Apa rahsia di sebalik sup zakar ?

Makan sup ZAKAR? Bweekkk! Tapi itulah realitinya apabila amalan memakan sup zakar haiwan ini telah diamalkan oleh pelbagai kaum di seantero dunia disebabkan kepercayaan tertentu. Tetapi persoalannya, benarkah ada khasiat disebalik Sup Zakar ini? Jom kita baca kepercayaan masyarakat di beberapa buah negara dan juga pandangan ahli perubatan.

China –> Pada zaman Dinasti Qing (1644 – 1912) telah mengamalkan pemakanan zakar lembu dan juga beruang untuk mendapatkan tenaga sewaktu peperangan. Masyarakat pada zaman tersebut mempercayai bahawa pemakanan zakar haiwan tersebut berupaya melancarkan perjalanan darah dan memudahkan penghadaman. Sehingga kini, amalan tersebut terus diamalkan di China.

Tunisia –> Masyarakat Tunisia memakan zakar lembu dan kambing untuk mendapatkan tenaga tambahan berikutan keadaan cuaca yang panas. Mereka percaya amalan pemakanan eksotik ini dapat membantu mereka mengatasi masalah keletihan dan kehilangan air dalam tubuh. Selain itu, menurut mereka, dengan memakan zakar lembu dan kambing juga dapat mencegah daripada serangan penyakit kerana ia dimasak bersama herba-herba tertentu.

Korea –> Segelintir masyarakat Korea memakan daging, jantung dan zakar harimau untuk menambahkan kekuatan tenaga batin. Selain itu, mereka turut mempercayai bahawa pemakanan tersebut mampu mengelakkan demam panas dan sakit sendi.

Thailand –> Di Thailand pula timbul satu kepercayaan sejak berkurun lalu kononnya zakar lembu dan harimau mampu mengembalikan kekuatan batin terutamanya untuk lelaki yang sudah berusia. Jadi kebanyakan lelaki yang sudah berusia di sana mengamalkan pemakanan ini bagi menjana tenaga mereka terutamanya untuk melakukan hubungan seks.

Indonesia –> Sesetengah masyarakat di Indonesia menjadikan amalan memakan zakar lembu dan kambing sebagai penggalak tenaga dalaman lelaki bagi menjaga hubungan intim bersama pasangan masing-masing. Mereka percaya bahawa kelenjar seksual haiwan tersebut mengandungi sejenis mineral yang bermanfaat dalam merangsang pembentukan sperma.

Amazon –> Sementara itu, di hutan Amazon, orang asli di kawasan tersebut memakan zakar harimau dan khinzir. Mereka percaya khasiat disebalik pemakanan tersebut dapat memberikan tenaga dan kesihatan tubuh badan.

MALAYSIA –> Di Malaysia, sup zakar haiwan dikenali sebagai sup torpedo. Selalunya zakar lembu dan kambing saja yang diambil, tapi jangan terkejut sebab zakar babi, harimau, beruang dan buaya pun menjadi pilihan sesetengah orang di Malaysia. Dipercayai, amalan pelik ini telah dibawa masuk oleh para pedagang sejak lebih 500 tahun yang lalu. Kemudian amalan ini diteruskan oleh masyarakat India muslim. Perkembangan zaman menjadikan makanan ini disediakan dengan rempah ratus masyarakat India Selatan. Hari ini sup zakar atau sup torpedo ini banyak dijual di kedai-kedai restoran mamak.

APA PANDANGAN AHLI PERUBATAN DI MALAYSIA???

Menurut salah seorang Pegawai Dietetik di Hospital Selayang, setakat ini masih belum ada lagi kajian yang dilakukan oleh mana-mana pihak yang dapat membuktikan bahawa sup torpedo mampu menambahkan tenaga dalam tubuh. Sebaliknya kajian mendapati sup torpedo sebenarnya boleh meningkatkan risiko-risiko terkena penyakit lemah jantung, obesiti dan darah tinggi kerana zakar haiwan mempunyai paras kolesterol yang tinggi.

Menurut beliau lagi, zakar haiwan tidak memberikan apa-apa kesan untuk menambahkan tenaga melainkan jika ia dicampur dengan kolasid iaitu sejenis agen mengurai yang mampu menghakis kafein dalam tubuh. Biasanya, zakar haiwan akan diproses menjadi serbuk sebelum dicampur dengan kolasid dan diedarkan dalam kapsul lut sinar. Apabila seseorang menelan kapsul tersebut, kolasid yang terdapat dalam kapsul zakar haiwan ini akan menghakis kafein dalam badan dan memberi tenaga kepada pemakannya. Sebaliknya jika zakar haiwan hanya dimasak dengan sup, khasiat yang terdapat pada zakar itu sudah hilang.

Sumber : http://mysuarablog.blogspot.com

About zainura66

Pencinta Alam Semesta
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s