Perbezaan di antara 3 jenis Air: Mani, Mazi dan Wadi

Air Mazi Wanita

AIR mazi wanita/perempuan ialah cecair yang keluar ketika wanita itu ghairah dan cecair itu ialah lelehan daripada faraj, pundi bartholin dan pundi vestibule yang terletak di permukaan ‘vulva’ atau bahagian antara bibir kecil.

Air mazi boleh keluar ketika perempuan itu membaca buku romantis atau menonton adegan mengghairahkan seperti, pasangan sedang bercumbuan dan bersentuh. Bagaimanapun, air mazi tidak membatalkan puasa seseorang. Air mazi adalah najis. Ia perlu dibasuh jika terkena pada pakaian sebelum melakukan solat atau ibadat.

Bentuk Air Mazi Wanita

Ia lebih berbentuk kepada lelehan atau cairan berlendir. Fungsi utamanya ialah sebagai pelincir bagi memudahkan kemasukan zakar ke dalam faraj. Ia akan dihasilkan secara automatik apabila terdapat rangsangan seksual samada menerusi perlakuan atau pun menerusi ransangan minda apabila menonton video erotis atau membaca buku erotis.

Air Mani Wanita

Air mani pula ialah cecair yang keluar akibat rangsangan anggota syahwat dengan tangan iaitu menyentuh klitoris atau keseluruhan vulva atau tusukan zakar atau dengan merangsangkan pembukaan kemaluan dengan alat penggetar. Ia keluar menerusi skene’s glands( rujuk rajah).

Cecair yang keluar itu kadangkala meleleh dan jarang sekali memancut. Namun, sesetengah wanita mempunyai kemampuan untuk memancutkan air mani mereka. Air mani perempuan tiada benih (air mani lelaki mengandungi benih atau sperma) dan lelehan itu datang dari pundi para urethral dan semacam air kencing dan kadangkala berbau seperti air kencing tetapi bukan air kencing.

Jika perempuan mencapai kemuncak dan ada lelehan dari kemaluannya, itulah air mani dan jika pengeluarannya berlaku, ia membatalkan puasa.

Penerangan gambar di kanan:

1.Klitoris adalah bahagian paling sensitif wanita.
2. Labia Minora ialah bahagian kulit yang menutup lubang faraj.
3. Uretra adalah lubang saluran air kencing wanita.
4. Skene Glands adalah lubang pengeluar air mani wanita.
5. Vagina adalah lubang kemaluan wanita. Ia adalah saluran untuk kemasukan zakar lelaki dalam penghubungan seksual.
6. Bartolin Glands adalah tempat air mazi keluar. Jika berlaku rangsangan seksual, ia akan bertindak balas untuk merempes cairan untuk memudahkan kemasukan zakar jika dalam hubungan seks.

Air Mani Wanita Vs Air Mazi Wanita

Apakah perbezaan ketara di antara kedua dua air ini ?

1. Air mani keluar ketika puncak seksual (klimaks) manakala air mazi keluar jika terdapat rangsangan seksual.

2. Pengeluaran Air mani membatalkan puasa dan perlu mandi wajib manakala pengeluaran air mazi wanita tidak membatalkan puasa, namun ia perlu dibersihkan kerana ia adalah najis.

3. Air mani wanita tidak najis manakala air mazi wanita adalah najis.

4. Pengeluaran air mani diwajibkan untuk mandi wajib manakalan pengeluaran air mazi tidak perlu melakukan mandi wajib.

Admin berharap anda boleh membezakan dengan baik apakah perbezaan ini. Ia amatlah penting untuk difahami kerana ini boleh mempengaruhi ibadat kerohanian kita seperti solat dan berpuasa. Jika berlaku pengeluaran air mazi dan terkena pada pakaian, ia menjadikan pakaian tersebut tidak boleh digunakan untuk bersolat.

Jika berlaku pengeluaran mani, kita diwajibkan untuk mandi wajib terlebih dahulu sebelum mengerjakan ibadat seperti solat dan sebagainya.

Bagaimana pula dengan Air Wadi?

Air wadi pula ialah air putih pekat yang keluar dari kemaluan lelaki dan wanita selepas membuang air kecil, atau mengangkat sesuatu barang yang berat atau kepenatan. Hukumnya adalah najis mutawassitah iaitu sama dengan air mazi dan tidak perlu mandi wajib memadai dengan membasuhnya sahaja.

About zainura66

Pencinta Alam Semesta
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , . Bookmark the permalink.

69 Responses to Perbezaan di antara 3 jenis Air: Mani, Mazi dan Wadi

  1. zue says:

    Sekira cecair yg kuar akibat sentuhan antara lelaki dan perempuan.sebagai contoh;suami memegang pinggang atau memeluk isteri.adakah cecair yg kluar akibat perlakuan td adalah air mazi?

  2. andri says:

    klo sering” onani gimana

  3. nuyu says:

    Bentuk Air Mazi Wanita

    Ia lebih berbentuk kepada lelehan atau cairan berlendir. Fungsi utamanya ialah sebagai pelincir bagi memudahkan kemasukan zakar ke dalam faraj. Ia akan dihasilkan secara automatik apabila terdapat rangsangan seksual samada menerusi perlakuan atau pun menerusi ransangan minda apabila menonton video erotis atau membaca buku erotis. ni refer air mazi or air mani?

  4. minah says:

    bagaimana jika lelehan keputihan slalu ade adakah sah untuk solat?

    • zainura66 says:

      Assalamualaikum Minah,

      solat anda sah bila lelehan keputihan tersebut hanya mengotorkan seluar dalam anda. Jika terkena kepada telekung atau kain sembahyang, hanya cuci bersih dengan air mutlak yang suci lagi menyucikan. Saya ada beberapa soalan; banyakkah lelehen tersebut bila keluar ? Adakah lelehan tersebut pekat, berbau dan gatal ? Jika terdapat faktor-faktor ini, berhati-hatilah sebab ia dikhuatiri tanda-tanda awal barah rahim atau pintu serviks. Wallahualam.

  5. aqin says:

    tanpa uat persetubuhan kenaper air mazi kluar..?

    • zainura66 says:

      Aqin, anda selalu pasang angan-angan dan suka melihat, membaca, membayangkan dan menonton gambar atau cerita lucah hingga otak anda gagal mengawal nafsu anda.

  6. min says:

    Cecair yg keluar apabila bermain clitoris dgn jari tanpa memasukan jari ke dalam vagina sehingga rasa puas perlukah mandi wajib? Keadaan cecair seperti jernih cair dan ada melekit sedikit.

  7. anne says:

    Ingin bertanya.sekiranya keputihan sentiasa keluar, adakah perlu untuk menukar seluar dalam setiap kali sebelum bersolat?

  8. mizad says:

    adaka air mazi mempunyai sperma???

  9. unknown says:

    perlukah tukar seluar dalam yang terkena keputihan perempuan setiap kali solat?

    • zainura66 says:

      Islam menitikberatkan kebersihan dalam apa jua aspek samada dari segi zahir dan batin. Keputihan dianggap sebahgian drp najis jenis ringan. Lebih baik tukar untuk mengkhusyukkan ibadah solat nanti.

      • anne says:

        bagaimana jika saya mengerjakan umrah? Kerana keputihan saya selalu keluar jadi agak sukar untuk setiap kali masuk waktu solat perlu ke toilet untuk tukar pantyliner di makkah. Keputihan saya memang selalu keluar tapi sudah cek tiada penyakit apa. Cuma mungkin disebabkan subur. Tolong jawab ye sis. Jzkk.

      • zainura66 says:

        Anne, anda perlu pantau kuantiti keputihan yang keluar. Maksudnya jika ia keluar jika anda stress, keletihan yang melampau atau mengalami resdung, kuantitinya sikit dianggap biasa. Tetapi jika ‘selalu’ keluar dan dalam kuantiti yang banyak pula diikuti dengan warna kuning kehijauan serta berbau dan merasa gatal, anda perlu membuat pemeriksaan yang terperinci dengan doktor pakar sakit puan (gyne). Gejala sebegini biasanya tanda awal bagi barah rahim. Namun jika tiada gejala sedemikian serta pengesahan dari doktor pakar bahawa tiada penyakit, maka anda tidak perlu risau. Dengan memakai panty liner sudah memadai untuk menjamin kebersihan untuk anda melakukan ibadah semasa mengerjakan umrah. Allah swt lebih Mengetahui akan apa yang anda kerjakan ….yang penting niat anda terhadap setiap tindak tanduk anda. Wallahualam.

  10. qi rin says:

    assalammuaikum, sye bru usia 19 thun… bujng. nk tnye. Adakah ianya normal klu kuar cecair jernih berlendir tiap kali nk buang air kecil , itu air mani atau bukn? kbiasaannye kuar minggu ke3 sbulm priod. Adakah air mani hnye kuar time melakukn persetubuhn? atau memang boleh kuar ngn sndri? Walaupn x memikirkn bnde2 smua (bukn dlm keadaan “lazat” e.c.t ) … adakh boleh jadi punce nye time kte menyentuh sluruh kmaluan tersebut (bhgian luar) dan celah2 bhgian dinding vagina mase nk membersihkn kemaluan trsebut slps buang air kecil? sye makin keliru bab ni.. help.

    • zainura66 says:

      Waalaikumsalam Qi rin, air mani hanya akan dihasilkan apabila nafsu sampai kemucak kelazatan setelah samada kemaluan diransang otak diransang dengan khayalan yang menggairahkan spt melihat foto/ filem lucah atau membaca buku yang boleh menaikkan rasa ghairah tapi jika tidak, ia bukanlah air mani tapi mungkin penyakit yang perlu di pantau dengan segera.

      • DoktorHatiku77 says:

        Assalamualaikum wbt…
        maf nak tnya ni..
        prlukah mandi wajib apabila cecair brwarna putih sering keluar dari faraj? Puasa kita sah ke?

  11. zati says:

    Saya nak tanya kalau berasa ingin mengeluarkan air kecil apabila terlihat aksi2 bercumbuan atau yg sewaktu dengannya adakah ia dikira air mani?

  12. ikin says:

    assalam , saya ingin bertanya jika kita tidak pasti sama ada yg keluar itu adalah air mani atau air mazi . bolehkah kalau kita melakukan mandi wajib ? saya harap anda sudi menjawap soalan saya :l

  13. ben says:

    Keluar air mazi atau wadi BG laki2 bole membatalkan puasa Kew? Ada mazhab kata batal Dan yg kata x.

  14. wawa83 says:

    Sekiranya suami merangsang dengan menggosok bahagian klitoris dan saya berasa geli sangat dan terangsang, namun tiada cecair yg keluar dari faraj, maka wajibkah untuk mandi wajib? Terbatalkah puasa saya?

    • zainura66 says:

      wawa83, tidak kira bahagian mana pun wanita diransang sehingga inzal, tentunya ada keluar cecair yang dipanggil air mani…..untuk maklumat lanjut sila klik di sini

      • wawa83 says:

        Terima Kasih Di atas jwpn yg diberikan. Maksudnya saya harus mandi wajib sblm berpuasa keesokan harinya walaupn tiada cecair yg keluar ye?

  15. nana says:

    Tiada cecair yg keluar apabila bermain clitoris dgn jari tanpa memasukan jari ke dalam vagina sehingga rasa puas perlukah mandi wajib?

  16. ezzati says:

    Sy nk tnye..jika seseorg perempuan terangsang tp tidak keluar air mani jdi perlu ke beliau untuk mandi wajib? Lagi 1,sy agk kurang faham perbezaan air mani dan mazi..

    • zainura66 says:

      ezzati, saya sarankan anda perlu tahu dari sekarang perbezaan di antara air mani dan mazi. Jika terangsang tapi tidak keluar air mani tidak perlu mandi wajib tapi hanya setakat bersihkannya sahaja.

  17. iqa88 says:

    Cecair akn keluar apabila bermain clitoris dgn jari tanpa memasukan jari ke dalam vagina sehingga berasa puas .dan kmudian kluar cecair seperti jernih cair dan melekit sedikit..ini adalah air mazi atau air mani dan perlukah mandi wajib .?.sy xdpt mmbezakan air mazi dan air mani.

    • zainura66 says:

      iqa88, ini disebut melancap atau onani iaitu meransang kemaluan sendiri sehingga menikmati kelazatan badaniah adakalanya sehingga puncak kepuasan. Inzal adalah rasa puncak kenikmatan apabila bahagian sensitif alat sulit seperti klirotis diransang sehingga mengeluarkan cecair yang melekit dan barbau seperti putih telur yang disebut air mani walaupun tanpa memasukkan ke dalam vagina. Di antara tujuan mandi hadas atau mandi wajib adalah agar tubuh badan kembali segar semula. Namun adalah tidak sah ibadah seperti solat, bertawaf, bersa’i tanpa mandi hadas terlebih dahulu.

  18. cik anon says:

    Sya masih keliru prbezaan air mani dan mazi. Jika terangsang ketika melihat aksi atau gambar lucah. Itu ialah air mazi. Dan jika teransang semasa bersetubuh ialah air mani. Btol x?

  19. eja says:

    salam. sy nk tnye ye.. selepas sy bersegama bersama suami di mlam hari ..di esokkan hari nye byk keputihan keluar mungkin dr air mani suami sy.. jd ptt kah sy mandi wajib atau dibersihkan sahaja..

    • zainura66 says:

      Waalaikumsalam Eja. Setiap kali bersenggama di mana zakar suami menusuki faraj anda, sudah pasti anda perlu mandi wajib. Jika keputihan yang keluar tidak semestinya air mani, anda hanya perlu bersihkan sahaja dan tukar seluar dalam yang bersih.

  20. insanmusykil says:

    Salam.. saya ingin bertanya, batalkah puasa saya sekiranya suami menggeselkan zakar di sekitar saluran kencing dan sekitarnya ttp tidak masuk ke lubang faraj.

    • zainura66 says:

      Waalaikumsalam. Ini hanya pendapat peribadi admin, walaupun tidak dinyatakan dalam perkara yang membatalkan puasa, tetapi salah satu daripada tujuan berpuasa ialah menahan nafsu syahwat dan ibadah ini dilakukan dengan niat kerana Allah swt. Perkara yang anda lakukan adalah di antara perkara yang dilarang kerana perlakuan ini akan mendorong kepada persetubuhan dan sudah tentunya anda wajib membayar kifarah jika keterlanjuran. Iblis dan syaitan sentiasa menggoda anak adam supaya berbuat kesalahan setiap masa. Sungguhpun ada yang mengatakan iblis dan syaitan diikat terutamanya dalam bulan Ramadhan, tetapi setiap manusia di beri akal fikiran untuk sentiasa sedar serta perlu mengawal nafsu agar tidak terjerumus ke lembah dosa. Dosa itu adalah penyakit….

      • ririn says:

        Saya nak tanya, jika saya bercakap di telefon dgn pakwe tanpa bercakap mengenai “sex”, saya rasa kemaluan saya berair dan biji saya berdenyut2 .adalah air yg keluar itu air mazi ??
        Kalau melancap tu, da semestinya yg keluar air mani kan ??
        Masih confuse lg air mazi ni .
        Sebab saya selalu rasa berahi dan kemaluan saya berair (cecair berlender) .kadang2 cecair tu pekat, kadang2 tranparent je .
        Mohon penjelasan .

      • zainura66 says:

        ririn, anda wajib tahu untuk membezakan di antara ke 3 jenis air ini sebelum berumahtangga. Jika anda berasa was-was, ada baiknya anda mandi hadas besar kerana dalam Islam menitikberatkan kebersihan. Tujuan mandi hadas selain dari menyucikan diri, ia juga dapat menyegarkan kembali tubuh badan agar dapat menjalani ibadah seharian. Wallahualam.

  21. Hamka says:

    Assalamu’alaikum tuan. Pertanyaan saya, saya sudah beristeri. Kelmarin merupakan ulang tahun perkahwinan saya yang ke sebulan. Sejak kebelakangan ni, saya ada nampak sesuatu yang putih di bibir kemaluan saya semasa saya hendak membuang air kecil, selepas saya bangun dari tidur. Ianya tidak banyak. Keadaannya bertumpuk2. Adakah itu air wadi? Saya tidak ingat sama ada ia muncul sebelum atau selepas membuang air kecil.

  22. afieda says:

    Assalamualaikum.. suami sya slalu memasukkan jarinya ke dalam kemaluan sya sblum kmi bersetubuh.. sya tidak merasa sebarang cecair yg kluar dari kmaluan sya.. adakah tusukan jari itu sma dgn tusukan zakar? Kena mandi wajib tak?

  23. lala says:

    Sy agk keliru berkenaan antara air mazi n air mani.. adakah jika bermimpi yg mndtgkn syahwat dikategorikan dlm air mazi or mani?? Bukan ke air mani jika berduaan dgn suami shj??

  24. IzatyR says:

    Air mazi saya selalu kuar. Saya ingatkan kena mandi wajib

    • zainura66 says:

      IzatyR, apalah salahnya jika anda mandi wajib …. mandi juga untuk bersuci dan Islam menitikberatkan tentang kebersihan.

  25. ummi says:

    baru2 ini sy ke mekah mengerjakan umrah…sebelum ke mekah sy ada melakukan onani n tidak tahu jika mencapai anzal perlu mandi wajib sbb keluar air mani padahal sy tidak tahu wanita juga apabila mencapai klimaks juga blh (padahal sy tidak tahu membezakan air mani n mazi ketika itu sehingga sy mencari maklumat dengan pembacaan ) maka jika keluar air mani hendaklah mandi wajib n tidak sah rukun umrah yg saya kerjakan…sy sgt sedih sehinggalah sy mengetahuinya selepas selesai umrah..sy bertaubat tidak akan melakukan onani lg…tp perasaan sy terganggu dengan ibadat umrah yg tidak sah..

    • zainura66 says:

      Ummi, barang yang lepas janganlah dikenang…. Allah swt Maha Mengetahui ….yang penting niat dan tujuan kita beribadah hanya untuk Allah swt dan bukan kerana lain. Umrah hanyalah ziarah …. ada yang lebih besar lagi yang perlu kita buat iaitu mengerjakan haji jika berkemampuan. Mohon kepada Allah agar di permudahkan urusan untuk mengerjakan haji pula.

  26. Suzy says:

    Salam. Saya seorang gadis yang mengalami masalah ketagihan untuk beronani. Boleh dikatakan agak selalu saya melakukan aktiviti tersebut sebab saya mempunyai high sex drive. Namun saya juga merupakan seorang pengguna gym tegar dan saya banyak melakukan senaman cardio. Ketika beronani saya tidak memasukkan jari saya kedalam faraj, hanya bermain2 di sekitar bibir luar dan bibir dalam dan saya sering menggeselkan bantal pada faraj saya(tetapi saya sering memakai seluar pendek but no panties ketika beronani). Setiap kali mencapai tahap klimaks, tiada cecair yang keluar, hanya ‘keenakkan’. Namun beberapa jam kemudian(atau keesokkan harinya) akan keluar cecair putih yang menyerupai hingus. Pekat dan jika ‘ditarik’ ia agak keras(macam jeli). Adakah itu air mani? Atau sesuatu yang lain? Perlukan saya mengangkat haid/mandi wajib?
    Mohon penerangan. Terima kasih!

    • zainura66 says:

      Waalaikumsalam Suzy, jawapannya ialah ya. Air mani akan keluar sekiranya anda mencapai ghairah yang maksima (klimaks). Anda perlu bersuci/ mandi wajib. Tujuan bersuci adalah untuk menyucikan tubuh badan zahir batin kerana dalam agama Islam amat menitikberatkan kebersihan. Selain dari itu tujuannya ialah untuk memberi kesegaran kembali kepada tubuh badan anda. Di sini admin ingin memberi sedikit nasihat agar dapat memberhentikan kegiatan seumpama ini sebab dikhuatiri akan mendatangkan penyakit rohani, jasmani, jiwa dan raga pula.

  27. Hamba Allah says:

    Kalau air warna pekat sedikit ttapi tiada bau tu cecair apa?harap balas

  28. ariffin bin samad says:

    saya melakukan onani,tetapi belum kemuncak keluarnya air mani.kemudian,selepas itu keluar cecair bewarna jernih,tidak berbau dan yakin itu bukanlah mani tapi sebaliknya mazu.adakah benar??

    • zainura66 says:

      ariffin bin samad, ya. Ia sebagai pelincir apabila bersenggama…

      • ariffin bin samad says:

        jika selepas kencing,ada cecair yang keluar tapi tidak berasa syahwat,tidak berasa sedap.ia cecair nipis..adakah itu mazi atau wadi? jika mani semestinya tidak kerana saya tidak berasa terangsang,tidak berasa kemuncak syahwat. moga tuan dpt berikan jawapannya.

      • zainura66 says:

        Besar kemungkinan itu adalah mazi sebab ia proses mencuci bahagian pundi kencing dan sistem reproduksi.

  29. ariffin bin samad says:

    salam,tuan,selepas kencing..tiba-tiba ada sejenis cecair yang keluar daripada kemaluan tetapi tidak berasa sedap,tidak berasa ada kemuncak syahwat.ia cecair nipis.adakah itu air mazi atau wadi? jika air mani mesti disertai syahwat dan keluar dalam keadaan bernafsu.jadi cecair apakah itu yang keluar selepas dari kencing itu? sekian.tk

  30. mohd ariff says:

    assalam,maaf ye satu lagi persoalan tentang mandi wajib.Selepas mandi wajib,sudah lap air dibadan dan memakai baju,tiba-tiba perasan macam ada sesuatu yang menghalang atau tidak rata air ditangan sebelah kanan. jadi saya pergi ke singki dan buka saja air paip dan saya ratakan bahagian tangan yang tidak kena air itu saja dan saya tidak mengulangi mandi wajib itu tadi. ramai yang mengatakan itu sudah memadai dan sah. jadi saya lakukan seperti itu adakah sudah sempurna dan sudah memadai perbuatan itu? terima kasih

    • zainura66 says:

      Waalaikumussalam Mohd Ariff.

      Ini adalah di antara jawapan yang saya copy & paste untuk rujukan tuan. Harap maklum ….

      Jumhur ulama berpendapat bahwa apabila seseorang telah mengerjakan mandi besar, maka tidak perlu berwudhu lagi, seperti yang telah dinyatakan oleh Al-Imam An-Nawawi, Ibnu Batthal, Asy-Syaukani dan para ulama lainnya. (Nailul Authar, 1/273)
      Bahkan menurut Ibnu Umar radhiallahu ‘anhuma berwudhu lagi padahal telah mengerjakan mandi besar dianggap perbuatan berlebihan.
      Diriwayatkan dari Abu Ishaq, bahwa ada seorang laki-laki berkata kepada Ibnu Umar Radhiallahu ‘Anhuma: “Sesungguhnya saya berwudhu setelah mandi (janabah).” Ibnu Umar menjawab: “Engkau telah berlebihan.” (al Mushannaf 1/88)
      Imam Asy Syaukani Rahimahullah berkata : Diriwayatkan dari Hudzaifah, bahwa dia berkata: “Apakah tidak cukup bagi kalian mandi janabah dari ubun-ubun hingga ke kedua kaki, sampai-sampai kalian berwudhu segala?” Perkataan seperti itu juga telah diriwayatkan dari jamaah para sahabat dan orang-orang setelah mereka, sampai Abu Bakar bin Al ‘Arabi berkata: “Bahwa para ulama tidak berselisih pendapat, bahwa wudhu telah masuk ke dalam cakupan mandi janabah, dan niat bersuci dari janabah juga berlaku bagi niat bersuci dari hadats, dan itu dapat menghilangkan hadats tersebut. Karena sesungguhnya halangan-halangan bagi orang yang janabah lebih banyak dari pada orang yang sekedar berhadats. Oleh karena itu, sesuatu yang lebih sedikit sudah masuk ke dalam niat yang besar, dan niat besar sudah mencakupi niat yang sedikit.” (Nailul Authar,2/136)
      Ibnu Qudamah berkata, “Mandi (junub) dijadikan sebagai akhir dari larangan untuk shalat, karenanya jika dia telah mandi, maka wajib untuk tidak terlarang dari sholat. Sesungguhnya keduanya yaitu mandi dan wudhu, dua ibadah yang sejenis, maka yang kecil di antara keduanya (wudhu) masuk (terwakili) ke dalam yang besar sebagaiamana halnya umrah di dalam haji.” (Al-Mughny, 1/289)

  31. xephyra says:

    Maaf nak tanya. kalau seseorang perempuan tu dalam keadaan tak sedar (dibius/diberi dadah) dan ada laki mencabul perempuan tu..sentuh di bahagian sensitif..boleh ke badan tu beri respon dengan mengeluarkan air mazi??

    • zainura66 says:

      Jika dah pengsan macamana pula nak respond dik ..

      • muhd ariff says:

        salam maaf nak bertnya,kalau tengah mandi wajib kita tak sengaja mengejek tuhan adakah sah mandi wajib saya itu.contoh,semasa mandi, saya berckp dimulut ‘tuhan tahu niat mandiku ini’..tiba2 ada bisikn yang datang saya terus sebut ‘syaitan jangan dilayan’..kemudian tersasul tersebut tuhan setan..maaf saya bukan berniat mengejek allah..tapi saya nak pertahankan mandi saya itu daripada gangguan bisik2 itu..saya nak sebut ‘tuhan tahu niat ku’..tapi tersasul menyebut ayat mengejek allah..maaf ustaz soalan agak pelik..tapi sah tak mandi wajib saya yang sudah saya lakukan itu?? saya sudah bersolat dan tak mahu berfikir lagi kerana takut was-was dan saya anggap ia sudah sah..

      • zainura66 says:

        Waalaikumussalam muhd ariff,

        Istighfar banyak2 sebelum kamu menjadi lebih sesat

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s