Dari Mata Turun Ke Hati….

Assalamualaikum dan salam sejahtera….

Bulan Disember 2012 yang lalu, admin menerima banyak jemputan kenduri kahwin. Maklumlah sempena cuti sekolah, ramai yang tidak melepaskan peluang untuk mengadakan majlis tersebut kerana dapat berkumpul sanak saudara serta rakan taulan. Bila sebut tentang perkahwinan, ini juga merupakan dari gara-gara ‘dari mata turun ke hati….’ Admin teringatkan akan satu pantun ini ;

Dari mana punai melayang,
dari paya turun ke padi;
dari mana datangnya sayang,
dari mata turun ke hati.

Sebenarnya bermula dari pandangan mata, di mana mata merupakan pancaindra untuk melihat serta merakam segala peristiwa atau objek yang terlihat oleh mata dan akan menghantar segala maklumat tersebut ke otak untuk dicernakannya. Segala maklumat yang dicernakan di otak pula akan dihakimi oleh akal fikiran seseorang itu mengikut persepsinya seperti buruk atau baik, cantik atau hodoh dan sebagainya.

dari mata turun ke hati

Manakala hati pula akan membuat keputusan serta bertindak mengikut perintah akalnya pula.

Ada beberapa pendapat tentang tajuk ini seperti di bawah untuk kita renungkan bersama :

Pendapat 1

Oleh : Admin Mencari Kebenaran (di sini)

“Dari mata turun ke hati.” Ertinya hasil dari pandangan (termasuk pendengaran) bukan setakat di mata dan telinga tetapi akan bersambung dan berkesan ke hati. Kalau apa yang kita pandang dan dengar itu baik, maka hati kita akan menerima kebaikannya. Sebaliknya kalau yang kita pandang dan dengar itu maksiat dan mungkar (haram), maka hati kita akan bersalut kejahatan dan kemungkaran itu. Hati yang sentiasa menerima pandangan dan pendengaran yang mungkar ialah hati yang gelap pekat, buta dari melihat keagungan Allah. Hati itu tidak lagi takut pada Allah, malah hilang cinta dan rindu pada Allah SWT.

Kita semua tentunya ada pengalaman sendiri terhadap perkara ini. Kalau setiap hari hati kita terisi dengan zikrullah, bacaan al Quran, puasa, sembahyang sunat, membaca kitab dan mendengar pengajian agama, hati kita akan lembut, terasa indah dalam beribadah kepada Allah, rindu kepada kebaikan, benci dan takut kepada dosa.

Tetapi kalau setiap hari kita isi dengan program TV, berbual kosong, mengumpat dan mencaci, membaca majalah hiburan yang penuh maksiat dan mendengar lagu-lagu tak berfaedah, nanti kita akan jadi malas beribadah, memandang kecil tentang cara hidup sunnah, tidak lagi rasa takut dengan Allah, tidak membesarkan Allah apalagi untuk rindu pada-Nya dan tidak suka lagi pada ahli-ahli agama dan lupa Akhirat.

Hati kita jadi cinta kepada dunia dan segala hiburannya, mahu lepas bebas tanpa sekatan hukum Islam, malas berjuang dan berangan-angan ingin hidup lebih lama lagi. Itulah bukti-bukti menunjukkan tindakan lahir, pendengaran dan penglihatan kepada yang haram, akan membuatkan hati kita buta kepada kebenaran.

Allah berfirman:

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari setitis mani yang bercantum (benih) yang akan Kami mengujinya (dengan perintah dan larangan) kerana itu Kami menjadi kan dia mendengar dan melihat.” (Al Insaan: 2)

Tujuan Allah memberi kita mata dan telinga ialah untuk mencari dan mengenal pencipta kita iaitu Allah SWT. Kemudian supaya kita sedar diri untuk berbakti dan menurut perintah-Nya.

Firman-Nya: “Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk menyembah Aku.” (Adz Dzaariyat : 56)

Kita mesti merasai diri kita sebagai hamba dalam melaksanakan perintah suruh dan larang daripada Allah. Yang penting ialah rasa kehambaan itu. Ibadah sebenarnya ialah berpunca dari rasa kehambaan. Kalau masa ibadah itu kita tidak rasa hina dan tidak rasa hamba, tetapi rasa besar diri, sombong, marah, dengki, maka amalan lahir itu bukan lagi ibadah. Misalnya, seorang kuli mengadap tuannya dengan rasa besar diri, dengan becekak pinggang, bukankah lebih baik tidak menghadap, sebab ia tentunya akan menimbulkan kemarahan tuannya. Hidup bukan untuk dunia tetapi hidup untuk Allah dan untuk mencari bekal kembali ke Akhirat. Untuk tujuan ini kita dikurniakan Allah pendengaran dan penglihatan. Gunakanlah kedua-duanya sebaik mungkin sebagai alat untuk sampai ke matlamat yang diredhai-Nya.

Mari kita ubati hati kita dengan membataskan pandangan dan pendengaran hanya kepada apa yang boleh mengingatkan kita kepada Allah, takut pada-Nya dan untuk berbakti pada-Nya.

Antara langkah-langkah yang patut diambil ialah:

1. Banyakkan membaca Al Quran dan terjemahannya dan cubalah semampu yang mungkin mengamalkan di dalam kehidupan seharian, hadis dan kitab-kitab serta buku-buku agama termasuk majalah dan risalah yang berunsur dakwah. Dalam masa yang sama, elakkan daripada membaca buku-buku khayal, majalah hiburan dan akhbar-akhbar yang kosong dari kebenaran.
2. Selalu mengunjungi masjid, tempat pengajian agama, majlis dakwah, dan zikrullah dan elak-kan dari tempat-tempat maksiat, majlis-majlis sosial liar (percampuran bebas) dan keluar rumah tanpa tujuan. Sebab di luar banyak pandangan dan pendengaran yang membawa kepada maksiat serta elakkan dari bergaul dengan kawan yang mengajak kita kepada maksiat.
3. Menziarahi orang-orang soleh, sebab dengan melihat mereka, dapat memberi kekuatan.
4. Ingat mati, kerana selalu mengingati mati akan melembutkan hati.
5. Elakkan dari menonton program TV yang tidak berfaedah.

Sekali kita relakan mata dan telinga memandang dan mendengar perkara yang dikutuk Allah, maka selama itu kita relakan nafsu kita merajai hati kita untuk lalai dan tidak takut pada penglihatan dan pengawasan Allah.

Lebih baik kita tidur dari menonton TV. Nanti kita boleh bangun dengan segar untuk menyembah Allah dan mendekatkan hati pada-Nya. Kalau kita rasa melihat maksiat dengan tidak melihatnya sama sahaja pada hati kita, itu tandanya hati kita sudah rosak dan jauh daripada Allah. Itulah antara langkah-langkah yang perlu diambil untuk menjernihkan batin kita. Perlu diingat langkah-langkah ini mesti diperjuangkan sungguh-sungguh dan berterusan.

Kita jangan mudah jemu atau mudah terpengaruh dengan pujukan nafsu liar kita. Dan janganlah kita harap untuk memperolehi hasilnya dalam jangka masa yang singkat. Sebab dalam pengalaman orang-orang yang telah menempuh jalan ini, masa paling singkat untuk memperolehi hati yang bersih (taraf kerohanian yang tinggi) melalui mujahada-tunnafsi ialah 10-20 tahun lebih. Masa selama itu, sesuailah dengan lama masa kita terbiar dalam maksiat.

Sejak dalam perut ibu lagi kita sudah menerima makanan yang tidak jelas halalnya. Bila lahir pula terdedah di tengah-tengah maksiat dan mungkar yang berbagai-bagai. Hati kita sudah gelap pekat dengan karat-karat dosa yang kita lakukan secara sedar atau tidak. Jadi memang patutlah kalau kita korbankan 10-20 tahun umur kita akan datang untuk pembersihan hati nurani kita. Mudah-mudahan penghujung umur kita dapat kita rasa kebersihan hati dan keselamatan nya dari mazmumah. Mudah-mudahan kita dapat mengadap Allah membawa hati yang selamat.

Firman Allah:

“Di hari itu (hari kita meninggal dunia) tidak berguna lagi harta dan anak kecuali mereka yang mengadap Allah membawa hati yang selamat.” (Asy Syuara ‘: 88-89)

perbanyakkanlah mengingati ALLAH swt di dalam hati dengan zikrullah atau solat dengan ikhlas ,mudah mudahan hati kita dapat membezakan antara pekara yang hak dan batil di sisi ALLAH dan RASUL dan kita diberi kekuatan untuk taat dan patuh kepada NYA
wallahhualam
inshaallah …

Read more at http://mencariygbenar.blogspot.com/2012/04/dari-mata-turun-ke-hati.html#MqzFKLzCL4eHsEyj.99

Pendapat 2

Oleh : DilaDellila

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…

bersyukur ke hadrat Ilahi dengan izinNya kita masih di sini, di bumiNYa yang penuh dgn cabaran dan ujianNYa ini..pada kali ini ana mahu kongsi sesuatu yg ana kira amat penting buat kita… “Dari mata turun ke hati” bacalah! moga mendapat manfaat darinya… amin..

Dari mana datangnya CINTA? Dari mata turun ke hati! Oleh kerana itu Islam mewajibkan setiap umatnya memelihara mata agar hati tidak mudah tergoda.

Nafsu dan syahwat adalah umpama binatang buas yang sedang tidur, ia mesti dijaga dari permulaannya. Sekiranya ia terjaga pasti tidak dapat mengawalnya lagi kecuali orang-orang yang takut kepada balasan Allah.

“Katakanlah kepada orang-orang lelaki beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kehormatannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka perbuat.” (An-Nur: 30)

“katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kehormatannya dan jangan mendedahkan perhiasan mereka” (An-Nur:31)

“Janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu amat keji dan jalan yang sesat” (Al-Israk:32)

Maka jeIaslah di sini bahawa Islam mengajar umatnya agar menjauhi segala perbuatan yang boleh menimbulkan Syahwat.

Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, menonton dan membaca bahan lucah, mendedahkan aurat serta mengambil makanan dan minuman yang memabukkan adalah diantara sebab utama yang menaikkan syahwat dan akan membawa kepada perbuatan zina.

Berkata Nabi Isa a.s: “Takutlah kamu sekalian pada pandangan kerana sesungguhnya ia dapat menimbulkan syahwat (nafsu) di dalam hati dan cukup untuk menimbulkan fitnah (godaan) kerana pandangan itu.”

Orang bertanya kepada Nabi Yahya a.s “Apakah permulaan zina?” Nabi yahya menjawab “Malihat dan berangan-angan”

Rasulullah saw bersabda:“pandangan itu panah yang beracun dari panah-panah iblis. Oleh itu, barangsiapa yang meninggalkan pandangan kerana takut akan seksaan Allah maka ia akan memperolehi kemanisan iman dalam hatinya.”

Bermula dengan renungan mata, kemudian bersentuh-sentuhan dan ringan-ringan tetapi apabila nafsu syahwat telah menguasai akal maka hilanglah rasa takut atau malu.
Rasulullah saw bersabda: Tiap-tiap anak Adam (manusia) mempunyai bahagian dari zina. Dua matanya berzina, iatu memandang sesuatu yang menaikkan syahwat dan tangannya berzina iaitu memegang mereka yang bukan muhrimnya.dua kakinya berzina iaila bejatan ke tempat maksiat. Mulutnya berzina iaitu mencium dan hati itu bercita-cita dan berangan-angan melakukan zina. Kemudian sahkan yang demikian itu oleh kemaluan’’ (muslim)

Bekata syaitan kepada nabi musa. “janganlah engkau berdua-duaan dengan perempuan yang tiada halal bagimu.Kerana apabila seseorang lelaki berdua-duaan dengan perempuan yang tidak halal baginya,maka aku(syaitan)lah temannya.Lalu aku goda lelaki itu dengan perempuan tersebut dan aku goda perempuan itu dengan lelaki tersebut”

Rasulullah saw bersabda:”Apabila kamu melihat sesuatu kemungkaran,hendaklah kamu cegah dengan tangan,sekiranya tidak mampu dengan tangan maka hendaklah kamu cegah dengan lidah,sekiranya tidak mampu dengan lidah maka hendaklah kamu cegah dengan hati.Tiadalah iman selepas itu.”

Untuk menggawal nafsu, Islam mewajib kita agar berkahwin. Jika kita gagal menahan nafsu dan terjerumus dalam perbuatan zina, Islam juga menyediakan hukuman berat ke atas mereka yang melakukan perbuatan keji ini.

“Perempuan-perempuan dan lelaki-lelaki yang berzina, hendaklah pula dengan hukuman Allah yang gagal dijalankan, maka kes rogol dan zina semakin bertambah saban hari.

Sesungguhnya apabila hambanya berbuat maksiat kepadaNya, nescaya ia amat penyantun. Apabila hamba itu kembali kepada perbuatan maksiat pada kali yang lain, nescaya Allah akan menutup dosanya.

Apabila hamba itu memakai maksiat itu sebagai pakaiannya (sebati), nescaya Allah marah kepadanya. Kemarahan dimana langit,bumi,gunung-gunung,pohon kayu dan haiwan menjadi sempit daripadanya. Siapakah yang sanggup menahan kemarahan Allah.

“Maka pernahkah kamu melihat orang-orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya, dan Allah membiarkan mereka sesat berdasarkan ilmunya dan Allah telah mengunci mati pendengarannya dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya. Maka siapakah akan memberinya petunjuk setelah Allah (membiarkannya sesat), maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran (Al Jathiyah:23)

Penderitaan yang di tanggung oleh mereka yang berzina atau mangsa rogol tidak akan hilang hingga ke akhir hayat. Masa depan mereka musnah dan mereka hidup penuh kehinaan, apatah lagi terpaksa menderita setiap saat kerana mengandungkan anak luar nikah dari perbuatan yang dikutuk Allah dan dikutuk manusia.

Terdapat juga kes-kes di mana mangsa rogol atau mereka yang berzina akhirnya menjadi pembunuh kerana membuang bayi tersebut kedalam tong-tong sampah, dalam tandas dalam semak dan membiarkan bayi dimakan oleh anjing, ulat-ulat dan cacing. Mereka ini lebih kejamnya seperti Arab Jahiliyah sebelum kedatangan Islam.

“Laki-laki yang berzina tidak mengawini melainkan perempuan yang berzina atau perempuan yang musyrik; dan perempuan yang berzina tadak dikahwini melainkan dengan laki-laki yang berzina.”(An Nur:3)

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Takutlah kamu dari perbuatan zina, kerana bagi mereka yang berzina mereka diberikan 6 bala dan seksaan:Tiga bala sewaktu didunia iaitu:
• Allah mengurangkan rezekinya
• Hidup yang hilang keberkatan
• Seksaan sewaktu nyawanya dicabut.

Rasulullah s.a.w ketika Israk dan mikraj diperlihatkan Allah satu kumpulan manusia yang terdiri dari lelaki dan perempuan yang sangat hebat penyeksaan dan azab yang ditimpakan kepada mereka. Penzina lelaki dan perempuan digantung pada buah dada mereka dengan rantai api neraka dan kemaluan mereka keluar nanah dan danur yang sangat busuk sehingga ahli-ahli neraka yang lain mengeluh dan meminta agar dijauhkan dari golongan penzina tersebut.

Apakah anda masih sanggup menghampiri zina? Besar kemungkinan anda akan telanjur dan melakukan zina! Jika ini berlaku anda pasti mendapat siksaan yang sama dari Allah di dunia dan akhirat.

“Berilah mereka peringatan, akan hari (kiamat) yang sudah dekat waktunya ketika itu hati (menyesak)sampai kerongkong dengan menahan kesedihan. Orang-orang yang bersalah itu tidak mempunyai teman yang setia dan penolong yang memberi syafaat. Allah mengetahui mata yang khianat dan apa yang tersembunyi oleh hati”(Al Mu’min:18-19)

Sesungguhnya Allah tidak akan memungkiri janji-janjiNya.

Pendapat 3

Oleh : mawarsoleha (di sini)

Sebuah syair akan mencoba untuk mengilustrasikan kedahsyatan mata..

Dari Mata Turun ke Hati : Awal peristiwa – Dari pandangan mata – Laksana setitik bara api -Saat mata mengembara – Bak jilatan api perlahan pasti – Menerkam semua pemandangan
– Merasuk pikiran terbayang-bayang – Hasrat hati mewujudkan impian – Bermain-main mereguk kesenangan – Berbuah gelimang dosa penyesalan.

Aturan Memandang dalam Al Quran dan hadis

Allah swt. dalam Al Quran telah mewanti-wanti, “Katakanlah bagi mukmin (laki-laki)hendaklah menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. Demikian itu lebih bersih bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu perbuat.” “Katakanlah kepada mukmin perempuan, hendaklah menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka…”(Q.S. An-Nur 24: 30-31).

“Sesungguhnya Allah telah menetapkan atas diri anak keturunan Adam bagiannya dari zina. Dia mengetahui yang demikian tanpa dipungkiri. Mata itu bisa berzina, dan zinanya adalah pandangan. Lidah itu bisa berzina dan zinanya adalah perkataan. Kaki itu bisa berzina dan zinanya adalah ayunan langkah. Tangan itu bisa berzina dan zinanya adalah sentuhan. Hati bisa berzina dengan keinginan dan angan-angan. Baik kemaluan membenarkan yang demikian itu atau mendustakannya.” (H.R. Bukhari, Muslim, An-Nasai, dan Abu Dawud).

“Wahai Ali, janganlah engkau susuli pandangan dengan pandangan lagi, karena yang pertama menjadi bagianmu dan yang kedua bukan lagi menjadi bagianmu (dosa atasmu)” (H.R. Ahmad, Tirmidzi, dan Abu Dawud).

Perintah menjaga pandangan ditujukan pada para wanita. Sebuah hadis menerangkan, “…Ya Rasulullah, bukankah ia buta (Ibnu Ummi Maktum) sehingga tidak mungkin dapat melihat kami? Maka sabda Rasulullah saw. “Bukankah kamu berdua (Ummu Salamah r.a. dan Maimunah bintiaAl-Harits) melihatnya?” (H.R. Abu Daud).

“Sesungguhnya memandang (wanita) adalah salah satu panah beracun dari berbagai macam anak panah iblis. Barangsiapa menahan pandangannya dari keindahan-keindahan wanita karena takut pada-Ku, maka Allah mewariskan kelezatan iman di dalam hatinya.” (H.R. Thabrani).

Me’manage’ Pandangan

Q.S. An-Nuur ayat 30 dan 31, memerintahkan kaum mukminin dan mukminat untuk menjaga pandangan atau menundukkan pandangan dan menjaga kemaluannya agar tidak terjerumus pada perbuatan haram. Menahan pandangan atas hal-hal yang diharamkan Allah swt., disebutkan paling awal, karena menahan pandangan mata merupakan dasar untuk menjaga kemaluan dan cerminan hati yang beriman. Apabila mengumbar pandangan, otomatis mengumbar syahwat hati dan tidak beriman. Segala pandangan yang tidak sengaja dan tiba-tiba, bisa meninggalkan pengaruh dalam hati, sikapi dengan mengalihkan arah pandangan, terlarang mengulangi atau melanjutkan menatap pandangan yang tidak sengaja tadi. Pandangan yang tidak sengaja merupakan bagian dari sekadar ketidaksengajaan, sedangkan pandangan selanjutnya adalah haram dan hukumnya berdosa.

Apabila pandangan itu ditahan sejak awal, maka cara menuntaskannya menjadi lebih mudah. Senantiasa berupaya preventif(mencegah) dan antisipatif (siap siaga) tidak menyengaja mencari-cari dan mencuri-curi kesempatan menatap dalam-dalam, menatap penuh birahi. Pandangan pertama ibarat panah beracun, terlebih-lebih pandangan selanjutnya mengandung racun mematikan. Sedetik Anda lengah maka panah racun iblis akan tertancap dalam hati, memusnahkan benteng iman menjerumuskan pada perzinahan mata, dan zina seluruh pancaindera, baik diwujudkan dengan berhubungan intim ataupun tidak.

Bagi yang telah menikah, maka bila memandang tidak sengaja lawan jenis hendaklah mengendalikan ketertarikan biologisnya dengan menyadari apa yang ada pada diri wanita (pria) lain dengan istri (suami)-nya sama saja, maka selamatlah dorongan birahi yang tidak pada tempatnya. Menjadi orang yang bermuamalah dengan Allah swt. rido meninggalkan pandangan yang disukai syahwatnya, hatinya kian menjadi tenang. ”Sesungguhnya di dalam tubuh itu ada segumpal darah. Jika ia baik, maka seluruh tubuh akan baik pula dan jika ia rusak maka rusak pula seluruh tubuh. Ketahuilah segumpal darah itu adalah hati.” (H.R. Bukhari dan Muslim).

Pandangan yang Dikecualikan

Syariat membolehkan kaum mukminin untuk memandang lawan jenisnya apabila terdapat keperluan-keperluan tertentu yang tidak mungkin dilakukan kecuali dengan memandangnya, yaitu: memandang saat meminang (aurat tetap terjaga), proses pemeriksaan perkara di pengadilan, dokter yang dapat dipercaya dibolehkan melihat anggota badan wanita yang bukan muhrim pada bagian yang perlu dilihat sebatas usaha pengobatan bila tidak terdapat dokter wanita, dan saat khitan.

Manfaat Menahan Pandangan

Menurut Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, manfaat menahan pandangan di antaranya membersihkan hati dari derita penyesalan dosa, mendatangkan cahaya, keceriaan, kegembiraan, kesenangan hati, kenikmatan hidup, mendatangkan kekuatan firasat yang benar (berasal dari zhahir mengikuti sunnah, batinnya merasakan pengawasan Allah swt., menahan mata dari hal-hal yang diharamkan, menahan diri dari syahwat).

Membuka pintu dan memudahkan jalan ilmu, mendatangkan kekuatan, keteguhan, kekuatan hati, membebaskan hati dari tawanan syahwat yang memabukkan, melenakan dan melalaikan, menutup pintu neraka jahanam, cemerlang akalnya tidak hidup gegabah selalu memikirkan akibat di kemudian hari. Sadarlah kita, “Sesungguhnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada.” (Q.S. Al Hajj 22: 46). Wallahu A’lam.

Advertisements

About zainura66

Pencinta Alam Semesta
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s