Peyronie : Penyakit Zakar Bengkok

Apakah Penyakit Peyronie ?

Peyronie’s disebut (pa-ro-NEEZ) disease’ adalah merupakan suatu penyakit di mana ketika zakar atau penis menegang, ia akan menjadi bengkok serta merasa sakit dan tidak selesa. Zakar kelihatan seperti normal ketika dalam keadaan biasa atau sewaktu tidak menegang.

peyronie penyakit zakar bengkok

Zakar atau penis bagi kaum lelaki mempunyai pelbagai bentuk dan saiz, kadangkala ia membengkok apabila saat menegang juga merupakan perkara biasa dan tidak semestinya merujuk kepada penyakit tersebut.

Walaubagaimana pun, bagi sesetengah lelaki pula, penyakit Peyronie (Peyronie’s Disease) ini menyebabkan bengkok yang agak ketara ke kiri atau ke kanan, menghadap ke atas atau ketegangan hanya separuh sahaja daripada panjang zakar ketika mengeras serta berasa sakit pula. Bila ini terjadi, sudah tentu agak sukar atau bahkan tidak memungkinkan bagi seorang lelaki untuk memasuki faraj (vagina) pasangannya. Penyakit yang dihadapi ini akan menghalang lelaki untuk melakukan senggama (seks) atau sukar untuk zakarnya tegang dengan baik serta menahan ketegangan zakarnya dan ini akan menyebabkan beliau lemah syahwat atau lemah tenaga batinnya (ED- erectile dysfunction).

Namun kebanyakan daripada lelaki yang mengalami penyakit ini akan mengakibatkan tekanan perasaan dan sentiasa berasa bimbang dalam hidupnya. Sebahagian besar dari lelaki merasakan hal ini sebagai sesuatu yang menyedihkan , bahkan menurut seorang ahli urologi (pakar alat kelamin), penyakit Peyronie bahkan menyebabkan “tekanan mental yang amat berat.“ Lebih dari separuh dari jumlah laki-laki yang menderita Peyronie mengalami cukup masalah dalam bercinta sehingga ini dikategorikan sebagai gangguan seksual yang serius.

Bagaimana Penyakit Peyronie ini terjadi ?

Penyakit Peyronie (Peyronie’s Disease) ini terjadi akibat dari parut yang disebabkan oleh sebarang kecelakaan atau kecederaan sewaktu kemalangan dan sebagainya . Parut ini yang mengumpulkan plak berserabut di atas atau di sekitar batang-batang yang seperti span (corpora cavernosa) di dalam penis yang akan dipenuhi darah pada saat ereksi . Hal inilah yang menyebabkan zakar menjadi bengkok serta sakit bila ianya menegang.

Penyakit Peyronie

Keabnormalan yang aneh dan hanya di tempat tertentu ini disebabkan oleh belang-belang bekas luka (parut) atau plak berserabut. Ini tidak berbeza dengan “sebiji belon panjang yang cuba mengembang dengan sebuah isolasi di salah satu sisinya,” demikian keterangan Philip Hanno, M.D., ketua urologi di Philadelphia Veterans Administration Hospital.

“Jika plak itu berada di atas batang-batang ini, maka ereksi cenderung akan bengkok ke kiri dan begitu seterusnya. Peyronie mungkin juga akan muncul seperti pengikat yang kuat di sekitar batang zakar atau penis ….. seolah-olah belon-belon itu mempunyai pengikat di tengah-tengahnya. Juga mungkin terdapat nod-nod (nodes) di sepanjang batang penis yang memungkinkan hilang kepekaannya” ujar beliau.

“Tidak begitu diketahui jumlah sebenar penyakit ini terjadi kepada kaum lelaki kerana kebanyakannya lebih suka memendam penderitaannya daripada menemui ahli urologi untuk memeriksakan penyakitnya, jadi tak seorang pun yang tahu jumlahnya, namun penyakit tersebut lebih sering terjadi daripada yang pernah diperkirakan. Para ahli urologi yang pakar dalam masalah-masalah seksual lelaki mungkin memeriksa 4 hingga 6 orang yang menderita Peyronie setiap bulan”, demikian kata Michael P. Small, M.D., seorang profesor klinik bidang urologi di University of Miami School di Coral Gables, Florida.

Tidak semua kes zakar bengkok itu berpenyakit.

Namun tidak semua lelaki yang memiliki penis bengkok, bermakna menderita penyakit Peyronie. Penis, seperti juga bahagian anggota tubuh yang lain seperti tangan dan wajah, memiliki berbagai macam rupa dan bentuk yang menakjubkan dan begitu juga dengan zakar atau penis anda !

About zainura66

Pencinta Alam Semesta
This entry was posted in Uncategorized and tagged , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s