Jenis-jenis Rabun Mata

Terdapat 4 jenis Rabun Mata iaitu :

1. Miopia (Rabun Jauh)

Jenis jenis Rabun MataMiopia atau pun Rabun Jauh terjadi jika mata hanya dapat melihat jelas benda-benda yang dekat. Keadaan di mana cahaya dari objek difokuskan di hadapan retina kerana bebola mata panjang.

Oleh itu objek jauh kelihatan kabur sedangkan objek dekat kelihatan jelas.

Dengan itu, untuk melihat objek yang jauh si penderita perlu lensa negetif yang akan membuat bayangan benda yang terdapat di tempat yang jauh tak terhingga ke titik jauh penderita.

Tanda-tanda Rabun Jauh :

a) Kabur bila melihat jauh. Contohnya: memandang papan hitam
b) Mengecilkan mata bila lihat jauh
c) Sakit kepala


2. Hiperopia (Rabun Dekat)

Jenis jenis Rabun MataHiperopia (Hipermetropi) atau pun Rabun Dekat hanya dapat melihat jelas objek yang jauh. Keadaan di mana cahaya dari objek difokuskan di belakang retina kerana bebola mata yang pendek.

Oleh itu objek dekat kelihatan kabur sedangkan objek jauh kelihatan jelas.

Dengan itu, untuk melihat objek yang dekat si penderita perlu lensa positif yang akan membuat bayangan benda yang dilihat berada pada titik dekat mata penderita.

Tanda-tanda Rabun Dekat:

a) Kabur bila membaca
b) Sakit kepala atau sakit mata
c) Mengecilkan mata semasa membaca
d) Mata terasa cepat letih bila melakukan kerja jarak dekat.

3. Astigmatism
Jenis jenis Rabun MataKeadaan di mana permukaan kornea tidak rata dan cahaya dari objek difokuskan samada di belakang retina, di hadapan retina atau kedua-duanya sekali.

Oleh itu objek akan kelihatan kabur dan herot- benyot oleh si penderita .

Tanda-tanda :-

Kabur penglihatan dan objek akan kelihatan herot-benyot, Silau, Sakit kepala

4. Presbiopia (rabun tua)

Jenis jenis Rabun MataKeadaan di mana kanta mata kurang berupaya untuk memfokus objek dekat disebabkan oleh proses penuaan.

Lazimnya bermula ketika umur menjangkau 40 tahun.

Tanda-tanda :-

Kabur bila membaca atau menjalankan kerja dekat

About zainura66

Pencinta Alam Semesta
This entry was posted in Uncategorized and tagged , . Bookmark the permalink.

35 Responses to Jenis-jenis Rabun Mata

  1. Wan fitriah says:

    Saya kerap mghadapi senak mata atau sakit mata dan pening kepala. . .dan kabur meliht objek jauh. . . adakah ia tanda-tanda rabun mata??

    • zainura66 says:

      Assalamualaaikum,

      Wan Fitriah,

      besar kemungkinan anda mengalami tanda-tanda awal rabun mata jauh atau pun dekat. Adik boleh buat pemeriksaan mata untuk memastikan kesahihannya. Sambil itu adik boleh urut di bahagian belakang tengkuk kerana di situ letaknya saraf bagi pancaindera kita termasuklah mata. Setelah itu tekan dan urut perlahan biji mata dengan jari yang bersih dengan mata yang tertutup.

  2. nawir ninja says:

    asalamualaikum

    mata saya berasa kabur pada bahagian kanan apabila melihat pada jarak yang jauh dan saya tidak selesa bila mengedipkan mata pada bahagian kanan.. rasa macam ada lendir yang tebal menghalang pengelihatan saya apabila mengedipkan mata pada bahagian kanan manakala mata pada bahagian kiri tiada sebarang masalah.. adakah itu tanda tanda rabun sebelah mata..??

    • zainura66 says:

      Assalamualaikum nawir,

      ada kemunkinan terdapat sumbatan kotoran di saraf mata tersebut. Anda boleh mencuba membuat urutan ke atas mata tersebut dengan mata tertutup dan lihat kesannya setelah diurut dengan tangan yang bersih.

  3. assalammualaikum zainura 66,
    sya kadang kala merasa sakit kepala bila membaca buku dengn jarah dekat,manakla sya melihat tuisan dry jrk jauh klihtn pudar…sya berasa pening apabila membaca di tmpat yg begitu trng…
    sekian assalammualaikum…

    • zainura66 says:

      Waalaikumsalam nur azalina yiess azalina, kepala addik tak cukup oksigenlah tu yang menyebabkan pening.

  4. zieha says:

    salam…bila saya membaca atau mengadap komputer tok buat kerja kpala saya jd pening dan sakit sngt2..bahagian atas mata menjadi senak sangat2…tapi pembacaan sy tidak terlalu kabur tapi kdg2 saya terpaksa mengecilkan mata tok membaca tulisan d komputer or buku untuk
    nampak lbh jelas…adakah e2 tanda awal rabun???

    • zainura66 says:

      Walaikumsalam Zieha, besar kemungkinan juga ini merupakan tanda awal rabun atau darah tinggi.

  5. Hasyimah says:

    Salam , saya ingin bertanya . Sejak dari smlm apabila saya membaca dari jarak jauh atau dkat kelihatan kabur , apabila saya melihat orang dari jauh saya susah untuk mengecamnya . Adakah tanda awal rabun ? Bgaimana mencegahnya ?

    • zainura66 says:

      Waalaikumsalam Hasyimah,

      ini merupakan tanda-tanda awal rabun dan juga penyakit kencing manis. Selain dari mengawal pemakanan seharian anda boleh mengurut di bahagian pangkal tengkuk dan bahagian biji mata untuk mengurangkan rabun tersebut.

  6. Ashikin says:

    Salam . Sy ingin brtnye sy slalu brase sakit kpale apabila sy mlìhat chye yg trang . Kdang2 apabila membca bku . Adakah itu tnda rbun ? Dan bgaimana cre ingn mencegahnye ?

    • zainura66 says:

      Waalaikumsalam Ashikin,

      mata anda tidak tahan dengan cahaya yang begitu terang akibat tenaga yang kurang di bahagian mata; sakit kepala merupakan gejala masalah mata oleh sebab aliran darah yang tersumbat di bahagian pangkal kepala telah tersumbat.

  7. seha says:

    asalamualaikum…
    mata saya ni kadang2 waktu malam sering kabur2
    saya ada penyakit mata iaitu rabun silau…
    adakah rabun silau ini boleh bertukar kepada rabun malam?

    • zainura66 says:

      Waalaikumsalam,

      adalah dinasihatkan buat pemeriksaan yang terperinci dengan doktor pakar mata.

    • suria says:

      Mencari Penawar rabun mata?

      Jom Singgah Facebook page: Mamariz Health & Beauty Shop atau sms/call: 012-676 6834

      Produk Semulajadi! Halal! hanya sebiji sehari!!

  8. nafisah says:

    Sya sering sakit mata dan pening kepala semasa membaca buku dan melihat papan putih. Kalau sya melihat huruf yg kecil mesti sya salah teka dan huruf tu kelihatan kabur. Ada kah sya rabun. Tpi sya selalu periksa dkt kedai cermin mata tpi mereka ckp tdk ada rabun.

    • zainura66 says:

      Anda sepatutnya membuat pemeriksaan mata di hospital supaya doktor boleh membuat pemeriksaan terperinci Dan bukannya di kedai cermin mata.

  9. Santiya Ningrum says:

    Salam, ibu saya baru-baru ini mengalami perubahan pandangan pada mata sebelah kirinya.
    jika melihat sesuatu, warna objek tidak kelihatan separti pandangan mata normal,
    misal; objek warna pink tidak terlihat pink, melainkan berubah menjadi abu-abu bahkan hitam.
    jika seperti itu, jenis rabun mata apa yang dialami ibu saya? dan bagaimana pengobatannya?
    Terimakasih.

  10. nur says:

    assalamualaikum.
    saya sering merasakan mata saya pedih tetapi bila saya lihat mata saya di cermin tidak merah atau ada tanda2 sakit mata.kadang2 mata saya sensitif bila terkena angin/udara mengapa ya??

    • zainura66 says:

      Waalaikumsalam Nur, mata kita sememangnya peka kepada persekitaran seperti habuk dan cahaya yang melampau. Jika sakit jangan gosok mata dengan jari yang kotor nanti bertambah parah pula…

  11. iwan says:

    Assalamualaikum,
    mata saya yg kiri rabun, namun tidak merata, bentuk rabunnya seperti ada benang kusut di mata saya. Ini sakit apa ya? bagaimana cara mengobatinya? terimakasih

  12. nabila says:

    Assalamualaikum, ibu saya baru baru ini berasa kebas pada Tangan Dan anggota badan kanannya..lebih mengejutkan,mata ibu saya telah tertutup sebelah..pada mulanya,matanya kabur Dan tidak nampak jelas ..ibu saya tidak dapat membuka mata kirinya..boleh terangkan apakah Yang sedang ibu hadapi sekarang ini? Terima kasih..

    • zainura66 says:

      Waalaikumslam Nabila. Ibu anda mengalami gejala awal stroke …. anda harus memantau akan kesihatan ibu anda …. Wallualam…

  13. Rohana says:

    Assalamualaikum, sis, saya ada rabun jauh tetapi power saya selalu meningkat…saya dah selalu makan lobak merah tetapi tetap sama. setiap kali saya akan pening kepala dan setelah diperiksa power cermin mata sudah naik…macammana cara nak atasi rabun jauh dan cara kurangkan rabun…

    • zainura66 says:

      Waalaikumsalam Rohana. Ada beberapa perkara yang anda perlu elakkan jika anda memakai cermin mata iaitu dengan tidak memakainya ketika tidur dan berehat. Buat senaman mata secara konstan. Mata yang bermasalah juga menyatakan sesuatu bagi badan kita. Jika dari segi meridian tubuh badan, mata juga melibatkan sistem reproduksi iaitu ovari.

  14. A says:

    Assalamualaikum.
    saya sering tidak nampak dengan jelas (kabur) apa yang dipaparkan di lcd, papan hitam. bila tanya kawan, dorang nampak dgn jelas. masalah ni ada kaitan dngn rabun jugak ke?

    • zainura66 says:

      Waalaikumsalam, anda boleh buat pemeriksaan mata di hospital untuk mnegesahkan samada anda rabun dekat atau jauh dengan kos yang rendah.

      • lizz says:

        As salam.. nk tanya. Sy mgalami masalah rabun x seimbang. Mata kanan rabun jauh. Mata kiri rabun dekat. Sy mmg selalu berasa pening kpala. Kalau doktor boleh tafsirkn apa masalah mata sy n kenapa mata behave mcm ni. Thanks.

      • zainura66 says:

        Waalaikumsalam Lizz,anda adalah dinasihatkan berjumpa dengan doktor pakar mata

    • A says:

      Kalau kat kedai cermin mata tak boleh ke?

  15. loez roman says:

    salam.. kenapa mata kiri saya sangat kabur sehingga tidak dapat mengenal huruf selepas dahi tercedera akibat accident? mohon balas.

  16. suhailey says:

    rabun tua pun ada ye.baru tahu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s