Ciuman Bakar 85 Kalori

Sebenarnya banyak persoalan yang timbul ketika seseorang itu bercakap mengenai seks. Salah satu yang sering dibincangkan adalah mengenai manafaatnya dari sudut kesihatan.

Ada yang beranggapan bahawa seks itu adalah sama seperti berolahraga. Bahkan, tidak sedikit pula yang percaya bahawa aktiviti seks dapat membakar kalori dalam tubuh badan. Lantas, apakah seks itu benar-benar boleh menjadi alat pembakar kalori?

Dr. Carole Lieberman, M.D, seorang psikatrik di Beverly Hills, mengatakan, para ilmuwan telah mencuba buat penyelidikan selama bertahun-tahun tentang kebenaran hal itu. Para peneliti, kata Lieberman, telah berusaha untuk mengukur jumlah kalori yang terbakar saat berhubungan seks pada berbagai kesempatan, tetapi hasil yang didapati adalah berbeza di antara satu kes dengan kes yang lain.

Lieberman mengatakan, ketika seseorang melakukan hubungan seksual, tubuh badan sesungguhnya sudah membakar sekitar 100 hingga 200 kalori. Namun, untuk mendapatkan hasil yang lebih besar, anda boleh melakukan foreplay atau pemanasan terlebih dahulu . ”Satu hal yang pasti, membakar kalori dengan cara berhubungan seks jauh lebih memuaskan sekiranya anda mengikuti kelas pilates,” kata Dr. Lieberman.

Berikut adalah perkiraan jumlah kalori yang mungkin terbuang semasa seseorang melakukan aktiviti seks, seperti dihuraikan oleh Lieberman:

1. Ciuman

Ciuman ternyata boleh membakar kalori, namun hal ini bergantung kepada seberapa besar ghairah yang anda rasakan ketika melakukannya. Ketika berciuman, anda boleh membakar satu hingga lima kalori per minit. Bahkan, menurut Lieberman, ciuman yang lebih intim dan panjang boleh menghabiskan sebanyak 85 kalori per jam.

2. “Foreplay“ atau Pemanasan

Foreplay adalah waktu terbaik untuk anda bermain-main. Seseorang yang memiliki berat 150 paun atau sekitar 68 kilogram akan membakar sekitar 25 kalori setiap 15 minit melakukan foreplay. Menurut Lieberman, jumlah kalori yang dibakar ketika foreplay besarnya sama ketika seseorang sedang melakukan jogging ringan selama 10 minit. Lieberman menyarankan, sewaktu foreplay, seseorang itu harus lebih agresif dan jangan pasif.

3. Urutan atau Pijatan

Berikan sedikit urutan atau pijatan kepada pasangan anda. Selain memberikan rasa relaks bagi tubuh dan merangsang ghairah bercinta, urutan juga dapat membantu membakar sekitar 80 kalori per jam.

4. Tarian nakal

Memulakan hubungan seks dengan menari bersama pasangan sepertinya menarik untuk dicuba. Untuk melakukannya, anda tidak harus pandai menari. Bergeraklah sesuka anda dan selama mungkin. Menurut Lieberman, menari dapat membakar 170 atau lebih kalori dalam setengah jam.

5. Orgasme berulang

”Mencapai orgasme dapat membakar 60 hingga 100 kalori tambahan,” kata Lieberman. Jadi, bila anda mampu melakukannya beberapa kali, tidak ada salahnya untuk dilakukan. Menurut Lieberman, rahsia untuk membakar kalori lebih banyak di saat berhubungan seks bukanlah sesuatu yang sukar. Semua itu dapat dicapai apabila anda melakukannya dengan penuh ghairah, kehangatan dan semangat.

About zainura66

Pencinta Alam Semesta
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s