Faraj

Setelah kita mengetahui serba sedikit tentang alat kelamin atau zakar orang lelaki, kini kita perlu juga tahu mengenai alat kelamin atau faraj orang perempuan pula. Kita semua perlu tahu tentang alat kelamin ini kerana ia berhubungkait rapat dengan kehidupan kita sehari-hari seperti mengetahui tentang fungsinya dan juga tidak kurang pentingnya berkaitan dengan masalah seperti penyakit yang berkaitan dengannya.

Apa itu Faraj ?

Faraj adalah dari perkataan Arab bererti kemaluan hadapan bagi wanita yang dikenali juga sebagai qubul. Ia juga disebut vagina dalam bahasa Inggeris dan terdapat juga nama-nama yang lain mengikut bangsa yang berlainan . Faraj merupakan alat kelamin (alat sulit) bagi orang perempuan yang mempunyai berbagai fungsi di dalam kehidupan seharian mereka.

Faraj atau Vagina ialah merupakan satu saluran otot nipis yang disambung dari serviks hingga ke bahagian luar tubuh badan orang perempuan. Ia biasanya di antara enam hingga tujuh inci panjang, dan dindingnya diselaputi oleh lapisan mukus . Ia mempunyai dua struktur “vaultlike” ; bahagian depan (anterior vaginal fornix) dan bahagian belakang (posterior vaginal fornix) . Bahagian serviksnya agak menonjol ke depan di zon vagina serta melalui satu lubang kecil di mana ia adalah merupakan laluan atau jalan bagi sperma menuju ke bahagian organ-organ reproduksi dalaman. Faraj juga terdiri dari beberapa kelenjar halus bagi merembeskan cairan darinya

“Vagina” berasal dari perkataan Latin yang bermaksud ‘ selubung atau sarung’ (a sheath or scabbard); yang mana ia menjadi ‘sarung’ bila mana zakar atau penis (sword) ditusukkan. Seperti ‘lambang’ di antara percintaan dan peperangan yang mana telah tertanam di minda kita sejak berzaman.

Istilah dari Wikipedia

Faraj (فرج dari bahasa Arab, bermaksud “kembang”, “diluaskan”) ialah saluran tiub yang menuju dari uterus ke luar badan mamalia berplasenta dan marsupial betina, atau ke kloaka burung, monotrem, dan sebilangan reptilia betina. Serangga-serangga dan invertebrata-invertebrata yang lain juga mempunyai faraj yang merupakan bahagian akhir oviduktus. Dalam percakapan biasa, istilah “faraj” sering digunakan untuk merujuk kepada puki atau genitalia perempuan amnya; sebenarnya faraj merupakan struktur dalaman yang khusus dan puki merupakan genitalia luar sahaja. Bibir-bibir dan bahagian-bahagian lain juga dianggap sebagai sebahagian faraj dalam penggunaan umum.

Advertisements

About zainura66

Pencinta Alam Semesta
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s