Apa Itu Mikropenis ?

Apa Itu Mikropenis?.

Mikropenis adalah masalah merujuk kepada saiz zakar yang terlalu kecil sejak dilahirkan. Dalam banyak keadaan, ibu bapa tidak begitu peka dengan saiz zakar bayi kecuali zakar bermasalah seperti sakit atau tidak dapat kencing dengan sempurna. Kes membabitkan mikropenis hanya dikesan selepas seseorang lelaki mencapai umur baligh. Peningkatan kes juga mula direkodkan pada peringkat usia ini.

ANTARA ubat dan alat yang dikatakan mampu mengubah saiz zakar yang boleh didapati di pasaran. Namun lelaki perlu berhati-hati jika mahu menggunakannya dan dinasihat berjumpa pakar jika mahu mengatasi masalah saiz zakar.

Seseorang yang menghadapi masalah mikropenis akan menempuh proses baligh sama seperti remaja lain. Cuma bagi kumpulan yang menghadapi masalah ini, saiz zakar tidak berubah.

Mengikut istilah, mikropenis adalah keadaan di mana ukuran zakar adalah lebih dari 2.5 deviasi standard di bawah saiz zakar normal. Di Asia, belum ada lagi kajian ukuran zakar boleh dijadikan panduan. Namun, tiga kajian seumpamanya sudah dikendalikan di negara Barat. Ukuran zakar yang dijadikan rujukan adalah seperti berikut:

Panjang purata ketika lembik dari 3.4 inci ke 3.7 inci (8.3 cm ke 9.3 cm)

Panjang purata ketika keras dari 5.1 inci ke 5.7 inci (12.9 cm ke 14.5 cm)

Bagaimanapun, saudara perlu ingat ukuran ini adalah untuk lelaki Barat yang mempunyai saiz zakar yang berbeza dari orang Asia. Mikropenis terjadi disebabkan masalah yang berlaku ketika masih janin (berada dalam kandungan ibu). Ada dua punca utama iaitu kromosom dan hormon yang abnormal. Seseorang yang mengalami mikropenis boleh menjalani hubungan seksual normal dan dapat memuaskan pasangan. Ini kerana hubungan seks bukan bergantung kepada saiz zakar semata-mata.

Kajian yang dilakukan di negara barat menunjukkan 75 peratus dari lelaki yang mengalami masalah mikropenis dapat menjalani hubungan seks secara normal. Mereka juga dapat memuaskan pasangan mereka. Seseorang yang mengalami masalah mikropenis juga boleh mendapat zuriat sama seperti lelaki lain.

Kebanyakan lelaki menganggap saiz zakar paling penting dalam hubungan seks. Kebanyakan lelaki menganggap saiz zakar mereka adalah kecil jika dibandingkan dengan rakan yang lain. Sebenarnya, tanggapan itu salah kerana kepuasan dalam hubungan jenis bukan saja bergantung kepada saiz zakar. Hubungan seks yang hebat boleh berlaku tanpa menggunakan zakar.

Jika saudara mempunyai mikropenis sekalipun, sebaik-baik rawatan adalah dengan menerima keadaan saudara. Anda perlu yakin dengan saiz zakar dan mampu untuk menjalani kehidupan seks secara normal. Ini kerana rawatan mengatasi keadaan mikropenis iaitu melalui pemberian hormon membesarkan saiz zakar perlu bermula ketika lelaki masih kanak-kanak dan hampir baligh.

Ada juga rawatan secara pembedahan boleh dilakukan untuk membesarkan zakar. Namun, rawatan secara pembedahan ini mempunyai pelbagai masalah tersendiri dan tidak memberi hasil yang baik dari aspek kepuasan.

Kredit Info : Berita Harian

Read more: http://lelakiohlelaki.com/

About zainura66

Pencinta Alam Semesta
This entry was posted in Uncategorized and tagged , . Bookmark the permalink.

9 Responses to Apa Itu Mikropenis ?

  1. anak saya mengalami masalah ini..saya sangat risau dengan keadaan dan masa depannya…bolehkah dia dapat menghasil zuriat ..doktor mensyorkan pembedahan..apa risiko kalau dia menjalani pembedahan..usianya baru masuk 2 tahun.

    • zainura66 says:

      Puan Rosidah,

      saya rasa adalah terlalu awal untuk memikirkan samada anak puan akan dapat menghasilkan zuriat atau pun tidak pada usianya baru masuk 2 tahun.

      Kesuburan bagi seseorang lelaki bukanlah tertakluk kepada saiz zakarnya tetapi ia bergantung kepada keseimbangan hormon yang dihasilkan oleh tubuh badan serta kesihatan zahir dan batin yang patut diberi perhatian….Wallahualam .

      • Cahaya Nur says:

        Salam, maaf Puan. Saya mahu tumpang tanya akak ini Doktor ke? Sebab saya ada soalan nak tny..boleh ke?

      • zainura66 says:

        Waalaikumsalam Cahaya Nur,

        saya bukanlah seorang doktor perubatan tetapi hanya pengamal rawatan alternatif.

    • zedzaidi says:

      jangan risau.. kawan saya mempunyai penis yg kecil (saiz budak) tapi kini sudah mmpunyai 2 cahayamata.🙂

      • Syafiq says:

        Salam bang Zed betul ke..? zakar saya masa lembik hanya 4-5 cm sahaja..masa tegang smpai 10 cm.. ada masalah ke tu ? sbb saya tgk zakar sy semasa lembik kecil..berbanding dgn kwn lain..

  2. aidil says:

    salam bang sya punya zakar msa lembik 3-4 jer bila tegang sampai 10 tp sya pelik sbb bila msa lembik sya punya mcm kecil x sma seperti kwn kwn sya yg len semua nya 5-7 bagaimanakah untuk menyelesaikan nya yer

  3. Muhammad Fitri shamsudin says:

    Doktor sy Muhammad Fitri Umur sy 24 tahun, Sy mengalami masalah Mikropenis ape yg perlu sy buat, Tolong sy Tuan Doktor

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s