AMBLYOPIA (MATA MALAS)

Apakah itu amblyopia (mata malas)?

Amblyopia atau mata malas merupakan keadaan kurang tahap penglihatan satu-satu mata akibat mata tersebut kurang digunakan sejak kecil lagi. Ia berpunca dari gangguan pada perkembangan sistem penglihatan semasa kecil

AMBLYOPIA

Apakah gangguan yang boleh mengakibatkan amblyopia?

> Mata juling
> Rabun mata (seperti rabun jauh, rabun dekat atau astigmatisma) yang tidak diperbetulkan terutama rabun mata berkuasa tinggi atau perbezaan besar kuasa rabun mata di antara kedua-dua belah mata
> Faktor-faktor lain yang menghalang penglihatan seperti :

~ Ptosis (kelopak mata jatuh / kuyu)
~ katarak

AMBLYOPIA

Bagaimana diketahui seseorang kanak-kanak menghidapi amblyopia ?

Kebanyakan kanak-kanak yang menghidap amblyopia tidak mempunyai sebarang tanda dan kanak-kanak ini tidak merungut kerana disangka semua orang berpenglihatan sepertinya. Oleh itu adalah penting bagi kanak-kanak menjalani pemeriksaan mata secara berkala sebelum alam persekolahan.

Walaubagaimanapun, ibubapa harus mengesyaki bahawa anak anda berkemungkinan mengalami amblyopia sekiranya dia mempunyai tanda-tanda seperti berikut :

> Kepalanya senget
> Mata beralih dari tengah bila letih atau berada dalam cahaya terang
> Menutup sebelah mata apabila terdedah kepada cahaya matahari
> Sering menggosok mata
> Sering mengelipkan mata
> Lebih gemar menggunakan satu mata untuk melihat

Bolehkah kurang penglihatan akibat amblyopia diperbetulkan ?

~ Ya, sekiranya ia dikesan dan dirawat awal (sebaik-baiknya sebelum mencapai usia 6 tahun)
~ Malangnya kebanyakan kanak-kanak yang menghidap amblyopia tidak dikesan awal dan ini menyebabkan kecacatan penglihatan yang berkekalan.

Apakah yang akan terjadi jika tidak mendapat rawatan awal ?

> Jika rawatan awal tidak diberikan, mata tersebut tidak akan berkembang untuk mencapai tahap penglihatan normal dan berkemungkinan menjadi buta.

Apakah rawatan bagi amblyopia?

Rawatan amblyopia hanya berkesan jika dilaksana pada peringkat kanak-kanak. Sebahagian rawatan boleh dijalankan oleh ibubapa setelah mendapat latihan daripada Pakar Oftalmologi atau Pegawai Optometri. Rawatan merangkumi salah satu atau gabungan beberapa kaedah seperti berikut :

> Merawat penyakit mata sediada seperti pembedahan untuk katarak.
> Merawat rabun mata dengan cermin mata atau kanta sentuh.
> Menutup mata yang baik penglihatannya untuk merangsang mata yang malas.
> Menggunakan ubat titis
> Menjalankan latihan / senaman mata

Cadangan

Bagi mengelak kurang tahap penglihatan akibat dari amblyopia, kami mencadangkan :

> Semua bayi yang baru lahir perlu mendapat pemeriksaan mata.
> Bayi yang dibawa melawat klinik kesihatan perlu mendapat pemeriksaan mata
> Semua kanak-kanak tadika dan pra sekolah perlu menjalani ujian tahap penglihatan sekurang-kurangnya setahun sekali
> Sekiranya tanda-tanda luar biasa dikesan, kanak-kanak tersebut perlu mendapat pemeriksaan Pakar Oftalmologi dengan segera

PERINGATAN

Pengesanan awal amblyopia membolehkan rawatan awal diberi untuk mencapai kejayaan rawatan yang lebih baik. Pengesanan lewat boleh mengakibatkan kecacatan penglihatan yang kekal sepanjang hayat.

Sumber :

Jabatan Oftalmologi
Hospital Sultanah Nur Zahirah,
Jalan Sultan Mahmud
20400 Kuala Terengganu
Terengganu Darul Iman

About zainura66

Pencinta Alam Semesta
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to AMBLYOPIA (MATA MALAS)

  1. nana farhana says:

    Assalamualaikum, camne kalau penyakit mata malas ni baru disedari bila umur15? Adakh boleh diperbaiki? Melalui pembedahan/apa? Apkh kesan buruknya? Mohon diberi jawapan. Sebab periksa PT3 dh dekat. Sy x boleh fokus dlm kls sbb x nmpk.😦

    • zainura66 says:

      Waalaikumsalam Nana Farhana, ada baiknya jika adik buat pemeriksaan mata dengan doktor pakar mata untuk mendapatkan penjelasan yang lebih tepat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s