Kenapa zakar boleh jadi lebam ?

Soalan

SAYA berumur 20 tahun dan sering merasa sakit pada bahagian bawah tulang belakang. Kadangkala ketika ereksi, zakar saya bertahan berjam-jam, namun selepas empat atau lima jam, bahagian belakang, kantung buah zakar dan pangkal zakar terasa ngilu.

Jika membuang air kecil, saya rasa sakit tersekat di salur air kencing. Namun jika berehat, baring dan tidur ia pulih serta-merta, tetapi bila zakar kembali tegang ia sakit semula. Apakah masalah sebenarnya? Saya ingin melangsungkan perkahwinan tetapi masalah ini membuatkan saya risau.

MAT
Gombak, Selangor

Jawapan

Anda menyatakan kerap mengalami ereksi untuk jangkamasa panjang ketika berasa ghairah dan lepas itu, ia masih dalam keadaan separa erek dan anda terasa sengal di bahagian bawah tulang belakang dan di keseluruhan anggota kelamin.

Perasaan itu hilang atau kurang apabila anda rehat atau tidur. Anda tidak menyatakan sama ada sudah cuba melegakan tekanan di kawasan anggota kelamin dengan onani seperti biasa dilakukan sebilangan lelaki apabila teruja seksual dan mengalami ‘kongesion’ atau kekembangan bahagian anggota kelamin.

Bagaimanapun, jika onani kerap dilakukan, anda terasa letih, lesu, otot belakang kejang, mengantuk seperti tidak cukup tidur, kencing tidak lancar atau sakit dan pelbagai masalah lain.

Pendek kata, perubahan yang anda alami ialah akibat rangsangan seksual. Teruja seks, maka ereksi berlaku. Ereksi kekal dengan takungan darah dalam otot zakar, maka otot zakar separa keras ketika anda tidak kemut.

Ketika mahu membuang air kecil, ereksi masih kekal sedikit, maka jalanan air kencing dalam salur sempit menyakitkan salur kencing seketika.

Semua tekanan ini hilang selepas tidur atau baring. Sebenarnya fenomena yang anda alami jarang berlaku iaitu ‘blue balls’ atau ‘buah zakar lebam’.

Ini kerana takungan darah yang banyak dalam buah zakar, pundi prostat, otot zakar dan sakit buah zakar serta hujung tulang tungking/belakang akibat kemasukan darah banyak di kawasan anggota kelamin akibat rangsangan seksual.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/07

About zainura66

Pencinta Alam Semesta
This entry was posted in Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink.

3 Responses to Kenapa zakar boleh jadi lebam ?

  1. mohd ridzuan says:

    Bagaimana Cara Ingin meghilangakn lembam di buah zakar?

    • zainura66 says:

      Anda perlu urutkan agar darah lancar mengalir di bahagian lebam tersebut. Ia menjadi lebam akibat tidak mendapat oksigen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s