Kejadian Anggota Faraj

Kejadian faraj seorang wanita berbeza dari segi bentuk, saiz dan kedudukannya. Ada wanita yang mempunyai lubang faraj yang besar, ada yang sedang dan ada yang kecil. Kaum Cina dahulukala menyatakan bahawa saiz lubang faraj boleh diketahui dari saiz mulut wanita. Jika besar mulutnya maka besarlah lubang farajnya. Jika seseorang wanita itu mempunyai lesung pipit itu tandanya lubang farajnya sempit. Ada pula wanita yang mempunyai lubang faraj yang cetek dan ada pula yang dalam.

Dikatakan bahawa jika seseorang wanita itu mempunyai mata yang agak tersembul keluar itu tandanya lubang farajnya cetek. Pada zaman dahulu kala, besar, kecil, dalam serta ceteknya faraj amat diambil perhatian kerana dipercayai bahawa faraj yang besar memerlukan zakar yang besar bagi memuaskannya dan lubang faraj yang dalam memerlukan zakar yang panjang.

Dari segi saiz biji kelentit pula, ada wanita yang mempunyai biji kelentit yang besar dan panjang dan ia terkeluar dari kelentit walaupun dalam keadaan tidak ghairah. Ada pula wanita yang tersembunyi biji kelentitnya dan tetap berada di celah kelentit walaupun dalam keadaan ghairah. Ada wanita yang tersembunyi biji kelentitnya apabila tidak ghairah ia akan kelihatan tenggelam tetapi biji kelentit itu keluar dari celah kelentit apabila ghairah.

Pada masa sekarang faktor keluar atau tersembunyinya biji kelentit memang diambil perhatian kerana dipercayai bahawa keluarnya biji kelentit maka mudahlah ia dirangsang dan lebih mudahlah seorang wanita itu dipuaskan dalam bersetubuh. Ada pula faraj wanita yang mana bibir dalam sebelah bawah (labis minora) panjang sebelah dan ada juga yang mempunyai bibir dalam sebelah bawah yang panjang kedua-dua belah. Ada yang seolah-olah tiada bibir dalam sebelah bawah. Tetapi setakat yang diketahui perkara ini tidak menjejaskan kemampuan wanita untuk mencapai orgasme.
Bagi sesetengah wanita kedudukan lubang farajnya ada yang menghala ke belakang dan ada pula yang menghala ke hadapan. Perbezaan ini memerlukan suami memilih posisi bersetubuh yang berbeza bagi membantu isterinya agar mudah inzal (orgasme).

About zainura66

Pencinta Alam Semesta
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

3 Responses to Kejadian Anggota Faraj

  1. adierahman90 says:

    Sebab tu wanita islam di suruh Pakai purda…πŸ™‚

    • zainura66 says:

      Sememangnya orang di zaman dahulu kala orang lelaki menjiwai setiap inci tubuh badan kaum wanita, dan itu sebabnya wanita di zaman dahulu ramai yang menutupi tubuh mereka dari kepala hingga ke kaki kerana hinggakan bekas tapak kaki pun mereka boleh ‘baca’ akan seseorang wanita itu. Tapi malangnya zaman moden ini walau macamana terdedah aurat sekali pun susah mereka nak ‘baca’ seseorang wanita itu dan bila telah berumahtangga baru terbongkar segala rahsia diri kepada pasangan dan akhirnya rumahtangga jadi porak peranda pula. Namun ini bukanlah merujuk kepada semua kes masalah rumahtangga.

      Wallahualam.

  2. saha says:

    terima kasih atas info2 yang diberi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s