Malu pada suami kerana masalah keputihan

SAYA sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Kini, saya mengalami masalah keputihan yang agak banyak.

Keputihan itu seperti berketul dan berbau, ada juga rasa kegatalannya. Apabila gatal, saya memancutkan air ke faraj saya dan saya dapati banyak keputihan yang keluar dan kegatalan itu agak berkurangan.

Doktor ada memberikan ubat untuk dimasukkan ke dalam faraj dan kali kedua, saya diberikan ubat makan tetapi masalah masih berulang.

Semasa bersama, saya melihat pada zakar suami melekat keputihan berkenaan. Saya jadi malu pada suami. Apakah saranan doktor untuk menangani masalah ini?

NAT,
Ampang, Selangor.

Jawapan :

LAZIMNYA ia disebabkan oleh kulat Candida albicans.

Dalam keadaan keputihan yang berlebihan, doktor membantu untuk membersihkan sebahagian besar keputihan terbabit dengan mudah menggunakan alat spekulum, bebola kapas bersih yang direndam dalam larutan ‘normal saline’ dan alat pemegang bebola terbabit.

Ia hanya mengambil masa beberapa minit saja dan dilakukan di klinik.

Sebelum itu, doktor akan mengambil sedikit sampel keputihan untuk dihantar ke makmal bagi ujian kultur kuman, kadangkala terdapat lebih daripada satu kuman dan memerlukan ubat yang berlainan.

Kemudian barulah doktor memberikan ubat antikulat untuk membunuh lebihan kulat yang mungkin masih ada, ia lazimnya dimasukkan ke dalam faraj dalam dos berbeza, anda juga mungkin diberikan ubat pil antibiotik untuk dimakan.

Jika keputihan terlalu banyak, menggunakan pil yang dimasukkan ke dalam faraj mungkin mengambil masa yang lebih lama atau anda mungkin terpaksa mengulangi pengambilan ubat terbabit.

Sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro
Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/17

About zainura66

Pencinta Alam Semesta
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s