Glaukoma – Pencuri Senyap Penglihatan ?

Apa Itu Glaukoma ?

Glaukoma adalah sejenis penyakit mata yang boleh mengakibatkan hilang penglihatan tanpa disedari. Sekiranya ia dapat dikesan pada peringkat awal, kehilangan penglihatan / kebutaan kekal dapat dielakkan.

Glaukoma boleh berlaku pada sebelah mata sahaja atau pada kedua-dua belah mata.

Terdapat banyak jenis Glaukoma. Namun kebiasaannya, Glaukoma yang sering dihidapi pesakit adalah ‘Glaukoma Sudut Terbuka’. Glaukoma jenis ini biasanya berlaku tanpa disedari oleh pesakit.

GLAUKOMA

Bagaimana ia terjadi ?

Dalam mata yang sihat, terdapat cecair aques humour yang berkitaran menerusi bahagian depan mata dan keluar melalui salur ‘Canal of Schlem’.

GLAUKOMA

Dalam Glaukoma, sistem pengaliran tersebut telah tersumbat sedangkan cecair aques humour tetap dihasilkan dan dirembeskan ke bahagian depan mata. Ini menyebabkan tekanan dalam mata menjadi tinggi.

Apabila tekanan meningkat lebih dari paras biasa, ia akan menyebabkan kerosakkan pada saraf optik iaitu saraf yang menyambungkan mata ke otak. Kesannya ialah medan penglihatan akan terjejas sedikit demi sedikit dari bahagian sisi sehingga pesakit menjadi buta.

GLAUKOMA
medan penglihatan normal
GLAUKOMA
medan penglihatan berkurangan
GLAUKOMA
medan penglihatan kecil & kabur

Siapakah sasaran Glaukoma ?

> Individu yang mempunyai ahli keluarga yang menghidap Glaukoma.
> Umor 40 tahun ke atas
> Penghidap Diabetes dan Darah Tinggi
> Pengambilan ubat Steroid

Apa Itu Glaukoma Kronik ?

Tanda-tanda :

> Medan / ruang penglihatan menjadi sempit secara perlahan-lahan
> Sakit kepala atau rasa senak pada mata
> Buta tanpa sebarang tanda awal

Apa Itu Glaukoma Akut ?

Tanda-tanda :

> Sakit mata secara tiba-tiba
> Mata merah
> Kabur penglihatan
> Sakit kepala
> Loya dan muntah-muntah

Apakah rawatannya ?

~ Ubat titis mata
~ Ubat Pil
~ Pancaran laser
~ Pembedahan

Apakah tindakan anda?

Dapatkan pemeriksaan Pakar Oftalmologi jika anda :

> Mempunyai ahli keluarga yang menghidap Glaukoma
> Berumor lebih dari 40 tahun
> Mempunyai tanda-tanda Glaukoma
> Menghidap Diabetes / Darah Tinggi

PERINGATAN


RAWATAN DAN SUSULAN BAGI PESAKIT GLAUKOMA DIPERLUKAN SEUMUR HIDUP. PASTIKAN RAWATAN DIAMBIL MENGIKUT NASIHAT DOKTOR.

Sumber :

Jabatan Oftalmologi
Hospital Sultanah Nur Zahirah,
alan Sultan Mahmud
20400 Kuala Terengganu
Terengganu Darul Iman

About zainura66

Pencinta Alam Semesta
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s