Ingin tahu apa fungsi punggung ?

Seperti juga payudara, selain dari anugerah yang diberikan oleh Allah swt kepada manusia bagi melengkapkan bahagian anggota tubuh badan manusia itu, ia juga memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita seharian. Di antara fungsi punggung/ bontot/ pantat itu ialah :-


1. Stabilkan posisi tubuh badan

Baik dalam keadaan posisi apa jua pun, punggung memainkan peranan yang sangat penting ketika kita duduk, berdiri dan berbaring. Ia adalah sebagai bantal atau pelapik kepada tulang pelvik ketika duduk dan berbaring agar dapat bertahan lebih lama jika dalam posisi tersebut. Cuba bayangkan jika kita tidak mempunyai punggung….bagaimana ya !


2. Tujuan perubatan

Pesakit yang kronik memerlukan ubatan yang bertindak dengan cepat melalui suntikan. Oleh kerana punggung mempunyai jaringan otot yang banyak serta agak tebal, ia bahagian yang paling sesuai untuk disuntik bagi meredakan penyakit bagi seseorang pesakit itu.

3. Hukuman

Biasanya pesalah yang menghadapi hukuman berat seperti di sebat dengan rotan, bahagian inilah biasanya tempat menerima hukuman iaitu punggung. Dahulu kala jika ingin menghukum anak untuk menginsafkan atau mengajar anak ialah dengan merotan punggungnya , namun ada juga yang merotan bahagian tangan.

4. Bersetubuh

Punggung juga memainkan peranan yang penting selain payudara dalam seks atau persetubuhan di antara pasangan suami isteri. Bahagian punggung biasanya akan dipegang, diramas, diraba, digosok dan dirangkul oleh pasangannya untuk menaikkan ghairah seks. Ia juga dijadikan sebagai bantal atau kusyen ketika persetubuhan dalam posisi duduk atau baring.

5. Simbol seksi bagi wanita

Sememangnya wanita yang cantik akan mempunyai tubuh badan yang seimbang. Bila ini berlaku, bahagian punggung itu juga akan memperlihatkan sesorang wanita itu kelihatan lebih seksi lebih-lebih lagi jika berpakaian yang menjolok mata serta mendedahkan auratnya. Ini juga akan membuatkan setiap mata yang memandang tidak akan melepaskan peluang ini dan timbul rasa geram dan membuatkan ingin ‘memegangnya’ pula !

6. Pereka fesyen

Wanita yang mempunyai punggung yang seimbang sangat membantu khususnya kepada pereka-pereka fesyen pakaian untuk memperagakan fesyen terbaru mereka. Punggung yang rata mungkin tidak sesuai bagi kerjaya ini kerana tidak dapat menyerlahkan fesyen yang diperagakannya nanti. Sudah tentu dalam industri perniagaan fesyen pakaian juga memerlukan model-model yang mempunyai punggung yang cantik dan seksi !

7. Beriadah dan aktiviti

Tanpa punggung agak sukar untuk kita melakukan riadah atau aktiviti harian seperti bersenam, berjogging, berbasikal, memasak, angkat barang, menyapu sampah dan lain-lain kerana punggung adalah bahagian bawah yang menyokong tubuh badan untuk melakukan kesemua pergerakan tersebut.

8. Emosi

Ada kalanya orangramai melepaskan emosinya dengan cara yang tidak bermoral iaitu menunjukkan punggungnya kepada orang lain untuk menyatakan kemarahan atau kebencian kepada seseorang itu. Ini telah pun terjadi beberapa bulan yang lalu di mana seorang pelajar telah dibuang kolej atas sebab menggunakan punggungnya untuk menunjuk gambar perdana menteri kita Datuk Seri Najib bin Tun Razak. Perbuatan ini dianggap tidak beradab dan tidak bermoral. Dengan itu, anda dinasihati tidak menyalahgunakan punggung anda nanti ya !

9. Budaya

Menurut sesetengah budaya di tempat-tempat yang berbeza pula membudayakan goyangan punggung mereka dalam tarian yang mereka persembahkan itu . Sebagai contoh tarian Hawaii, tarian Arab, tarian Jawa dan banyak lagi yang menggelekkan punggung dalam tarian.

10. Kiasan

Punggung juga biasanya digunakan dalam bahasa kiasan atau perumpamaan orang-orang Melayu sejak dahulu bertujuan sebagai sindirin atau usikan dalam bahasa halus. Contohnya angkat punggung yang bermaksud pergi atau berlalu untuk menimbulkan rasa jengkel di hati orang yang melihatnya, Panas Punggung bermakud tidak boleh duduk atau tinggal lama kerana tidak selesa dengan sesuatu keadaan. Hanya duduk sekejap sahaja dan ada banyak lagi kiasan dan perumpamaan menggunakan ‘punggung’.

About zainura66

Pencinta Alam Semesta
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s