dumb bell’ seberat 3 pound.

Langkah Pertama

Dalam keadaan berbaring , setiap tangan memegang satu ‘dumb bell’ tersebut. Regangkan kedua belah tangan separas dengan bahu anda. Angkat kedua-dua tangan tadi tegak ke atas mengatasi badan anda dengan membengkokkan sedikit siku agar berat bebanan seimbang dengan dengan bahagian dada. Kemudian tolakkan kedua-dua tangan tadi ke sisi badan hingga ke paras bahu. Ulangi langkah ini bagi 13-15 kali.

Langkah Kedua

Dalam keadaan berbaring, setiap tangan memegang satu ‘dumb bell’ tersebut dan luruskan tangan ke paras dada. Bengkokkan kedua-dua tangan dan bawa ke dada anda. Pada masa ini kedudukan siku mestilah menunjuk ke arah bahu. Balik ke kedudukan asal dan ulangi langkah ini bagi 13-15 kali.

Langkah Ketiga

Setiap tangan memegang satu ‘dumb bell’ tersebut dan regangkan tangan ke sisi badan dan buat 15 pusingan kecil ke belakang dengan memastikan besar bulatan kira-kira 1 kaki. Kemudian besarkan sedikit diameter pusingan dan ulangi 15 kali. Ulangi kedua-dua langkah tadi dengan menukar pusingan ke depan pula.

Senaman 2

Dalam keadaan kedudukan yang selesa, regangkan kedua-dua belah tangan melepasi kepala. Pautkan jari-jemari bagi kedua-dua belah tangan tadi dengan tapak tangan menghala ke atas. Tegakkan badan dan mula regangkan badan anda ke sisi kiri dan kanan seperti yang biasa kita lihat kucing sering lakukan seperti ini. Teruskan gerakan selama 1 minit.

Senaman ini akan membantu seimbangkan ‘meridian’ (garisan tubuh badan) bagi dada (serta tulang rusuk) dan kawasan sekitarnya.

SELAMAT MENCUBA !!!

About zainura66

Pencinta Alam Semesta
This entry was posted in Uncategorized and tagged , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s