Rahsia Sperma yang perlu anda tahu

Sperma adalah sesuatu yang mengkagumkan dan banyak rahsia yang belum kita ketahui. Salah satu rahsianya, sperma hanya boleh berenang ke depan dan tidak boleh undur ke belakang. Bagaimana pula rahsia kitaran kehidupan bagi sperma ?

Sperma memiliki kitaran kehidupan tertentu mengenai berapa waktu yang diperlukan agar matang dan juga berapa lama sperma bertahan di dalam tubuh (rahim) bagi seseorang perempuan. Hal ini boleh membantu seseorang memahami lebih lanjut tentang sperma.

Seperti petikan dari Foxnews, Dr David Shin, Ketua pusat kesihatan seksual dan kesuburan di jabatan urologi dari Hackensack University Medical Center di New Jersey menyatakan beberapa rahsianya:

1. Sperma dihasilkan di testis dan memerlukan waktu selama 10 minggu untuk menjadi matang. Sperma yang matang ini boleh menunggu selama dua minggu di organ yang disebut epididimis (tempat penyimpanan sperma), organ ini berada di atas testis.

2. Berat dari sperma manusia sebesar 55 mikron (mikrometer atau sepersejuta meter).

3. Sperma ini sendiri berasal dari bahasa Yunani yang bermaksud ‘biji atau benih’, yang hanya boleh berenang ke depan dan tidak boleh berundur.

4. Bentuk sperma yang normal memiliki kepala dan ekor, sedangkan yang abnormal memiliki dua kepala atau dua ekor.

5. Laki-laki yang sihat akan menghasilkan 70-150 juta sperma sehari. Sperma ini terdapat dalam air mani yang mana rata-rata volume air mani normal yang dihasilkan pada ejakulasi adalah 2-5 ml (setengah hingga 1 sudu makan ukuran standard).

6. Dari setiap cairan semen (air mani) hanya terdapat sperma sebanyak 5 persen. Kebanyakan cairan semen ini terdiri dari cairan yang memberikan nutrisi serta menjadi pelindung pada masa sperma masuk melalui saluran reproduksi perempuan.

7. Sperma mampu bergerak rata-rata sejauh 1-4 milimeter per minit. Untuk menempuh perjalanan menuju sel telur di dua tabung falopi, sperma memerlukan waktu 45 minit – 3 jam.

8. Dari sperma yang keluar saat ejakulasi, hanya sekitar 25-50 persen saja yang boleh bergerak maju (ke depan) dengan baik dan kadang kala ada sperma yang memerlukan waktu selama 3 hari untuk mencapai sel telur.

Sperma yang sudah masuk ini mampu bertahan hidup sampai 5 hari di dalam rahim perempuan. Keadaan ini membuat seseorang wanita boleh hamil setelah beberapa hari melakukan hubungan seksual.

9. Sperma ini mengandung Y dan X, sperma Y untuk membuat anak laki-laki dan berenang lebih cepat kerana beratnya lebih sedikit berbanding sperma X (untuk membuat anak perempuan).

10. Untuk meningkatkan pergerakan dari sperma agar boleh berenang dengan cepat dan baik adalah dengan pengambilan banyak buah-buahan dan sayuran, mengurangi stres, berolahraga secara teratur, memerhatikan berat badan, menghindari penggunaan narkotin dan menghindar minuman beralkohol.

Sumber : foxnews, detikhealth

About zainura66

Pencinta Alam Semesta
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , . Bookmark the permalink.

7 Responses to Rahsia Sperma yang perlu anda tahu

  1. Cinta says:

    Aku ingin nanya,kalo sperm itu bisa idup brapa lama ya selepas menstruasi

  2. eyra says:

    klo melakukn hubungan seks bukan waktu subur boley mengandung x?

    • zainura66 says:

      Eyra, secara logiknya setiap wanita akan mengeluarkan telur/ ovum (benih) hanya sekali pada setiap bulan. Waktu kesuburan itulah masanya ovum akan dihasilkan oleh sistem reproduksi wanita.

  3. eyra says:

    jika bersetubuh bukan waktu subur.. boleh mgandung ke

  4. eyra says:

    klo bersetubuh 3hary sblum waktu subur berapa pratus boleh hamil..

  5. diela says:

    klo melakukan hubungan sex dlm lingkungan 3 hari kebwh sebelum ovulasi dan 1 ari selepas ovulasi pluang hamil tu mmg sgt cerah….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s