Kuku (Nails)

kuku

Kuku, salah satu bahagian tubuh yang seringkali luput dari perhatian, kecuali jika merasa kuku sudah panjang dan mengganggu lalu dipotong. Hanya itu saja ? Apakah setiap hari anda sempat mengambil waktu khusus untuk memerhatikan kuku? Semak serba serbi kuku berikut ini agar lebih perhatian pada kuku kita.

Salah satu contoh adalah Nila ( 28 Tahun ),bukan nama sebenarnya. Pada saat pergi ke ruang bersalin untuk melahirkan, bidan minta izin untuk menghapus cat kuku pada kaki dan tangannya. Tujuannya agar bila pucat atau masalah dengan keadaannya sewaktu bersalin terutama akibat perdarahan atau gangguan kelancaran oksigen ke tubuh boleh dilihat juga dari keadaan kukunya. Hujung – hujung jari merupakan salah satu pertunjuk dalam menilai kelancran aliran oksigen ke seluruh tubuh.

Awalnya Nila keberatan kerana malu kukunya kelihatan hodoh, namun akhirnya akur juga dibersihkan setelah mendapat penjelasan tersebut. Untungnya setelah bersalin Nila bersedia berubat ke doktor kulit untuk menyembuhkan keadaan masalah kuku kakinya.

Jujur saja Nila sewaktu berbincang dengan bidan, Nila mengakui kerana selama ini sibuk bekerja di sebuah agensi pelancungan dan hamil kadangm kala tidak sempat menguruskan kukunya. Cara praktis yang dilakukannya adalah dengan menutupi kukunya yang rosak dengan cat kuku. Padahal usahanya itu justeru menggalakkan jangkitan bakteria kuku yang dialaminya.

Pengalaman Nila ini mengingatkan kita akan pentingnya menjaga kuku agar tetap sihat. Bahagian yang kelihatan hodoh itu ternyata boleh menurunkan rasa tidak percaya diri, malu, bahkan tidak selesa beraktiviti bila sampai terjadi infeksi. Infeksi yang menyerang kuku ( paronikia ) atau awam menyebutnya cantengan ternyata bukan saja akibat salah cara memotong kuku, atau kuku yang melesak ke dalam jari, benturan dan sebagainya tetapi juga boleh kerana jangkitan kuman kuku.

Sumber : http://kesehatan.kompasiana.com

About zainura66

Pencinta Alam Semesta
This entry was posted in Uncategorized and tagged , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s