Mata dan penglihatan

Apa itu Mata ?

Definasi Mata

mata merupakan alat indra yang terdapat pada manusia. Secara konstan mata menyesuaikan jumlah cahaya yang masuk, memusatkan perhatian pada objek yang dekat dan jauh serta menghasilkan gambaran secara berterusan yang dengan segera dihantarkan ke otak.

Alat pancaindera penglihatan pada manusia adalah mata. Indera penglihat (mata) disebut juga fotoreseptor kerana mata sangat peka terhadap rangsangan cahaya. Mata memiliki sejumlah reseptor khusus untuk mengenali perubahan sinar dan warna. Selain itu terdapat alat tambahan yang terdiri dari :

Alis mata
Bulu mata
Otot penggerak bola mata
Kelopak mata
Kelenjar air mata

Alis mata

Terdiri dari rambut kasar melintang di atas mata, berfungsi untuk mempercantik wajah dan melindungi mata dari peluh yang mengalir dari dahi.

Bulu mata

Merupakan barisan rambut yang terdapat pada hujung kelopak mata, berfungsi melindungi bola mata dari masuknya debu dan partikel. Pada bulu mata terdapat kelenjar sebasea (kelenjar minyak) yang disebut kelenjar zeis, terletak pada akar bulu mata. Infeksi pada kelenjar sebasea disebut bintik (hordeolum).

Otot penggerak bola mata pada setiap mata terdapat enam otot lurik yang menghubungkan bola mata dengan tulang di sekitarnya. Otot ini berfungsi untuk menggerakkan bola mata, sehingga mata dapat mengerling ke kanan, kiri, atas, dan bawah. Gerakan bola mata berada di bawah kesedaran.

Kelopak mata

Kelopak mata terdiri dari dua bahagian iaitu pada kelopak mata atas dan kelopak mata bawah yang berfungsi melindungi bola mata dari kerosakan. Mulai dari dalam menuju ke arah luar, kelopak mata terdiri atas lima lapis, iaitu:

1. konjungtiva, adalah selaput lendir yang melapisi bahagian dalam kelopak mata dan melapisi juga permukaan bola mata.
2. Kelenjar meibomian yang dapat menghasilkan lemak untuk mencegah pelekatan kedua kelopak mata.
3. Lapisan tarsal, iaitu lapisan jaringan ikat yang kuat untuk menunjang kelopak mata.
4. Otot orbikularis okuli, iaitu otot yang berfungsi menutup bola mata.
5. Jaringan ikat.

Kelenjar Air Mata

Pada indera penglihatan kita di dalamnya terdapat Kelenjar air mata (Aparatus lakrimalis). Kelenjar air mata letaknya di sudut lateral atas pada rongga mata, dan berfungsi untuk menghasilkan air mata. Dari kelenjar ini keluar kurang lebih dua belas duktus lakrimalis, yaitu saluran-saluran yang mengalirkan air mata menuju ke konjungtiva kelopak mata atas.

Bola Mata

Bola mata manusia berdiameter kira-kira 2.5 cm dengan 5/6 bahagiannya terbenam dalam rongga mata dan hanya 1/6 bagiannya saja yang nampak dari luar dengan bahagian depan yang bening. Bola mata bagian luar tersusun atas lapisan jaringan ikat yang berwarna putih dan kuat yang disebut sklera dan lapisan dalam mempunyai pigmen tipis dan banyak pembuluh darah yang disebut koroid.

Untuk rujukan lebih terperinci, bolehlah rujuk di weblog Wannura Anatomi.

About zainura66

Pencinta Alam Semesta
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s