Ketahui fungsi-fungsi bibir



Di antara fungsi-fungsi bibir ialah :-


1. Makan dan minum

Untuk menjaga agar makanan tidak tercecer keluar, merasakan panas dan dingin makanan adalah di antara fungsi bibir. Bayangkan jika kita tidak memiliki bibir, sudah pasti makanan akan terkeluar sebelum dikunyah! Bibir adalah seperti benteng pada mulut kita. Begitu juga dengan minum, tanpa bibir tentu air akan meleleh keluar dari mulut serta tidak dapat menyedut ‘straw’ kan.

2. Percakapan

Sebutan yang jelas adalah sangat penting terutamnya bila kita menyampaikan atau becakap dengan orang lain. Jika sebutan kita tidak jelas, maka adalah sukar bagi orang lain untuk memahami apa yang kita cuba sampaikan atau cakapkan itu. Cuba kita sebutkan huruf M, P, B, F, V, W dan Y Dapatkah kita sebut dengan baik tanpa adanya bibir ? Mungkin boleh, tetapi agak sukar bagi orang lain untuk memahaminya bila kita bercakap dengannya.

3. Untuk memberi senyuman.

Sedekah bukan hanya dalam bentuk wang ringgit mahu pun harta benda. Senyuman yang diberikan oleh kita kepada orang lain juga di anggap sedekah. Namun biarlah memberi senyuman itu betul pada tempatnya ! Dengan senyuman juga dapat ‘mencairkan’ perasaan orang yang sedang marah.; tetapi ada juga yang tidak menyenanginya malah menempelak kepada orang yang memberi senyuman itu. Yang penting niat kita untuk memberi senyuman itu……

4. Ciuman

Boleh di ibaratkan bahasa cinta dan kasih sayang untuk pasangan di antara lelaki dan perempuan. Bukan itu sahaja, ciuman juga untuk menyatakan sesuatu dalam bentuk perasaan bukan hanya untuk pemanasan semasa persetubuhan, tetapi juga di antara sahabat yang sejenis, ahli keluarga yang lain seperti anak, ibu, ayah, nenek serta bayi sesiapa pun kita akan memberikan ciuman kepada mereka. Ini adalah satu bentuk yang paling indah dalam hubungan kita yang boleh menghasilkan kenangan dan tidak mudah dilupakan.

5. Mengesan gejala penyakit

Bukan saja keindahan bibir yang perlu diperhatikan. Kesihatan bibir juga harus dijaga dengan baik. Meski pun hanya bibir pecah-pecah atau bibir kering. Gangguan bibir jangan di ambil ringan, biasanya bibir pecah-pecah dan bibir kering adalah di sebabkan oleh faktor cuaca dan kekurangan vitamin C. Namun perlulah berwaspada, apabila gangguan ini terus menerus melanda, boleh memberi petanda penyakit  Anemia dan Diabetes. Mengapa boleh sebagai pertanda diabetes ? Bakteria yang menyerang mulut disebabkan tingkat gula darah yang tinggi juga boleh menyebabkan bibir seseorang menjadi kering dan pecah-pecah. Penyakit Ginjal (buah pinggang) juga boleh dilihat dari gejala bibir kering dan pecah-pecah.

6. Emosi

Dari bibir kita juga boleh membaca berbagai bentuk perasaan atau emosi seseorang. Kita biasa lihat apabila otot pipi menarik bibir hingga bibir menjadi tersenyum, apabila seseorang mengatupkan bibir rapat, petanda seseorang itu sedang cemas/gugup atau juga tanda tidak setuju. Sedangkan tertawa lebar menandakan kegembiraan  seseorang. Perlu dilihat juga perbandingan di antara ketawa formal atau sindira !. Jika kita lihat bayi yang ingin menangis, mesti keadaan bibirnya dipanggil ‘jebek’….

7. Bermain alat muzik

Bagi seseorang yang meminati muzik khususnya yang bermain trumpet, trombone, saxaphone, seruling, klarinet dan lain-lain, pasti memerlukan bantuan bibir untuk bermain alat-alat muzik tersebut. Tanpa bibir mereka tidak akan dapat untuk berbuat demikian.

Begitulah di antara fungsi-fungsi bibir yang diketahui. Jika ada yang ingin menambahkan lagi, silalah berkongsi dan nyatakan pendapat anda di komentar nanti.

About zainura66

Pencinta Alam Semesta
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s