Buah zakar berpintal atau terpulas?

Oleh Prof Madya Dr Zulkifli Md Zainuddin
Berita Harian Online
Artikel bertarikh 2011/01/08

Soalan :

SEORANG rakan saya yang sama-sama menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan, baru-baru ini mengadu sakit seperti rasa senak pada bahagian alat sulitnya dan masalah itu sudah berlanjutan sejak sekian lamanya. Saya membawanya ke hospital dan doktor mengesyakinya mengalami apa dikenali sebagai masalah buah zakar terpulas. Apakah masalah ini dan bagaimana ia boleh berlaku? Untuk pengetahuan doktor, sahabat saya adalah seorang yang aktif bersukan dan berusia 20 tahun. Bolehkah masalah ini berlaku kepada sesiapa saja?

Sahabat Prihatin, Melaka

Jawapan :

Saudara, masalah yang rakan anda alami adalah masalah buah zakar berpintal. Ia lazimnya berlaku kepada kanak-kanak dan mereka yang di awal remaja. Bagaimanapun, ia juga boleh dialami golongan awal dewasa seperti rakan saudara.

Untuk pengetahuan saudara, situasi buah zakar berpintal ini merujuk kepada masalah yang mana buah zakar itu berpintal pada paksinya lalu menyebabkan pengaliran darah ke buah zakar terhenti. Ini seterusnya menyebabkan buah zakar tidak lagi berfungsi jika tidak dirawat dalam tempoh enam jam selepas ia berlaku.

Dalam kebanyakan kes, sakit akan bermula secara akut iaitu serta-merta. Ia lazimnya kerap terjadi selepas seseorang bangun dari tidur atau selepas menjalani aktiviti lasak. Sakit yang dialami pula akan disertai bengkak pada buah zakar.

Merujuk situasi rakan saudara, saya berasakan kemungkinan beliau mengalami masalah buah zakar berpintal adalah rendah. Ini disebabkan beliau mengalami masalah ini sejak sekian lamanya.

Seperti yang saudara ketahui, sakit akibat buah zakar berpintal adalah amat kuat dan selalunya menyebabkan seseorang itu terpaksa dibawa dengan segera ke hospital.

Daripada apa yang saudara katakan, doktor baru mengesyaki rakan saudara itu mengalami masalah buah zakar berpintal.

Nasihat saya, maklumkan kepada rakan saudara supaya segera berjumpa pakar urologi bagi mengetahui permasalahan sebenarnya dan inilah cara terbaik daripada terus berteka-teki apakah punca kesakitan atau senak yang dialaminya.

Kemungkinan besar saudara akan diminta menjalani ujian dikenali doppler ultrasound. Dalam ujian ini, aliran darah ke buah zakar akan dapat dilihat dan ini amat membantu bagi tujuan diagnosis.

Bagi kes akut, pembedahan akan dilakukan yang mana tempat buah zakar berpintal itu akan ‘dilepaskan.’ Jika ketika pembedahan buah zakar menunjukkan tanda-tanda tidak berfungsi, buah zakar terpaksa dibuang.

Selain masalah buah zakar berpintal, ada juga sebab lain mengakibatkan berlakunya sakit buah zakar. Ini termasuk jangkitan kuman pada buah zakar dan infeksi virus terutama virus sama yang menyebabkan masalah beguk.

Bagi keadaan seperti ini, sakit pada buah zakar akan diikuti dengan tanda-tanda seperti demam, sakit semasa kencing, rasa pedih semasa kencing dan sakit pada bahagian ari-ari. Ada ketikanya, cecair akan keluar daripada bahagian kemaluan.

Jika ada yang sudah mengalami masalah buah zakar berpintal dan tidak dirawat, buah zakar yang tidak berfungsi akan lama kelamaan menjadi kecil dan mengecut dengan sendiri.

Bagaimanapun, tidak perlu bimbang kerana seseorang lelaki ini boleh berfungsi secara normal dengan hanya satu buah zakar.

Apa pun, apa yang lebih penting sekarang adalah berjumpa dengan pakar urologi bagi mengesahkan permasalahan sebenar dialami rakan saudara itu.

About zainura66

Pencinta Alam Semesta
This entry was posted in Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink.

14 Responses to Buah zakar berpintal atau terpulas?

  1. nor says:

    Salam..ank sy brusia 7 tahun baru2 ini buah zakarnya sprt mengelembung dn tidak surut..ank sy x rasa sakit ktika kncing atau di tekan..sblm ni ank sy bru baik demam n bengkak(jgkitan kuman)antara bahu hgga ke leher..apkh mslhnye?

    • zainura66 says:

      Waalaikumsalam,

      Nor,

      anak puan mengalami masalah sumbatan dari ruas tulang di pangkal tengkuk hingga ke tulang tongkin. Puan boleh cuba buat urutan dari pangkal tengkuk menghala hingga ke tulang tongking.

      Salam ceria selalu.

  2. saiful says:

    assalamualaikum, nak tanya, sakit berpintal tu sangat sakit kh?

  3. mohd says:

    Salam..adik saya pernah mengalami sakit sangat pada bahagian atas daripada zakar sampai tak boleh bangun.. dah pergi klinik doktor cakap urat je..tapi sekarang mengalami rasa pedih ketika kencing, keluar cecair selepas kencing dan senak..sakit apa yg dialami dia dan apa yg perlu buat..

    • zainura66 says:

      Waalaikumsalam Mohd, berapakah umur adik tuan ? Ada kemungkinan bahagian pundi kencingnya telah jatuh/ turun atau masalah pada prostatnya hingga menghimpit saluran kencing yang menyebabkan rasa pedih ketika kencing. Cuba urut dibahagian ari-arinya dengan menggunakan minyak. Lebih sesuai gunakan minyak urut Wan nura Terapi bagi tujuan melembutkan urat saraf serta membersihkan kotoran dari darah dagingnya agar lebih efektif.

  4. ahmad says:

    salam sye ada masalah daripada bayi lagi buah zakar saya tak turun ke dalam kelendut dan skrg buah zakar saya telah mnjadi kecil bile tolak ke bawah rasa senak mcm mne tu ?

    • zainura66 says:

      Waalaikumsalam Ahmad, anda disarankan mengurut bahagian abdomen hingga menjadi kendur dan lembut, kemudian urut buah zakar tersebut ke bawah agar ia tidak kembali naik ke perut. Ini perlu dilakukan sendiri atau jika anda sudah berkahwin, minta tolong isteri buatkan.

  5. abu says:

    seandainya melakukan pembedahan ,bolehkah hanya membetulkan pintalan tersebut

  6. SAYA NAK TNYA SAYA SEKARANG MERASAKAN SAKIT DIBAHGIAN TESTIS .SAKIT TU RASA SMPAI KAT PINGGANG…TP XLA SAKIT SANGAT CUMA TERASA BERAT SIDIKIT TESTIS TU…TP KENCING XDE LA SAKIT CUMA KALAU DUDUK

  7. Allan says:

    saya ada pertanyaan kepada yang pakar, saya mengalami biji zakar saya sebelah kanan naik ke atas sama paras kedudukan zakar dan sebeah kiri nya biasa kadang kala merasa kebas penat mengecut dan rasa sakit ketika kemih,dan badan sterasa kurang bertenaga dan sakit di bahagian belakang,demam,bengkak di paha kiri dan kanan,kadang naik ke kepala rasa berat,dan cepat letih apa kah masalah ini serious, minta tunjuk ajar dari docktor mengenai masalah saya ini, sedikit rasa kurang selesa pula di bahagian punding kencing, dan saya mengalami masalah ini dalam tempoh sebulan,

    baru ini saya ada jumpa medic di kapal dia bagi ubat antibiotic dan pencuci saluran sarang dan berapa ubat yg lain namun tiada tanda sembuh masih mengalami sakit yang sama,

    Saya mahu doctor menerangkan dengan saya apa perlu saya buat dan apa ubat yang sesuai untuk sementara saya masih di perantau di luar negeri menunggu sebulan kemudian untuk balik sign off,ke malaysia,

    • zainura66 says:

      Allan, untuk pengetahuan anda saya bukanlah seorang dokor perubatan dan hanya seorang pengamal perubatan tradisional melalui urutan terapi. Namun saya berpengalaman lebih dari 15 tahun dalam merawat pelbagai penyakit wanita khususnya dan masalah lelaki melalui suami yang juga seorang terapis. Dari fakta yang anda berikan di atas, anda mengalami ketegangan urat saraf yang melibatkan sistem perkumuhan , sistem pernafasan dan sistem reproduksi. Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan cuba melembutkan bahagian paha dan perut bagi menyelesaikan masalah anda ini.

      • Allan says:

        boleh ka saya mengurut sendiri di bahagian paha saya yang bengak kecil sekiranya timbul saya merasa lesu dan sedikit demam terasa sakit ke tulang belakang juga dan pandai berhenti sendiri dan datang lagi ketika mengakat berat berlebihan dan biji zakar naik ke atas paha paras zakar saya akan merasa kurang selesa dan saya rasa bahagian pundi dan perut terasa keras dari biasa,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s