Wanita Jagalah Organ Intimmu!

Ramai yang menganggapnya berperanan hanya untuk seks namun hakikatnya organ intim wanita atau pun vagina ini amat penting terhadap kesihatan keseluruhan wanita. Masalah-masalah vagina boleh memberi kesan terhadap kesuburan, keinginan untuk melakukan hubungan seks dan kebolehan untuk mencapai orgasma.

Isu-isu kesihatan vagina yang berterusan turut memberi kesan kepada kehidupan wanita sekali gus menyebabkan tekanan atau masalah-masalah dalam perhubungan dan memberi kesan kepada keyakinan diri.

Atas kepentingan fungsinya maka setiap wanita perlu prihatin terhadap organ ini. Setiap tanda-tanda dan gejala-gejala masalah-masalah vagina perlu diketahui dan apa yang boleh anda lakukan untuk melindungi kesihatan vagina.

Pelbagai faktor-faktor boleh memberi kesan terhadap kesihatan vagina. Berikut adalah contoh-contohnya :

• Hubungan seksual yang tidak dilindungi.

• Anda berkemungkinan mendapat penyakit jangkitan kelamin jika tidak melindungi diri sewaktu melakukan hubungan seksual.

• Seks yang terlalu agresif atau keretakan pelvik.

• Hubungan seks yang dipaksa atau kecederaan pada kawasan pelvik boleh menyebabkan trauma pada vagina.

• Masalah-masalah kesihatan yang tertentu.

• Diabetes dan Sindrom Sjogren (sejenis penyakit autoimun) boleh menyebabkan kekeringan pada vagina.

• Ubatan dan produk pembersih bahagian sulit wanita.

• Penggunaan antibiotik berpanjangan meningkatkan risiko jangkitan yis. Antihistamin tertentu boleh menyebabkan kekeringan pada vagina. Penggunaan tampon memiliki penyerapan paling kuat boleh membawa kepada sindrom kejutan toksik.

Produk pencegah kehamilan.

Spermisid dan gegelung vagina boleh menyebabkan kerengsaan pada vagina. Penggunaan diafragma atau span pencegah kehamilan mampu mendedahkan terhadap risiko sindrom kejutan toksik.

Kehamilan Dan Kelahiran Bayi

Apabila hamil, anda akan berhenti mendapat haid sehinggalah selepas anda melahirkan bayi. Semasa hamil, cairan yang keluar dari vagina kerap meningkat. Kekoyakan vagina biasa berlaku semasa melahirkan bayi. Dalam sesetengah kes, episiotomi iaitu satu belahan yang dibuat antara pembukaan vagina dan anus semasa mahu melahirkan bayi akan dilakukan oleh doktor.

Isu-isu Psikologikal

Kegelisahan dan kemurungan boleh menyumbang kepada tahap terangsang yang rendah. Ia menyebabkan rasa tidak selesa atau sakit semasa melakukan hubungan seks. Trauma seperti penderaan seksual atau pengalaman seks yang menyakitkan juga boleh membawa kepada kesakitan yang berkaitan dengan seks.

Penuaan

Vagina hilang keanjalan selepas menopaus.

Tahap-tahap Hormon

Perubahan dalam tahap-tahap hormon boleh memberi kesan pada vagina. Sebagai contoh, penghasilan estrogen berkurangan selepas menopaus, selepas melahirkan bayi dan semasa menyusui bayi. Kehilangan estrogen boleh menyebabkan lapisan dalam vagina untuk menipis sekali gus menyebabkan kesakitan sewaktu melakukan hubungan seksual.

Keadaan Yang Beri Kesan Pada Vagina

Apakah masalah-masalah vagina yang biasa berlaku? Berikut adalah keadaan-keadaan yang boleh memberi kesan kepada vagina:

1. Masalah-masalah Seksual
Ini termasuklah rasa sakit pada genital yang berterusan atau berulang semasa atau selepas melakukan hubungan seksual (dyspareunia). Rasa sakit semasa penembusan boleh disebabkan kekejangan otot pada dinding vagina secara tidak sengaja (vaginismus).


2. Penyakit Jangkitan Kelamin

Pelbagai penyakit jangkitan kelamin boleh memberi kesan pada vagina, termasuklah ketuat genital, sifilis dan herpes genital. Tanda-tanda dan gejalagejala termasuklah cairan abnormal pada vagina atau luka pada genital.

3. Vaginitis

Jangkitan atau perubahan dalam keseimbangan normal bakteria vagina boleh menyebabkan keradangan pada vagina (vaginitis). Gejala-gejalanya termasuklah cairan pada vagina, bau busuk, kegatalan dan kesakitan.

Jenis-jenis vaginitis termasuklah vaginosis bakteria, yang diakibatkan oleh pertumbuhan satu daripada organisma yang biasa ada dalam vagina; jangkitan yis yang biasanya disebabkan oleh kulat yang muncul secara semula jadi yang dikenali sebagai candida albicans dan trichomoniasis yang disebabkan oleh parasit dan biasanya disebarkan melalui hubungan seksual.

4. Pengenduran Lantai Pelvik

Jika penyokong ligamen dan tisu penghubung yang menahan rahim di tempatnya menjadi lemah, ia boleh menyebabkan rahim, pundi atau dubur boleh terjatuh ke dalam vagina. Ia juga mengakibatkan vagina tertolak ke bawah.

Penyakit Dan Masalah Lain

Sista vagina boleh menyebabkan rasa sakit semasa melakukan hubungan seksual atau menjadikan ia sukar untuk memasukkan tampon.

Tanda Dan Gejala Masalah

• Segeralah berjumpa dengan doktor jika anda mengalami masalah keadaan berikut:
• Perubahan dalam warna, bau atau jumlah cairan pada vagina-terutamanya apabila disertai dengan demam.
• Kemerahan vagina, kegatalan atau kerengsaan.
• Pendarahan vagina antara haid, selepas melakukan hubungan seksual atau selepas menopaus.
• Benjolan pada vagina.
• Rasa tekanan atau berat pada vagina.

Langkah Agar Vagina Kekal Sihat

• Bagi memastikan organ intim ini tidak berdepan masalah, anda boleh melakukan langkah-langkah berikut bagi melindungi kesihatan vagina dan kesihatan keseluruhan.

• Lebih bertanggungjawab sewaktu melakukan hubungan seksual. Gunakan kondom atau kekalkan hubungan dengan seorang pasangan yang bebas daripada penyakit jangkitan kelamin.

• Dapatkan vaksinasi yang boleh melindungi anda daripada Human Papillomavirus (HPV) dan juga hepatitis A dan hepatitis B. Jangkitan hati serius boleh merebak melalui hubungan seksual.

• Praktik penjagaan kebersihan yang betul. Jangan menggunakan pencuci vagina, sabun wangi, semburan atau tampon berbau harum.

• Lakukan senaman Kegel. Senaman ini boleh membantu menguatkan otot lantai pelvik.

• Kenali ubatan anda. Berbincang dengan doktor mengenai penggunaan ubatan dan kesan sampingan terhadap vagina.

• Jangan merokok, mengambil dadah atau minum minuman keras atau alkohol.

Sumber : http://www.mingguanwanita.com.my

About zainura66

Pencinta Alam Semesta
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , . Bookmark the permalink.

5 Responses to Wanita Jagalah Organ Intimmu!

  1. rafariana says:

    Anda mengalami masalah faraj longgar? Faraj berair,becak, keputihan,haid tak teratur,senggugut ? CUBALAH PRODUK SERI DEWI MALAM :
    1. JAMU DEWI SUCI RM 65.
    Jom hubungi 0102870590.
    Berfungsi
    Merapatkan/mengetatkan faraj
    Mengembalikan dalaman faraj yg berpasir ( meningkatkan kegelian ketika bersama )
    Meningkatkan kemutan
    Menyerap & mengeluarkan kotoran/keputihan/darah beku
    Mengecutkan rahim
    2. Feminine wash RM 48
    Jom hubungi saya 0102870590(sms/call/whatapps)
    Trdpt dlm 2 jenis iaitu arabic spices dan rose
    BERFUNGSI
    Merawat keputihan
    Membunuh kuman dan fungus
    Mencegah bau vagina
    Menyamankan vagina
    Anti bakteria
    Menghilangkan kegatalan
    Sesuai utk wanita dtg haid dan hamil
    3. Susukan qalbu RM 40
    Jom hubungi saya 0102870590( call/sms/whatapps)
    Berfungsi
    Mencairkan dan mengeluarkan keputihan
    Merapatkan vagina seperti dara
    4. MASKER INTIM RM 30
    Jom hubungi saya 0102870590 (call/sms/whatapps)
    Berfungsi
    Merawat masalah kegatalan di bhgian intim
    Menegangkan dan merapatkan bibir faraj
    Mengebukan pipi vagina
    Memberi keselesaan di bhgian intim ketika berpeluh/berlendir

  2. siti fatimah says:

    ubat untuk hubungan intim wanita yang sudah monopaus

    • zainura66 says:

      Siti Fatimah boleh amalkan madu lebah dan jintan hitam (Habbatussauda) untuk membina kesihatan dan mencegah penyakit.

  3. nur hasyida says:

    Apakah ketuat kelamin akibat virus papilomatosis boleh menghalang kita untuk hamil lagi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s