Permasalahan tentang mati pucuk yang perlu diketahui

Meskipun ia merupakan masalah serius bagi kaum lelaki namun masih ada yang belum memahami dengan jelas akan masalah ini. Malah maksud sebenar disfungsi erektil ini juga mungkin tidak diketahui oleh sesetengah lelaki. Oleh itu, Mingguan Wanita (MW) akan memberi penjelasan tentang perkara yang harus diketahui tentang masalah kelelakian ini.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan disfungsi erektil?

Disfungsi erektil adalah ketidakupayaan zakar mengekalkan atau mengukuhkan tegangan sewaktu melakukan hubungan seks. Mati pucuk juga ialah sejenis gangguan kesihatan seksual yang boleh dikaitkan dengan permasalahan lain seperti lemah tenaga batin dan masalah pengeluaran air mani.

2. Apakah punca berlakunya mati pucuk ?

Masalah kesihatan yang menjejaskan aliran darah adalah punca lazim masalah disfungsi erektil. Ada yang berpendapat kemerosotan fungsi ereksi adalah biasa bagi usia seseorang yang sedang meningkat. Sebenarnya, terdapat faktor lain yang boleh menyumbang kepada permasalahan ini khususnya jika individu terbabit berpenyakit.


3. Apakah penyakit yang boleh menyumbangkan kepada terjadinya difungsi erektil ?

Ada beberapa jenis penyakit yang sudah dikenal pasti iaitu diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit jantung, paras kolestrol yang tingi dan prostatektomi (pembedahan pada zakar).

Diabetes menyebabkan seseorang lelaki mengalami disfungsi erektil pada usia yang lebih muda berbanding lelaki lain. Mereka yang menjalani rawatan diabetes berisiko lebih tinggi, iaitu tiga kali ganda bagi mengalami masalah ereksi yang serius. Lebih kurang 35 hingga 50 peratus lelaki diabetes mengalami masalah disfungsi erektil.

Tekanan darah tinggi boleh menyebabkan saluran darah menjadi sempit dan mengeras. Ini akan menjejaskan pangaliran darah ke zakar, sekali gus kualiti ereksi. Penyakit jantung dan paras kolestrol yang tinggi juga menjejaskan pengaliran darah ke zakar.

Lelaki yang dirawat untuk penyakit kardiovaskular berisiko empat kali ganda lebih tinggi mendapat masalah mati pucuk berbanding lelaki lain. Prostatektomi mencederakan saraf dan salur darah pada zakar lalu menjejaskan kualiti ereksi.


4. Apakah yang dimaksudkan dengan gaya hidup tidak sihat dan bagaimana ia menyumbang kepada terjadinya permasalahan mati pucuk ?

Gaya hidup dikatakan tidak sihat apabila seseorang itu merokok, mengambil alkohol secara berlebihan, kurang bersenam dan mengamalkan diet tidak seimbang. Kesemua perkara di atas meningkatkan risiko seseorang itu mengalami disfungsi erektil terutama apabila usia semakin meningkat.

5. Faktor psikologikal juga boleh menyebabkan disfungsi erektil. Bagaimana ?

Penumpuan kedua-dua minda dan tubuh adalah diperlukan sewaktu melakukan aktiviti seksual. Gangguan psikologi seperti tekanan, kemurungan, rasa bersalah, rendah diri, bimbang dan risau mengenai prestasi seksual, boleh mengganggu penumpuan minda. Akibatnya, rangsangan seksual yang diterima tidak dapat merangsang tubuh lalu menjejaskan prestasi seksual, khususnya penegangan zakar.

6. Bagaimana seseorang boleh menangani masalah mati pucuk secara semulajadi ?

Pengubahsuaian gaya hidup dan tabiat pemakanan serta pengambilan makanan tambahan yang sesuai boleh membantu mengatasi dan memperbaiki masalah mati pucuk ini.

Amalkan pengambilan makanan yang seimbang. Bersenam secara teratur kerana senaman melancarkan aliran darah. Pengambilan makanan tambahan yang khusus turut membantu menangani masalah seksual. Herba seperti Horny Goat Weed (Epimedium sagittatum), Gingko (Gingko biloba), Ginseng (Panax ginseng), Puncture Vine (Tribulus terrestris), Muira Puama (Liriosma ovata), Withania (Withania somnifera) dan Damiana ( Turnera difusa) sangat digalakkan. Gabungan herba itu bertindak sebagai tonik seksual yang mujarab bagi memperbaiki masalah seksual lelaki.

Luangkan waktu untuk berdua-duaan tanpa gangguan anak bagi merapatkan kembali hubungan anda dan pasangan. Jika perlu, bincanglah dengan mereka yang dipercayai atau dapatkan khidmat kaunselor.

About zainura66

Pencinta Alam Semesta
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s