Suami rungsing masalah penetrasi

Soalan:

DOKTOR, saya berkahwin pada tahun lalu. Selepas lebih setahun berkahwin, saya masih belum dikurniakan anak.

Masalah saya hadapi ialah ketika melakukan hubungan seks, zakar saya tidak pernah masuk ke dalam faraj hingga habis. Hanya bahagian kepala saja yang masuk. Apakah ini punca kami tidak beroleh zuriat?

Satu lagi, saya hadapi masalah luka di bahagian kulit hadapan. Mengapa ini boleh berlaku dan apa cara mengatasinya ?

Ingin Zuriat

Jawapan:

MENGENAI masalah anda, saya merumuskan faktor mengapa zakar anda tidak masuk ke dalam vagina. Untuk maklumat saudara, keadaan vagina seseorang wanita itu akan menjadi basah, mengembang dan memanjang apabila sudah bersedia untuk melakukan hubungan seksual sekali gus boleh menerima kemasukan batang zakar dengan mudah.

Bagaimanapun, keadaan disebut sebagai vaginismus seperti dialami saudara di mana seseorang lelaki itu tidak dapat memasukkan batang zakar dengan sepenuhnya ke dalam vagina pasangan.

Vaginismus adalah keadaan di mana vagina seseorang wanita tidak dapat menerima penetrasi zakar lelaki dan boleh menimbulkan kesakitan apabila penetrasi berlaku. Keadaan ini berpunca daripada kontraksi otot pubococcygeus yang berlaku secara refleks atau di luar kawalan.

Gejala ini sering melanda remaja perempuan yang sebelum ini belum pernah mengalami penetrasi zakar. Ada beberapa faktor yang boleh menyebabkan berlakunya vaginismus ini. Antaranya:

~ Jangkitan kuman atau kulat pada pundi kencing dan vagina.
~ Vagina yang mengalami masalah kurang kelembapan.
~ Pengalaman didera secara seksual atau dirogol.
~ Tidak ada pengalaman atau pengetahuan mengadakan hubungan seksual.
~ Perasaan takut mendapat sakit apabila penetrasi berlaku terutama apabila melakukan hubungan seks buat kali pertama.
~ Tidak bersedia untuk melakukan hubungan seksual.

Ada beberapa jenis rawatan yang dapat diberi kepada wanita yang mengalami masalah vaginismus. Ini bergantung sama ada berpunca dari kesan fisiologi atau psikologi. Seseorang wanita yang mengalami masalah ini perlu berjumpa dengan pakar sakit puan atau pakar psikiatri untuk mendapat rawatan sesuai.

Rawatan yang ada termasuk rawatan sensate focus dan rawatan desensitization dengan menggunakan vagina dilator. Proses ‘dilatation’ ini memerlukan seseorang wanita memasukkan objek yang berupa batang zakar ke dalam vagina dan objek yang digunakan itu boleh dibesarkan saiznya secara beransur-ansur. Kaunseling seksual juga boleh diberi kepada wanita yang kurang pengetahuan dalam hubungan kelamin.

Saya harap penjelasan ini dapat membantu saudara menyelesaikan masalah penetrasi jika isteri saudara menghadapi masalah vaginismus. Sebelum itu, saudara boleh mencuba merangsangkan isteri dengan memberi lebih tumpuan kepada foreplay.

Pastikan isteri saudara betul betul bersedia untuk penetrasi. Pastikan juga beliau berasa selesa semasa mengadakan hubungan seksual.

Sekiranya vagina mengalami masalah kekeringan, saudara perlu menggunakan gel lubrikasi yang boleh didapati di pasaran seperti KY Jelly. Saudara juga ada menyebut mengenai luka pada kulit di hadapan zakar. Ini mungkin disebabkan oleh kekeringan vagina hingga menyebabkan kulit melecet semasa melakukan hubungan seksual.

Untuk maklumat saudara, kehamilan masih boleh berlaku jika penetrasi dalam keadaan di mana pancutan air mani berada separuh dalam vagina. Faktor ini disebabkan pancutan air mani yang kuat dapat membawa sperma ke dalam pangkal rahim.

Pada masa yang sama, saudara juga boleh berjumpa dengan pakar kesuburan di mana pemeriksaan air mani boleh dilakukan untuk mengetahui tahap kesihatan sperma dan bilangan sperma yang ada di dalam air mani anda.

Sumber : Berita Harian Online

About zainura66

Pencinta Alam Semesta
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s