Zakar Bengkok : Cacat, Semulajadi, Keturunan atau Penyakit ?

Untuk tidak menghampakan satu permintaan oleh seorang pengunjung weblog Wannura Terapi, admin akan ‘keluar tajuk’ (off-topic) sekejap bagi menghormati permintaan beliau. Ia adalah mengenai zakar atau penis bengkok

Zakar Bengkok_Cacat, Semulajadi,Keturunan atau Penyakit

Adakah zakar bengkok ini disebabkan oleh semulajadi sejak dilahirkan atau kecacatan pada zakar atau faktor keturunan atau pun sejenis penyakit ?

Admin rasa mungkin ramai yang tidak tahu ada sesetengah lelaki menghadapi masalah ini. Mungkin ramai yang ingin tahu mengenai topik ini. Mari kita baca dan teliti topik yang akan dikemukakan di bawah mengenai permasalahan ini.

Zakar bengkok adalah salah satu masalah yang tidak menyelesakan dan sering mengganggu para lelaki. Penderita ini akan sentiasa berasa cemas dan ini juga mengganggu ketenangan fikiran mereka. Zakar yang bengkok pasti akan membuat seorang lelaki kurang bersemangat untuk membuka seluarnya di hadapan isteri mereka. Bagaimana jika si isteri ketawa? Bagaimana jika si isteri menolak pelawaan melakukan seks? Tiada siapa yang suka dilihat sebagai orang sakit atau sebagai sesuatu yang harus ditertawakan.

Walau bagaimana pun, sesetengah orang melihat zakar bengkok sebagai satu kebanggaan . Bagi mereka, zakar yang bengkok menzahirkan keperibadian memberontak atau sikap menolak untuk tunduk pada tradisi.

Selain itu, zakar bengkok sangat disukai oleh sesetengah perempuan juga, kerana keadaan yang bengkok membolehkan kepala zakar menggosok kawasan yang biasanya tidak dicapai oleh zakar yang lurus. Namun, para lelaki harus berhati-hati mempertimbangkan kebaikan dan keburukan zakar yang bengkok kerana sebahagian besar perempuan masih lebih suka zakar yang lurus.

Bengkokan yang disebabkan oleh pembesaran neutral dari zakar dikenali sebagai penyakit PEYRONIE’s. Bengkokan terjadi disebabkan dua bahagian dari zakar membesar pada tahap yang berbeza selama bertahun-tahun. Tidak ada cara untuk meramalkan penyakit ini dan dicegah daripada berlaku pada peringkat awal. Namun kebanyakan lelaki yang mempunyai zakar yang bengkok menolak untuk mendapatkan rawatan dan membiarkan sahaja keadaan zakar mereka begitu sahaja.

Dengan itu, zakar bengkok ini boleh terjadi secara semulajadi sejak dilahirkan, faktor keturunan, kecacatan akibat dari kecederaan yang pernah dialami dan boleh jadi juga akibat dari penyakit yang di kenali sebagai Penyakit Peyronie.

About zainura66

Pencinta Alam Semesta
This entry was posted in Uncategorized and tagged , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s