5 Tips kekalkan punggung cantik

5 Tips Kekalkan punggung Cantik| Sesuai dengan keindahan bentuk tubuh yang dianugerahkan kepada kaum wanita, banyak anggota-anggota tubuh mereka yang sering menarik perhatian kaum lelaki.

Selain daripada payudara, punggung wanita yang cantik, pejal dan mantap sering membuat mata lelaki terbeliak dan terpaku. Tetapi seiring dengan berjalannya masa dan meningkatnya usia, secantik dan sepejal mana pun punggung seseorang wanita itu, ianya pasti akan turut berubah seperti mengecut, melorot dan kendur jika tidak dijaga dengan baik.

Jadi khusus buat wanita, kali ini saya akan senaraikan beberapa tips agar anda dapat mempraktikkannya sehari-hari demi menjaga dan mengekalkan kesihatan, keindahan dan kecantikan punggung yang anda miliki.

Berikut ini ada 5 tips mudah dan berkesan yang boleh diamalkan.

Pertama

- Amalkan latihan ringkas yang dapat memperkuatkan dan membentuk bahagian punggung seperti melakukan gerakan berdiri dengan satu kaki dihulurkan ke depan.

Kemudian turun perlahan-lahan seolah-olah duduk di atas kerusi yang tak terlihat.Tekuk lutut kaki yang di depan dengan kedua-dua tangan dan bawa berat tubuh membongkok kedepan.Tahan beberapa saat kemudian berdiri kembali.

Ulangi gerakan ini antara 10 hingga 20 kali.Latihan ini juga berkesan membantu memperkuatkan otot-otot di bahagian lain tubuh.

Kedua

- Lakukan latihan pengencangan otot untuk membantu mengencangkan otot bahagian paha dan punggung.Buat posisi tubuh dalam keadaan merangkak, kemudian angkat satu kaki ke atas hingga otot-otot terasa tertarik.

Lakukan gerakan ini sebanyak 10 hingga 20 kali dengan bersilih ganti kaki.

Amalkan melakukan latihan ini secara berterusan untuk menjaga agar punggung anda tetap memiliki otot-otot yang pejal dan cantik.

Ketiga

– Hindari duduk berlama-lama hingga beberapa jam dalam satu masa.Tabiat duduk berlama-lama dalam jangkamasa yang panjang boleh memberi efek buruk kepada tubuh khususnya bahagian punggung.

Misalnya ketika anda sibuk menyiapkan tugas di meja kerja, amalkan setiap 1 atau 2 jam sekali,bangun berdiri dan lakukan peregangan otot-otot.

Lakukan gerakan berdiri sambil membongkok perlahan-lahan dengan tangan cuba menyentuh kaki sehingga beberapa kali.

Keempat

– Berat badan yang berlebihan boleh mempengaruhi bentuk punggung kerana lemak-lemak akan menutupi otot dan membuat punggung jadi melorot. Oleh itu aturlah pola pemakanan yang sihat dengan mengamalkan diet rendah lemak dan tinggi protein serta mengambil vitamin-vitamin yang baik untuk tubuh demi memerangi dan menyingkirkan lemak-lemak yang berlebihan.

Kelima

– Elakkan kebiasaan memakai seluar atau pakaian yang terlalu ketat di bahagian punggung. Seluar atau pakaian ketat di bahagian punggung bukan membuat punggung nampak menonjol tetapi sebaliknya bentuk punggung akan menjadi tidak rata.

Gunalah seluar atau pakaian yang longgar di bahagian punggung agar otot-otot pejal di punggung tetap terjaga bentuknya.

Amalkan tips-tips yang diberi secara berterusan dan berusaha sebaik mungkin menjaga kecantikan punggung anda. Sesungguhnya tanpa usaha tiada hasil yang mampu memuaskan.

Sekian. Semoga bermanfaat.

About zainura66

Pencinta Alam Semesta
This entry was posted in Uncategorized and tagged , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s