Jerawat di Kemaluan, Normal atau Tidak?

Bagi lelaki, mempunyai jerawat aada kalanya memalukan apalagi munculnya bukan cuma di wajah tetapi juga di kemaluan. Jerawat pada kemaluan ada banyak penyebabnya, sebagian berbahaya dan sebagian lagi dianggap normal. Bagaimana membezakannya?

Jerawat atau bintil-bintil kecil di daerah kemaluan lelaki maupun buah zakar atau wanita banyak ditemukan di usia remaja. Penelitian menunjukkan, 8 dari 10 remaja lelaki pernah memiliki jerawat di bahagian tersebut dan akan hilang dengan sendirinya bila mencapai dewasa.

Bintil berukuran rata-rata 1-2 mm itu sepintas memang mirip jerawat, namun tidak selalunya adalah jerawat . Kebanyakannya merupakan kelenjar kecil yang membengkak dan boleh ditemukan di sekitar antara kepala dan batang kemaluan, pangkal kemaluan dan kerandut buah zakar.

Aktiviti seksual seperti berhubungan seks dan masturbasi juga boleh menyebabkan tumbuhnya bintil-bintil kecil, khususnya di sekitar antara kepala dan batang kemaluan. Bintil yang sifatnya hanya sementara ini merupakan lymphocele yang membengkak kerana terjadi penyumbatan kanal limfatik.

Masalah kulit di kemaluan_1

Meski pada umumnya hilang sewaktu meningkat dewasa, beberapa lelaki masih memiliki bintil-bintil bersifat kekal hingga ke usia 40 tahun. Baik pada lelaki remaja maupun dewasa, bintil-bintil seakan-akan jerawat yang normal dan yang berbahaya boleh dibedakan dari ciri-ciri sebagai berikut.

Bintil jerawat yang normal biasanya kelihatan seperti berikut ini seperti dikutip dari SteadyHealth, Minggu (2/9/2012).

1. Bintil kulit ayam
Disebut bintil kulit ayam kerana membuat kulit di kawasan kemaluan, terutama di bahagian pangkal dan kerandut buah zakar seakan-akan kulit ayam setelah direbus dan dicabuti bulunya. Bintil ini umumnya tidak berbahaya.

2. Kista sebasea
Bentuknya mirip jerawat berwarna kekuningan, jumlahnya boleh mencapai belasan di satu-satu kawasan. Bintil ini adalah pembengkakan kelenjar ayng umumnya normal, walaupun infeksi masih mudah diubati.

3. Angiokeratoma buah zakar
Bentuknya kecil, merah menyala dan gatal, kadang lecet kerana digaru tetapi sama sekali tidak berbahaya.

Sementara bintil jerawat pada kemaluan lelaki yang dikatakan tidak normal dan harus diperiksakan ke doktor adalah sebagai berikut.

1. Kutil kelamin
Kecil, warna daging atau kelabu dan biasanya berkumpul membentuk kembang kol. Gatal dan kadang berdarah kalau terkena gesekan.

2. Varikokel (varises di kemaluan)
Kadang gejalanya tidak nampak, tetapi yang jelas akan memicu rasa tidak selesa terutama kalau duduk, berdiri atau berjalan.

3. Benjolan kista atau tumor
Kista maupun barah testis relatif jarang berlaku, tetapi ada baiknya diwaspadai. Periksalah ke doktor jika ada benjolan tidak wajar yang keras dan berbedz dari bintil-bintil sebelumnya.

About zainura66

Pencinta Alam Semesta
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , . Bookmark the permalink.

42 Responses to Jerawat di Kemaluan, Normal atau Tidak?

  1. Azam says:

    Salam,

    Bagaimana menyembuhkan dan menghilangkan ‘jerawat’ ini? Dan jika saya bersetubuh dengan isteri, adakah ia akan berjangkit?

    • zainura66 says:

      Waalaikumsalam Azam, jerawat bukanlah suatu penyakit berjangkit yang berbahaya seperti HIV walaupun ia boleh menjangkiti orang lain melalui cairan jerawat yang pecah sekiranya antibodi orang yang dijangkiti tidak kuat. Penyebab utama kepada jerawat yang tumbuh banyak ialah disebabkan racun (toksin) yang terperangkap dalam tubuh badan seseorang dan gagal di tapis oleh buah pinggang atas faktor2 tertentu. Dengan itu, racun atau toksin tersebut akan keluar melalui kulit dalam bentuk jerawat, kudis, kurap dan lain-lain. Cara yang terbaik untuk mengatasinya ialah dengan mengurut muka Azam dengan cara yang betul agar aliran darah lancar serta menyucikannya dengan gunakan sabun madu Wannura dan atau madu lebah Wannura. Sekian, terima kasih.

  2. ewan says:

    Ada tak pnawar num 1 to..bintik2 mcm bulu aym 2

    • zainura66 says:

      Ewan boleh cuba sapukan madu lebah..

      • ewan says:

        Madu lebah…yg jual kt kdai tu ke..slaen madu ad cara laen lg ke.

      • zainura66 says:

        Madu lebah bukan hanya ada dijual di kedai sahaja, malah kini mudah didapati di supermarket, hypermarket, toko-toko jamu, farmasi dan lain-lain. Hanya pastikan ia madu lebah yang tidak dicampur gula. Cara lain ialah dengan berjumpa dengan pakar sakit tuan/puan di hospital untuk mendapat nasihat rawatan dan ubatan cara moden.

  3. ewan says:

    Dan saya nak tnya,kutil kelamin macam mane nak hilang kan ya…:-(

  4. House50 says:

    Saya selalu membuat masturbasi …. dan sya mempunyai jerawat di kemaluan saya
    sya seorang lelaki .. brumur 13 thn

    • zainura66 says:

      House50, masturbasi dengan tangan yang tidak bersih akan membuatkan kemaluan anda berjerawat.

      • House50 says:

        oh..sy selalu memastikan tangan saya bersih sblum membuat masturbasi..

        kadang2 selepas masturbasi….sya tidak mencuci kemaluan saya …
        adakah itu menyebabkan jerawat tumbuh di kemaluan saya?

      • zainura66 says:

        Ya, dan mudah dijangkiti oleh kuman. Lebih baik hindarkan aktiviti mastubarsi ini kerana ia boleh mendatangkan penyakit di kemudian hari kelak.

  5. Shah says:

    Sy ada mgalami gatal2 di kwsan buah zakar di sbelah kanan..ianya warna kemerahan dan sdkit ada wrna coklat..tpi bla pakai seluar dalam brief kwsan itu akan gatal2 kerana terkena getah brief tersebut dan juga jika cuaca di luar rumah terik..sy pernah picit pd kwsan trsebut tpi hanya air shja yg keluar disusuli dgn sedkit darah..saiznye tmpat gtal itu sbesar biji kacang soya..sy umur 19 thn dan bakal mlanjutkn pelajaran..

  6. fikri says:

    sye ade bintik2 di kemaluan dn di buah zakar yg seakan bintik di kulit ayam,saye x slalu buat masturbasi….saye risau akan hal ini.ade x cara nk hilangkan nyer.btul ke madu boleh hilangkan nyer

  7. izzati says:

    saya ada jerawat Kista sebasea macam mna nak hilangkannya? sya umur 16

  8. mad says:

    assalamualaikum, saya ingin bertanya, saya ada bintik2 di sekitar kemaluan di bekas cantuman selepas sunat dahulu,. saya mula menyedari ada bintik2 seperti warna kulit di sekitar kawasan itu, boleh saya mendapatkan info ttg penyakit itu? terima kasih

  9. Afiq says:

    Assalammualaikum
    Dibahagian zakar saya tapi bukan dikepalanya . Terdapat bintik kecik , ada dalam 3 , 4 bintik. Adakah bintik itu merbahaya? Tolong jelaskan bintik apa itu dan adakah dapat untuk mengatasinya.

    • zainura66 says:

      Waalaikumsalam Afiq. Ada kemungkinan juga ia merupakan jerawat atau bisul kecil. Ia tidak merbahaya jika adik tidak mengamalkan seks bebas. Afiq boleh mencuba dengan sapukan madu lebah asli di bahagian tersebut sebab kandugan madu terdapat banyak khasiatnya termasuklah sebagai agen antibiotik. Boleh juga amalkan minum madu lebah setiap hari bagi mencuci racun tubuh badan selain mendapat pelbagai manafaat dari madu lebah tersebut yang kaya dengan mineral dan sebagainya….

  10. Afiq says:

    Tapi bagi pendapat saya adakah itu salah satu sifilis?
    Sebab sifilis berlaku dalam 4 peringkat.

    Peringkat 1
    Ulser yang tidak sakit dan kemerahan pada: Vagina Dubur Penis Mulut Ulser ini dipanggil ‘primary chancre’ dan akan hilang selepas beberapa minggu Kelenjar limfa mungkin membengkak pada masa yang sama Seseorang yang terdedah kepada sifilis mungkin tidak perasan kehadiran ‘chancre’ yang mungkin timbul selepas 3 hari hingga 3 bulan kemudiantan.

    Peringkat 2
    Jika tidak dirawat, ruam akan timbul pada bahagian badan, kedua-dua belah tapak tangan dan tapak kaki. Ulser boleh timbul pada: Bibir Mulut Kerongkong Vagina Dubur Gejala seperti selesema, demam dan sakit badan mungkin berlaku. Peringkat 2 boleh berlaku selama 1-2 minggu dan akan hilang walaupun tanpa rawatan.

    • Afiq says:

      Yang lain saya tak berapa ingat. Tapi sekiranya disapu dengan madu lebah asli? Kesannya boleh hilang? Dan mungkin juga akan hilang sendiri tapi macam mana nak tahu itu hanya bintik jerawat atau sifilis?

      • zainura66 says:

        Afiq, jika anda tidak mengamalkan seks bebas, kenapa anda perlu risau tentang siflis ? Jika tidak, ia hanya jerawat yang memberi amaran kepada anda bahawa bahagian sulit anda terdapat sumbatan aliran darah sehingga racun berkumpul di bawah kulit tersebut dan membentuk jerawat atau pun bisul. Sudah jelas dalam al Quran Surah an-Nahl ayat 69 tentang kelebihan madu lebah , kenapa masih ragu-ragu lagi ayat yang diturunkan oleh Allah swt ?

      • Afiq says:

        Oh, Maafkan saya, bukan ragu, cuma risau dan saya memang taktahu . Sebab, ada banyak sangat info dari blog lain. Kali ini saya faham,saya akan cuba. Terima Kasih banyak-banyak atas kerjasama anda.

      • zainura66 says:

        Sama-sama Afiq. Anda boleh berkongsi pengalaman di sini dengan melihat kepada tindakan yang telah dibuat.

  11. dieya says:

    Salam…. sya ada masalah dkt bahagian kemaluan…. dkt bahagian bibir kemaluan sye ada
    tumbuh seperti jerawat…tapi bila sye pecah kan… darah yg keluar… ada saya tidak pasti adakah
    itu jerawat atau ketil…mohon penjelasan..

  12. aman says:

    assalamualaikum, kalau gunakan madu yg suda di campur air. boleh gunakan untuk mengubati masalah ini?

    • zainura66 says:

      Waalaikumsalam Aman. Jika madul yang sudah dicampur air, lebih baik minum untuk menjadi darah daging bagi menyahtoksid racun badan.

      • aman says:

        apakah yg menyebabkan bintik2 kecil ini boleh tumbuh? sdangkan saya blm pernah melakukan persetubuhan dengan mana2 perempuan lagi.. saya dah mula risau. tpi, ia tidak bertambah banyak. cuma saya risau ia akan berjangkit dengan isteri saya nanti.

      • zainura66 says:

        Aman, anda dinasihatkan menjaga kebersihan alat sulit disamping pengambilan diet pemakanan seharian yang seimbang serta memahami aspek-aspek kesihatan kehidupan. Penyakit akan timbul jika tubuh badan kita banyak toksin/ racun.

      • salahudin says:

        assalamualaikum, kalau menggunakan pelembab muka boleh menghilangkan bintik kecil berwarna cerah, biasanya tumbuh di pinggiran kepala penis tak?

      • zainura66 says:

        Waalaikumsalam salahudin. Jangan guna produk sebarangan sebab dikhuatiri bersopak pulak nanti.

  13. maureen ak juing says:

    Sye nk tanya kpada pihak tuan,ada pertumbuhan kat suami sya..tp xtk nk bwk pegi hospital..ada macam pertumbuhan sebesar hujung jari klinking..dulu kecil je..tp skarang mkin besar..dia kata tak sakit…boleh tuan jelaskan apakah itu?

  14. apocalyps says:

    Assalamualaikum,
    Sy tak pasti sama ada bintik ayam atau kista..tp ia semakin bertambah dari mula hanya 1 skrg hampir bebelas..adakah ia merbahaya??sedangkan sy bukan penggemar seks bebas..adakah sy perlu berjumpa doktor..atau hanya sapu madu seperti tuan cadangkan..bantu saya.

    • zainura66 says:

      Waalaikumsalam, lebih baik berjumpa dengan doktor pakar kulit terlebih dahulu dan lihat hasilnya sebab dikhuatiri ini adalah penyakit kulit.

  15. Aaron Arunasalam says:

    Salam sejahtera, Saya telah mengalami satu bonjol ( jerawat) yang sederhana besar dalam linkungan 1-3cm pada zakar saya. Bukan di kepala tetapi di bawah garisan khatan. Benda ni telah timbul sejak semalam. Apakah saya perlu lakukan untuk meredakan kesakitan dan juga menghilangkan jerawat tersebut?

    • zainura66 says:

      Ya salam sejahtera Aaron Arunasalam, anda boleh mencuba sapukan madu lebah di tempat jerawat tersebut.

      • Aaron arunasalam says:

        Terima kasih atas nasihat kesihatan. Saya telah pergi ke hospital untuk rawatan. Doktor berikan antibiotik dan ubat tahan sakit. Sekarang, bonjol itu hampir hilang. Namun saya akan menggunakan petua yang zainura berikan (madu lebah) jika bonjol itu muncul sekali lagi. selamatmenunaikan ibadah puasa.

      • zainura66 says:

        Terima kasih Aaron. Selain untuk di sapu, anda perlu mengamalkan pengambilan (makan 1 sudu setiap hari) madu lebah asli sebagai nutrisi lengkap untuk kesihatan anda. Berbagai khasiat boleh diperolehi di dalam madu lebah yang asli (lebah tualang tanpa campuran gula) Jika boleh elakkanlah dari pengambilan nutrisi sintetik.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s