Kulit zakar perlu dibuang ?

Ketahui sebab-sebab utama kulit zakar perlu dibuang atau dikhatan :

1) Apabila kulit hujung yang menutupi kepala zakar di buang, batang zakar akan menjadi lebih sensitif dan mudah terangsang pada bahagian kepalanya.

2) Apabila kulit kepala zakar dibuang, satu urat utama di antara saraf zakar iaitu urat yang mengalirkan darah untuk membesarkan batang zakar akan lebih banyak mengalir – biasanya, tok mudim yang memotong hujung kulit kepala zakar akan membiarkan lebih darah mengalir terlebih dahulu sebelum urat utama tersebut dijahit simpulkan ; kemahiran tok mudim menjahit semula kulit yang dipotong menjadi bentuk lipatan karipap akan mendatangkan hasil rangsangan pada dinding faraj wanita dengan lebih hebat lagi…malah ada yang dibuat berbintil-bintil dan bersegi-segi lipatan jahitan nya…

3) Batang zakar yang tidak dibuang kulit hujung/kelimbit kepala zakar tidak dapat mengeras dengan cepat dan tidak dapat mencapai kekerasan yang benar-benar optimum, ini kerana darah zakar tidak dapat dipancutkan sepenuhnya. Ada sesetengah orang-orang tua dahulu yang akan bersunat kali kedua jika kulit pada batang zakar mereka sudah terlalu berkedut atau berlebih lagi.

4) Selain rawatan bersunat kali kedua itu didakwa akan dapat mengembalikan kekuatan batang zakar mereka semula…

Bersunat atau berkhatan di hospital, ubat bius akan digunakan terlebih dahulu; ini akan menyebabkan rangsangan pada kepala zakar akan berkurangan apabila zakar menegang apabila sihat sembuh…dan mungkin seumur hidup jika ada urat-urat saraf yang cedera atau terputus.

Orang-orang lama dulu, mereka bersunat tidak menggunakan ubat bius…malah ketika kulit dipotong, darah dibiarkan terpancar dari sedikit hingga mengalir laju sebelum urat mula disimpul jahit, inilah antara rahsia batang zakar menjadi lebih gagah, lebih cepat keras dan lebih tahan lama…(everyday ready)…

5) Pembuangan bahagian tersebut untuk memudahkan lelaki menjaga kebersihan.

Kulit zakar perlu dibuang

Sebelum kita menerangkan tentang kenapa perlu bersunat? Perkara pertama yang perlu kita terangkan bahawa apa itu sunat dan bahagian mana yang dibuang? Kebanyakan bukan Islam tidak faham bahagian mana yang dibuang sehingga sangat takut bersunat. Terangkan kepada mereka bahawa hanya kulit di bahagian hujung zakar sahaja yang dibuang. Gambar di kiri menunjukkan cara sunat yang salah sebab semua kulit zakar dibuang, hanya dibuang sedikit sahaja bahagian kulit hujung sampai batas lekukan sahaja.

Kebanyakan muslim memberikan maklumat yang tidak lengkap tentang sunat sehingga bukan Islam merasa takut. Bahkan sebahagian muslim sengaja menakut-takutkan mereka dengan mengatakan dipotong semua zakar.

6) Khatan adalah amalan sunat dalam Islam, ia merupakan amalan nabi-nabi. Rasulullah menerangkan bahawa Nabi Ibrahim juga berkhatan

Rasulullah bersabda: Ibrahim berkatan pada umur 80 tahun, beliau berkahtan pada alqadum (Sahih Bukhari)

Dalam Al-kItab menceritakan bahawa Yesus bersunat.

Selepas umur lapan hari, tibalah masanya untuk ia bersunat, dia dinamakan Yesus (Luke 2;21)

Ayat di atas menjelaskan bahawa Yesus bersunat pada umur lapan hari, ini merupakan amalan bangsa Yahudi seperti diterangkan dalam ayat di bawah ini.

Setiap lelaki harus sunat, sunat merupakan tanda jasmani yang menunjukkan perjanjian aku dengan Engkau adalah kekal. Setiap lelaki yang tidak disunat bukan umatku kerana ia tidak berpegang kepada perjanjian (Genesis 17;13-14)

Sungguhpun demikian Rasulullah tidak mewajibkan umatnya untuk melakukan khatan…Namapun sunat jadi diberikan pilihan untuk berkhatan ataupun tidak. Sungguhpun demikian Islam, Rasulullah menggalakkan berkhatan kerana kebaikan-kebaikan daripada khatan. Adapun kebaikan daripada khatan adalah :

1. Sunat akan memudahkan untuk menjaga kebersihan, bahagian alat sulit adalah bahagian yang paling sensistif dan mudah dijangkiti kuman jika tidak bersih. Permukaan yang ditutupi oleh kulit akan memudahkan bakteria membiak dengan cepat.

2. Zakar yang tidak disunat akan mudah berlaku iritasi kulit apabila zakar menegang sehingga ada sesetengah kes terjadi robekan pada kulit bahagian hujung zakar apabila menegang.

3. Mengikut kajian yang dilakukan di Afrika, lelaki yang bersunat 30% lebih selamat daripada jangkitan virus HIV.

Oleh itu, sekarang ramai lelaki bukan Islam juga bersunat terutama di negara-negara maju kerana isu kebersihan dan kesihatan. Sungguhpun demikian Islam tidka pernah mewajibkan umatnya untuk sunat serta merta. Perlukan masa yang sesuai untuk melakukan khatan sehingga saudara muslim betul-betul telah bersedia.

Antara teknik yang biasa digunakan dalam bersunat adalah membuang kulit menggunakan gunting bedah selepas dibius, menggunakan laser dan Klamp. Laser dan Klamp teknologi terbaru yang dapat mengurangkan rasa sakit dan lebih cepat sembuh. Bagi lelaki yang bekerja dengan syarikat swasta dan susah mendapatkan cuti maka digalakkan untuk menggunakan Klamp kerana lebih selesa bergerak selepas disunat. Selepas bersunatpun boleh terus menggunakan seluar dan bergerak seperti biasa.

About zainura66

Pencinta Alam Semesta
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s