Guru miang raba punggung pramugari cun dalam kapal terbang

Seorang guru sekolah dari Emiriah Arab Bersatu telah mencabul tiga orang pramugari ketika dalam penerbangan Singapore Airline dari Dubai ke Singapura bersama keluarganya.

Semalam, Ahmad Abdullah Saleh Alyasi, 41, telah didenda $10,000 (RM24,890) setelah mengaku dua kali memegang punggung dua orang pramugari berusia 27 tahun pada 19 Ogos lepas.

Sebelum kedua-dua insiden itu, beliau turut meraba peha seorang pramugari berusia 23 tahun dan tuduhan ini termasuk dengan hukuman yang telah dikenakan ke atasnya.

Mahkamah diberitahu pada pukul 4 pagi, ketika seorang pramugari yang sedang melayan anaknya, Ahmad mengambil kesempatan memegang punggung pramugari tersebut ketika melintas dihadapannya.

Pramugari tersebut menjeling ke arahnya dan dia hanya meminta maaf dan berlalu begitu sahaja.

Lebih kurang tiga setengah kemudian, seorang lagi pramugari yang sedang menyusun majalah telah diraba sekali lagi oleh Ahmad dibahagian punggung kiri ketika dia berjalan melintasi mangsa.

Ahmad didenda $10,000 kerana meraba
Merasa jelik dengan perbuatan Ahmad, mangsa menegur beliau dan memberitahu supaya menghormatinya dan kawan-kawannya.

Ahmad sekali lagi meminta maaf dan berlalu.

Ayah kepada lima orang anak itu kemudiaany ditahan ketika sampai di Singapura.

Peguammnya berkata, ini adalah kesalahannya yang pertama.

Ahmad juga telah mengaku bersalah dan menunjukkan rasa sesalnya, kata peguam itu lagi.

Hakim menasihati Ahmad supaya berkelakuan lebih baik pada masa hadapan kerana kesalahannya boleh dikenakan hukum penjara.

Sumber : http://pilihan-anda.blogspot.com

About zainura66

Pencinta Alam Semesta
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s